MOSCOW RUSSIA
Saya tiba di stesen keretapi
Yaroslavsky di Moscow pada petang yang sejuk, dan cuaca pula mendung dengan
salji halus yang turun, setelah menempuh perjalanan selama hampir 105 jam 20
minit. Tidak sukar untuk saya mencari Hotel Ismailovo iaitu hotel yang akan
saya diami selama tiga malam di sini.Ini kerana dari stesen keretapi tadi,
terdapat keretapi bawah tanah iaitu metro yang terus menuju kehotel itu.
Selepas mandi, saya menuju
ke bazar yang terkenal di Moscow iaitu Vernisazh Market yang terletak di
hadapan hotel yang menjual barangan terutama cenderamata pada harga yang murah
seperti matryoshka iaitu set patung bulat yang diperbuat daripada kayu, palekh
(kotak pelbagai saiz daripada kayu dan di atasnya terdapat lukisan pemandangan)
baju T, dan lain-lain.
Disini juga saya telah ditahan polis yang hendak melihat dokumen perjalanan saya ke Russia, nasib baik saya masih ingat pesanan tour agent di Mongolia yang memperingatkan agar sentiasa membawa surat dokumen bersama ketika di Moscow. Saya kemudian menaiki metro keretapi bawah tanah menuju ke Red Square. Perjalanan tidak sampai 20 minit dan setelah meredah sendirian diwaktu hari yang semakin gelap kelibat orang dijalanan pun kurang kerana sejuk, saya akhirnya tiba di Red Square, saya benar-benar berpuas hati dapat melihat rupa bentuk St. Basil yang indah diterangi lampu neon pada waktu malam.

Pada hari kedua, cuaca mendung
dan bersalji tidak menghalang saya melawat The Kremlin yang terletak di sebelah
Red Square. Harga tiket masuk ialah RM50.00 dan di situ terdapat beberapa
bangunan lama yang menarik seperti Church ofthe Deposition of the Robe, State
Kremlin Palace,Great Kremlin Palace, Ivan the Great Bell Tower dan Tsar Bell.
The Kremlin terletak bersebelahan GUM State Department Store sebuah bangunan
lama yang diubahsuai menjadi tempat
penjualan barangan branded mewah paling terkenal disini. Dan terdapat juga
sebuah shopping komplek bawah tanah juga disekitar kawaasan ini. Saya
menghabiskan masa berjalan sekitar kawasan ini dan kejalan utama disini yang
dipenuhi dengan banyak kedai mewah lain.
Ketika berada disini jugalah saya mengalami satu pengalaman iaitu terjumpa segulung duit USD10,000 yang jatuh didepan mata dikaki saya dihadapan
sebuah bank disini. BOLEH BACA DALAM ENTRI DISINI
Banyak terdapat bangunan
teater disini dan saya hanya mencari sebuah yang paling terkenal iaitu The
Bolshoi. Tujuan utama saya adalah hendak menonton apa sahaja persembahan bellet
kalau ada The Swan lagi bagus, tapi ketika saya ke kaunter tiket dan bertanya
apa yang dipersembah pada malam itu jawapannya hanya ada persembahan seorang
penyanyi terkenal Russia sahaja malam itu. Ok lah tu kerana keinginan nak masuk
tengok keadaan dalam bangunan tu meluap-luap saya beli lah juga tiket yang
mahal. Saya juga cuba mencari sebuah “Bath House” yang terkenal disini rumah
mandi awam yang dikatakan sangat menarik. Jenuh saya turun naik metro tapi
masih susah nak jumpa, bila sudah sampai dikawasan tersebut seperti yang
tertara dalam peta, lokasi rumah mandi tu pulak saya tak jumpa. Bila dah rasa
fed up saya batalkan aje niat nak ke bath house tu.
Saya masih terus kebeberapa
tempat untuk melihat kehidupan orang Russia menjalani kehidupan ketika musim
sejuk ini, saya menaiki metro disamping itu tujuan lain saya juga adalah kerana
hendak melihat sebanyak mungkin stesen-stesen metro di Moscow ini, kerana
setiap stesen metro telah direkabentuk dengan rekaan yang unik, cantik dan
berlainan antara satu sama lain. Corak yang terdapat dilantai, didinding serta
lukisan dan patung serta lampu yang bergantungan semuanya indah belaka. Metro
di Moscow digunakan oleh hampir 9 juta orang sehari dan stesen pertama yang
dibina ialah pada tahun 1935. Terdapat beberapa stesen yang digalakkan untuk
kita lawati seperti stesen Komsomolskaya yangindah bergantungan dengan ratusan
lampoon “chandeliers” dan stesen Ploshchad Revolyutsii yang mempunyai puluhan
patung yang diperbuat daripada gangsa yang lebih besar dari size manusia
sebenar. Melawat stesen keretapi bawah tanah di Moscow juga antara aktiviti
wajib bagi sesetengah pelancung.
Saya kembali ke hotel untuk
mandi serta kembali mengenangkan kisah jumpa duit disiang hari tadi. Kalau lah
separuh duit tu jadi hak haram saya sudah tentu kembara saya ketika itu akan
terus ke St Peterburg malah akan masuk ke negara Eropah yang lain hehehe.
Walaubagaimana pun saya bersyukur kerana gagal dapat duit tu kesian pula pada
siempunya duit yang tercicir duit tu kan.
Pada sebelah malam, saya
sempat menyaksikan persembahan penyanyi Rusia, Yelena Obraztsova yang bersuara
mezzosoparno mengalahkan Ning Baizura yang hanya bersuara soprano di bangunan
teater terkenal di Moscow, Bolshoi Theatre. Tiket masuk ialah RM120.00 tetapi
saya berpuas hati dan terhibur dengan persembahan penyanyi itu yang berlangsung
hampir dua jam terdapat waktu rehat lagi dipertengahan show untuk memberi
peluang penonton ke ruang minum serta makan snack atau ketoilet.
Bangunan enam tingkat itu mempunyai reka bentuk lama yang amat indah. Dibumbung kubah bangunan ini dipenuhi dengan lukisan tangan yang cantik bila diterangi dengan cahaya lama yang samar-samar. Bolshoi pada malam itu dipenuhi penonton, semuanya kelihatan seperti berada yang berpakaian formal. Geli hati saya bila melihat dan membandingkan antara jaket saya dengan baju kot berbulu yang orang lain pakai yang tergantung di disebuah bilik simpanan khas di luar dewan. Maknanya mereka semua yang hadir bukan calang-calang orang. Kedudukan kerusi saya antara yang dihadapan. Enjoy juga saya tonton persembahan ini. Saya juga kesekitaran kawasan yang menempatkan beberapa kasino yang cantik diterangi cahaya lampu berwarna warni.

Pada hari ketiga, saya
menaiki metro menuju ke Novodevichy Convent, iaitu salah satu tempat yang
memiliki bangunan paling menarik di Moscow. Di situ, terdapat beberapa bangunan
seperti menara berloceng enam tingkat yang siap dibina pada tahun1690 dan merupakan
kawasan perkuburan yang menjadi tempat bersemadi orang-orang ternama
Rusia. Lain-lain aktiviti saya ialah meredah kemana-mana sahajamengikut
kata rasa hati ketika itu. Jika saya datang ke Moscow ketika musim panas sudah
tentu sebuah tempat dipinggir sungai jika tidak silap saya yang terdapat sebuah
kawasan khas untuk orang berbogel telanjang bulat akan saya kunjungi hehehe
nasib baik musim sejuk kan selamat saya.
Pada hari keempat, sebelum
saya keretapi saya bertolak kembali ke Ulaan Baatar Mongolia pada pukul 10
malam, saya menghabiskan masa ke VDNKh atau Vystavka Dostizheny Narodnogo
Khozyaystva SSSR merupakan sebuah kawasan sepanjang 2km dan lebar 1km mempunyai
beberapa bangunan yang unik, juga terdapat sebuah “fun Fair” dan juga
dipamerkan beberapa buah replika kapal angkasa Rusia dan juga terdapat banyak
kedai yang menjual barangan yang murah.
Aktiviti lain hanya window shopping
sekitar shopping komplek sekitar Red Square dan sempat juga saya menonton
wayang yang menayangkan cerita tempatan di sebuah pawagam di GUM State
Department Store sekadar hendak menghabiskan masa dan merehatkan badan sebelum
menanti tibanya masa untuk ke railway stesen.
No comments:
Post a Comment