AKHBAR
KOSMO MINGGU KETIGA
by Firdaus Bakhtiar (bukan nama sebenar)
BAHAGIAN
KETIGA
Tajuk:
120 hari penuh nostalgia
SAYA
meninggalkan Mongolia pada 21 Januari 2004 iaituselepas 15 hari berada di sana.
Saya menaiki keretapimenuju ke Moscow yang memakan masa perjalanan lima hari
empat malam. Keretapi yang dinaiki agak uzur berbanding keretapi Trans Mongolia
yang saya naiki dari Beijing ke Ulaan Baatar. Saya berkongsi bilik dengan seorang
lelaki Russia yang mempunyai isteri bangsa Mongolia. Kami kurang berkomunikasi
kerana dia tidak faham bahasa Inggeris.Setiap gerabak mempunyai sembilan bilik,
dan setiapbilik memiliki empat katil.
Di setiap gerabak pula,terdapat dua orang `provodnitsa’ iaitu pekerjaperempuan yang bertugas untuk menjaga kebersihan,menyediakan air panas, membakar arang untuk memanaskansuhu gerabak, dan menjaga kebajikan penumpang.Selepas tujuh setengah jam perjalanan, keretapi tibadi Sukhbaatar iaitu bandar di sempadan Mongolia dan Rusia. Di situ, urusan pemeriksaan pasport dilakukandan selepas satu jam, keretapi mula bergerak memasuki Rusia di bandar Nauski. Sekali lagi, urusan pemeriksaan pasport dilakukan.
Keesokan pagi, sebaik bangun tidur, di luar tingkap, saya melihat pemandangan Tasik Baikal iaitu tasik yang terdalam didunia, 1,637 meter. Tasik seluas 636 kilometer (km)dan lebar 60 km itu kelihatan seperti buah pisang. Walaupun pemandangan yang dilihat hanya salji yang memutih, dan tasik membeku, panorama tetap menarik terutama ketika keretapi meninggalkan kawasan selatan tasik itu. Dari sini, saya dapat melihat sebuah perkampungan indah yang dipenuhi pokok yang disalut salji.
Sepanjang `tinggal’ di dalam keretapi ini, saya gembira dapat melihat telatah manusia termasuk diluar. Keretapi yang dinaiki singgah di 32 buah bandar kecil dan besar, paling lama berhenti selama 30 minit, dan paling cepat, lima minit. Ketika berhenti inilah, penumpang mengambil kesempatan keluar untuk membeli makanan, dan minuman yang dijual oleh penduduk tempatan. Saya memilih untuk makan ikan salai, kek, coklat, buah limau, dan roti. Saya juga makan mi segera yangdicampur dengan sos cili. Serbuk perasa yang terdapat di dalam bungkusan mi segera dibuang kerana mengandungi perencah bercampur daging khinzir.
Ada kalanya, apabila keretapi berhenti, saya berlari keluar untuk meninjau persekitaran stesen keretapi. Biasanya, saya lakukan dengan cepat kerana keretapi kadang kala bergerak tanpa mengikut jadual. Saya biasa mendengar ramai pengembara ditinggalkan keretapi.
Saya juga mendapati beberapa kali kepala keretapi ditukar. Apa yang saya lihat, tidak ada seorang pun pengembara asing. Penumpang hanya terdiri daripada orang Rusia dan Mongolia. Kebanyakan orang Mongolia yang pergi ke Moscow ialah peniaga barangan yang memborong barang untuk dijual di Mongolia. Baranganyang dibeli itu mengikut musim iaitu selimut, pakaian, topi, dan lain-lain.Mereka juga akan membawa barangan dari Mongolia dan menjualnya ketika keretapi berhenti di stesen-stesen di sepanjang perjalanan. Menariknya, di setiap stesen, sudah ada pembeli menunggu walaupun pada lewat malam yang sejuk. Jika barangan tidak dapat dijual, mereka akan menukarnya dengan barangan yang dikehendaki ketika di Moscow nanti.
Saya tiba di stesen keretapi Yaroslavsky, Moscow pada petang yang sejuk, dan cuaca pula mendung dengan salji yang memutih. Tidak sukar untuk saya mencari Hotel Ismailovo iaitu hotel yang akan saya diami selama tiga malam di sini. Ini kerana dari stesen keretapi tadi, terdapat keretapi bawah tanah iaitu metro yang terus menuju kehotel itu.
Selepas mandi, saya menuju ke bazar yang terkenal diMoscow iaitu Vernisazh Market yang terletak di hadapan hotel yang menjual barangan terutama cenderamata pada harga yang murah seperti matryoshka iaitu set patung bulat yang diperbuat daripada kayu, palekh (kotak pelbagai saiz daripada kayu dan di atasnya terdapat lukisan pemandangan), baju T, dan lain-lain.
Saya kemudian menaiki metro menuju ke Red Square. Perjalanan tidak sampai 20 minit, dan saya benar-benar berpuas hati dapat melihat rupa bentuk St. Basil yangindah diterangi lampu neon pada waktu malam.
Pada hari kedua, cuaca mendung, dan bersalji tidak menghalang saya melawat The Kremlin yang terletak di sebelah Red Square. Harga tiket masuk ialah RM50.00 dan di situ, terdapat beberapa bangunan lama yang menarik seperti Church ofthe Deposition of the Robe, State Kremlin Palace,Great Kremlin Palace, Ivan the Great Bell Tower, danTsar Bell.
Di sini, juga terdapat banyak bangunan teater dan pada sebelah malam, saya sempat menyaksikan persembahan penyanyi Rusia, Yelena Obraztsova yang bersuara mezzo soparno di bangunan teater terkenal di Moscow, Bolshoi Theatre. Bangunan enam tingkat itu mempunyai reka bentuk lama yang amat indah. Tiket masuk ialah RM120.00 tetapi saya berpuas hati,dan terhibur dengan persembahan penyanyi itu.
Pada hari ketiga, saya menaiki metro menuju ke Novodevichy Convent, iaitu salah satu tempat yang memiliki bangunan paling menarik di Moscow. Di situ, terdapat beberapa bangunan seperti menara berloceng enam tingkat yang siap dibina pada tahun1690, dan kawasan perkuburan yang menjadi tempat bersemadi orang-orang ternama Rusia.
Saya juga mengambil kesempatan melawat beberapa stesen metro yang setiapnya mempunyai reka bentuk yang unik, cantik, dan berbeza.
Pada hari keempat, saya menghabiskan masa di VDNKh dan sempat juga saya menonton wayang yang menayangkan cerita tempatan di sebuah pawagam.
Saya menaiki keretapi Trans Mongolia pada pukul 10.00 malam menuju Ulaan Baatar dengan jarak perjalanan 6,306 km. Saya berkongsi bilik dengan seorang doktor lelaki Rusia yang bekerja di Mongolia. Masalahnya lelaki initerlalu baik sehingga apa yang dimakan dan diminumnya mahu dikongsinya dengan saya, termasuklah vodka dan daging yang tidak halal. Puas saya terangkan kepadanya, bahawa saya seorang Islam yang tidak boleh minum arak dan makan daging yang tidak halal. Pada mulanya dia tidak faham dan terpaksalah saya keluar dari bilik itu. Namun hari kedua, dan ketiga, dia mulai faham, dan tidak lagi memaksa saya makan apa yang dimakannya.
Pada hari ketiga, keretapi tiba di Krasnoyarsk setelah menempuh perjalanan sejauh 4,098 km, dan melalui sebuah jambatan sejauh satu km merentasi Sungai Yenisey. Saya berharap satu hari nanti, saya berpeluang datang sekali lagi di Krasnoyarsk dan belayar dengan kapal yang beroperasi di sungai itu hingga ke Laut Kara diLautan Artik di utara yang melalui beberapa tempatmenarik seperti Dudinka, dan Igarka yang memakan masa pelayaran selama sembilan hari.
Saya tiba di Ulaan Baatar pada waktu pagi, dan tanpa berlengah mengambil beg besar yang saya tinggalkan diNassan Guest House. Pada sebelah malam, saya menaiki keretapi tempatan menuju Zamyn uud selama 13 jam. Kali ini, pemandangan yang dilihat bukan lagi salji tetapi padang rumput yang tidak hijau. Selepas urusanpemeriksaan pasport di kedua-dua negara selesai, sayamenaiki bas dari Erlian ke Beijing.
Selama seminggu di Beijing, saya menghabiskan masa bersiar-siar sekitarnya sementara menunggu lanjutan tarikh visa di China siap dalam tempoh empat hari. Ketika ini, saya banyak menghabiskan masa membeli cenderamata di kawasan beli belah utama, Wangfujingdan Xiushui Shichang atau Silk Market yang terkenal dengan barangan berjenama tetapi palsu seperti Gucci,Channel, dan North Face. Apa yang tidak menariknya ialah pelancong yang bertanya harga barang akan dipaksa membeli barang itu oleh penjual. Penjual biasanya menarik tangan, atau baju dan jika pelancong enggan membelinya, mereka akan dimarahi.
Sebaik mendapat pasport, saya meninggalkan Beijing menaiki keretapi selama 14 jam menuju ke Shanghai. Saya menetap di Hotel Astor yang dibina pada tahun 1846, dan merupakan satu-satunya hotel paling murah yang menyediakan bilik dormitory.Di sini, saya banyak menghabiskan masa di kedai buku untuk mencari maklumat mengenai Vietnam, dan Kemboja.
Selepas tiga hari di Shanghai, saya menaiki keretapi menuju Nanning yang terletak di wilayah Guangxi, selatan China yang bersempadan dengan Vietnam. Perjalanan selama 34 jam melalui bandar Guilin yangterkenal dengan pemandangan gunung yang cantik. Saya berada di Nanning selama dua malam, kemudian menaiki keretapi yang terakhir dalam pengembaraan ini menuju Ping Xiang, iaitu pekan terakhir di China.
Perjalanan cuma empat jam dan dari situ, saya menaikimotosikal roda tiga selama 25 minit menuju ke kompleksimigresen China. Saya kemudian menaiki van menuju ke Hanoi selama duajam yang melalui kawasan sawah padi yang menghijau.Ketika itu, saya mulai bimbang tentang wabak selesemaburung yang telah menelan banyak korban di Vietnam,dan Kemboja. Namun sebaik tiba di Hanoi, kebimbangan saya lenyap melihat bandar itu meriah seolah-olah tiada perkara menakutkan berlaku. Saya sempat melawat Ngoc So Temple yang terletak ditengah-tengah Tasik Hoan Kiem. Selain itu, saya menyaksikan pertunjukan Water Puppet di Thang LongWater Puppet Theatre.
Dari Hanoi, saya menaiki bas kebandar Hue di selatan Vietnam, sejauh 670 km. Saya terpaksa menukar bas dan menunggu lima jam untuk mendapatkan bas lain. Ketika inilah, saya mengambil peluang melawat beberapa tempat menarik dengan menaiki beca. Antara tempat yang dilawati ialah tempat yang telah dibom oleh tentera Amerika Syarikat pada tahun 1965.Saya juga ke Thien Mu Pagoda yang terkenal.
Dari Hue,saya menyambung perjalanan ke Saigon atau Ho Chi MinCity sejauh 1,105 km yang mengambil masa perjalanan 32 jam. Dalam perjalanan itu, bas singgah di bandar utama seperti Hoi An, Nratrang, dan Muine. Saigon lebih besar, dan moden daripada Hanoi dan mempunyai penduduk yang ramai. Saya sempat melawat Notre Dame Cathedral yang dibina di antara tahun 1877dan 1883, serta muzium War Remnants yang mempamerkan gambar kesengsaraan rakyat Vietnam ketika serangan Amerika. Turut dipamerkan ialah barangan peninggalan perang seperti jet pejuang, kereta kebal, helikopter, bom,dan peluru.Hati saya tersentuh apabila membaca keterangan gambar yang dipamerkan, dan hakikatnya muzium itu adalah gambaran perasaan marah rakyat Vietnam terhadapkekejaman tentera Amerika.
Dari Saigon, saya menaiki van menuju ke Phnom Penh,Kemboja. Cuaca amat panas, dan berdebu dan saya tibadi bandar itu menjelang senja. Bandar ini agak sibuk,dan terdapat sebuah pasar, Pasar Thmei atau Central Market yang menjual pelbagai barangan seperti baranganelektrik, pakaian, makanan, dan barang kemas. The Royal Palace dan The Silver Pagoda serta Wat Phnomjuga antara tempat menarik untuk dilawati. Saya tidakmelepaskan peluang melawat Killing Field of Choeung Ekiaitu satu kawasan tanah perkuburan mangsa kekejamanrejim Pol Pot. Terdapat menara yang dibina khas untukmengingati mangsa iaitu Memorial Stupa.
Dari Phnom Penh, saya menaiki bas mini selama tujuh jam ke Siem Reap. Ini kali kedua, saya tiba di sini dan ia terkenal dengan Angkor Wat. Saya hanya tinggal semalam di sini untuk meneruskan perjalanan ke Bangkok. Saya menghabiskan masa beberapa hari di Bangkok, sebelum menaiki bas ke Surathani di selatan Thailand.
Kemudian saya menaiki van menuju Hatyai dan dari situ,saya menaiki bas menuju bandar raya Ipoh selepas mengembara selama 120 hari. Saya bersyukur kerana selamat tiba di Ipoh keranasepanjang pengembaraan itu, dunia dikejutkan dengan wabak selesema burung, gempa bumi, dan pengeboman dibeberapa tempat yang saya lawati.
Catatan perjalanan ini pasti tidak dapat dilupakan dan benarlah kata pepatah `jauh perjalanan luas pemandangan’. Banyak pengalaman dan pengajaran baru yang berhargasaya peroleh, dan saya berbesar hati dapat berkongsibersama keluarga, dan kenalan yang lain.

No comments:
Post a Comment