Saturday, February 6, 2016

35 - KEMBARA SOLO 2005 - TRANS SIBERIA TRAIN - MOSCOW KE ULAAN BATOR - BAHAGIAN 18-22

ULAAN BATOR, ZAMYN UUD, ERLIAN, BEIJING

Menaiki Trans Mongolia dari Moscow kembali ke Ulaan Bator

Saya menaiki keretapi Trans Mongolia pada pukul 10.00 malam menuju Ulaan Baatar dengan jarak perjalanan 6,306 km. Saya berkongsi bilik dengan seorang doktor lelaki Rusia yang bekerja di Mongolia. Masalahnya lelaki ini terlalu baik sehingga apa yang dimakan dan diminumnya mahu dikongsinya dengan saya, termasuklah vodka dan daging yang tidak halal. Puas saya terangkan kepadanya, bahawa saya seorang Islam yang tidak boleh minum arak dan makan daging yang tidak halal. Pada mulanya dia tidak faham dan terpaksalah saya keluar dari bilik itu. Namun hari kedua dan ketiga, dia mulai faham, dan tidak lagi memaksa saya makan apa yang dimakannya.

Satu lagi peristiwa yang menarik ketika dalam perjalanan selama hampir 5 hari dari Moscow ke Ulaan Baatar ialah ketika saya semakin mula ramah dengan setiap orang. Saya diajak seorang kenalan perempuan Mongolia ke cabin rakannya digerabak yang lain. Bila saya duduk didalam saya terhimpit maknanya dah tidak boleh lari keluar dah. Mereka menawarkan saya minum segelas kecil vodkha sebagai tanda perkenalan kami. Saya kata saya tidak minum, tetapi mereka masih paksa. Bila kita minum maybe sebagai tanda hormat kut. Ketika itu saya sudah tersepit memang tidak boleh lari, saya memang tidak pernah sentuh arak ketika itu hati saya secara sepontan telah minta pertolongan dari Allah agar saya diselamatkan dari minum vodka tersebut. Akhirnya setelah dipaksa saya terpaksa juga mengangkat gelas tersebut ke bibir, ya saya pura-pura minum serta menunjukkan memimik muka pahit seolah-olah telah minum. Alhamdulillah mereka bertepuk tangan dan percaya. Saya kemudian makan beberapa ikan salai dan terus meminta diri keluar dari situ.


Krasnoryak

Pada hari ketiga, keretapi tiba di Krasnoyarsk setelah menempuh perjalanan sejauh 4,098 km dan melalui sebuah jambatan sejauh satu km merentasi Sungai Yenisey. Saya berharap satu hari nanti, saya berpeluang datang sekali lagi di Krasnoyarsk dan belayar dengan kapal yang beroperasi di sungai itu hingga ke Laut Kara di Lautan Artik di utara yang melalui beberapa tempat menarik seperti Dudinka dan Igarka yang memakan masa pelayaran selama sembilan hari.

Saya tiba di Ulaan Baatar pada waktu pagi, dan saya ke Nassan Guest House untuk mandi dan keluar mencari kedutaan China disini bagi tujuan cuba untuk melanjutkan visa perjalanan saya yang tinggal lagi beberapa hari, walaupun saya masih sempat melanjutkannya di Beijing nanti tetapi saya masih mahu cuba melakukannya di Ulaan Baatar.

Sempadan Mongolia (Zamyn Uud) - China (Erlian)



Pada sebelah malam, saya menaiki keretapi tempatan menuju ke sempadan pekan terakhir di Mongolia iaitu Zamyn uud selama 13 jam. Kali ini bila bangun sebelah pagi keesokan harinya pemandangan yang dilihat bukan lagi salji tetapi padang rumput luas yang tidak hijau. Saya tiba pukul 9 pagi di Zamyn Uud dan turun di stesten ini. 

Setelah selesai urusan passpot saya keluar menaiki teksi untuk menyeberangi sempadan memasuki Erlian China. Urusan mengecop passport di China hanya dibuka pada waktu tertentu sebelum pukul 12 tengah hari (sorry saya tak ingat waktu yang tepat) so teksi yang saya naiki serta berpuluh kenderaan lain terpaksa berbaris panjang dan rasa agak lama dijalan  padang tandus dalam keadaan suhu yang sejuk.

Sebenarnya lebih mudah kiranya saya membeli tiket train yang direct terus dari Ulaan Baatar ke Beijing so tidak perlulah saya menempuh suasaan seperi ini. Ini semua kerana saya mendengar cerita yang kita boleh save lebih wang dengan melakukan perjanan seperti ya menaiki train hingga ke sempadan dan menaiki bas ke Beijing. Pada saya macam sama aje, apa pun saya memang tidak kisah sekurang-kurangnya saya berpeluang menjejaki kaki di Zamyn Uud dan Erlian di China serta melihat suasana kehidupan disini tidak lah melihat hanya diluar tingkap keretapi aje kan.



Selepas urusan pemeriksaan pasport di Erlian, China selesai kira-kira pukul 2 petang, saya terus mencari lokasi bas station di Erlian sempat juga menukar USD ke matawang yuan ketika berada disini dan terus membeli tiket “sleeper bus” dari Erlian ke Beijing. Kali ini sleeper bus yang saya naiki lebih selesa dan nampak seperti masih baru.

Saya tiba di Beijing pada pukul 3 pagi dan terpaksa sekali lagi mengambil teksi dengan terpaksa membayar hampir RM20. Jadi bila di tolak campur saya rasa lebih jimat jika kita beli tiket train terus dari Ulaan Baatar ke Beijing.

DiBeijing saya tinggal di Jinghua Hotel.




No comments:

Post a Comment