Phnom Penh
Saya tiba di Moc Bai
Vietnam yang terletak disempadan dengan Cambodia kira-kira pukul 11 pagi,
setelah urusan disempadan Vietnam selesai, saya terpaksa berjalan kaki sejauh
hampir 150m menuju ke Bavet Cambodia. Dan setelah segalanya selesai disempadan
bas meneruskan perjalanan diteruskan sehinggalah saya tiba di bandar
Phnom Penh.
Cuaca amat panas, dan berdebu dan saya tiba di bandar itu menjelang
senja dan terus ke Capital Hotel (single room – macam bilik pelacur hehe)
dengan bayaran USD3 semalam, jika berdua harga bilik tu USD4.
So saya
mengharapkan agar Osamu yang bertolak sehari lewat dari saya akan datang ke
hotel ini supaya boleh share bilik. Setelah mandi saya keluar ke sebuah Indian
Restoran untuk makan okey lah harga fried rice dan coke hanya RM6 (tapi terasa
mahal sangat pulak masa tu) Ya keesokan hari saya berpindah bilik share dengan
Osamu dengan bayaran seorang USD2.
Bandar ini agak sibuk dan
terdapat sebuah pasar yang dipanggil Pasar Thmei atau Central Market yang
menjual pelbagai barangan seperti barangan elektrik, pakaian, makanan dan
barang kemas. Bentuknya bulat sekali pandang macam pasar runcit yang banyak ada
di Malaysia terutama dikawasan bandar tetapi keluasannya sangat besar.
Saya juga sempat ke The
Royal Palace dan The Silver Pagoda serta Wat Phnom yang juga antara tempat
menarik untuk dilawati. Menghabiskan masa di riverfront waktu siang dan juga
malam sekadar melihat kehidupan disini. Saya tidak melepaskan peluang melawat
Killing Field of Choeung Ek iaitu satu kawasan tanah perkuburan mangsa
kekejaman rejim Pol Pot. Saya menaiki motor teksi dengan bayaran USD2 mengambil
masa 40 minit untuk tiba di Killing Field ini, manakala untuk masuk kekawasan
tersebut kena bayar lagi USD2. Terdapat menara yang dibina khas untuk
mengingati mangsa iaitu Memorial Stupa.
Siem Reap
Dari Phnom Penh, saya
menaiki bas mini selama tujuh jam ke Siem Reap dan tiba di Siem Reap pada pukul
3 petang. Ini kali kedua, saya tiba di sini dan ia sememangnya terkenal dengan
Angkor Wat.
Kerana poket sudah “nazak” saya tidak ke Angkor Wat kerana pernah
kesana sebelum itu. Saya hanya tinggal semalam dan sebilik dengan Osamu dengan
bayaran seorang USD2. Petang di sini saya terus mencari agency yang menguruskan
perjalanan ke Bangkok.
Hasilnya saya mendapat tiket perjalanan dari sini ke
Bangkok paling rendah berharga USD13. Melalui catatan yang saya tulis saya
membeli mengunakan credit card baki manakala wang cash USD didalam poket ketika
itu ialah USD43 (plus-plus dengan beberapa keping matawang lain).
Keesokan harinya saya
bertolak ke menuju Bangkok.
Perjalanan saya kali ini kembali bersendirian
kerana Osamu akan tinggal sehari lagi di Siem Reap kerana hendak ke Angkor Wat
dan kami berjanji untuk berjumpa di Khao San Road di Bangkok nanti. (tak jumpa
pun lepas tu). Saya tiba di sempadan Poipet di Cambodia sekitar pukul 3 petang.
No comments:
Post a Comment