Monday, February 15, 2016

45 - BILA ALLAH HENDAK MENGUJI KITA - JUMPA DUIT DI MOSCOW

MOSCOW RUSSIA

Allah menguji seorang hamba itu dengan sakit, sihat, menguji dengan kemiskinan, kekayaan, tamak haloba dan berbagai-bagai cara dan bentuk yang di ujinya.

Tiga bulan berlalu sudah, aku masih diperantauan sendirian di bumi asing. Cash US Dollar yang aku selit dan sorokkan  di serata tubuh badan semakin berkurang. Travel cheque dah tinggal sekeping USD100 aje. Ini sebagai tanda masa dah tiba untuk berpatah balik ke kampong halaman sebelum merempat kat tempat orang hehehe. 

Kebetulan pulak aku baru tiba dari Beijing menaiki  train hampir 2 hari perjalanan ke Ulaan Bator, Mongolia ni.  Ulaan Bator diseliputi salji memutih ketika itu. Tujuan aku kesini adalah nak dapatkan setempel cop visa bagi meneruskan perjalanan aku ke Moscow.  Terpaksa keluar masuk kedutaannya di sini, payahnya nak dapat. Tetapi tak serumit jika dibandingkan dengan di Beijing.

Di pendekkan story aku akhirnya berjaya dapatkan pass lawatan dan visa selama 12 hari ke Russia, setelah hampir 15 hari melepak di Ulaan Bator. Tiba waktunya aku pun berangkat lah menaiki train kira-kira pukul 8 malam di Ulaan Bator. Trans Siberia Train yang aku naik adalah milik Russia, setiap gerabak mempunyai 10 bilik setiap bilik mempunyai  2 katil bertingkat.

Pemandangan bersalji amat indah disepanjang perjalanan. Dapat melihat Lake Baikal yang membeku serta kehidupan penduduk di sepanjang perjalanan selama 5 hari itu walaupun hanya sekadar melalui tingkap train sahaja.

Pada  dua hari pertama aku tinggal sebilik bersama seorang Russia tua, 3 hari seterusnya aku sendirian. Boring jugak ketika sendirian di bilik merenung luar tingkap pemandangan yang mulanya indah sudah menjadi tak indah dah. Timbul pulak sikit rasa jemu dan bosan. Ikan salai, maggie mee tanpa rencah di campur dengan sos tomato, coklat, roti adalah antara makanan aku sepanjang perjalanan itu. Aku kerap juga membeli minuman buah-buahan, ikan salai, coklet yang di jual oleh penjual yang sedia ada menanti di setiap stesen keretapi di sepanjang perjalanan itu.

Ketika tidur malam kadang-kadang terasa sejuk angin yang menembusi lubang kecil di tingkap, ketika ini lah juga aku mula berfikir yang bukan-bukan. Selalunya apa yang aku fikir dan angankan ialah sekiranya aku terjumpa duit yang banyak pada ketika ini apa yang aku akan buat? 

Persoalan ini kerap kali berulang-ulang bermain dikepala ketika itu, tapi dalam hati aku selalu berbisik kalau terjumpa sebakul wang pun tak akan aku ambil. Haram. Aku seolah-olah cuba memintakan Allah supaya menguji aku ketika itu, biar aku terjumpa duit dan aku akan tunjukkan pada Allah yang aku tak akan mengambilnya. Kepala masa tu asyik ingat aje tentang duit yang dah semakin habis dalam poket ni. Tu lah bila boring sampai berangan fikir yang bukan-bukan.

Perjalanan selama 5 hari ini menempuh hampir 5 zon waktu yang berbeza. Senang cakap jarum jam terpaksa ditukar setiap kali tiba di zon-zon tersebut. Memang cita-cita aku nak cuba melalui pengalaman menaiki Tran Siberia ini.

Beberapa tahun sebelum, aku pernah terserempak sepasang suami isteri bangsa India rakyat Malaysia yang balik ke Malaysia dari Europe menaiki train kebetulan aku jumpa mereka ketika di sempadan China dan Laos, sejak itu aku memasang angan-angan nak mencuba. Alhamdulillah aku dah berjaya ni. Sengaja aku memilih musim salji kerana travel dimusim sejuk lebih selesa dan satu pekara lagi memang aku suka salji. Kalau kat China musim panas toilet awamnya sebatu pun dah berbau, kalau musim sejuk duduk lah berjam-jam dalam toilet lubang yang dikorek kat atas tanah tu tak berbau.


“Kalau jumpa duit, aku akan pulangkan, kalau jumpa aku tak akan ambil, berdosa”……… 

Ini lah yang selalu bermain difikiran aku ketika berada di penghujung perjalanan menuju Moscow ketika itu. Maklum lah poket dah kering, sebolehnya credit card, aku tak nak sentuh langsung. 

Akhirnya tiba lah aku di bandar raya yang begitu asing bagi aku ni, aku terus mencari Hotel Ismailovo yang sememangnya sudah di booking oleh agency di Ulan Bator lagi. Sebenarnya aku hanya berkesempatan tinggal disini selama 4 hari 3 malam sahaja, tujuan utama aku adalah nak merasa experieance naik Trans Siberia ni ajer, kemudian aku akan kembali semula ke Beijing dan akan menempuh sekali lagi perjalanan selama 7 hari. Memang risau  duit dah kering. Aku tiba waktu petang di bandar raya ini. Tak sempat tunggu esok hari, malam tu juga aku dah tercegat betul-betul didepan St Basil  di Red Square dalam kesejukan malam. Seronok nya dapat berada disini. Salji halus turun. 
Best gilerrrr.

Esoknya awal pagi aku ke Red Square lagi, mudah aje hanya naik satu Metro, keretapi bawah tanah dari hotel terus sampai. Sekitar Red Square juga dikelilingi banyak pusat membeli belah jenama terkenal.  Travel cheque aku yang tinggal sekeping ni terpaksa lah aku pi tukar, sedih rasanya. Masa mula-mula start  travel dulu hapi sangat tengah banyak duit katakan, tapi memang aku agak boros, baju sejuk berbulu –bulu aku beli tukar ganti lagi. Yang dah jemu dipakai aku akan poskan ke kampong. Aku pun memang pada mulanya memang tak sangka nak sampai kesini , terutama bila fikirkan masaalah visa ketika di Beijing lagi. Ingat tak jadi dah.

Ok lah selepas keluar dari money changer, aku keluar berjalan terpaksa lah berhati-hati sikit kerana keadan jalan yang licin diselaputi ais beku, dah banyak kali aku terlentang jatuh terduduk, so masa berjalan tu sambil berpeluk tubuh menahan sejuk. Aku berjalan di sebatang jalan utama disini, ketika itu orang tidak beberapa ramai. 



Tiba tiba sesuatu jatuh dari tangan seseorang yang baru keluar dari sebuah bank. Jatuh betul -betul di hadapan aku, bergolek seolah-oleh datang ke arah aku. Aku memanggil empunya badan yang berjalan laju, kelam kabut saja nampaknya ia menuju ke kereta sampai aku panggil pun ia tak dengar.
                              
Belum sempat aku memungut benda yang tergolek itu, dikutip pulak orang yang lain yang kebetulan berjalan dibelakang aku. Ia kutip sambil jari telunjuk tangan kanannya diletakkan dibibirnya kearah aku menyuruh aku diam. Aku terpinga-pinga sebenarnya ketika itu. Aku tahu benda yang tergolek depan mata aku ketika itu ada lah segulung wang USDollar. Sambil kami berjalan orang Russia tu kata kita share duit tu. Ya Allah antara takut dan happy muncul dalam kepala aku ketika itu.Takut kerana itu bukan duit aku, aku tahu kalau makan tentu haram.Happy kerana kepala dah terbayang nak ke St Peterburg dan terus masuk ke Eropah pula  hehehehe.

Apa pun aku yang serba salah terus mengekori ia masuk ke jalan bawah tanah melalui celah-celah orang yang agak ramai di bawah tanah itu. Ia tanya aku dari datang dari mana dan macam-macam lagi  sambil melangkah laju. Agak-agak jahat tak aku masa tu, duit punya pasal lupa segala-galanya?

Ketika musim sejuk kebanyak kan orang memakai  jaket berwarna hitam, kebetulan aku memakai jaket yang ada bulu-bulu lagi kat tengkuk warna agak cerah dari jauh memang orang akan senang cam. Maybe ada orang yang perasan dan memberi tahu empunya duit tu, so ia mengekori kami.  Aku sebenarnya takut pun ada, tapi syaitan tu ada menemani aku, merasuk fikiran aku ketika itu.

Ok dipendekkan cerita setelah hampir 10 minit kami jalan laju cuba melarikan diri, tiba-tiba si empunya duit datang memengang tangan aku  dari belakang, ia minta balik duitnya. Aku cakap aku tak ada, habis satu beg aku digeledahnya, memang takda kerana duit tu orang Russia tu yang pegang. Si empunya duit tu dengan sedih berkata duit ia USD10,000 dah jatuh hilang. Terkejut aku. USD10,000. Wow... Paris, Italy tiba-tiba terbayang dalam kepala aku ketika itu hehehehe. 

Dia lepaskan kami kerana tak jumpa duit tu kat aku, so aku dengan Russian tu berlalu pergi, Russian tu kata kat aku "you 5,000, i 5,000". Tapi tak sempat jauh berjalan empunya duit tu datang lagi memegang tangan aku, kali ini ia nak periksa sekali lagi kat aku, kemudian ia check kat budak Russian tu pulak. Apa lagi bila periksa jumpa lah duit tu, so ia ambil dan terus berlalu. Aku yang dalam takut-takut ni terus melintas jalan keseberang masuk  terus ke shopping complex bawah tanah berdekatan Red Square tu. 

Masa tu lah baru aku terfikir memang Allah nak uji dan dah pun uji aku, sah aku dah gagal. Aku dah mungkir janji pada Nya. Mula lah menyesal, tapi dalam masa yang sama aku rasa happy juga kerana si empunya duit tu dapat kembali duit ia. Happy kerana aku tak ambil duit tu. Aku bayang kan juga macam mana kalau aku yang hilang duit USD10,000 tu? ……tentu sedih kan.

Malam tu kejap-kejap aku rasa sangat bersyukur alhamdulillah kerana tak berjaya ambil duit tu. Kejap-kejap aku rasa aduhhh kalu dapat best jugak hehehe. Apa pun malam tu sempat jugak aku keluar  tengok konsert penyanyi bersuara mezzo soprano di Bolsoi Theatre yang terkenal  best jugak. Terlupalah kejap kes jumpa duit disiang hari tu.

Walaubagaimana pun alhamdulillah dengan duit yang tinggal dalam poket lebih kurang USD100 (lebih sikit) tu, aku masih mampu kembali ke Malaysia melalui negara Mongolia, China sempat lagi merendek kat Shanghai tu, Vietnam, Cambodia dan Thailand jalan darat. Semua budget.

Tu lah antara kisah nya…..seorang yang mungkir janji dan  yang tamak.

Tapi aku rasa sekarang ni  kalau jumpa aku tak nak ambik tak nak subahat lagi. Sekarang ni kalau satu sen bukan duit aku pun aku tak akan ambil. Kalau jumpa duit tepi jalan memang aku ambil tapi pi masukkan dalam tabung masjid, pernah jumpa dompet orang kat atas taliphone awam di hotel kat Spore, aku ambil aku serah kan kat receptionist hotel tu. Takut dan tahu Haram. Kalau makanan dalam peti sejuk kat rumah aku ni, kalau bukan aku punya aku tak akan curi makan, sekali pun makanan tu mak punya, kena tanya dulu.


Takut. 



No comments:

Post a Comment