Tuesday, February 2, 2016

31 - KEMBARA SOLO 2005 - ULAAN BATOR, MONGOLIA - MERANCANG PERJALANAN KE MOSCOW - BAHAGIAN 14-22

ULAAN BATOR, MONGOLIA

Dua puluh jam perjalanan akhirnya saya tiba di Ulaan Baatar pada pukul 1.30 petang. Cuaca mendung dan sejuk dan saya mendapat tahu suhu siang di Ulaan Baatar ketika itu ialah sekitar -20 sehingga-26 darjah celcius. terpaksa berjalan hampir 3km diatas jalan yang licin bersalji dan mengalas backpack yang berat. Sesekali terlentang jatuh jugak dan saya ketawa sendirian. Budget guest house yang saya cari akhirnya jumpa, Nassan Guesthouse terletak dekat sangat dengan Sukhbaatar Square yang memang terkenal tu.

Didalam bilik Nassan Guest house di Ulan Bator Mongolia
Ruang dapur dalam Nassan Guesthouse

Saya menginap di Nassan Guesthouse sebuah apartment yang dijadikan rumah tumpangan berhampiran Sukhbaatar Square dan berhadapan dengan sebuah panggung wayang yang serba daif. Apartment ini mempunyai tiga bilik serta sebuah dapur yang agak lengkap, bilik mandi serta tandas yang bersih dan disewa sebuah katil dengan harga USD4 semalam. Sebuah bilik diletakkan dengan beberapa buah katil, ketika saya tiba disini didalam apartment ini telah dipenuhi hampir 10 orang lelaki berbangsa Russia, mereka datang ke Ulaan Baatar atas urusan kerja dan seorang perempuan Korea berusia dalam lingkungan 40 an bernama Kim.

Bersama Kim wanita Korea yang "saiko"

Ada sesuatu yang menarik tentang Kim ia fasih berbahasa inggeris tetapi suka sangat bercakap tanpa henti malah kadang-kadang bercakap seorang diri diwaktu makan atau ketika berbaring dikatil. Beliau amat takut dengan kuasa eletrik dan apabila kepalanya berasa amat sakit ia akan mengatakan ada orang cuba membunuhnya melalui jarak jauh mengunakan eletrik. Kim datang ke Ulaan Baatar kerana mengharapkan disini kurang eletrik kerana hendak menyelamatkan dirinya malah ia juga telah pergi kepejabat “United Nation” disini (katanya) dengan harapan mereka dapat menolongnya. Beliau enggan pulang ke Korea dan berkata kakaknya juga cuba membunuhnya dan ia pernah menghabiskan banyak masa dalam hidupnya terkurung didalam biliknya di Korea. Jangan terperanjat apabila ia berkata Presiden Bush, Yasser Arafat dan semua pemimpin dunia mengenalinya. Kim berpindah ke Nassan Guesthouse kerana telah dihalau keluar dari guesthouse lain sebelum itu, kerana ada pengembara mengadu tidak dapat tidur malam kerananya.

Sekitar Sukhbaatar Square

Saya rasa kesihan dengannya, seolah-olah beliau memerlukan seseorang untuk mendengar masaalahnya itu. Ya saya sentiasa mendengar apa yang ia cakap dan hanya mengiakan sahaja, pernah sekali saya membangkang apa yang ia cakap dan ia menjadi marah. Walaubagaimanapun sesekali saya akan juga keluar berjalan bersama Kim sekitar bandar alhamdulillah ia dah tahu seluk beluk jalan di sini. Saya dibawa ke kawasan bermain ski Kim dan keberapa tempat yang lain. Saya masih ingat ketika kami berjalan dan jumpa sekeping USD1 di jalan, punya lah kami gembira so ia cakap kita beli sesuatu dengan duit tu – ia beli the uncang Boh dari Malaysia untuk diminum bersama. Kim juga yang mencadangkan agar saya ke kawasan lain yang dikatakannya menarik iaitu Erdenet.

Beberapa hari ketika tinggal di guesthouse ini, datang pula seorang pengembara lelaki Amerika tua berusia lebih lebih kurang 60an, berjambang dan sangat tidak terurus. Kaki tangannya sentiasa mengeletar dan begerak pelahan mengunakan tongkat serta bercakap amat perlahan. Ia seolah-olah takutkan sesuatu. Masaalah lelaki tua ni pula sentiasa tidak boleh tidur malam dan sentiasa mengambil pil menghalang mimpi ngeri, mengikut apa yang diceritakan pada saya dan Kim waktu kecilnya ia pernah cuba dibunuh oleh ibunya sendiri. Dalam kepala saya ketika itu kenapa lah aku jumpa dengan dua “saiko” ni, sikit sebanyak dalam hati timbul juga rasa risau bila terpaksa sebilik dengan mereka. Nasib baik lelaki tua itu hanya tingga semalam sahaja di guesthouse dan meneruskan perjalanannya ke Russia. Saya tak pasti, tapi saya dapat rasa rakyat Amerika sememangnya bebas keluar masuk ke Russia tanpa perlukan permit tidak seperti kita rakyat dari sebelah Asia ni kan.

Terdapat beberapa tempat menari disekitar Ulaan Baatar seperti Gandantegchinlen (Gandan) Khiid iaitu sebuah monastery yang penting dan terbesar di Mongolia yang dibina pada tahun 1835. Terdapat seramai 150 orang sami yang tinggal disini.

Di Gandantegchinlen (Gandan) Khiid
Sekitar Gandantegchinlen (Gandan) Khiid

The Gandantegchinlen Monastery was established in 1835 by the Fifth Jebtsundamba, then Mongolia's highest reincarnated lama. It became the principal center of Buddhist learning in Mongolia.
In the 1930s, the Communist government of Mongolia, under the leadership of Khorloogiin Choibalsan and under the influence of Joseph Stalin, destroyed all but a few monasteries and killed more than 15.000 lamas.
 
Sukhbaatar Square merupakan satu kawasan luas berhampiran dengan beberapa buah bangunan penting seperti bangunan kerajaan. Melangkah tak sampai 50 meter dari pintu Nassan Guesthouse dah sampai, jika boring kesini lah saya melepak duduk tengok gelagat penduduk disini.

Sekitar Sukhbaatar Square

Saya juga mengambil kesempatan ke Natural History Museum, sebuah muzium yang menarik untuk dikunjungi kerana disini antara bahan pameran yang paling menarik untuk dilihat dan seperti yang pernah dilapurkan didalam majalah “Time” ialah rangka, tulang serta telur berbagai sepsis dinosaurs yang sebenar yang telah ditemui disekitar padang pasir Gobi diselatan Mongolia. Selain itu berbagai bahan berkaitan sejarah, kebudayaan masyarakat Mongolia juga dipamerkan disini.

Natural History Museum
Telur dinasour
Antara rangka dinasour yang ditemui
Sekitar dalam Natural History Museum

The Natural History Museum of Ulaanbaatar is the oldest public museum in all of Mongolia. It has a very diverse collection, where visitors get to see all sorts of ancient animal remains, from dinosaur bones to fossils to petrified dinosaur eggs. There is also a wide array of taxidermy, with lots of stuffed and embalmed creatures on display. Many of these animals are displayed in dioramas, and some of the them include leopards, elk and gazelles. For those more into geology, there are some specimens of stones, meteorites and petrified wood. 

Saya sempat juga ke Bogd Khaan Winter Palace Museum, tapi saya tidak ambil kisah sangat tentang muzium ini kerana saya sampai ke muzium ini dalam keadaan penat dan takda mood setelah penat berjalan jauh dari kawasan bermain ski, walau bagai mana pun saya hanya melawat sambil lewa aje.

Bogd Khaan Winter Palace Museum
  This palace was built between 1893-1903, and was the residence of the last king of Mongolia, Bogd Khaan. Today, there are many of his remaining possessions, as well as costumes, scroll paintings, scultpures and furs. 

Sukarnya mengurus perjalanan ke Moscow, menaiki keretapi.

Sepanjang berada di Ulaan Baatar saya juga terpaksa menguruskan perjalanan saya untuk ke Moscow menaiki Trans Siberia. Pertama saya kena pi kedutaan Russia. Tetapi ia orang dikedutaan tu kata mereka tak boleh bagi visa pada saya, mereka suruh saya dapatkan melalui  agensi pelancungan yang diikhtirafkan oleh mereka di Ulaan Baatar. Masaalahnya hanya terdapat sebuah aje agensi yang boleh menguruskan perjalanan bagi warga asing untuk masuk ke Russia.  Iaitu Legend Tour.

Saya takda pilihan so terus saya ke Legend Tour. Dipendekkan cerita perempuan. Russia yang bekerja disitu dah lah buruk menyombong berlagak pulak. Siol betul. Ia tak layan bila saya datang, apa ia ingat saya tak mampu ker??? 

Dah lah kena tunggu lama bila dapat tahu pulak harga pakej dua kali lima mahalnya jugak. Memang saya bengang sangat dengan perempuan Russia tu, hati saya pulak dah rasa malas nak pi Moscow ni dah macam tak da harapan lagi. 

Satu-satunya agensi yang boleh uruskan pembelian tiket train dan dapatkan visa pulak cam gampang ia tahu saya tak da pilihan kalau nak pi Moscow memang terpaksa berurusan dengan mereka juga, saya pulak awal-awal lagi dah jual mahal…hehehe.

Sekitar kawasan bermain "ski" dipinggir bandar Ulaan Baatar

So kepala ketika itu ingat tak jadi pergi dah. Saya mula rajin ke shopping mall sekitar Ulaan Baatar, tengok-tengok dan hampir nak beli satu kamera canggih murah sekitar USD400. Saya juga pi habiskan masa main ski kat kawasan tinggi disini serta  jalan-jalan kehulu kehilir tanpa tujuan. Saya sebenarnya tahu ada sebuah agensi pelancungan yang dikenali sebagai Juulchin, tapi mereka hanya boleh mengurus perjalanan warga tempatan sahaja, warga asing mereka tak boleh uruskan. Juulchin ada share dengan kerajaan.

Travel agensi pelancungan

Saya terfikir jugak tak salah dan saya tak rugi apa-apa kalau saya mencuba nasib di Juulchin kan. Alhamdulillah saya dilayan baik dan bagus oleh seorang perempuan muda Mongolia yang ramah dan cantik lagi, Juulchin setuju untuk cuba menguruskan segala perjalanan saya ke Moscow dengan harga yang berpatutan. Beberapa hari saya ulang alik juga ke office Juulchin dan bila segala document siap saya terus serahkan wang penuh untuk perjalanan pergi dan balik Ulaan Baatar-Moscow-Ulaan Baatar walaupun masih belum tentu berjaya. Niat nak pi ke St Peterburg selepas Moscow dah tak jadi pasal duit dah kering.

Sementara nak tunggu hampir 7 hari untuk segala-gala document siap, saya ambil keputusan untuk ke Erdenat menaiki train sejauh 11 jam perjalanan. Saya tak tau apa nak tengok kat Erdenet ni, saja je nak buang masa. Saya pi pun setelah Kim wanita korea yang tinggal di guest yang sama memberi cadangan supaya saya pergi Erdenet, ia kata tempat tu cantik.

Train ke Erdenet akan bertolak pukul 8 malam, semasa saya sedang berkemas talipon di Nassan guest house berbunyi ada panggilan untuk saya. 

Rupa-rupanya agensi Juulchin call bagi tau segala urusan ke Moscow berjaya dan semua dokument perjalanan telah siap sepenuhnya dan minta saya ke office. Punyalah gembira saya masa tu, nasib saya tidak keluar kestesen train lebih awal untuk ke Erdenet lagi masa tu kalau tak tentu saya terlepas panggilan talipon tu. 

Saya diberitahu perjalanan ke Moscow beberapa hari saja lagi. Tapi saya masih tetap juga ke Erdenet dan menghabiskan masa semalam dan dua hari penuh di sana. 



No comments:

Post a Comment