7 JULAI 2018
BANGKOK - SURATTHANI (630KM)
Saya keluar awal dari hotel di Bangkok, sebaik selesai solat suboh. Saya mula bergerak meninggalkan kota Bangkok pada pukul 5.30 pagi (waktu Thai ya). Suasana masih lagi gelap, tapi saya teruskan juga menerjah laluan route 35 hingga ke Samut Sakhon.
Mencari jalan keluar dari kota Bangkok |
Rehat sekejap |
Selepas melepasi Samut Songkhram, dari laluan route 35 diubah ke laluan route 4. Laluan route 4 akan berterusan boleh sampai sehingga ke Bukit Kayu Hitam.
Menunggang seperti biasa, adakala rasa sedikit lengoh. Dan saya terpaksa berhenti mengisi minya setiap selepas lebih kurang 100km. Kerana tangki minyak motosikal Honda Wave 110 saya hanya boleh diisi minyak petrol dengan 3.7 liter sahaja. Anggaran 3.7 liter boleh lah jalan sehingga sekitar lebih kurang sejauh 120km
Halal, pekena Red Bull jika rasa letih atau mengantuk |
Biasa lah perjalanan, cuaca sangat panas dan adakala keadaan awan mendung ada juga sekali sekala menempuh hujan renyai-renyai, sehingga memaksa saya mengenakan baju hujan sebagai persediaan awal jika hujan tiba-tiba turun.
Terus ke Suratthani, patah balik ke Bangkok. Jika beluk ke kiri menghala ke Chumphon. Dari sini untuk ke Suratthani lagi 200km |
Saya ambil keputusan untuk terus ke Suratthani |
Setelah lebih kurang 7 jam menunggang akhirnya pada pukul 1.30 petang saya tiba dipersimpangan hala masuk ke Chumphon. Bermakna ada berbaki lagi lebih kurang 200km untuk sampai ke Suratthani. Tidak terasa letih malah semakin teruja, jadi saya mengambil keputusan meneruskan perjalanan hingga ke Suratthani.
Suratthani |
Penginapan saya di Suratthani THB390 satu malam |
Selesa |
Masjid utama di Suratthani, saya mencari mengharapkan agar adalah gerai-gerai makanan halal sekitar masjid ini, tapi hampa tidak ada. |
Saya tiba di bandar Suratthani di hotel penginapan saya sekitar pukul 5 petang setelah hampir 10 setengah jam menunggang. Perlu diingat saya tidak singgah lama disatu-satu tempat. Hanya singgah untuk mengisi minyak sahaja dan rehat sekitar 5 minit sahaja. Lainnya saya habiskan masa menunggang terus menerus..
Saya ambil keputusan untuk tinggal 2 malam di Suratthani, harga tempat penginapan THB390 semalam. Terlintas hendak ke Koh Samui, tapi bila tidak jadi akhirnya.
HARI KE DUA BELAS
8 JULAI 2018
HARI KE 2 DI SURATTHANI
Hari ke 2 di Suratthani saya melepak dalam bilik sahaja dan hanya keluar selepas pukul 12 tengah hari. Seperti biasa saya meredah sekitar bandar ini, masuk ke shopping mall, masuk ke kedai bundle, makan minumdan kebebrapa tempat menarik sehinggalah kelewat malam.
Check keadaan motor di Suratthani, isi angin tayar dll. Minyak hitam masih okey katanya. Perketatkan rantai motor. |
Sekitar Suratthani. Tidak ada apa yang menari pada saya. Suratthani ni lebih terkenal sebagai tempay persinggahan pengembara sebelum mereka ke Koh Samui |
No comments:
Post a Comment