HARI KE SEMBILAN
5 JULAI 2018
BANGKOK - AYUNTHAYA (89KM)
Hari ke 2 di Bangkok, saya ambil kesempatan untuk jelajah ke bandar bersejarah Ayunthaya yang terletak di utara kota Bangkok. Saya mengambil masa dua jam untuk sampai ke bandar bersejarah ini. Ini adalah kali ke dua saya tiba disini, kali pertama dulu ialah pada tahun 1997, ketika kembara solo saya selama 5 bulan pada tahun 1997. Kembara melalui jalan darat yang merangkumi negara India, Nepal, China (termasuk Tibet) Laos dan Thailand.
|
Airport.. |
|
Antara runtuhan wat di sekitar Ayunthaya |
|
Ayunthaya |
Sudah tentu terdapat banyak perubahan kemajuan bandar ini. Sistem jalan rayanya sangat baik jika dibandingkan pada tahun 1997 dahulu seingat saya jalan masih berbecak tanah merah. Kali ini dengan menunggang motosikal sangat mudah bagi saya jelajah sekitar bandar ini dan saya berpeluang ke beberapa wat peninggalan bersejarah yang bertaburan sekitar bandar ini. Antara wat yang menjadi tumpuan pelancong ialah Wat Phra Si Sanphet. Beberapa jam juga lah saya berada dibandar ini, saya mengambil keputusan kembali semula ke kota Bangkok memandangkan awan semakin mendung, bimbang hujan dan terkandas pula nanti. Perjalanan ke bandar ini melalui jalan raya yang agak sibuk dengan kenderaan lain, melalui Don Mueang International Airport.
|
Wat Phra Si Sanphet |
|
Wat Phra Ram |
Dalam perjalanan kembali ke kota Bangkok, saya sekali lagi ditahan polis ketika melalui highway. Dan sekali lagi saya di saman. Sama seperti keadaan kena saman ketika hendak masuk ke Bangkok dari Cha Am tempoh hari. Mereka minta duit kopi dan sekali lagi terbang THB 500 saya. Selepas kena saman kali kedua, saya mulai faham yang mana satu jalan yang mana motor tidak dibenarkan mengunakannya. Insyaallah jika diberi peluang sekali lagi saya memasuki kota Bangkok dimasa akan datang saya yakin boleh menghindari dari kena tahan polis dan kena saman lagi. Insyaallah.
|
Mendung kembali semula ke Kota Bangkok |
Akhirnya saya tiba di kota Bangkok setelah menempoh jalan sejauh 178km pergi dan balik. Selepas mandi dan rehat seketika saya keluar merayap sekali lagi ke Central Worl, BMK dan Siam Paragon. Kali ini saya menaiki public bas sahaja. Bas boleh dinaiki berdekatan dengan penginapan saya dan tambangnya hanya sekitar RM1.20 sahaja. Naik bas no 15 atau 47. Jika menaiki taxi tambang sekitar THB80 ( RM8.50 gitu)
|
Hanya RM1.20 tambang bas dari Kao San Road ke kawasan membeli belah Central World, Siam Paragon dan BMK |
|
Central World Shopping Mall |
|
Kedai halal tidak jauh dari Central World |
|
Yum.... |
Alhmdulillah dihari ke 3 di Bangkok, baru lah saya jumpa kedai makan Islam yang bersih sekitar kawasan Central World. Saya menghabiskan masa hingga lewat malam sebelum kembali semula ke hotel.
HARI KE SEPULUH
6 JULAI 2018
HARI KE 4 DI BANGKOK
Saya bangun agak sekitar pukul 9 pagi, kemudian saya keluar mencari kedai motosikal dengan harapan boleh lah mereka check keadaan motor saya itu, terlintas hendak menukar minyak hitam. Tetapi pusing punya pusing tak jumpa kedai motor, walau mengunakan google map, asyik sesat aje. So saya batalkan sahaja niat nak service motor tu.
Hari ke 4 di Bangkok adalah hari jumaat, so saya ambil kesempatan menunaikan solat jumaat di masjid Chakkaphong berdekatan dengan jalan Kao San. Saya habiskan masa santai di sekitar kawasan ini. Dan mengambil keputusan untuk turun kembali ke selatan. Esok saya akan turun ke selatan sama ada akan bermalam di Chumphon (451km dari Bangkok) atau di Suratthani (621km dari Bangkok). Tengok keadaan saya esok lah.
|
Solat Jumaat, tiada kumandang azan, mungkin tidak dibenarkan kut |
|
Masjid berdekatan dengan Kao San Road |
|
Lorong ke masjid, terdapat kedai makanan, yang dibuka waktu tengah hari sahaja. Sebelah malam tidak dibuka |
|
Hadapan Siam Paragon shopping Mall |
No comments:
Post a Comment