10 JULAI 2018
SONGKHLA - SATUN (124KM)
Perjalanan saya dari Songkhla ke Satun hanya sekitar 124km sahaja. Paling dekat jika dibandingkan denganjarak perjalanan saya yang lalu. Saya meninggalkan Songkhla pada pukul 7 pagi dan tiba di Satun pada pukul 9.30 pagi.
Tetapi diseparuh perjalanan saya menempuh hujan yang sangat lebat, hujan tidak berhenti sehingga tiba di bandar Satun. Melihat beberapa kemalangan antaranya lori terbalik dipinggir jalan dan kemalangan motor (mungkin motor dibawa laju dan tergenlincir) Semua itu menjadikan saya semakin berhati-hati.
Bandar Satun terletak tidak jauh dah dengan sempadan Malaysia, saya akan kembali ke Malaysia esok mengunakan keluar pintu masuk Wan Kelian di Perlis.
Di Satun saya bermalam di Udom Sok Hotel sebuah bangunan lama yang terletak berdekatan dengan masjid utama Satun dan tidak jauh dengan balai polis. Semalam saya hanya membayar THB 200 (lebih kurang RM25). Sebuah bilik kecil tapi agak selesa. Sebaik masuk ke bilik saya tertidur sehingga hampir pukul 1 tengah hari.
Selesai mandi saya keluar sekitar Satun. Saya juga mengambil kesempatan ke Jeti Tammalang yang terletak lebih kurang 10 km dari bandar Satun. Dari Jeti Tammalng kita boleh masuk ke Langkawi terdapat pejabat kastam yang menguruskan keluar masuk antara Malaysia dan Thailand.
Ke Tammalang Pier |
Tammalang Pier |
Selebihnya saya jelajah sekitar Satun. Suasana cuaca di Satun mendung dan kelihatan akan turun hujan pada bila-bila masa sahaja.
No comments:
Post a Comment