Monday, February 1, 2016

30 - KEMBARA SOLO 2005 - TRANS MONGOLIA TRAIN - BEIJING KE ULAAN BATOR - BAHAGIAN 12-21


Dua buah buku Lonely Planet 
saya yang sangat membantu, buku panduan 
negara China tu saya dapat free, 
seorang pengembara dari Korea bagi saya ketika 
di wilayah Xinjiang

Beijing

Melalui Lonely Planet saya dapat tahu agensi pelancungan "The Monkey Business" antara yang terbaik dalam menguruskan perjalanan masuk ke Russia.

 “This experienced company offer tours in both direction on the Trans Manchurian and Trans Mongolian with stop in Ulaan Bator, Irkutsk and or Yekateringburg, Although some clients complained of inflated price, its continues to be a popular option.” 
 
Kekecewaan ketia cuba menguruskan perjalanan dari Beijing ke Moscow

So saya ke office Monkey Business ini untuk mendapatkan info lebih tepat tentang Trans Siberia train terutama harga train tiket ke Moscow. Yang melayan saya ketika itu ialah seorang lelaki kulit putih dan harga untuk tiket train pergi dan balik Beijing-Moscow-Beijing, hotel di Moscow serta visa serta beberapa document lain hampir melebihi USD1000. Lepas tu ia suruh saya pergi Moscow naik train bila balik naik kapalterbang, apa lagi bertambah-tambah naik harga pakej tersebut.

Saya mula fikir nak ke tak nak pergi ni, kuat rasa hati saya tak nak pergi. So saya mula belanja sakan di Beijing kerana rasa maybe dah tak jadi pergi. Semasa berbual dengan seorang pengembara dibilik budget hotel di Beijing (Jinghua Hotel) ia mencadangkan agar saya ke Ulaan Baatar maybe saya boleh mendapat harga pakej yang lebih murah disana. Ohh… betoi jugak kata ia tu, memang saya takda plan langsung nak pi Ulaan Baatar Mongolia tu, so apa lagi saya ke stesen keretapi terus beli tiket train ke Ulaan Baatar.


Perjalanan dari Beijing ke Ulaan Baatar rupa-rupanya saya menaiki train yang sama yang sedang menuju ke Moscow. Ok juga, saya sebilik dengan seorang perempuan Mongolia seorang peguam. Sebuah bilik yang punyai empat katil.

Tiga laluan utama Trans Siberia

Yang warna hijau tu laluan Baikal Amur Mainline

Untuk pengetahuan semua terdapat 4 jenis keretapi utama berulang alik menuju ke Moscow:

1) Trans Mongolia yang bermula dari Beijing melalui Ulaan Baatar Mongolia hingga ke Moscow sejauh 7865km. Keretapi ini yang paling popular dikalangan pengembara dari Eropah yang hendak ke negara China. 100% milik China so pekarja dalam train semua Chinese. Train ini lah yang saya naiki menuju ke Ulaan Baatar.

2) Trans Manchurian bertolak dari Beijing melalui utara China serta melalui bandar Harbin dan ke Moscow sejauh 8989km. Perjalanan lebih jauh dari Trans Mongolia.

3) Trans Siberia yang bermula dari bandar Vladivostok di timur Russia hingga ke Moscow sejauh 9289km. Ini ada lah Trans Siberia yang sebenar. Rancangan awal saya memang hendak memulakan perjalanan dari Vladivostok, tapi bila dengar harga pakej di Beijing pun mahal langsung tak jadi.

4) Baikal-Amur Mainlane bermula dari Sovetskaya Gavan yang juga terletak ditimur Russia hingga ke Moscow.

Hapi rasanya bila train dari Beijing begerak sudah menuju ke negara Mongolia. Bagi rakyat Malaysia kita tidak memerlukan visa untuk kenegara ini. Ketika train sampai di border China-Mongolia iaitu bandar Erlian waktu malam, roda train kena tukar kerana size landasan train di China tidak sama dengan yang dibina di Mongolia dan Russia. Penumpang diberi peluang sekiranya hendak turun dari train mereka boleh tunggu di stesen atau boleh duduk aje dalam train. So saya tinggal jer dalam train dan memang nak lihat proses menukar “Bogies” dijalankan. Lama juga masa yang diambil bagi urusan cop passport di kedua-dua side border ni.  

Sempadan China-Mongolia proses penukaran roda keretapi

Hampir dua setengah jam di Erlian, keretapi kemudian begerak menuju Zamyn Udd, Mongolia. Setelah selesai urusan pemeriksaan passport dan sebagainya keretapi mula meninggalkan Zamyn Uud tepat pukul 2 pagi.

Semasa dalam perjalanan menuju ke Ulaan Baatar, saya berkenalan dengan dua orang rakyat Malaysia yang bekerja di Ulaan Baatar seronok sangat bila saya berjumpa mereka yang ketika itu kami duduk semeja di kantin gerabak. Mulanya saya tak perasan tapi bila dengar iaorang cakap melayu baru tahu iaorang Malaysia. Apa lagi dengan bangga saya cerita tentang perjalanan kembara saya sebelum tiba kesini. Dan dengan bangga juga saya kata saya nak ke Moscow walaupun pada hakikat sebenarnya masih belum confirm lagi.


No comments:

Post a Comment