HARI KE EMPAT
30 JUN 2018
PHUKET - RANONG (304KM)
Saya bertoloak meninggalkan tempat penginapan di Patong Beach pada pukul 7 pagi, cuaca cerah dan sangat baik. Perjalanan saya kali ini ialah menuju ke Ranong. Sebab utama saya pilih Ranong kerana mahu melihat tanah besar Myanmar dari Ranong Thailand. DiRanong terdapat pintu keluar masuk antara Thailand dan Myanmar menyeberangi lautan. Terlintas dihati mahu cuba masuk ke Myanmar kerana sebelum ini saya pernah masuk Myanmar di utara Thailan iaitu di Mae Sai. Kali ini hati saya rasa teringin pula masuk Myanmar melalui Ranong.
|
Menuju ke Ranong |
|
Hotel penginapan saya di Ranong THB400 |
Dari Patong Beach Phuket untuk sampai ke jambatan Sarasin (jambatan penghubung antara Pulau Phuket dengan tanah besar Thailand) mengambil masa sejam. Perjalanan ke Ranong agak tenang, tidak banyak kenderaan lain. Beberapa jam pertama saya melalui pinggir pantai, kawasan peranginan yang cantik. Selepas itu perjalanan terus menerus melaluikawasan hutan dan adakala berbukit. Keadaan jalan lurus dan sangat selesa.Saya tiba di Ranong pada pukul 1 tengah hari setelah hampir 6 jam perjalanan.
|
Ranong, Thailand |
|
Ranong - Kawthaung Pier |
|
Jetty keluar masuk ke Myanmar yang terletak dibandar Ranong |
|
Bandar Ranong |
Selesai check in hotel,saya keluar menerokai bandar Ranong. Ranong tidak sesibuk deperti bandar HatYai dan Phuket. Keadaan Ranong agak tenang dan kelihatan diapiti kawanan pergunungan dan lautan. Saya ke jetty yang boleh kita masuk ke Myanmar, tapi biasalah perlu melalui proses kastam.
Sebenarnya terdapat dua (yang saya tahu dan pergi melihat) jetty yang membolehkan kita masuk ke Myanmar. Sebuah di pekan Ranong ini juga, jetty ini agak kotor terletak bersebelahandengan kawasan pemunggahkan hasil ikan,dan digunakan oleh mereka yang keluar masuk mengunakan sampan atau bot - bot panjang yang daif. Sebuah lagi terletak agak jauh dari bandar Ranong, jetty ini lebih moden canti dan bersih.
|
Tanah besar di seberang sana ialah Myanmar |
|
Jetty ke Myanmar diluar bandar Ranong ini lebih bersih |
|
Add caption |
No comments:
Post a Comment