Tuesday, July 17, 2018

56 - 2 - SOLO RIDE MOTOR KAPCAI THAILAND. HAT YAI - KRABI - PHUKET

HARI KEDUA
8 JUN 2018
HAT YAI - KRABI - PHUKET 433KM


Di Hat Yai saya tinggal di The Bedroom Hotel semalam THB400 single room, selesa jugak lah untuk kita solat jamak dan solat subuh. Jika kembara saya dulu saya lebih selesa tinggal di domatri berkongsi bilik dengan pengembara lain kerana harga murah, tapi kali ini saya lebih selesamenginap di bilik sendirian.

The Bedroom Hotel

Awal pagi hari ke dua, selepas suboh saya bersiap untuk begerak menuju ke Krabi pada pukul 6.30 pagi waktu Thai. Saya hanya akan singgah sebentar sahaja di Krabi. Sudah beberapa kali saya pernah tiba di Krabi tetapi tidak pernah meneroka bandar ini, kerana biasanya saya akan terus ke Pulau Phi phi. Kali ini dengan menaiki motor agak mudah untuk sayakehulu dan kehilir walau hanya singgah sebentar sahaja di bandar itu nanti. Matlamat saya akan ke Phuket kerana hotel di Phuket telah saya tempah awal melalui Booking.com.

Mencari jalan keluar bandar HatYai ke Krabi


Khuhan Sawan - persimpangan jika terus kita akan ke Suratthani melalui Route 41, jika pusing ke kiri melalui Route 4 kita akan menuju ke Krabi.

Andaman Gateway


Andaman Gateway

Dalam perjalanan pada pukul 8.45 pagi, saya berhenti singgah diAndaman Gateway. Kawasan rehat. Pada pukul 9.15 pagi saya sampai di bandar Trang. Trang terletak sejauh kira-kira 141km dari Krabi.Meneruskan perjalanan dan pada pukul 11.45 pagi saya tiba di Krabi. Sebagai seorang yang tidak ada pengalaman menunggang jauh motosikal, tiba di Krabi merupakan satu keseronokan dalam diri saya. Saya sempat meronder-rounder sekitar Krabi dan kemudian meneruskan perjalanan menuju ke Phuket.

Berhenti rehat sebentar di tengah bandar Trang

Meneruskan perjalanan


Krabi

Krabi
Krabi ke Phuket sejauh hampir 171km. Pada 2.15 petang saya tiba di Jambatan Sarasin. Jambatan penghubung diantara Pulau Phuket dengan tanah besar Thailand. Ketika disini hujan mula turun agak lebat tetapi tidak lama.

Senang isi minyak...ada orang tolong isikan


tiba dipersimpangan antara ke Koh Phanga dan ke Phuket

Jambatan Sarasin Phuket

Phuket

7Q Bangla Hotel Phuket

Saya tiba di tempat penginapan saya tepat pada pukul 5 petang, setelah hampir sejam sesat mencari kedudukan hotel yang saya tempah itu. Sukar mencari sebab bateri handphone saya sudah habis, dan tidak dapat mengunakan google map, tetapi dengan pertolongan taxi motor di bandar ini akhirnya saya tiba juga di tempoat penginapan ini. Terpaksa lah bayar THB100kepada si pemandu taxi motor tersebut.










Sekitar Patong Beach Phuket diwaktu malam

HARI KE TIGA
29 JUN 2018
HARI KE 2 DI PHUKET

Saya tinggal 2 malam di Patong Beach Phuket, pada hari ke 2 saya mengambilkeempatan jelajah setiap ceruk bandar ini. Ya mengelilingi pulau ini dan mengambil kesempatan ke pekan Phukat.


29 Jun 2018 hari Jumaat alhamdulillah saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat disebuah masjid di Patong Beach ini




Sekitar Pulau Phuket

Ke kedai motor suruh makanek check motor, alhamdulillah katanya okey



Phuket diantara kawasan tarikan pelancong menyaksikan matahari terbenam



No comments:

Post a Comment