HANOI, HUE, HO CHI MINH VIETNAM
Hanoi
Setelah selesai urusan
mengecop passport saya menaiki teksi ke Lang San dan dari sini saya menaiki
sebuah van share dengan seorang mamat Ireland menuju ka Hanoi selama dua jam
yang melalui kawasan sawah padi yang menghijau. Ketika itu, saya mulai bimbang
tentang wabak selesema burung yang telah menelan banyak korban di Vietnam dan
Kemboja.
Namun sebaik tiba di Hanoi,
kebimbangan saya lenyap melihat bandar itu meriah seolah-olah tiada perkara
menakutkan berlaku. Saya sempat melawat Ngoc So Temple yang terletak
ditengah-tengah Tasik Hoan Kiem. Selain itu, saya menyaksikan pertunjukan Water
Puppet di Thang Long Water Puppet Theatre. Disini juga saya semakin rapat
dengan seorang pengembara Jepun bernama Osamu Mizukami yang saya kenal sejak
dari Nanning lagi.
Dari Hanoi mulanya saya
bercadang menaiki keretapi ke Saigon dan sudah pun ke train station untuk
bertanyakan harga tiket tetapi terasa mahal pulak harga iaitu USD56 untuk
perjalanan selama 44 jam, so saya pilih naik bas aje lah, bas pun datang
sehingga depan hotel. Staff perempuan Vietnam tu kata ada tiga jenis bas yang
ke Saigon yang berbeza harga USD28, USD25 dan USD16 perjalanan sekitar 33 jam.
Yang mahal tentulah sebuah bas yang selesakan, ada tiket jenis “open ticket”
yang boleh digunakan selama sebulan dan boleh berhenti mana-mana tempat yang
kita nak berhenti disepanjang perjalanan seperti di Hue, Hoi An, Nha Trang,
Dalat dan Mui Ne.
Bagi saya akan terus ke Saigon dan tidak berhenti di
mana-mana disepanjang perjalanan itu dan atas “rekemen” staff pempuan dihotel
itu saya pun belilah tiket bas yang berharga USD25 lebih selesa senang tidur
staff perempuan tu pun kata yang USD16 memang tak selesanya pas tu macam-macam
lagi yang ia cakap, so saya bayangkan macam bas kat India dulu.
Ketika saya
berbual dengan Osamu bertanyakan pilihan transportnya ke Saigon ia kata ia naik
bas yang harga USD17. Ok lah saya hanya cuma berharap ia pun akan naik satu bas
dengan saya kerana boleh berbual-bual dengannya nanti. Bermakna kami akan
bertolak pada waktu yang sama tetapi berlainan bas.
Hari ke dua kira-kira
pukul 9.30 malam bas datang depan hotel untuk ke Saigon, bila saya naik ke
dalam bas yang dipenuhi dengan pengembara mat saleh ni saya ternampak kelibat
si Osamu, saya duduk sebelahnya bertanyakan sekali lagi tentang harga bas yang
ia bayar. Ia kata USD17. Apa lagi meluap-luap pulak rasa marah saya ketika itu,
bas sudah bersiap nak jalan saya turun pergi jumpa “bitch” yang menjual tiket
bas USD25 pada saya tu, ia tahu ia salah tidak banyak cakap ia pulangkan
kembali USD8 saya, sempat juga saya hembur dan marahkan ia, tapi ia buat muka
macam muka seposen. Masa bercakap manis ajer mulutnya bersopan santun, tetapi
penipu siot.
Hue
Dari Hanoi, saya menaiki
bas kebandar Hue, sejauh 670 km. Tiba di Hue pada pukul 9 pagi dan saya
terpaksa menukar bas dan menunggu selama lima jam di Hue untuk menaikikan bas
lain yang menuju ke Hoi An, nasib baik saya dan Osamu punya tujuan yang sama.
Ketika ini juga di Hue saya dan Osamu mengambil peluang melawat beberapa tempat
menarik dengan menaiki beca di sekitar. Antara tempat yang dilawati ialah
tempat yang telah dibom oleh tentera Amerika Syarikat pada tahun 1965. Saya
juga ke Thien Mu Pagoda yang terkenal.
Dari Hue saya menyambung
perjalanan ke Saigon atau Ho Chi MinCity sejauh 1,105 km yang mengambil masa
perjalanan 32 jam. Dalam perjalanan itu, bas singgah di bandar utama seperti
Hoi An, Nra Trang dan Muine.
Perjalanan seperti berikut;
Hanoi – Hue (670 km)
selama 12 jam
Hue – Hoi An (135km)
selama 4 setengah jam
Hoi An – Nra Trang (530km)
selama 10 jam
Nra Trang – Dalat (214km)
selama 6 jam atau Nra Trang – Muine (220km) selama 4 jam
Dalat – Saigon (308km)
selama 6 jam atau Muine – Saigon (220km) selama 4 jam
Suasana negara Vietnam ini
tidak ada jauh bezanya dengan Thailand, bas tiba di Hoi An pukul 6 malam dan
sekali terpaksa tukar bas untuk ke Nha Trang. Hoi An dan Nha Trang terletak
dipinggir pantai memanglah menjadi tumpuan pelancung saya juga masih sempat
keluar melihat sekitar kawasan ketika bas berhenti disesuatu tempat dalam
jangka masa yang agak lama. Tiba di Nha Trang pada pukul 6.20 pagi setelah 36
jam perjalanan kami berhenti selama dua jam disini sementara menunggu bas lain
yang akan ke Saigon.
Perjalanan dari Nha Trang ke Saigon, bas berhenti di Muine
yang juga terletak di tepi pantai setelah menempuh perjalanan selama 5 jam.
Berhenti selama 45minit sempat lagi saya ke pesisiran pantai yang panas terik
untuk bergambar, kalau mat atau minah saleh memang suka sangat tempat macam ni.
Ho Chi Minh (Saigon)
Akhirnya saya tiba di
Saigon pada pukul 6.30 petang. Perjalanan sebenarnya tak sampai 46 jam tetapi
dek kerana asyik berhenti sana sini dari dekat dah terasa sangat jauh
pulak.Tiba di Saigon pada pukul 6.30 malam dan saya dan Osamu share bilik di
211 Hotel, USD4 seorang, kemudian saya terus meredah keluar melihat kehidupan
malam disini.
Keesokkan hari saya menukar bilik dorm yang lebih murah di 295
Hotel di jalan De Thom. Saya juga ke beberapa agency pelancungan untuk
membandingkan harga perjalanan ke Phnom Penh ada yang jual USD6, kemudian jumpa
USD5 dan jumpa yang menawarkan perjalanan dengan harga USD4.
Saigon lebih besar dan
moden daripada Hanoi dan mempunyai penduduk yang ramai. Saya sempat melawat
Notre Dame Cathedral yang dibina di antara tahun 1877 dan 1883 serta muzium War
Remnants yang mempamerkan gambar kesengsaraan rakyat Vietnam ketika serangan
Amerika. Turut dipamerkan ialah barangan peninggalan perang seperti jet
pejuang, kereta kebal, helikopter, bom dan peluru. Hati saya tersentuh apabila
membaca keterangan gambar yang dipamerkan dan hakikatnya muzium itu adalah
gambaran perasaan marah rakyat Vietnam terhadap kekejaman tentera Amerika.
Aktiviti lain sudah tentu
kebeberapa jalan yang penting dan beberapa pusat membeli belah, sekadar menjamu
mata dan membuang masa.
Hari ke 6 saya berada di
Vietnam, saya kemudian bertolak ke Phnom Penh menaiki bas kecil berharga USD4
dan ketika menunggu di depan hotel saya diberitahu oleh staff hotel itu
terdapat sebuah hotel di Phnom Penh yang hanya berharga USD2 semalam. Staff itu
juga beritahu perjalanan ke border akan mengambil masa 1 setengah jam manakala
dari border ke Phnom Penh mengambil masa 6 jam.
No comments:
Post a Comment