Sunday, February 21, 2016

51 - KRABI, PHI-PHI ISLAND, PHUKET THAILAND (NOV 2013)

NEGARA THAILAND bagi pemgembara tegar pasti semua orang telah jelajahikan, terutama pulau-pulau sekitar Phuket. 


Mula-mula saya merancang hendak mengelilingi Pulau Sumatera naik boat dari Pulau Pinang tetapi bila fikirkan mengenai beberapa masaalah saya beralih ke Thailand dan insyaallah malam ini (10-11-2013) saya akan bertolak ke negara Thailand, naik bas aje, budget aje. 

Sudah lama tidak jejak kali ke negara Thailand, maybe sudah hampir 8 tahun, last saya pergi pada awal tahun 2005. Masa tu saya pergi dengan kakak, adik perempuan dan 2 adik lelaki saya. 

Saya sengaja ajak mereka ke Phuket menaiki bas, supaya mereka faham bagaimana keadaan seorang pengembara yang mengembara melalui jalan darat. Yang pasti merungut-rungut lah jugak mereka, sebab perjalanan menaiki bas dari Hat Yai ke Phuket mengambil masa yang sangat lama bagi mereka.

Saturday, February 20, 2016

50 - SABAH DAN SARAWAK

SABAH




SARAWAK





49 - ANTARA MASJID YANG PERNAH SAYA KUNJUNGI

Mencari masjid disetiap tempat yang saya jejak sudah menjadi pekara wajib bagi diri saya. Tetapi malangnya saya hanya ke masjid hanya untuk bergambar bukan untuk solat. Tapi itu dulu mudah-mudahan kembara akan datang mencari masjid atau surau di mana-mana tempat daerah atau negeri bukan lagi hanya untuk bergambar tetapi yang paling penting mengambil peluang ber solat di situ. Insyaallah… 

Menjaga solat walau dimana kita berada, dimana jua kita melangkah ianya tetap merupakan satu kewajiban yang wajib kita lakukan.....kan…...kan. Mendirikan solat dalam waktu itu penting, so kita perlu ada ilmu secukupnya serta perlu tahu serta yakin cara-cara melakukan solat ketika kembara.

Dibawah ini senarai yang tidak seberapa wajah-wajah masjid yang pernah saya jejaki dulu. Sebenarnya ada banyak masjid yang saya rakam ada juga yang langsung saya tidak tahu namanya, main klik aje…..Photo yang saya ambil melalui kamera "cabuk" saya dahulu kebanyakannya memang tidak menarik, jadi saya hanya google dapatkan photo-photo masjid yang pernah saya kunjungi dalam “laman web yang lain“ dan sharekan disini.

Ok kan

Masjid Id Kah di Wilayah Xinjiang China

Masjid Utama di Hotan Wilayah Xinjiang China

Masjid di Turpan Wilayah Xinjiang China

Masjid di Xining Wilayah Qinghai China

Masjid di Xian Wilayah Shaanxi China

Masjid di Lhasa Wilayah Tibet China

Masjid di Hohhot Wilayah Inner Mongolia China

Masjid di Langmusi Wilayah Gansu China

Masjid di Urumqi Wilayah Xinjiang China

Masjid di Beijing China

Masjid Mina (Marble Mosque) di Agra India

Masjid di Srinagar Kashmir India

Masjid di Islamabad Pakistan

Masjid di Lahore Pakistan

Masjid di Gilgit Pakistan

Kaabah di Mekah.... insyaallah satu hari nanti

Wednesday, February 17, 2016

47 - NATURAL HISTORY MUSEUM MENARIK YANG PERNAH SAYA KUNJUNGI

DUA BUAH “NATURAL HISTORY MUSEUM’ MENARIK PERNAH SAYA KUNJUNGI.

Satu di Ulaan Baatar, Mongolia dan satu lagi di Beijing, China. Saya nak cerita tentang dua benda yang paling menarik yang dipamerkan di kedua-dua muzium tersebut.

Natural History Museum, Beijing, China 


Di Beijing saya selalu tinggal di Jinhua Hotel, kira hotel budget jugalah, jarak hotel ni ke Tiannamen Square maybe dalam 1km kut. Tapi hari-hari saya kalau nak ke Tiannamen Square pasti akan jalan kaki, kadang2 ajer naik public bus. Natural History Museum di Beijing ini terletak pertengahan perjalanan jalan kaki saya dari hotel ke Tiannamen. Mula-mula dulu walaupun hari-hari jalan didepan bangunan ni, saya langsung tak tahu yang bangunan ni adalah sebuah muzium hinggalah salah seorang pengembara lain yang beritahu saya.

Suasana ketika pagi saya ke muzium ni agak menyeramkan almaklumlah tak ramai pelawat yang datang. So masuk ajer kedalam dewan utama saya bau hanyir hehehe dulu lah sekarang dah tak bau lagi kut. Memanglah luas dan ada macam-macam yang dipamerkan antaranya pelbagai kandungan fosil dinosaur dan rangka dipamerkan, bahan-bahan artifek lain seperti pinggan mangkuk periuk belangan pun ada, pameran mengenai asal-usul kehidupan di bumi dan ada macam-macam ikan lagi. Disediakan juga sebuah dewan yang mempamerkan hal-hal berkaitan alam angkasa. Muziumlah katakan korang boleh bayangkan macammana ya. Benda-benda lain tu memang saya tidak ambil kisah sangat.
Tujuan utama saya kesini ialah nak tengok keadaan mayat sebenar manusia yang dilapah kulit, dipotong badan dan disiat kulit dibuat pameran.

Semakin dekat kaki melangkah ke dewan dalam bangunan yang mempamerkan mayat-mayat manusia ini semakin berdebar dan semakin kuat pulak hidung ni berbau hanyir (perasaan saya ajer kut). Masih ingat ketika pertama kali saya datang kesini, saya nampak sekujur tubuh wanita yang dah legam bogel hanya ditutupkan muka dengan kain hitam sahaja tetapi bahagian perut di belah supaya kita dapat melihat usus dalam perut mayat tu, diletakkannya dalam almari kaca. Banyak juga bayi-bayi kecil yang mati juga dipamerkan, termasuk juga mayat seorang lelaki berdiri yang telah disiat kulit nampak mukanya seolah-olah mengerang ajer.






Pameran mayat ni juga sememangnya menjadi bahan kajian student-student di Beijing. Antara yang menarik juga yang dipamerkan ialah janin bayi dari usia seminggu sehingga mencapai usia 9 bulan yang diawet dan diletakkan didalam botol kaca dan diletakkan berbaris supaya kita dapat lihat perubahan janin dari kecil hingga besar. Tak cukup dengan itu  tubuh badan mayat wanita dan lelaki yang dipotong dari paras perut hingga peha juga ada, dipamerkan untuk kita lihat kemaluan tu dari dekat heeeee. Ada kemaluan lelaki yang dibelah so dapatlah kita tengok apa yang ada dalam saluran kencing kita tu. Semua real tau.

Ketika kali kedua saya diBeijing beberapa tahun kemudian saya ke muzium ini sekali lagi apa yang saya lihat muzium ini semakin berubah, mayat perempuan yang ditutup kain hitam dan dibelah perut pun sudah tak ada.  Melalui “google” yang saya lihat sekarang ni bahan pameran di muzium ini semakin dipelbagaikan. Antara yang saya nampak masih ada disitu dan masih dipamerkan ialah mayat lelaki yang disiat berdiri dalam almari kaca tu.


Lonely Planet review for Beijing Natural History Museum - The main entrance to this overblown, creeper-laden museum, closed for refurbishment at the time of research, is hung with portraits of the great natural historians, including Darwin and Linnaeus. 


The contents range from dinosaur fossils and skeletons, including a mamenchisaurus jingyanensis – a vast sauropod that once roamed China – to creepy-crawlies, an aquarium with Nemo-esque clown fish and an exhibition on the origins of life on earth. Make sure your children don’t wander unaccompanied into the creepy Hall of Human Bodies, where a ghoulish selection of spliced human cadavers and genitalia awaits.


Natural History Museum, Ulaan Baatar, Mongolia


Kedudukan muzium ini memang dekat dengan Nassan Guest House tempat saya tinggal semasa di Ulaan Baatar, dekat sangat dengan dengan Sukhbaatar Square tu. Dari guesthouse ke Sukhbaatar Square hanya jalan kaki tak sampai 5 minit ajer.

Natural History Museum disini mempunyai bahan pameran yang memaparkan tentang geografi  negara Mongolia, flora dan fauna, termasuklah juga dipamerkan binatang-binatang seperti ikan yang diawetkan. Ramai yang anggap bila masuk ke muzium ni kita seolah-olah terperangkap masuk kedalam sebuah gudang pengawet binatang yang sentiasa nampak hidup tapi sebenarnya dah mati dan bukannya sebuah muzium sebenar. Apa pun bagi saya lain negara lain bahan yang nak mereka pamerkan satu lagi Mongolia ni juga boleh lah dikatakan sebuah negara yang kaya, ketogeri miskin jugakan.





Saya sebenarnya mendapat tahu dari dua rakyat Malaysia (seorang cina dan seorang melayu) yang bekerja di Ulaan Baatar semasa didalam keretapi Trans Mongolia dari Beijing ke Ulaan Baatar. Mereka kata berita tentang Natural History Museum di Ulaan Baatar ini ada tersiar didalam majalah “TIME” ketika waktu itu, mengenai tulang-tulang dinaour yang ditemui banyak di gurun Gobi dinegara tersebut. So dari tak tahu terus tahu maka muzium ni antara tempat mesti saya lawati.

Last week in Moscow, Paleontologist I. A. Efremov announced that he had found "millions" of dinosaur skeletons in the Gobi Desert of Mongolia. It might well prove to be the biggest dinosaur graveyard in the world. The skeletons lie from 49 to 131 feet deep, apparently in the bed of an ancient river. All sorts of ancient monsters are jumbled together there. One is a horned reptile 36 feet long, which took 20 days to dig up. Another is a 98-foot creature that walked on its hind legs. - TIME Magazine

Bahagian yang paling best dan yang menjadi penyebab saya datang ke muzium ini adalah dewan Paleontologi. Pelbagai rangka dinosaur yang hampir lengkap hanya terdapat disini, termasuk jenis Tarbosaurus yang setinggi 3 meter dan berat 5 tan sejenis haiwan atau dinasour pemakan daging dipamerkan. Muzium ini juga penuh dengan barangan lain yang menarik seperti kayu Petrified, telur dinosaur dan beberapa tulang rangka kaki dinasour yang sangat besar, kelihatan seperti yang pernah kita tengok dalam movie Flintstones tu. Antara lain yang dipamerkan juga ialah rangka dinasour  yang terkenal di dunia iaitu Velociraptor dan Protoceratops (sejenis dinasour yang suka bergaduh) yang telah ditemui kemungkinan telah tertanam hidup-hidup kira-kira 80 juta tahun (mungkin dinasour ni mati tertimbus dek kerana runtuhan pasir keatas mereka...katanya lah)

Ketika dalam dewan ni kalau nak ambil photo rangka dinasour ini kita kena bayar, so saya bayar jugalah tetapi photo yang terhasil tetap tidak menarik. Apa pun saya share aje lah photo-photo yang di “google”  aje...

Walaubagaimanapun dengar cerita diselatan China sekarang jika tidak silap di wilayah Yunan, mereka juga telah menemui banyak rangka-rangka dinasour disitu. So tak payah pergi jauh pergi Yunna dah cukup kalau nak tengok dinasour yang real.

Lonely Planet review for Museum of Natural History - The Museum of Natural History is a serious throwback to the Soviet era. It has exhibits featuring Mongolia's geography, flora and fauna, including the requisite section with stuffed and embalmed animals, birds and even fish. The general impression, however, is that you've stumbled into the warehouse of a long-deceased taxidermist, rather than into a serious scientific exhibition. Some of the animals have been fixed with puzzling expressions, as if they remain perplexed as to how they ended up in such an unfortunate state. In any case, budding geologists may appreciate the generally stoic meteorites.

The most impressive section is the Palaeontology Hall and its array of complete dinosaur skeletons, including a 3m-tall, 5-tonne, flesh-eating tarbosaurus. For a bird's-eye view, clamber up the stairs outside the hall to a gallery on the 3rd floor.

The gallery next door to the hall is full of interesting knick-knacks such as petrified wood, dinosaur eggs and some huge leg bones, which look like something out of the Flintstones. Look out for the world-famous 'fighting dinosaurs', a velociraptor and protoceratops that were buried alive (probably when a sand dune collapsed on top of them) in the midst of mortal combat, some 80 million years ago.



46 - JALAN YANG PALING BAHAYA PERNAH SAYA TEMPUHI

JALAN YANG PALING BAHAYA PERNAH SAYA TEMPUHI

Sebenarnya banyak tempat dan jalan raya yang berbahaya di dunia bergantung kepada keadaan jalanraya itu sendiri atau keadaan sekitaran yang melampau seperti suhu, ketinggian dan sebagainya tetapi dibawah ini saya senaraikan empat jalan raya yang paling bahaya pernah saya sendiri tempuhi, disini saya ceritakannya dengan lebih detail daripada tulisan cerita yang sama dalam entry saya sebelum ini;

1 Jalan bahaya pertama yang pernah saya lalui menaiki bas dari New Delhi ke Srinagar Kashmir India.


Plan asal selepas penat di New Delhi saya berkira-kira nak ke mana pulak. Mulanya saya nak Simla bahagian utara yang sejuk dingin, tapi berubah arah bila saya dipaksa oleh seorang pemuda Kashmir menyuruh saya ke Srinagar Kashmir menaiki kapal terbang dan tinggal di house boat milik bapanya. Banyak cantik apa naik kapal terbang!!! ia ingat saya banyak duit kut.

Javeed nama budak muda ni, mengikuri saya sampai saya naik rimas, saya cuba elakkan diri dari ia tapi ia masih mencari saya. Kemana saja saya begerak di sekitar Connought Place ia akan ikut kadang-kadang saya lari masuk ke kedai mewah disini dan memang ia tidak berani hendak ganggu saya didalam kedai tersebut tapi tetap menunggu diluar. Akhirnya saya nampak sikit keikhlasan pada diri ia, hingga saya setuju. Apa pun pertama yang saya tanya pada ia "sana ada salji tak”. Ia kata memang boleh main lagi dengan salji di Srinagar. Apa lagi orang tak pernah tengok salji kata kan terus saya setuju. Tapi saya memilih menaiki  bas dan akan ditemani oleh ia sendiri.

Bas begerak meninggalkan kota New Delhi kira-kira pukul 12 tengah hari. Penuh dengan penumpang dan kalau dilihat dibumbung bas sudah macam bukit kecil segala macam barangan di letak di atas bumbung termasuk back pack saya.

Perjalanan dari New Delhi ke Srinagar Kashmir  memang mencabar dan menempuh lereng gunung yang amat curam. Pada permulaan perjalanan suasana pandangan luar tingkap nampak okey sekali sekala menempuh kawasan luas dikiri kanan pohon bunga matahari yang menguning.

Kira-kira pukul 7 pagi keesokan harinya setelah hampir 17 jam perjalanan, saya sampai di Jammu. Disini bas mengalami kerosakan di bahagian tayar, tapi dapat diatasi. Perjalanan kemudian melalui Patnitop dan Batote diketinggian 2,024meter yang kelihatan banyak rumah tumpangan mewah di pinggir bukit yang akan penuh bila datang musim salji.

Bas mula mendaki gunung dan melalui beberapa tempat seperti Khanabal, Arantipur dan Pampore seterusnya perjalanan melalui jalan yang amat bahaya. Sekali sekala saya menahan nafas apabila menjenguk ke luar tingkap melihat tayar bas yang hanya satu kaki jaraknya dari tebing yang amat curam tanpa penghadang. Hati bertambah kecut bila terpandang sungai yang pada mulanya lebar besar menjadi kecil lagi halus seolah-olah saya berada di dalam kapal terbang dan melihat aliran sungai dari luar tingkap kapal terbang. Risau hati bertambah bila bas yang berada di lereng gunung tinggi bertembung pula dengan kenderaan lain dihadapan atau diganggu oleh puluhan binatang ternakan seperti kambing biri-biri.

Saya dengar banyak kejadian kenderaan jatuh gaung disini. Seperti yang diceritakan oleh Javeed pada saya pada tahun sebelumnya ada sebuah bas penumpang seperti bas yang saya naiki telah jatuh gaung membunuh semua penumpang akibat ditimpa runtuhan salji.

Di luar tingkap saya melihat dilereng gunung yang lebih tinggi kelihatan kenderaan lain yang sedang mendaki begitu kecil sekali. Selain saya ada 2 pengembara dari Barat yang turut sama dalam perjalanan menaiki bas usang ini. Salah seorang daripadanya sampai mengeletar tubuh badan bila bas melalui lereng gunung tinggi hingga jarak tayar dengan tebing tanpa pengadang hanya kira-kira sekaki aje. Ia kata tak nak balik ikut jalan ini lagi.

Kira-kira 93km sebelum tiba di Srinagar bas menempuh terowong gelap sepanjang 200m, dikawal ketat oleh askar dikenali sebagai Jawarhal Tunnel. Hanya sebuah kenderaan yang muat masuk dalam lubang yang sempit ini. Amat sempit,seolah-olah sebuah trowong yang belum siap sepenuhnya. Diluar dengan bantuan cahaya lampu bas kelihatan dinding yang tidak bersimen dengan baik, berbonjok-bonjol tidak rata dan berair. Tangan boleh meyentuh dikiri dan kanan dinding didalam terowong tersebut. Bayangkan kalu terkandas dan  terkambus didalam heeeee habis semua jadi arwah. Kawasan sekitar terowong ini kita dilarang mengambil gambar dan sebaik keluar terowong disebelah sana kami semua diperiksa sekali lagi sebagai langkah berjaga-jaga mana tahu kalau ada orang nak meletupkan terowong ini, yang merupakan salah satu jalan penting penghubung kawasan Srinagar dengan dunia luar. 

Walau bagaimana pun sememangnya saya amat puas dan enjoy menempuh perjalanan ini. Pengalaman yang amat menarik. Saya tiba di Srinagar Kashmir yang terletak diketinggian 1768 meter kira-kira pukul 5 petang setelah menempuh perjalanan selama 28 jam. Walau ngeri macammana sekali pun saya terpaksa menempuh sekali lagi ketika kembali semula ke New Delhi nanti.


2 Jalan bahaya ke dua yang pernah saya lalui menaiki bas dari Rawalpindi ke Gilgit ke Karimabad (Karakarom Highway) Pakistan


Bas dari Rawalpindi bertolak pukul 12.00 tengahari. Keadaan bas nampak agak selesa perjalanan menempuh beberapa bandar seperti Abbotobad, dan berhenti di Meshera kira-kira pukul 3.20 petang dan tiba berhenti makan lagi di Besham pukul 6.40 petang. Pemandangan agak menarik tapi suasana semakin gelap dan penumpang didalam bas ketika itu tak sampai 10 orang dan tidak ramai yang naik walaupun ada disepanjang perjalanan itu.

Apa pun perjalanan semakin berbelok-belok dan naik ke lereng gunung semakin tinggi semakin curam keadaannya. Suasana gelap saya tidak nampak apa-apa di luar kecuali pandangan jalan di hadapan yang diterangi cahaya lampu bas. Sejuk hingga ketulang mula terasa mengigil, baju panas saya berada dibumbung bas so terpaksalah saya menahan kesejukan yang amat sangat. Kira-kira pukul 3.40 pagi saya tiba di Gilgit suasana amat gelap setiba di bas station yang sunyi. Dalam keadaan penat mengantuk kesejukan setelah menempuh perjalanan hampir 17 jam saya terpaksa menaiki teksi ke hotel.

Sebenarnya lereng curam dalam perjalanan pergi yang saya tempuhi ketika waktu malam memang saya tidak sedari tetapi saya mula nampak jelas ketika dalam perjalanan pulang di waktu siang.

Begitu juga ketika perjalanan saya menaiki jeep dari Gilgit ke Karimabad sekitar lembah Hunza. Beberapa jam perjalanan kita melalui beberapa kawasan lereng curam yang tinggi serta berbeluk tajam dan ada beberapa tempat jalan terbina tanpa penghadang jalan. Ada jalan yang dibina dengan menarah lereng gunung berbatu sehingga menjadi jalan.


3 Jalan bahaya ke tiga yang pernah saya lalui menaiki van dari Kodari (sempadan Nepal-China) ke Nyalam Tibet



Pada pukul 6 pagi saya menaiki sebuah van bersama 7 pengembara lain. Saya, seorang pilot dari Jepun, seorang lelaki dari France yang sudah 5 bulan berada diIndia, 2 orang lelaki tua dari US, seorang lelaki tua dari German dan 2 orang gadis dari US. Selama 5 hari kami akan bersama menjelajah melalui jalan darat hingga ke Lhasa Tibet. Dari Kathmandu perjalanan menuju ke sempadan  mengambil masa 6 jam. 

Kami tiba di Kodari pekan akhir di Nepal yang bersempadankan dengan China. Kodari walaupun kecil tapi agak sibuk ketika itu dan setelah selesai urusan kastam disebelah Nepal kami menyeberangi  “Friendship Bridge” dengan menaiki truck (seperti truck askar) yang besar beramai-ramai dan ada yang berdiri dibelakang truck naik ke pejabat kastam Zangmu dibelah China yang terletak diketinggian 2300m. Truck yang mendaki naik dilereng gunung begerak agak pelahan dan perjalanan memang mengambil masa ketika itu.

Selesai urusan kastam di China kami sempat rest sebentar di Zangmu yang terletak dilereng gunung dan merupakan pekan pertama di Tibet China. Disini sempat kami menukar duit ke matawang China.

From Wikipeida: Nyalam is a small Tibetan town near the Nepal border. It is 35 km from Zhangmu town in the same county, which is the point of entry of Nepal. Nyalam is situated at 3,750 metres (12,300ft) above sea level. A town of stone buildings and tin roofs, it is nicknamed 'The Gate of Hell' by the Nepalese traders because the trail between Nyalam and the Nepalese border was so treacherous to negotiate.

Perjalanan diteruskan saya nampak dengan jelas pemandangan pekan Zangmu yang semakin kecil bila van sudah berada di paras yang tinggi. Kami mula melalui pinggir lereng gunung yang teramat amat curam, berbeluk- beluk terasa juga gayatnya. Perjalanan dari Zangmu ke Nyalam (pekan ke dua selepas Zangmu) ini juga dikenali sebagai “The Gates of Hell” kerana keadaan jalan yang berbahaya dan kemalangan serta kenderaan yang jatuh gaung kerap juga berlaku. Sesekali sekala saya perhatikan pemandangan pergunungan disini tidak ubah seperti dalam lukisan cina. Nampak juga air terjun yang cantik tinggi di gunung seberang sana. Ada sekali perjalanan kami terhenti kerana pegerakan kenderaan perlahan akibat tanah runtuh. Saya sempat keluar dari van dan melihat sendiri pemandangan curam yang amat dalam, ya kami berada di lereng yang amat tinggi ketika itu.

Dalam masa yang sama kepala saya dah mula berdenyut-denyut, saya bimbang acute mountain sickness AMS, kalau teruk macam mana saya nak turun ke kawasan yang lebih rendah kerana AMS ubat yang paling mujarab ialah kita kena turun ke kawasan yang lebih rendah semula. Kami tiba di pekan Nyalmu (3750m) untuk bermalam sudah lewat petang. Suasana sudah gelap dan sejuk yang teramat sangat. Pada ketinggian begini keadaan saya memang dah terasa amat teruk. Bergerak dah tak mampu, angkat beg dah tak larat, bernafas susah tercungap-cungap. Muntah beberapa kali dan terpaksa mendapatkan bantuan oksigen ketika itu. Dah tak da rasa malu lantak lah muntah depan mat-mat saleh tu semua.

Alhamdulillah tubuh badan saya dapat menerima dengan cepat keadaan suasana tekanan udara yang semakin tipis diperingkat itu dan saya sembuh elok disebelah pagi keesokan harinya. Dan kami meneruskan perjalanan serta menempuh beberapa kawasan tinggi melebihi 5000 meter seperti  La Lung Pass yang terletak diketinggian 5050m dan bermalam dibeberapa tempat seperti Xegar, Shigetse dan Gyantze sebelum tiba di Lhasa dan menghabiskan 2 hari dari keseluruhan 7 hari pakej perjalanan yang saya ambil di Lhasa. Menariknya sepanjang perjalanan tubuh badan saya kuat tidak ada rasa pening lagi tapi rakan pengembara lain dalam van yang sama mula berasa kesan acute mountain sickness ini. Acute mountain sickness ini boleh membawa maut, sebab itu lah kiranya kita mendaki gunung jangan terus nak cepat tiba di puncak, kita perlu lakukannya secara berperingkat-peringkat atau slow-slow. Tubuh badan kita tidak boleh menerima keadaan udara yang tipis secara mendadak.

Saya punya pengalaman menarik, ketika saya menolong seorang pengembara eropah yang tengah mati bila sampai di Annapurna Base Camp di Pokhara Nepal. Ia mendaki dengan cepat, tubuh badannya tak boleh terima keadaan udara dibase camp tersebut maka ia mula berasa pening kepala yang amat kuat. Saya menawar diri menolongnya serta memapah ia turun ke kawasan yang lebih rendah pada malam hari yang gelap dengan bantuan seorang rakan kembara dari England. Hampir 2 jam berjalan diatas salji yang semakin cair dan agak bahaya kerana terdapat aliran sungai di bawah takut kami terperusuk jatuh. Kami bagaimana pun selamat tiba di Machapuchere Base Camp diketinggian 3700meter dari Annapurna Bace Camp yang berketinggian 4130meter. Walahhh pening kepala mamat tu terus hilang. Kita sebenarnya perlu faham tentang apa itu Acute Mountain Sickness sebelum mendaki kekawasan yang tinggi.


4 Jalan bahaya ke empat yang pernah saya lalui dari Karghilik atau Yecheng diwilayah Xinjiang ke Ali Tibet (Xinjiang-Tibet Highway).


“There are many dangers because of the bad road and the cold, plus the road from Karghilik in Xinjiang to Ali in Tibet is illegal for foreigners”.

Saya ada mendengar ada pengembara yang terpaksa menunggu lori untuk di tumpangi selama berhari-hari di bandar ini da nada yang terpaksa membatal kan niat mereka. Berdekatan dengan bas ini terdapat sebuah papan tanda bertulis;

“Foreigner shall not allowed to travel from here to Ali without permission”

Yang hanya saya tahu pelancung hanya boleh masuk ke wilayah Tibet hanya melalui Nepal dan Golmud wilayah Qinghai. Sebenarnya perkhidmatan bas ini hanya untuk penduduk tempatan sahaja, pelancung tidak dibenarkan menaiki bas ini tetapi saya mahu mencuba dan saya dengar ada yang berjaya. Saya ambil risiko dan tahu sekiranya ditahan diperjalanan nanti dan disuruh kembali semula ke Karghilik saya akan turuti. Didalam Lonely Planet tertulis mengenai perjalanan ini;

“To Tibet; The 1100km long road to Ali western Tibet, branches off from the main Kashgar-Hotan road 6km east of Karghilik. There are no buses along this road so you’ll have to hitch a ride with a truck. This is a very tough road with several passes over 5400m and severeal foreigners have died, either from exposure or in traffic accidents. You should come equipped with warm clothes and enough food for a week ( though the trip to Ali can take as little as three days). In addition, the route is officially off limits to foreigners and there are numerous check point en route (though surprising numbers of travelers have been making it through in recent years)


Monday, February 15, 2016

45 - BILA ALLAH HENDAK MENGUJI KITA - JUMPA DUIT DI MOSCOW

MOSCOW RUSSIA

Allah menguji seorang hamba itu dengan sakit, sihat, menguji dengan kemiskinan, kekayaan, tamak haloba dan berbagai-bagai cara dan bentuk yang di ujinya.

Tiga bulan berlalu sudah, aku masih diperantauan sendirian di bumi asing. Cash US Dollar yang aku selit dan sorokkan  di serata tubuh badan semakin berkurang. Travel cheque dah tinggal sekeping USD100 aje. Ini sebagai tanda masa dah tiba untuk berpatah balik ke kampong halaman sebelum merempat kat tempat orang hehehe. 

Kebetulan pulak aku baru tiba dari Beijing menaiki  train hampir 2 hari perjalanan ke Ulaan Bator, Mongolia ni.  Ulaan Bator diseliputi salji memutih ketika itu. Tujuan aku kesini adalah nak dapatkan setempel cop visa bagi meneruskan perjalanan aku ke Moscow.  Terpaksa keluar masuk kedutaannya di sini, payahnya nak dapat. Tetapi tak serumit jika dibandingkan dengan di Beijing.

Di pendekkan story aku akhirnya berjaya dapatkan pass lawatan dan visa selama 12 hari ke Russia, setelah hampir 15 hari melepak di Ulaan Bator. Tiba waktunya aku pun berangkat lah menaiki train kira-kira pukul 8 malam di Ulaan Bator. Trans Siberia Train yang aku naik adalah milik Russia, setiap gerabak mempunyai 10 bilik setiap bilik mempunyai  2 katil bertingkat.

Pemandangan bersalji amat indah disepanjang perjalanan. Dapat melihat Lake Baikal yang membeku serta kehidupan penduduk di sepanjang perjalanan selama 5 hari itu walaupun hanya sekadar melalui tingkap train sahaja.

Pada  dua hari pertama aku tinggal sebilik bersama seorang Russia tua, 3 hari seterusnya aku sendirian. Boring jugak ketika sendirian di bilik merenung luar tingkap pemandangan yang mulanya indah sudah menjadi tak indah dah. Timbul pulak sikit rasa jemu dan bosan. Ikan salai, maggie mee tanpa rencah di campur dengan sos tomato, coklat, roti adalah antara makanan aku sepanjang perjalanan itu. Aku kerap juga membeli minuman buah-buahan, ikan salai, coklet yang di jual oleh penjual yang sedia ada menanti di setiap stesen keretapi di sepanjang perjalanan itu.

Ketika tidur malam kadang-kadang terasa sejuk angin yang menembusi lubang kecil di tingkap, ketika ini lah juga aku mula berfikir yang bukan-bukan. Selalunya apa yang aku fikir dan angankan ialah sekiranya aku terjumpa duit yang banyak pada ketika ini apa yang aku akan buat? 

Persoalan ini kerap kali berulang-ulang bermain dikepala ketika itu, tapi dalam hati aku selalu berbisik kalau terjumpa sebakul wang pun tak akan aku ambil. Haram. Aku seolah-olah cuba memintakan Allah supaya menguji aku ketika itu, biar aku terjumpa duit dan aku akan tunjukkan pada Allah yang aku tak akan mengambilnya. Kepala masa tu asyik ingat aje tentang duit yang dah semakin habis dalam poket ni. Tu lah bila boring sampai berangan fikir yang bukan-bukan.

Perjalanan selama 5 hari ini menempuh hampir 5 zon waktu yang berbeza. Senang cakap jarum jam terpaksa ditukar setiap kali tiba di zon-zon tersebut. Memang cita-cita aku nak cuba melalui pengalaman menaiki Tran Siberia ini.

Beberapa tahun sebelum, aku pernah terserempak sepasang suami isteri bangsa India rakyat Malaysia yang balik ke Malaysia dari Europe menaiki train kebetulan aku jumpa mereka ketika di sempadan China dan Laos, sejak itu aku memasang angan-angan nak mencuba. Alhamdulillah aku dah berjaya ni. Sengaja aku memilih musim salji kerana travel dimusim sejuk lebih selesa dan satu pekara lagi memang aku suka salji. Kalau kat China musim panas toilet awamnya sebatu pun dah berbau, kalau musim sejuk duduk lah berjam-jam dalam toilet lubang yang dikorek kat atas tanah tu tak berbau.


“Kalau jumpa duit, aku akan pulangkan, kalau jumpa aku tak akan ambil, berdosa”……… 

Ini lah yang selalu bermain difikiran aku ketika berada di penghujung perjalanan menuju Moscow ketika itu. Maklum lah poket dah kering, sebolehnya credit card, aku tak nak sentuh langsung. 

Akhirnya tiba lah aku di bandar raya yang begitu asing bagi aku ni, aku terus mencari Hotel Ismailovo yang sememangnya sudah di booking oleh agency di Ulan Bator lagi. Sebenarnya aku hanya berkesempatan tinggal disini selama 4 hari 3 malam sahaja, tujuan utama aku adalah nak merasa experieance naik Trans Siberia ni ajer, kemudian aku akan kembali semula ke Beijing dan akan menempuh sekali lagi perjalanan selama 7 hari. Memang risau  duit dah kering. Aku tiba waktu petang di bandar raya ini. Tak sempat tunggu esok hari, malam tu juga aku dah tercegat betul-betul didepan St Basil  di Red Square dalam kesejukan malam. Seronok nya dapat berada disini. Salji halus turun. 
Best gilerrrr.

Esoknya awal pagi aku ke Red Square lagi, mudah aje hanya naik satu Metro, keretapi bawah tanah dari hotel terus sampai. Sekitar Red Square juga dikelilingi banyak pusat membeli belah jenama terkenal.  Travel cheque aku yang tinggal sekeping ni terpaksa lah aku pi tukar, sedih rasanya. Masa mula-mula start  travel dulu hapi sangat tengah banyak duit katakan, tapi memang aku agak boros, baju sejuk berbulu –bulu aku beli tukar ganti lagi. Yang dah jemu dipakai aku akan poskan ke kampong. Aku pun memang pada mulanya memang tak sangka nak sampai kesini , terutama bila fikirkan masaalah visa ketika di Beijing lagi. Ingat tak jadi dah.

Ok lah selepas keluar dari money changer, aku keluar berjalan terpaksa lah berhati-hati sikit kerana keadan jalan yang licin diselaputi ais beku, dah banyak kali aku terlentang jatuh terduduk, so masa berjalan tu sambil berpeluk tubuh menahan sejuk. Aku berjalan di sebatang jalan utama disini, ketika itu orang tidak beberapa ramai. 



Tiba tiba sesuatu jatuh dari tangan seseorang yang baru keluar dari sebuah bank. Jatuh betul -betul di hadapan aku, bergolek seolah-oleh datang ke arah aku. Aku memanggil empunya badan yang berjalan laju, kelam kabut saja nampaknya ia menuju ke kereta sampai aku panggil pun ia tak dengar.
                              
Belum sempat aku memungut benda yang tergolek itu, dikutip pulak orang yang lain yang kebetulan berjalan dibelakang aku. Ia kutip sambil jari telunjuk tangan kanannya diletakkan dibibirnya kearah aku menyuruh aku diam. Aku terpinga-pinga sebenarnya ketika itu. Aku tahu benda yang tergolek depan mata aku ketika itu ada lah segulung wang USDollar. Sambil kami berjalan orang Russia tu kata kita share duit tu. Ya Allah antara takut dan happy muncul dalam kepala aku ketika itu.Takut kerana itu bukan duit aku, aku tahu kalau makan tentu haram.Happy kerana kepala dah terbayang nak ke St Peterburg dan terus masuk ke Eropah pula  hehehehe.

Apa pun aku yang serba salah terus mengekori ia masuk ke jalan bawah tanah melalui celah-celah orang yang agak ramai di bawah tanah itu. Ia tanya aku dari datang dari mana dan macam-macam lagi  sambil melangkah laju. Agak-agak jahat tak aku masa tu, duit punya pasal lupa segala-galanya?

Ketika musim sejuk kebanyak kan orang memakai  jaket berwarna hitam, kebetulan aku memakai jaket yang ada bulu-bulu lagi kat tengkuk warna agak cerah dari jauh memang orang akan senang cam. Maybe ada orang yang perasan dan memberi tahu empunya duit tu, so ia mengekori kami.  Aku sebenarnya takut pun ada, tapi syaitan tu ada menemani aku, merasuk fikiran aku ketika itu.

Ok dipendekkan cerita setelah hampir 10 minit kami jalan laju cuba melarikan diri, tiba-tiba si empunya duit datang memengang tangan aku  dari belakang, ia minta balik duitnya. Aku cakap aku tak ada, habis satu beg aku digeledahnya, memang takda kerana duit tu orang Russia tu yang pegang. Si empunya duit tu dengan sedih berkata duit ia USD10,000 dah jatuh hilang. Terkejut aku. USD10,000. Wow... Paris, Italy tiba-tiba terbayang dalam kepala aku ketika itu hehehehe. 

Dia lepaskan kami kerana tak jumpa duit tu kat aku, so aku dengan Russian tu berlalu pergi, Russian tu kata kat aku "you 5,000, i 5,000". Tapi tak sempat jauh berjalan empunya duit tu datang lagi memegang tangan aku, kali ini ia nak periksa sekali lagi kat aku, kemudian ia check kat budak Russian tu pulak. Apa lagi bila periksa jumpa lah duit tu, so ia ambil dan terus berlalu. Aku yang dalam takut-takut ni terus melintas jalan keseberang masuk  terus ke shopping complex bawah tanah berdekatan Red Square tu. 

Masa tu lah baru aku terfikir memang Allah nak uji dan dah pun uji aku, sah aku dah gagal. Aku dah mungkir janji pada Nya. Mula lah menyesal, tapi dalam masa yang sama aku rasa happy juga kerana si empunya duit tu dapat kembali duit ia. Happy kerana aku tak ambil duit tu. Aku bayang kan juga macam mana kalau aku yang hilang duit USD10,000 tu? ……tentu sedih kan.

Malam tu kejap-kejap aku rasa sangat bersyukur alhamdulillah kerana tak berjaya ambil duit tu. Kejap-kejap aku rasa aduhhh kalu dapat best jugak hehehe. Apa pun malam tu sempat jugak aku keluar  tengok konsert penyanyi bersuara mezzo soprano di Bolsoi Theatre yang terkenal  best jugak. Terlupalah kejap kes jumpa duit disiang hari tu.

Walaubagaimana pun alhamdulillah dengan duit yang tinggal dalam poket lebih kurang USD100 (lebih sikit) tu, aku masih mampu kembali ke Malaysia melalui negara Mongolia, China sempat lagi merendek kat Shanghai tu, Vietnam, Cambodia dan Thailand jalan darat. Semua budget.

Tu lah antara kisah nya…..seorang yang mungkir janji dan  yang tamak.

Tapi aku rasa sekarang ni  kalau jumpa aku tak nak ambik tak nak subahat lagi. Sekarang ni kalau satu sen bukan duit aku pun aku tak akan ambil. Kalau jumpa duit tepi jalan memang aku ambil tapi pi masukkan dalam tabung masjid, pernah jumpa dompet orang kat atas taliphone awam di hotel kat Spore, aku ambil aku serah kan kat receptionist hotel tu. Takut dan tahu Haram. Kalau makanan dalam peti sejuk kat rumah aku ni, kalau bukan aku punya aku tak akan curi makan, sekali pun makanan tu mak punya, kena tanya dulu.


Takut. 



Sunday, February 14, 2016

44 - ARTIKEL KEMBARA DI DALAM AKHBAR KOSMO MINGGU KE 3-3

AKHBAR KOSMO MINGGU KETIGA
by Firdaus Bakhtiar (bukan nama sebenar)
BAHAGIAN KETIGA

Tajuk: 120 hari penuh nostalgia




SAYA meninggalkan Mongolia pada 21 Januari 2004 iaituselepas 15 hari berada di sana. Saya menaiki keretapimenuju ke Moscow yang memakan masa perjalanan lima hari empat malam. Keretapi yang dinaiki agak uzur berbanding keretapi Trans Mongolia yang saya naiki dari Beijing ke Ulaan Baatar. Saya berkongsi bilik dengan seorang lelaki Russia yang mempunyai isteri bangsa Mongolia. Kami kurang berkomunikasi kerana dia tidak faham bahasa Inggeris.Setiap gerabak mempunyai sembilan bilik, dan setiapbilik memiliki empat katil. 

Di setiap gerabak pula,terdapat dua orang `provodnitsa’ iaitu pekerjaperempuan yang bertugas untuk menjaga kebersihan,menyediakan air panas, membakar arang untuk memanaskansuhu gerabak, dan menjaga kebajikan penumpang.Selepas tujuh setengah jam perjalanan, keretapi tibadi Sukhbaatar iaitu bandar di sempadan Mongolia dan Rusia. Di situ, urusan pemeriksaan pasport dilakukandan selepas satu jam, keretapi mula bergerak memasuki Rusia di bandar Nauski. Sekali lagi, urusan pemeriksaan pasport dilakukan. 

Keesokan pagi, sebaik bangun tidur, di luar tingkap, saya melihat pemandangan Tasik Baikal iaitu tasik yang terdalam didunia, 1,637 meter. Tasik seluas 636 kilometer (km)dan lebar 60 km itu kelihatan seperti buah pisang. Walaupun pemandangan yang dilihat hanya salji yang memutih, dan tasik membeku, panorama tetap menarik terutama ketika keretapi meninggalkan kawasan selatan tasik itu. Dari sini, saya dapat melihat sebuah perkampungan indah yang dipenuhi pokok yang disalut salji.

Sepanjang `tinggal’ di dalam keretapi ini, saya gembira dapat melihat telatah manusia termasuk diluar. Keretapi yang dinaiki singgah di 32 buah bandar kecil dan besar, paling lama berhenti selama 30 minit, dan paling cepat, lima minit. Ketika berhenti inilah, penumpang mengambil kesempatan keluar untuk membeli makanan, dan minuman yang dijual oleh penduduk tempatan. Saya memilih untuk makan ikan salai, kek, coklat, buah limau, dan roti. Saya juga makan mi segera yangdicampur dengan sos cili. Serbuk perasa yang terdapat di dalam bungkusan mi segera dibuang kerana mengandungi perencah bercampur daging khinzir.

Ada kalanya, apabila keretapi berhenti, saya berlari keluar untuk meninjau persekitaran stesen keretapi. Biasanya, saya lakukan dengan cepat kerana keretapi kadang kala bergerak tanpa mengikut jadual. Saya biasa mendengar ramai pengembara ditinggalkan keretapi.

Saya juga mendapati beberapa kali kepala keretapi ditukar. Apa yang saya lihat, tidak ada seorang pun pengembara asing. Penumpang hanya terdiri daripada orang Rusia dan Mongolia. Kebanyakan orang Mongolia yang pergi ke Moscow ialah peniaga barangan yang memborong barang untuk dijual di Mongolia. Baranganyang dibeli itu mengikut musim iaitu selimut, pakaian, topi, dan lain-lain.Mereka juga akan membawa barangan dari Mongolia dan menjualnya ketika keretapi berhenti di stesen-stesen di sepanjang perjalanan. Menariknya, di setiap stesen, sudah ada pembeli menunggu walaupun pada lewat malam yang sejuk. Jika barangan tidak dapat dijual, mereka akan menukarnya dengan barangan yang dikehendaki ketika di Moscow nanti.

Saya tiba di stesen keretapi Yaroslavsky, Moscow pada petang yang sejuk, dan cuaca pula mendung dengan salji yang memutih. Tidak sukar untuk saya mencari Hotel Ismailovo iaitu hotel yang akan saya diami selama tiga malam di sini. Ini kerana dari stesen keretapi tadi, terdapat keretapi bawah tanah iaitu metro yang terus menuju kehotel itu.

Selepas mandi, saya menuju ke bazar yang terkenal diMoscow iaitu Vernisazh Market yang terletak di hadapan hotel yang menjual barangan terutama cenderamata pada harga yang murah seperti matryoshka iaitu set patung bulat yang diperbuat daripada kayu, palekh (kotak pelbagai saiz daripada kayu dan di atasnya terdapat lukisan pemandangan), baju T, dan lain-lain.

Saya kemudian menaiki metro menuju ke Red Square. Perjalanan tidak sampai 20 minit, dan saya benar-benar berpuas hati dapat melihat rupa bentuk St. Basil yangindah diterangi lampu neon pada waktu malam. 

Pada hari kedua, cuaca mendung, dan bersalji tidak menghalang saya melawat The Kremlin yang terletak di sebelah Red Square. Harga tiket masuk ialah RM50.00 dan di situ, terdapat beberapa bangunan lama yang menarik seperti Church ofthe Deposition of the Robe, State Kremlin Palace,Great Kremlin Palace, Ivan the Great Bell Tower, danTsar Bell.

Di sini, juga terdapat banyak bangunan teater dan pada sebelah malam, saya sempat menyaksikan persembahan penyanyi Rusia, Yelena Obraztsova yang bersuara mezzo soparno di bangunan teater terkenal di Moscow, Bolshoi Theatre. Bangunan enam tingkat itu mempunyai reka bentuk lama yang amat indah. Tiket masuk ialah RM120.00 tetapi saya berpuas hati,dan terhibur dengan persembahan penyanyi itu.

Pada hari ketiga, saya menaiki metro menuju ke Novodevichy Convent, iaitu salah satu tempat yang memiliki bangunan paling menarik di Moscow. Di situ, terdapat beberapa bangunan seperti menara berloceng enam tingkat yang siap dibina pada tahun1690, dan kawasan perkuburan yang menjadi tempat bersemadi orang-orang ternama Rusia.

Saya juga mengambil kesempatan melawat beberapa stesen metro yang setiapnya mempunyai reka bentuk yang unik, cantik, dan berbeza.

Pada hari keempat, saya menghabiskan masa di VDNKh dan sempat juga saya menonton wayang yang menayangkan cerita tempatan di sebuah pawagam. 

Saya menaiki keretapi Trans Mongolia pada pukul 10.00 malam menuju Ulaan Baatar dengan jarak perjalanan 6,306 km. Saya berkongsi bilik dengan seorang doktor lelaki Rusia yang bekerja di Mongolia. Masalahnya lelaki initerlalu baik sehingga apa yang dimakan dan diminumnya mahu dikongsinya dengan saya, termasuklah vodka dan daging yang tidak halal. Puas saya terangkan kepadanya, bahawa saya seorang Islam yang tidak boleh minum arak dan makan daging yang tidak halal. Pada mulanya dia tidak faham dan terpaksalah saya keluar dari bilik itu. Namun hari kedua, dan ketiga, dia mulai faham, dan tidak lagi memaksa saya makan apa yang dimakannya.

Pada hari ketiga, keretapi tiba di Krasnoyarsk setelah menempuh perjalanan sejauh 4,098 km, dan melalui sebuah jambatan sejauh satu km merentasi Sungai Yenisey. Saya berharap satu hari nanti, saya berpeluang datang sekali lagi di Krasnoyarsk dan belayar dengan kapal yang beroperasi di sungai itu hingga ke Laut Kara diLautan Artik di utara yang melalui beberapa tempatmenarik seperti Dudinka, dan Igarka yang memakan masa pelayaran selama sembilan hari.

Saya tiba di Ulaan Baatar pada waktu pagi, dan tanpa berlengah mengambil beg besar yang saya tinggalkan diNassan Guest House. Pada sebelah malam, saya menaiki keretapi tempatan menuju Zamyn uud selama 13 jam. Kali ini, pemandangan yang dilihat bukan lagi salji tetapi padang rumput yang tidak hijau. Selepas urusanpemeriksaan pasport di kedua-dua negara selesai, sayamenaiki bas dari Erlian ke Beijing.

Selama seminggu di  Beijing, saya menghabiskan masa bersiar-siar sekitarnya sementara menunggu lanjutan tarikh visa di China siap dalam tempoh empat hari. Ketika ini, saya banyak menghabiskan masa membeli cenderamata di kawasan beli belah utama, Wangfujingdan Xiushui Shichang atau Silk Market yang terkenal dengan barangan berjenama tetapi palsu seperti Gucci,Channel, dan North Face. Apa yang tidak menariknya ialah pelancong yang bertanya harga barang akan dipaksa membeli barang itu oleh penjual. Penjual biasanya menarik tangan, atau baju dan jika pelancong enggan membelinya, mereka akan dimarahi.

Sebaik mendapat pasport, saya meninggalkan Beijing menaiki keretapi selama 14 jam menuju ke Shanghai. Saya menetap di Hotel Astor yang dibina pada tahun 1846, dan merupakan satu-satunya hotel paling murah yang menyediakan bilik dormitory.Di sini, saya banyak menghabiskan masa di kedai buku untuk mencari maklumat mengenai Vietnam, dan Kemboja.

Selepas tiga hari di Shanghai, saya menaiki keretapi menuju Nanning yang terletak di wilayah Guangxi, selatan China yang bersempadan dengan Vietnam. Perjalanan selama 34 jam melalui bandar Guilin yangterkenal dengan pemandangan gunung yang cantik. Saya berada di Nanning selama dua malam, kemudian menaiki keretapi yang terakhir dalam pengembaraan ini menuju Ping Xiang, iaitu pekan terakhir di China.

Perjalanan cuma empat jam dan dari situ, saya menaikimotosikal roda tiga selama 25 minit menuju ke kompleksimigresen China. Saya kemudian menaiki van menuju ke Hanoi selama duajam yang melalui kawasan sawah padi yang menghijau.Ketika itu, saya mulai bimbang tentang wabak selesemaburung yang telah menelan banyak korban di Vietnam,dan Kemboja. Namun sebaik tiba di Hanoi, kebimbangan saya lenyap melihat bandar itu meriah seolah-olah tiada perkara menakutkan berlaku. Saya sempat melawat Ngoc So Temple yang terletak ditengah-tengah Tasik Hoan Kiem. Selain itu, saya menyaksikan pertunjukan Water Puppet di Thang LongWater Puppet Theatre. 

Dari Hanoi, saya menaiki bas kebandar Hue di selatan Vietnam, sejauh 670 km. Saya terpaksa menukar bas dan menunggu lima jam untuk mendapatkan bas lain. Ketika inilah, saya mengambil peluang melawat beberapa tempat menarik dengan menaiki beca. Antara tempat yang dilawati ialah tempat yang telah dibom oleh tentera Amerika Syarikat pada tahun 1965.Saya juga ke Thien Mu Pagoda yang terkenal. 

Dari Hue,saya menyambung perjalanan ke Saigon atau Ho Chi MinCity sejauh 1,105 km yang mengambil masa perjalanan 32 jam. Dalam perjalanan itu, bas singgah di bandar utama seperti Hoi An, Nratrang, dan Muine. Saigon lebih besar, dan moden daripada Hanoi dan mempunyai penduduk yang ramai. Saya sempat melawat Notre Dame Cathedral yang dibina di antara tahun 1877dan 1883, serta muzium War Remnants yang mempamerkan gambar kesengsaraan rakyat Vietnam ketika serangan Amerika. Turut dipamerkan ialah barangan peninggalan perang seperti jet pejuang, kereta kebal, helikopter, bom,dan peluru.Hati saya tersentuh apabila membaca keterangan gambar yang dipamerkan, dan hakikatnya muzium itu adalah gambaran perasaan marah rakyat Vietnam terhadapkekejaman tentera Amerika.

Dari Saigon, saya menaiki van menuju ke Phnom Penh,Kemboja. Cuaca amat panas, dan berdebu dan saya tibadi bandar itu menjelang senja. Bandar ini agak sibuk,dan terdapat sebuah pasar, Pasar Thmei atau Central Market yang menjual pelbagai barangan seperti baranganelektrik, pakaian, makanan, dan barang kemas. The Royal Palace dan The Silver Pagoda serta Wat Phnomjuga antara tempat menarik untuk dilawati. Saya tidakmelepaskan peluang melawat Killing Field of Choeung Ekiaitu satu kawasan tanah perkuburan mangsa kekejamanrejim Pol Pot.  Terdapat menara yang dibina khas untukmengingati mangsa iaitu Memorial Stupa.

Dari Phnom Penh, saya menaiki bas mini selama tujuh jam ke Siem Reap. Ini kali kedua, saya tiba di sini dan ia terkenal dengan Angkor Wat. Saya hanya tinggal semalam di sini untuk meneruskan perjalanan ke Bangkok. Saya menghabiskan masa beberapa hari di Bangkok, sebelum menaiki bas ke Surathani di selatan Thailand.

Kemudian saya menaiki van menuju Hatyai dan dari situ,saya menaiki bas menuju bandar raya Ipoh selepas mengembara selama 120 hari. Saya bersyukur kerana selamat tiba di Ipoh keranasepanjang pengembaraan itu, dunia dikejutkan dengan wabak selesema burung, gempa bumi, dan pengeboman dibeberapa tempat yang saya lawati.

Catatan perjalanan ini pasti tidak dapat dilupakan dan benarlah kata pepatah `jauh perjalanan luas pemandangan’. Banyak pengalaman dan pengajaran baru yang berhargasaya peroleh, dan saya berbesar hati dapat berkongsibersama keluarga, dan kenalan yang lain.