Beijing
Saya tiba di Beijing dari
Ulaan Baatar kira-kira pada pukul 3 pagi dan terpaksa sekali lagi mengambil
teksi dengan terpaksa membayar hampir RM20. Jadi bila ditolak campur saya rasa
lebih jimat jika kita beli tiket train terus dari Ulaan Baatar ke Beijing daripada
melakukan seperti yang saya buat ini.
DiBeijing saya tinggal di
Jinghua Hotel.
Selama seminggu di Beijing, saya menghabiskan masa bersiar-siar
sekitarnya sementara menunggu lanjutan tarikh visa di China siap dalam tempoh
empat hari. Ketika ini, saya banyak menghabiskan masa membeli cenderamata di
kawasan beli belah utama Wang fujing dan Xiushui Shichang atau Silk Market yang
terkenal dengan barangan berjenama tetapi palsu seperti Gucci, Channel, dan
North Face walaupun ketika itu duit dalam poket semakin nazak.
Apa yang tidak
menariknya ialah pelancong yang bertanya harga barang akan dipaksa membeli
barang itu oleh penjual. Penjual biasanya menarik tangan atau baju dan jika
pelancong enggan membelinya mereka akan dimarahi. So hati-hati lah.
Sempat juga saya ke Post
Office membungkus segala barangan yang sudah tidak diperlukan terutama baju
serta jaket yang tebal dan berat untuk di hantar ke Ipoh. Melawat Masjid Niu
Jie dan melihat sekitaran kawasan yang dihuni ramai penduduk yang beragama
islam ini.
Saya juga memotong pendek rambut yang sudah semakin panjang ketika
itu disebuah salon rambut disini. Aktiviti saya yang lain ketika disini ialah
ke cyber café berinternet dan asyik merayau-rayau kemerata pelusuk tempat
berjalan kaki biasanya saya akan ke Tiannamen Square melepak. Dan meredah ke
shopping komplek yang besar dan mewah hanya sekadar mencuci mata.
Hari ke enam di Beijing,
(ya setelah mendapatkan semula passport saya), diawal pagi saya sudah
bersiap-siap kerana hati sudah tidak sabar untuk ke Shanghai. Sementara
menunggu petang aktiviti yang saya buat ialah merayau aje lah.
Sedih juga
kerana terpaksa berpisah dengan rakan sebilik di Hotel Jinhua ketika itu, dua
budak lelaki iaitu Nathan dari Madras dan Oono yang baru tiba dari Jepun. Pukul
12 tengah hari saya keluar ke railway station Beijing dan melepak disana. Train
ke Shanghai bertolak tepat pada pukul 6 petang. Express train Beijing-Shanghai
ini nampak seperti baru sangat.
Shanghai
Perjalanan mengambil masa
selama 14 jam menuju ke Shanghai. Tiba di railway station Shanghai pada pukul 8
pagi.
Saya menetap di Hotel Astor yang klasik rekabentuknya, dan merupakan
satu-satunya hotel paling murah yang menyediakan bilik dormitory (sebuah bilik
besar yang mempunyai 8 buah katil). Astor Hotel atau Pujiang Hotel dibina pada
tahun 1846, rekabentuknya begitu menarik. Lampu elektrik yang pertama di China
yang dinyalakan dilakukan di hotel ini. Talipon pertama tang dipasang di China
juga dilakukan disini.
Ramai orang ternama pernah tinggal disini seperti pada
tahun 1879 bekas Presiden Amerika iaitu Presiden Grant telah menetap disini,
begitu juga pada tahun 1922 diduduki olah Albert Einstein. Charlie Chaplin pada
tahun 1931 dan 1936.
angunan ini juga terletak kira-kira 50 meter berdekatan
dengan trademark bagi Shanghai iaitu “The Bund” dan bertentangan dengan Pudong
Area yang hanya dipisahkan dengan sungai Huangpu Jiang. Pemandangan memang
menarik bila tiba waktu malam apabila beberapa bangunan pencakar langit seperti
Shanghai Oriental Pearl Tower dan Pudong Shangrila bermandi cahaya.
Di sini, saya banyak
menghabiskan masa di kedai buku untuk mencari maklumat mengenai Vietnam dan
Kemboja. Selebihnya saya merayau sekitar kawasan tumpuan pelancung dan ke
tempat membeli belah serta meredah segenap penjuru bandar sehingga sesat.
Saya juga membeli train
tiket Shanghai – Nanning berharga yuan Y375 (upper)
Nanning, wilayah Guangxi
Selepas tiga hari di
Shanghai, saya menaiki keretapi pada pukul 10.55 pagi menuju ke Nanning yang
terletak di wilayah Guangxi di selatan China yang hampir bersempadan dengan
Vietnam. Perjalanan selama 34 jam melalui bandar Guilin yang terkenal dengan
pemandangan gunung yang cantik. Gerabak “hard sleeper” yang saya naiki dipenuhi
penumpang dan baru saya perasan bila saya perhatikan bangsa ini memang tidak
henti-henti, celik mata mereka akan makan entah apa yang mereka makan pun entah
saya pun tak tahu. Mulut asyik mengunyap.
Nanning sebuah bandar yang
besar juga dan cuaca ketika itu memang sudah terasa agak panas. Saya menginap
disebuah hotel berhampiran depan stesen keretapi ini. Menghabiskan masa hanya
berjalan dan terasa ketika itu mood sudah tidak ada. Semua yang saya tengok
sudah tidak ada apa yang menarik lagi. Saya berada di Nanning selama dua malam,
kemudian menaiki keretapi yang terakhir dalam pengembaraan ini menuju Ping Xiang
iaitu pekan terakhir di China.
Dan masih ingat ketika di
Shanghai selepas saya beli train tiket ke Nanning baki duit USD saya hanya
tinggal sekeping 100 sahaja dan beberapa keping yuan di merata celah poket
seluar. Dengan hanya USD100 dan plus-plus duit yuan tu lah, bermula dari Nanning
China saya masih boleh selamat tiba di Ipoh melalui jalan darat menempuh
Vietnam, Cambodia dan Thailand. Kembara masa tu memang tak seronok dah selain
duit dah nak habis, kita pun dah tahu yang kembara kita sudah pun hampir ke
penamat.
Moralnya disini jika kita berpeluang mengembara elak jangan boros hehehe.
Perjalanan cuma empat jam dan dari Nanning ke Ping Xiang, tiba di Ping Xiang
pukul 12 tengah hari dan dari train station saya kemudian menaiki motosikal
roda tiga selama lebih kurang 25 minit menuju ke kompleks imigresen China.
Setelah selesai di China saya berjalan kaki menuju ke imigresen di Vietnam
lebih kurang 100 meter.
No comments:
Post a Comment