HOHHOT WILAYAH INNER MONGOLIA
BEIJING
Hohhot Wilayah Inner Mongolia
Saya kemudian menaiki keretapi selama 20 jam
menuju ke Hohhot di wilayah Inner Mongolia. Di sini, saya menyambut tahun baru. Terletak
bersempadan dengan negara Mongolia dan hanya 15% sahaja bangsa Mongolia yang
masih tinggal di Inner Mongolia sebelah China ini.
Hohhot terkenal dengan lawatan
ke padang rumput di kalangan pelancong padamusim panas seperti ke Xilamuren,
Gegentala, danHuitengxile dengan bayaran yang tinggi untuk beberapahari. Selain
bersiar-siar di Hohhot, saya melawatsebuah masjid, Qingzhen Dasi atau Great
Mosque yangdibina pada zaman Dinasti Qing. Saya juga menghabiskan masa melihat
kanak-kanak bermain ski di sungai yang beku.
Beijing
Selepas itu saya meneruskan perjalanan ke
Beijing yang memakan masa perjalanan 10 jam dan 30 minit. Ini kali kedua saya
tiba di Beijing dan tidak sukar mencari hotel murah di bandar raya ini.
Saya
menginap di Hotel Jinghua dengan bayaran RM12.00 semalam. Saya sempat melawat membuang
masa ke Badaling Great Wall semata-mata nak ambil photo lagi kat tembok Besar
China tu tak nak lah ada persamaan seperti photo kali pertama datang dulu kan
tapi hasilnya lagi buruk hahaha dan sempat ke Makam Ming.
Beberapa tempat lain
yang mudah saya pergi seperti Tiananmen Square sudah wajib kan, Summer Palabe,
Temple of Heaven yang dikatakan antara bangunan lama unik yang tercantik di
China yang dibina zaman dinasti Ming dan bagi umat Islam ziarah ke masjid
Niujie Libai Si pun wajib kerana disini kita dapat melihat kehidupan
persekitaran rakyat China yang beragama Islam.
Yang penting ketika berada di Beijing kali
ini ada lah misi saya dalam menguruskan perjalanan saya menaiki Trans Siberia
train dari Beijing ke Moscow.
No comments:
Post a Comment