11 JULAI 2018
SATUN - WAN KELIAN - IPOH, PERAK (357KM)
Hari ke 15, hari terakhir kembara solo ride thailand saya. Saya ambil keputusan untuk balik sahaja ke rumah. Sebenarnya boleh sahaja jika saya mahu meneruskan kembara ini tetapi tiba-tiba mood dah tak ada hahaha. Rasanya balik lebih baik. Untuk kembara solo akan datang akan difikirkan kemudian.
Saya bertolak keluar Satun pada pukul 7 pagi. (waktu Malaysia). Tiba di sempadan Thai Malaysia di Wan Kelian pada pukul 8.30 pagi. (sesat jalan haha) Sangat mudah sebab tiada kenderaan lain yang keluar masuk ketika itu.
menuju ke Wan Kelian |
Sempadan sebalh Thailand |
Malaysia |
Di Kangar saya sempat mengisi minyak Ron 95 dan sedikit terkejut sebab terasa sangat murah, kerana ketika di Thailand sekali isi saya akan bayar sekitar hampir THB100 (RM10 lebih) tapi bila di Malaysia tidak sampai RM7.
Disebabkan salah jalan lagi sebab asyik ikut google map, dia bawa saya kembali hingga ke Changlun. Saya tiba di Changlun pada pukul 10.30 pagi dan teruskan perjalanan ke Ipoh
Sebaik meninggalkan kastam di Wan Kelian, keadaan jalan yang agak curam |
Tiba di Juru RnR Pada pukul 12.45. Rehat sekejap dan mengisi minyak, kali ini saya isi minyak Ron100, harga lebih kurang dengan isi minyak 95 ketika di Thailand. Dan sehingga hari ini saya masih mengunakan minyak Ron 100.
Kedah |
RnR Juru |
Saya tiba di Bukit Merah pada pukul 1.30 petang. Dan tiba di RnR Sungai Perak pada pukul 2.30 petang. Akhirnya setelah menunggang selama 15 hari ke Thailand sejauh 3883km dan sebanyak lebih kurang 36 kali top up minyak petrol saya selamat tiba di rumah di Ipoh. Alhamdulillah sempat tunaikan solat Zohor.
Kos perbelanjaan keseluruhan sekitar RM2400. (termasuklah shopping baju dan kasut)
Alhamdulillah |
No comments:
Post a Comment