Wednesday, July 18, 2018

58 - 4 - SOLO RIDE MOTOR KAPCAI THAILAND. RANONG - CHA AM

HARI KE LIMA
1 JULAI 2018
RANONG - CHA AM (414KM)


Nyenyak tidur, bila terjaga waktu suboh terdengar hujan diluar. Selesai mandi dan solat, saya kemas dan check out hotel di Ranong. Hujan sudah berhenti. Pada pukul 6 pagi saya bergerak meninggalkan hotel di Ranong. Dalam satu jam jalan mula mendaki dan berbeluk-beluk seakan jalan dari Tapah ke Cameron Highland.

Hujan kembali turun renyai-renyai, tapi malang memang tidak berbau. Setelah setengah jam meninggalkan Ranong, pada satu ketika diselekoh yang agak tajam mendaki, tiba-tiba dalam sekelip mata saya tergelincir jatuh dibahu jalan. Pertama sekali yang terbayang didalam kepala, fikirkan keluarga diIpoh. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana boleh terjatuh, sedangkan pemanduan saya agak pelahan. Saya bangun dan kebetulan diseberang jalan sana tiba sebuah lori. Saya tidak ada kudrat untuk  angkat motorsikal tetapi dengan bantuan pemandu lori tersebut saya dapat dirikan motor. Dalam hati bimbang bagaimana sekiranya motor itu rosak dan tidak boleh berjalan. Yang saya perasan ketika itu cermin sisi sebelah kanan motor pecah berderai, plat nomber dihadapan patah terkulai. Saya dapat rasa sakit di bahu sebelah kanan dan sakit dibahagian lutut kanan saya.



Dan apa yang paling saya bimbang ketika itu ialah takut diserang panic attact atau anxiety disorder, saya bimbang jika tangan atau kaki saya patah didalam, saya mula bayangkan lokasi saya ketika itu nun diatas bukit didalam kawasan hutan yang terpencil jauh dari rumah di Ipoh. Terlintas nak sahaja balik, tapi jauh sangat.

Saya berzikir banyak-banyak, menarik nafas dalam-dalam. Saya hidupkan motor dan mula bergerak sambung perjalanan. Dalam kepala mula fikir yang bukan-bukan, tapi dalam masa sama yang berdoa banyak-banyak. Alhamdulillah saya dapat rasakan yang diri saya tidak diserang panic attact, saya tidak mengelabah sangat. bayangkan jika saya mendapat serangan panic attact, nafas saya boleh menjadi tersekat-sekat, dan bayangkan bagaimana saya hendak teruskan perjalanan.


Terlintas difikiran saya untuk berpatah balik ke Ranong mungkin berehar sehari dua lagi, terfikir juga bila tiba di Chumphon, saya mungkin akan turun ke selatan dan begerak balik menuju ke Malaysia. Atau akan bermalam di Chumphon sahaja. Saya tekad untuk meneruskan perjalanan, kali ini saya lebih berhati-hati dan menunggang pelahan-lahan. Tiba-tiba hujan menjadi lebat, saya terpaksa berteduh di sebuah pondok gerai kosong ditepi jalan didalam kawasan hutan yang tidak nampak rumah disekitaran.

Ketika berteduh saya mula balut luka dalam di bahagian tepi ibu jari sebelah kiri dan dijari kelingkin disebelah tangan kanan dengan pembalut luka. kenapa boleh luka di tangan dan dijari, sebab ketika saya tergelincir saya tidak memakai sarung tangan, alasan sebab hujan renyai-renyai ketika itu, saya bimbang sarung tangan akan basah. Ya saya silap, sepatutnya saya kena pakai tidak kira hujan sekali pun. alhamdulillah bahu dan lutut kanan saya tidak luka kerana saya memakai jaket dan seluar yang ada perlindungan di bahagian tersebut. Walau bagaimana pun kesakitan amat terasa dibahagian lutut yang tergeser dan bahu kanan yang terhentak, saya tahu bahagian tersebut mula bengkak. Saya sapukan dengan minyak panas bagi meredakan kesakitan.


Datang seorang tua yang mahu berlindung di pondok tersebut, dalam bahasa ayam itik saya ceritakan yang saya jatuh, agak perihatin juga orang tua itu. tidak semena-mena dia keluarkan talipon bimbit Nokia tahun 2000, dihalanya ke arah plat motor saya, saya tanya kenapa, dia beritahu hendak ambil nombor ekor...

Lebih sejam saya berteduh, hujan masih tidak berhenti. Bimbang akan lambat, saya kenakan baju hujan dan terus meredah walaupun hujan masih turun. Saya lebih berhati-hati, ketika menunggang saya mula fikir kenapa boleh tergelincir sedangkan pada malam sebelum solat suboh saya sudah bangumn lebih awal ketika di hotel diRanong, saya sempat melakukan solat tahajjud, solat hajat sebelum waktu suboh. Doa yang tidak lekang dan jemu minta agar saya dihindarkan dari mala petaka. Tetapi kenapa masih boleh tergelincir jatuh?

Saya berfikir positif, dan saya kembali berterima kasih kepada Allah kerana jatuhkan saya di selekuh tersebut, saya percaya Allah mahu memperingatkan saya agar saya berhati-hati. Bayangkan sekiranya saya tidak jatuh diselekoh tersebut, kemungkinan saya boleh jatuh lebih teruk lagi kerana sepanjang perjalanan dari Ranong hingga ke Champhon hujan turun agak lebat, ada kala mata sukar melihat pandangan dihadapan, bayangkan jika saya tidak diberi pengajaran lebih awal, tidak mustahil mungkin akan berlaku malapetaka yang lebih teruk lagi sebab keadaan jalan ketika itu sangat licin dan adakala jalan tidak elok. Alhamdulillah selepas kejadian tergelincir tersebut saya lebih berhati-hati.

Pada pukul 10 pagi saya menghampiri persimpangan arah ke bandar Chumphon, tidak pula saya arahkan motor ke bandar Chumpon dan tidak juga saya halakan motor kembali keselatan, sebaliknya saya terus menuju ke utara. Alhamdulilah kesakitan dibahu kanan dan lutut tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan perjalanan saya ke utara Thailand. Saya sempat berhenti disebuah kedai motosikal bagi memperbaiki plat nomber yang terkulai dan mengantikan cermin sisi yang baru.

Menukar cermin sisi yang rosak dan baiki plat nomber yan telah terkulai

singgah di 7 Eleven. seluar dibahagian lutut sedikit koyak serta jaket dibahu juga bercalar

Pada pukul 1 petang saya tiba di Prachut Khiri Khan. Akhirnya pada pukul 2.30 petang saya sampai di bandar Hua Hin. Saya teruskan perjalanan lebih keutara kira-kira 10km dari bandar Hua Hin untuk sampai ke Cha Am Beach. Disini lah tempat penginapan saya untuk malam ke lima. Pada pukul 3.00 petang setelah hampir 9 jam menunggang saya selamat tiba di hotel di Cha Am.

Cha Am pinggir pantai yang terletak hanya tidak sampai 50 langkah dari tempay penginapan saya

Saya ambil keputusan untuk tinggal dua malam di Cha Am, saya mula dapat rasakan bahu dan lutut saya sakit, sehingga saya tidak boleh mengangkat tangan kanan saya ke atas. Saya basuh semua baju, jaket serta seluar yang kotor dan keringkan. Saya masih boleh keluar mencari makan dan berjalan sekitar kawasan Cha Am malah saya sempat jelajah hingga ke Hua Hin, untuk melihat sekitar bandar yeng terletak hampir 10km dari Cha Am itu.


Pantai Cha Am





Hua Hin

Hua Hin

Pantai di Hua Hin

Hua Hin

Saya kembali ke hotel lewat malam.


Bilik hotel di Cha Am


HARI KE ENAM
6 JULAI 2018
HARI KE DUA DI CHA AM

Selesai suboh saya kembali tidur dan bangun lewat tengah hari, badan lutut dan bahu saya tetap sakit tetapi saya boleh tahan. Apabila disapu dengan minyak panas kawasan yang sakit akan rasa sedikit lega. Hari ke dua di Cha Am saya jelajah ke pelusuk sekitar Cha Am. Sempat basuh motor yang kotor. Lepak di pingir pantai Cha Am hingga ke waktu malam.






Hari ke 2 di Cha Am

No comments:

Post a Comment