Tuesday, July 17, 2018

55 - 1 - SOLO RIDE MOTOR KAPCAI THAILAND. IPOH - SADAO - HATYAI

MUKADIMAH

Keinginan untuk menunggang motosikal secondhand yang saya beli beberpa bulan lalu dengan harga RM2500 ke negara Thailand semakin meluap-luap. Acap kali ketika menunggang sekitar Ipoh, fikiran saya terbayangkan keseronokan jika saya berpeluang menunggang di luar negara. Negara yang sesuai dan agak mudah ialah negara Thailand. Keinginan semakin menjadi-jadi bila melihat pengalaman penunggang lain yang pernah menunggang ke negara Thailand melalui Youtube.

Ada dua penunggang yang mengkagumkan saya kedua-duanya wanita, seorang Anita Yusuf anitayusof00.blogspot.com yang berpengalaman menunggang ke anyak negara dan seorang lagi Iron Lady yang saya baca pengalaman beli beliau melalui blog beliau arenimironlady.blogspot.com . Mereka wanita berani solo ride, jika yang lelaki ni dah biasa sangat, kebanyakkan mereka menunggang berkonvoi ke merata Thailand.

Saya tidak merancang terlalu lama, keinginan ini berlaku secara sepontan dan pantas. Persediaan saya yang pertama, mengambil beberapa vaksin bagi mengelak mendapat jangkitan kuman, penyakit dan sebagainya.

Dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu. Bagi saya selagi ada vaksin yang boleh mengelak diri saya dari kemungkinan mendapat jangkitan kuman, saya akan mengambilnya. Sedikit sebanyakk pengambilan vaksin dapat memberi keyakinan diri ketika berada dinegara orang.

Saya juga servis motor honda wave 110 saya. Selain menukar minyak hitam, saya juga masukan sejenis cecair ke dalam tayar tubeless saya, cecair ini dikatakan boleh menutup segera lubang tayar jika tercucuk benda tajam. Boleh tanya pada mekanik di mana-mana kedai motor.


HARI PERTAMA
27 JUN 2018
IPOH - SADAO - HATYAI 339KM

Selepas waktu suboh, saya mula bergerak kira-kira pukul 6.30 pagi. Perasaan teruja sedikit risau kerana saya mempunyai sindrom panic attacks terutama bila keseorangan. Antara tujuan solo ride ini juga bagi melawan perasaan takut ini. Alhamdulillah beberapa jam pertama persaan saya tenang.

Hujan lebat dan berteduh dibawah jambatan


Dalam perjalanan ketika melepasi Taiping, hujan mula turun. Semakin lama semakin lebat, sehingga memaksa saya berteduh sementara dibawah jambatan, suasana pagi sangat sejuk. Apabila melihat tiada tanda hujan mahu berhenti, saya mengambil keputusan meneruskan juga perjalanan, kerana saya tidak mahu lewat tiba ke destinasa yang dituju. Keadaan hujan semakin reda apabila melepasi Pulau Pinang.



9.40 pagi saya terpaksa masuk ke susur Sg Petani, Kedah kerana minyak semakin kosong, sebelum itu saya telah isi minyak ketika di Bukit Gantang. Tangki minya Honda Wave 110 hanya boleh di isi 3.7 liter minyak petrol penuh. Dengan 3.7 liter minyak, ianya boleh tahan sekitar 120km (kalau tidak silap saya). Tapi bagi saya untuk memudahkan kiraan tangki penuh 100km. Insyaallah diakhir kembara saya nanti saya akan cuba anggaran jumlah kos minyak petrol yang telah saya gunakan.

Kedah

Disini saya uruskan dokument motor dan insuran untuk masuk ke Thailand. Penting bawa gran motor bersama, serahkan pada pekerja di kedai itu bersama passport dan wang...selesai

11.30 pagi saya tiba di Changlun, saya berhenti untuk makan dan membuat  dokument bawa masuk motor ke Thailand, insuran motor untuk sebulan dan white card, kos RM47. Tempat yangbterkenal untuk uruskan semua ini ialah sebuah gerai selepas Petronas.

Hati saya sedikit gementar, antara yakin dengan tidak. Ketika passport hendak di cop, saya boleh rasa seluruh badan saya gementar. Serangan panic attact datang, tiba-tiba rasa nak balik. Tiba-tiba nak cancel rancangan masuk ke Thailand. Takut, risau datang tiba-tiba, tetapi saya terus berzikir, minta tolong dari Allah agar selamatkan saya. Untuk pengetahuan semua, sebelum kembara ini saya telah lama berdoa agar tidak mendapat serangan ini, malah sepanjang menunggang dari Ipoh hingga ke sempadan, bibir saya tidak henti-henti berzikir. Memang dalam perancangan saya, saya akan berzikir terus menerus ketika sedang menunggang. Saya pujuk hati ini ketika berbaris hendak cop passport, "kalau dah lepas masuk Thai, masih ada perasaan panic saya akan kembali masuk ke Malaysia"

Alhamdulillah, saya cuba lawan, jika saya berpatah balik ke Malaysia, bermakna saya tewas. Bermakna dimasa hadapan masih sukar untuk saya ke luar negara lagi. Jadi saya cuba lawan.

Sadao

Beli pre paid card untuk internet di Thailand


12.30 tengah hari, setelah membeli pre paid di Sadao,Thailand untuk layari internet, saya terus menunggang menuju ke bandar HatYai. Hampir sejam menunggang akhirnya saya mula memasuki bandar HatYai. Dengan pertolongan GPS google, akhirnya saya tiba di The BedRoom Hotel. Saya sudah booking awal sehari sebelum. Semalam THB450. Setelah selesai solat jamak, saya keluar jelajah bandar ini. Jika dulu ketika saya pernah beberapa kali singgah di HatYai agak sukar untuk begerak, tetapi kali ini senang dengan adanya motor sendiri tidak perlu hendak sewa, saya boleh terus begerak keluar kemana saja hendak saya pergi.

semakin menghampiri bandar Hat Yai

Dari Ipoh hingga ke HatYai saya mengambil masa 7 jam. 5 jam dari Ipoh ke sempadan menggunakan kapcai. Bayangkan penunggang motor tegar Anita Yusof hanya mengambil masa 3 jam dari Ipoh ke sempadan menggunakan motorsikal berkuasa tinggi.


Selesai mandi, saya keluar dan mula merounder sekitar bandar HatYai.

Harga minyak di Thai mahal sebab tiada subsidi dari kerajaan. Saya guna yang oren tu lebih kurang sama dengan Ron 95 di Malaysia. Harga Ron di Malaysia RM2.20 seliter, manakala harga minyak 95 warna oren tu hampir RM3.00 seliter

Sekitar Hat Yai

1 comment:

  1. Casino Nightclub Las Vegas - Mapyro
    Experience 울산광역 출장샵 Las 경상북도 출장마사지 Vegas' biggest and best entertainment on the Strip 충청북도 출장마사지 with this venue located just off the strip. Casino Nightclub. 3131 Las Vegas Blvd. 당진 출장샵 S. 출장안마 Las Vegas, NV

    ReplyDelete