Wednesday, February 10, 2016

39 - KEMBARA SOLO 2005 - BANGKOK - THAILAND - BAHAGIAN 22-22 (AKHIR)

KEMBALI SEMULA KE KOTA BANGKOK, THAILAND



Setelah selesai urusan dikedua-dua buah negara, saya mula menaiki sebuah bas lain yang lebih besar dan selesa menuju Bangkok yang bertolak tepat pukul 4 petang. Ohhh Bangkok campaklah saya dimana-mana sekalipun pasti saya tidak sesat hehehe yang pasti bas akan berhenti berdekatan Khoa San Road yang terkenal sebagai tempat tumpuan pengembara. 

Kawasan ini tidak pernah sunyi dengan pelancung asing yang datang dan pergi dan merupakan pusat tumpuan utama bagi pengembara dunia ketika berada di Bangkok, mudah bagi kita untuk menuju ke tempat lain dari sini kerana segala urusan boleh kita dapati disini. Kawasan ini juga terdapat sebuah masjid yang menrupakan kawasan penduduk yang beragama islam disini.

Di Khoa San Road saya menginap di Willy Guest House semalam Bath 120, selepas mandi saya terus keluar merayap sehingga pukul 2 pagi sebelum kembali semula ke guest house untuk tidur.

Saya menghabiskan masa 3 hari di Bangkok telah mengunakan habis segala baki-baki duit yang ada yang tersimpan dimerata celah poket dan yang tersimpan dalam beg, sebelum menaiki bas malam ke Surathani yang terletak di selatan Thailand.

Di Surathani kami penumpang bas dipindahkan ke beberapa buah van lain untuk menuju ke Hatyai yang memakakan masa selama 4 jam. Sepanjang perjalanan ke Hatyai saya dapat rasai pemandu van memandu tersangatlah lajunya, hati pun mula resah. 

Dan dalam perjalanan kami bertembung dengan salah sebuah van lain yang membawa penumpang bas yang sama dari Bangkok yang telah mengalami kemalangan dan kelihatan salah seorang pelancung terlentang ditepi jalan. Wallahualam saya tidak tahu nasibnya ketika itu. Ya Allah terfikir dalam hati ketika itu nasib saya tidak naik van tersebut. 

Saya tiba di Hatyai pada pukul 11.30 tengah hari dan dari Hatyai saya menaiki bas menuju ke border dalam perjalanan jumpa lagi kemalangan antara motor dengan lori heeee. Dari sempadan Bukit Kayu Hitam, bas menuju ke bandar raya Ipoh selepas mengembara selama 120 hari.

Saya bersyukur kerana selamat tiba di Ipoh kerana sepanjang pengembaraan itu, dunia dikejutkan dengan wabak selesema burung, gempa bumi dan pengeboman dibeberapa tempat yang saya lawati. 

TAMAT.



No comments:

Post a Comment