Sunday, February 14, 2016

43 - ARTIKEL KEMBARA DI DALAM AKHBAR KOSMO MINGGU KE 2-3

AKHBAR KOSMO MINGGU KEDUA
by Nor Annuar Noordin
BAHAGIAN KEDUA

Tajuk: Meredah risiko ke Shigetsi



Di Ali, terdapat sebuah stesen bas dan terdapat jugaperkhidmatan bas ke bandar Lhasa dan Shigetsi melaluijalan lain di tengah wilayah Tibet. Saya tidak mahu memilih jalan itu kerana tempat menarik untuk dilawati agak kurang. Jadi saya memilih untuk menaiki lori menuju arah selatan Tibet. Saya akhirnya menemui sebuah jip yang menuju ke Purang.Oleh kerana masalah komunikasi, hasrat untuk tinggal di kaki Gunung Kailash tidak kesampaian. Perjalanan ke Purang mengambil masa 20 jam dan jip itu pula beberapakali rosak, dan saya hanya tiba di Purang pada waktu tengah hari.

Purang (3,820 meter) terletak berdekatan sempadanIndia dan Nepal. Dari situ, jelas kelihatan BanjaranHimalaya. Suhu agak dingin walaupun matahari memancar terik. Ia merupakan bandar perhentian pemandu lori.Di situ terdapat biara yang terletak di puncak bukityang tinggi. Terdapat banyak lubang gua yang mungkinmerupakan tempat sembahyang atau kediaman. Saya hanya memerhatikannya dari jauh dan di kawasan sekitar,terdapat beberapa puncak bukit dan kubu-kubu pertahanan tetapi tiada pengawal. Saya tinggal di sebuah hotel yang agak besar yang dibina khas untuk disewa oleh pemandu lori. Melihatsaya orang luar, sewa yang dikenakan agak tinggiwalaupun tiada kemudahan elektrik, dan tandas pula teruk.

Dari Purang, saya menaiki jip yang sama menuju Barkha. Perjalanan melalui Tasik Manasarovar yang sebelum itu,telah pun saya lalui. Warna air tasik biru kehijauanbegitu cantik berkilauan apabila disinari cahayamatahari.Perjalanan cuma kurang tiga jam dan Barkha terletak disatu persimpangan jalan iaitu satu menuju ke Lhasa,dan satu lagi menuju ke Purang. Ia terletak di satu kawasan padang rumput berwarna kuning yang amat luas,dan dari sini jelas kelihatan puncak Gunung Kailash.

Saya turun di sini untuk menunggu lori yang akanmembawa saya ke Lhasa. Angin kencang menyebabkan sayaterpaksa berlindung di khemah penduduk Tibet. Khemah itu didiami oleh sepasang suami isteri dengan dua anakyang masih kecil. Mereka begitu baik melayan saya. Saya menunggu hampir lewat petang tetapi tiada sebuah lori pun menuju ke arah Lhasa. Saya mula berfikir terpaksa bermalam di sini tetapipada pukul 5 petang, seorang penduduk tempatan memberitahu saya menggunakan bahasa isyarat bahawatidak banyak lori berhenti di Barkha. Jadi terpaksalah saya menumpang sebuah motosikal selama 30 minit menuju ke Hor dengan bayaran kira-kira RM46.00. Ketika tiba di Hor, hari sudah pun gelap, dan saya terus mencari rumah tumpangan iaitu sebuah bilik dormitory tanpa pemanas dan tiada tandas. Inilah pengalaman pertama saya tidur dalam suhu yang paling sejuk yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini. Beberapa lapis selimut dan beg tidur masih tidak dapat menahan sejuk. Ketika inilah saya asyik terbayangkan kampung halaman dan suasana keluarga menyambut Hari Raya. Untuk itu, saya menyanyi lagu raya perlahan-lahan sehingga terlelap.

Hor terletak di sebatang jalan utama pada ketinggian 4,520 meter. Terdapat beberapa rumah kedai di kiri dankanan jalan. Seronok melihat kehidupan harian mereka,termasuk sekumpulan perempuan Tibet yang berpakaian tradisional berwarna-warni memasuki bandar itu. Seperti di Purang, di sini juga saya dapat melihat najis manusia di merata-rata tempat terutama disepanjang jalan utama.Saya terpaksa menunggu lori selama tiga hari. Mulanya,saya berasa bosan tetapi saya gembira kerana pada petang hari kedua, saya bertemu seorang pengembara dari Jepun bernama Kazuto yang datang dari arah Gunung Kailash. Seperti saya, beliau menuju ke Shigetsi. Lori yang ditunggu tiba pada petang hari ketiga dan kami berdua membayar RM138.00 seorang untuk perjalanan ke Shigetsi. Kazuto mengajar saya cara-cara tidur dibelakang lori untuk mendapatkan sedikit keselesaan memandangkan kami akan menempuh cuaca sejuk dan permukaan jalan yang berlubang. Namun kami bernasib baik kerana pemandu lori mempelawa kami masuk ke dalam kabin lori bersama seorang penumpang perempuan Cina. Jadi terlepaslah kami daripada cuaca malam yang sejuk.

Dalam perjalanan ini, lori yang dinaiki berhenti disatu pondok pemeriksaan. Pada mulanya Kazuto mahu bersembunyi tetapi saya katakan kepadanya bahawa kita perlu mengambil risiko.Akhirnya kami terlepas tanpa banyak soal tetapi lain pula hal yang menimpa apabila lori yang dinaiki rosak di satu kawasan yang luas, gelap dan sejuk.Terpaksalah kami menunggu hampir sejam tetapi penat menunggu berbaloi kerana saya dapat menyaksikan keindahan langit dengan taburan berjuta bintang yang bercahaya cantik. Kami sepatutnya menuju ke Paryang tetapi kerana hari sudah terlalu lewat, kami singgah di Horpa pada pukul1 pagi. Saya terpaksa menumpang di sebuah rumah penduduk di situ.

Keesokan harinya, kami menuju ke Paryang yang memakanmasa satu jam perjalanan. Paryang mempunyai pendudukyang kecil, dan kami singgah untuk sarapan. Sementaraitu, pemandu lori memunggah masuk daging kambing kebelakang lori untuk dibawa ke Shigetsi. Sementara menunggu, saya mengambil peluang berjalan-jalan disekitar Paryang, mengambil gambar pemandangan, dan wajah penduduknya.

Kami meninggalkan Paryang pada pukul 2 petang dandestinasi seterusnya ialah Saga. Pada mulanya kamisinggah makan di pekan kecil Dongpa tetapi orang Tibetyang menumpang di  belakang lori enggan meneruskan perjalanan pada waktu malam. Jadi terpaksalah kami bermalam di sini dan sebelum melelapkan mata, saya terdengar pengunjung sebuah kedai karaoke menyanyikan lagu Hindi Dil To Pagal Hai.

Kami meninggalkan Dongpa pada pukul 4.45 pagi menuju Saga. Kira-kira setengah jam kemudian, lori berhenti di satu tempat selama dua jam kerana salah sebuah daripada tiga lori yang menyertai konvoi dari Hor keShigetsi rosak. 

Kami tiba di Saga pada pukul 12.30tengah hari. Saga terletak pada ketinggian 4,460meter, sebuah pekan yang agak besar, serta tidak sukar untuk mencari kedai makan orang Islam. Selepas makan,kami meneruskan perjalanan ke Lhatse, dan sekali lagi kami terpaksa menjalani pemeriksaan. Malang bagi saya dan Kazuto apabila  kami ditahan, dan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan kerana tidak mempunyai permit. Kami kemudian dibawa ke pejabat Public Security Bureaudi Saga yang mengurus hal berkaitan visa, dan permit. Di pejabat itu, semua pegawai tidak tahu berbahasa Inggeris, dan saya terpaksa berkomunikasi melalui telefon dengan pegawai di Shigetsi. Kami akhirnya didenda sebanyak RM230.00 dan terpaksa bermalam disini dan keesokan paginya, kami cuba mencari lori lain untuk ditumpangi. 

Tidak ramai pelancong datang kebarat Tibet kerana ia memerlukan permit, dan kebanyakan pengembara yang mahu ke sini, terpaksa mengikut pakej yang mahal di Lhasa. Kebetulan tidak jauh dari tempat penginapan kami,terdapat sebuah van yang akan bertolak ke Shigetsi. Kazuto yang boleh membaca sedikit tulisan Cina ternampak papan tanda di belakang sebuah van bertulis`Saga ke Shigetsi’. Kami membayar RM92.00 untuk tambang, dan duduk di belakang van yang sempit, dan tidak selesa. Menaiki van lebih cepat, dan kami singgah di Ngamring iaitu sebuah pekan yang terletak di pinggir tasik yang cantik untuk makan tengah hari. 

Kami terus ke Lhatse, dan tiba di Shigetsi pada pukul 8 malam. Selepas periksa masuk di sebuah hotel yang bersih, saya terus mandi sepuas-puasnya setelah lapan hari tidak dapat mandi. Shigetsi terletak pada ketinggian 3,900 meter, dan merupakan bandar kedua besar selepas Lhasa. Di sini terdapat sebuah biara terkenal, Thasilumpu atau Zhashilunbu Si yang dibina pada tahun 1447. Saya berpeluang mendaki sebuah buki tuntuk melihat pemandangan di bandar ini. 

Kami tinggalbeberapa hari, sebelum masing-masing membawa haluan iaitu saya ke Lhasa, dan Kazuto ke Nepal.  Sepanjang berada di barat Tibet, saya menghadapi masalah kuku tangan yang sakit, merekah dan berdarah, mulai ibu jari kiri, kemudian ke ibu jari kanan, sebelum merebakke jari telunjuk. Namun kesakitan itu semakin sembuh apabila saya tiba di Shigetsi.

Saya menaiki bas menuju Lhasa iaitu ibu negeri wilayah Tibet. Perjalanan melalui pinggir sungai yang agak dalam di tebing gunung yang berbatu-batu, serta menempuh beberapa kawasan perkampungan yang menarik.

Saya tiba di Lhasa pada pukul 3 petang, dan Lhasa bermaksud `The Land of Gods’, mempunyai sejarah lebih 1,300 tahun. Terletak pada ketinggian 3,650 meter,Lhasa semakin membangun dan moden dengan kewujudan duabuah pusat beli-belah yang besar dan moden, ratusankedai pakaian, kedai barangan elektrik, dan kedai makan yang bersih. 

Di tengah bandar ini, terdapat Patola Palace yang menjadi mercu tanda Tibet. Tempoh pembinaannya memakan masa 50 tahun pada zaman Dalai Lama yang ke-5 pada tahun 1645. Bangunan ini mempunyai 13 tingkat dan beribu-ribu bilik, serta patung Buddha.Jokhang Temple pula terletak tidak jauh dari istana itu dan keunikannya ialah bumbungnya diperbuatdaripada emas, dan berusia 1,300 tahun.  

Tempat menarik lain ialah Nurbu Lingka yang terletak tiga kmke barat Patola Palace. Lain-lain tempat yang dilawatiialah Sera Monastery dan Drepung Monastery yangterletak di luar bandar Lhasa. Sepatutnya, saya menemui Ajumah di Lhasa tetapi beliau tidak muncul. 

Saya meninggalkan Lhasa menuju bandar Golmud di wilayah Qinghai menaiki `sleeper bus’.Perjalanan melalui lebuh raya di dataran tinggi Tibettermasuk menempuh Tanggula Pass yang merupakan kawasanpaling tinggi, 5,180 meter dari paras laut. Saya juga dapat melihat kerja-kerja pembinaan landasan kereta api yang akan menghubungkan bandar Golmud dan Lhasa. 

Enam tahun lalu, saya pernah ke sini dengan menempuh perjalanan selama 35 jam tetapi keadaan jalanraya yang semakin baik maka, perjalanan kali ini hanya memakan masa 20 jam. 

Saya hanya tinggal semalam diGolmud, dan di sini, saya memohon permit sebelum dapat membeli tiket bas ke Dunhuang. Seperti perjalananlain, kali ini saya teruja melihat pemandangan yangindah melalui kawasan pergunungan dan tasik. Dunhuang terletak di utara wilayah Gansu, berdekatan wilayah Xinjiang. Kira-kira 25 km di luar bandar,terletak Gua Magao yang dindingnya terdapat lukisan lama Budhha. Saya juga menghabiskan masa di MinghsaShan atau Singing Sand Mountian. Di situ, terletak sebuah tasik dikenali Crescent Moon yang indah yang terletak di tengah pergunungan padang pasir. Saya jugatidak melepaskan peluang menunggang kuda, dan mendakipuncak gunung pasir.    

Dari Dunhuang, saya menaiki bas selama 21 jam menujukali kedua ke Lanzhou iaitu ibu negeri wilayah Gansu.Lanzhou mempunyai hampir 2.8 juta penduduk, terletak di pinggir Sungai Kuning. Ketika ini, cuaca agak sejukdan setiap pagi, salji halus sentiasa turun. Di sini,saya sempat melanjutkan tempoh visa di China tetapiagak kesal kerana saya dikenakan bayaran 160 yuanberbanding rakan Korea yang saya temui membayar 80yuan di Hotan dan rakan Jepun saya membayar 100 yuan untuk tempoh dua bulan. 

Kesimpulannya, peraturan tentang visa tidak seragam dan puas saya bertengkar dengan pegawai di PSB, sebelum akhirnya saya terpaksa juga membayar jumlah yang diminta. 

Saya kemudian menaiki keretapi selama 20 jam menuju ke Hohhot di wilayah Inner Mongolia. Di sini, saya menyambut tahun baru 2004. Hohhot terkenal denganlawatan ke padang rumput di kalangan pelancong pada musim panas seperti ke Xilamuren, Gegentala, dan Huitengxile dengan bayaran yang tinggi untuk beberapa hari. 

Selain bersiar-siar di Hohhot, saya melawat sebuah masjid, Qingzhen Dasi atau Great Mosque yang dibina pada zaman Dinasti Qing. Saya juga menghabiskan masa melihat kanak-kanak bermain ski di sungai yang beku.

Selepas itu, saya meneruskan perjalanan ke Beijing yang memakan masa perjalanan 10 jam dan 30 minit. Ini kali kedua saya tiba di Beijing, dan tidak sukar mencari hotel murah di bandar raya ini. Saya menginap di Hotel Jinghua dengan bayaran RM12.00 semalam. Saya melawat Tembok Besar China dan Makam Ming. 

Sepatutnya,dari sini saya akan menaiki keretapi Trans Mongolia menuju ke Moscow dan St. Peterburg di Rusia. Terdapat hanya satu agensi yang mengurus perjalanan ke sana dan bayarannya pula terlalu mahal, dan terpaksa pula menunggu 15 hari sebelum dapat menaiki keretapi itu. Setelah lama berfikir, saya ingin mencuba untuk kesana dari Ulaan Baatar, Mongolia.

Dari Beijing, saya menaiki Trans Mongolia ke Ulaan Baatar dan di dalam keretapi, saya bertemu dengan dua rakyat Malaysia yang bekerja di Ulaan Baatar. Dalam perjalanan di Erlian iaitu bandar sempadan di China, saya melihat satu peristiwa menarik iaitu roda keretapi ditukar di setiap gerabak kerana saizlandasan di China, Mongolia, dan Rusia tidak sama.

Dalam perjalanan ini, saya dapat melihat pemandangan salji yang memutih saujana mata memandang dan `ger’ iaitu rumah tradisional orang Mongolia berbentuk bulat di padang yang luas. 

Selepas melalui perjalanan selama 20 jam, saya tiba di Ulaan Baatar pada pukul 1.30petang, dan ketika itu cuaca mendung, dan amat sejuk.Suhu pada siang hari ialah -20 hingga -26 darjahselsius. 

Dari stesen keretapi, saya berjalan mencarirumah tumpangan yang murah seperti yang dicatatkandalam buku panduan. Namun saya tersesat, dan berjalan sejauh tiga km sebelum menemui sebuah pangsapuri yangdiubah suai menjadi rumah tumpangan di NassanGuesthouse. 

Di sini, saya menemui seorang wanita Koreabernama Kim yang fasih berbahasa Inggeris tetapi pelikorangnya. Kim suka bercakap tanpa henti dankadang-kadang bercakap seorang diri pada waktu malam. Di sini, juga saya menemui seorang pengembara dariAmerika Syarikat yang berjambang tebal dan tidakterurus. Beliau kelihatan seperti takutkan sesuatu dankatanya, dia tidak boleh tidur, dan terpaksa mengambilpil penghalang mimpi ngeri.Terdapat beberapa tempat menarik di Ulaan Baatarseperti biara Gandantegchinlen Khiid yang dibina padatahun 1838; Sukhbaatar Square, muzium Natural History yang menempatkan rangka dan telur dinosaur yang ditemui di padang pasir Gobi. 

Saya kemudian pergi keagensi pelancongan, Legend Tour yang boleh memproses visa untuk ke Rusia. Pengurusnya, seorang wanita berbangsa Rusia bukan sahaja sombong malah seolah-olah tidak mahu menguruskan perjalanan saya ke Moscow. Saya pula terpaksa menunggu 10 hari sebelum dibenarkan kesana dan masalah itu menyebabkan saya mahu membatalkan rancangan ke Moscow. Bagaimanapun saya masih mencuba tetapi kali ini saya berusaha mendapatkan visa di agensi Juulchin. Agensi itu hanya mengurus perjalanan penduduk Mongolia sahaja, dan tidak pernah berurusan dengan pengembara luar. Walaupun masih berhadapan dengan sedikit masalah, akhirnya saya berjaya memperoleh visa dalam masa sehari, itu pun apabila pengurus besar agensi itu masuk campur untuk membantu saya.  Apa yang menarik,agensi itu gembira kerana inilah kali pertama ia mengurus kemasukan orang asing ke Rusia kerana sebelum ini hanya Legend Tour yang dibenarkan.  

Sebelum keMoscow, saya sempat ke bandar kecil, Erdenet dengan menaiki keretapi selama 13 jam. Saya tinggal di siniselama tiga hari, sebelum kembali ke Ulaan Baatar.


No comments:

Post a Comment