3 JULAI 2018
CHA AM - BANGKOK (170KM)
Selepa suboh sya tidur balik dan hanya bangun pada pukul 8 pagi. Mandi dan kemas barang saya bertolak ke Bangkok pada pukul 9 pagi. Keadaan lutut dan bahu saya masih sakit tapi saya masih boleh bertahan. Bila disapu dengan minyak panas terasa sangat lega, walaupun saya tahu ianya tidak akan boleh memulihkan sakit dibahu dan lutut dengan segera. tapi alhamdulillah ianya cukup melegakan.
Pada pukul 10 pagi saya tiba di persimpangan bulatan menghala ke route 35 menuju ke Bangkok. Tidak sukar mencari jalan menuju ke Bangkok dan pada saya 170km dari Cha Am ke Bangkok terasa dekat sangat. Tapi risiko mengunakan GPS google map, bila semakin hampir ke kota Bangkok, tidak henti-henti google map suru saya keluar dari route 35 dan pusing ke kiri jalan, saya enggan tetapi bila dah dihadap google map gesa saya belok ke kiri. tidak henti-henti digesanya saya agar belok ke kiri. akhirnya saya mengalah. Ya lahbagi pertama kali nak masuk Bangkok bimbang sesat, jadi saya turutkan gesaan google map itu.
Saya ikut arahan google map sehingga masuk ke satu highway, pemandangan dari highway agak menarik selain kedudukannya yang tinggi, saya juga mula nampak jelas bangunan pencakar langit kota Bangkok dari jauh. Menunggang pun sangat selesa. Tapi saya perasaan tiada penunggang motosikal lain yang melalui highway tersebut. Malang lagi buat diri saya, dipenghujung highway tersebut saya ditahan polis. Dan saya sudah tahu saya telah memasuki highway yang yang mana motorsikal dilarang mengunakannya.
Ketika di Cha Am saya ada membaca mengenai denda bagi motosikal yang mengunakan highway tertentu di kota Bangkok, saya cuba mencari highway yang mana yang tidak dibenarkan diguna oleh motosikal, tetapi saya tidak jumpa nama highway yang dilarang digunakan itu.
Jadi bila sudah ditahan polis dan faham maksud yang diri saya telah dan akan didenda dengan THB1000 (lebih RM100). Saya buat-buat tidak tahu,dan beritahu saya dari Malaysia dan tidak tahu mengenai larangan tersebut. Polis ugut saya hendak bawa saya ke balai polis untuk bayar denda. Dipendekkan cerita mereka minta duit kopi, terpaksa lah saya beri THB500 (RM50 lebih).
Dihujug highway ini saya disaman polis |
Saya teruskan perjalanan keluar highway, dan alhamdulillah arah seterusnya menuju semakin hampir dekat dengan kawasan yang saya tujui iaitu KaoSan Road. Jalan yang menjadi tumpuan seluruh pengenbara seluruh dunia. Jalan dan kawasan sekitaran yang sangan sebati dengan diri saya, dan saya tahu benar seluk beluk kawasan sekitaran jalan Kao San ini. Sudah beberapa kali saya pernah tiba dan tinggal di kawasan jalan Kao San ini. Kali pertama saya tiba disini seingat saya mungkin pada tahun 1995 atau 1994 dahulu, ketika pertama kali menjejaki ke bumi Thailand seorangan.
Pada pukul 1 petang saya tiba di hotel dibelakang Kao San Road, setelah 4 jam perjalanan dari Cha Am. Kali ini saya ambil keputusan untuk tinggal selama 4 malam di Bangkok. Harga semalam hanya THB450. Cukup buat diri saya untuk mengambil keputusan ke mana arah tuju saya seterusnya selepas Bangkok.
Penginapan di Bangkok |
pemandangan luar tingkap single room THB 450 semalam |
Rancangan awal saya, paling jauh saya akan menunggang hingga ke Chiang Mai utara Thailand atau ke Siem Reap di Cambodia. Dan paling dekat ialah ke kota Bangkok. Jadi 4 malam di kota Bangkok cukup buat diri saya untuk putuskan kemana arah seterusnya nanti. Buat masa ini (hari pertama di Bangkok) saya masih belum boleh memutuskannya.
Biasalah selepas mandi, saya keluar jalan sekitar kawasan ini dan sempat ke Pat Pong kawasan tumpuan pelancong di Silom Street.
Masjid berdekatan Kao San Road |
Kao San Road |
Pandangan luar tingkap bilik penginapan kelihatan Grand Palace |
Pat Pong |
HARI KE LAPAN
4 JULAI 2018
HARI KE DUA DI BANGKOK
Saya ke sungai Cho Phraya, menaiki taxi sungai ke Wat Arun. Dari Wat Arun saya menaiki BTS (MRT) ke kawasan pusat membeli belah di BMK dan Central World. Meredah hingga ke malam. Saya lebih selesa menaiki public transport daripada motor saya., biar lah motor tu rehat sekejap.
Wat Arun |
Wat Arun |
MRT mereka (BTS) |
BMK |
Central World |
Central World |
No comments:
Post a Comment