Friday, January 29, 2016

27 - KEMBARA SOLO 2004 - WILAYAH TIBET CHINA - BAHAGIAN 10/22

SAGA, NGAMRING SHIGETSI DAN LHASA WILAYAH TIBET

Saga Tibet (4460meter)



Kami tiba di Saga pada pukul 12.30 tengah hari. Saga terletak pada ketinggian 4,460 meter, sebuah pekan yang agak besar serta tidak sukar untuk mencari kedai makan orang Islam. Berhenti rehat dan makan sebelum meneruskan kami meneruskan perjalanan ke Lhatse dan sekali lagi kami terpaksa menjalani menempuh bukan lagi pondok tetapi bangunan besar pusat pemeriksaan. Malang bagi saya dan Kazuto apabila  kami ditahan selepas puas kami cuba menipu sedaya upaya dan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan kerana tidak mempunyai permit. Kami kemudian dibawa ke pejabat Public Security Bureau di Saga yang mengurus hal berkaitan visa dan permit. Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada pemandu lori yang membawa kami adakah ia juga kena denda, walau bagaimana pun ketiga-tiga lori yang berkonvoi itu meneruskan juga perjalanan tidak sempat saya dan Kazuto bayar tambang menumpang lori.

Di pejabat Public Security Bureau, semua pegawai tidak tahu berbahasa Inggeris dan saya terpaksa berkomunikasi melalui telefon dengan pegawai jauh di Shigetsi. Kami akhirnya didenda sebanyak RM230.00 seorang. Saya terpaksa meminjam wang dari Kazuto kerana duit saya tidak cukup untuk membayar denda. Nasib ia ada duit lebih dan saya berjanji akan membayar kembali bila tiba di Shegetsi nanti. Tidak ramai pelancong datang kebarat Tibet kerana ia memerlukan permit dan kebanyakan pengembara yang mahu kesini terpaksa mengikut pakej yang mahal di travel agensi di Lhasa mahu pun di Nepal.

Kami cuba mencari lori lain pada petang itu untuk ditumpangi sekali lagi bagi perjalanan seterusnya esok. Kebetulan tidak jauh dari tempat penginapan kami terdapat sebuah van yang akan bertolak ke Shigetsi. Kazuto yang boleh membaca sedikit tulisan Cina ternampak papan tanda dibelakang sebuah van bertulis`Saga ke Shigetsi’. Kami mencari tuan punya van dan alhamdulillah kerana masih ada tempat untuk saya dan Kazuto menaiki van ini terus ke Shigetsi dengan bayaran tambang RM92.00 seorang. Saya rasa semua tambang ni memang kena ketuk almaklumlah kita ni orang luar. Walaubagaimana pun saya dan Kazuto terpaksa bermalam di Saga kerana van hanya akan bertolak pada keesokan harinya.

Kami bertolak dari Saga awal lebih kurang pukul 9 pagi. Menaiki van kali ini memang buat saya geram sudah lah duduk di bahagian belakang yang amat sempit seorang penumpang yang duduk dihadapan saya sengaja meluaskan kerusi tempat duduknya. Aduhhhh memang bengang bag serta back pack dibelakang van semakin lama semakin menghimpit kami berdua dibelakang. Bila saya tegur penumpang yang duduk depan saya ni ia marah dan bila geram sangat taik hidung saya yang banyak berketul kering saya korek dan calitkan kat belakang jekat budak tu. Padan muka hehehe.

Menaiki van lebih laju dan cepat sekiranya kami masih menaiki lori kami memang kena bermalam di Lhatse tetapi dengan menaiki van ia terus direct hingga ke Shigetsi.


Ngamring Tibet

Kami singgah di Ngamring iaitu sebuah pekan yang terletak di pinggir tasik yang cantik untuk makan tengah hari. Biasalah saya merayau-rayau sekitar pekan ini dan ternampak senuah biara atau monastery di atas sebuah bukit. Hampir dua jam sisini kami meneruskan perjalanan ke Lhatse dan akhirnya kami tiba di Shigetsi pada pukul 8 malam. Happy sangat rasa dalam hati dan memang tidak sabar untuk saya tiba disini buat kali kedua.


Shigetsi Tibet (3900meter)



Selepas check in di sebuah hotel yang agak moden dan bersih, saya terus mandi sepuas-puasnya setelah lapan hari tidak dapat mandi. Shigetsi terletak pada ketinggian 3,900 meter dan merupakan bandar kedua besar selepas Lhasa. Di sini terdapat sebuah biara terkenal Thasilumpu atau Zhashilunbu Si yang dibina pada tahun 1447. Pada satu ketika dulu monastery ini pernah didiami seramai 4000 orang sami tetapi sekarang hanya tinggal 600 orang sahaja. Saya berpeluang mendaki sebuah bukit dibelakang monastery ini untuk melihat pemandangan bandar ini. 

Saya dan Katzuto tinggal hanya beberapa hari sahaja disini sebelum masing-masing membawa haluan iaitu saya akan ke Lhasa dan Kazuto akan ke Nepal.  Memang sedih bila berpisah dengan sesiapa sahaja rakan kembara yang hanya beberapa hari bersama. Sebelum Kazuto berangkat sehari sebelum saya bertolak ke Lhasa ia memberi dua rantai leher serta dua bentuk cincin sepasang untuk lelaki dan perempuan yang dibelinya ketika ia berada di Afghanistan. Mulanya ia nak hadiahkan pada girlfriend ia di Jepun tapi ia baru dapat tahu yang girlfriend ia sudah minta putus hubungan. Sebab geram ia beri kat semua pada saya. Saya suka cincin yang diberi, tetapi salah satu cincin hilang ketika saya berada didalam Trans Siberia train yang menuju ke Moscow.

Sepanjang berada di barat Tibet, saya menghadapi masalah kuku tangan yang sakit, merekah dan berdarah, bermulai ibujari kiri, kemudian ke ibu jari kanan, sebelum merebak ke jari telunjuk. Namun kesakitan itu semakin sembuh apabila saya tiba di Shigetsi. Saya menaiki bas pada pukul 5 pagi dari Shegetsi menuju Lhasa iaitu ibu negeri wilayah Tibet. Perjalanan melalui pinggir sungai yang agak dalam di tebing gunung yang berbatu-batu, serta menempuh beberapa kawasan perkampungan yang menarik. 


Lhasa Tibet (3650meter)



Saya tiba di Lhasa pada pukul 3 petang, dan Lhasa bermaksud `The Land of Gods’, mempunyai sejarah lebih 1,300 tahun. Terletak pada ketinggian 3,650 meter,Lhasa semakin membangun dan moden dengan kewujudan dua buah pusat beli-belah yang besar dan moden, ratusan kedai pakaian, kedai barangan elektrik dan kedai makan yang bersih. Di tengah bandar ini terdapat Patola Palace yang menjadi mercu tanda Tibet. Tempoh pembinaannya memakan masa 50 tahun pada zaman Dalai Lama yang ke-5 pada tahun 1645. Bangunan ini mempunyai 13 tingkat dan beribu-ribu bilik serta patung Buddha. Jokhang Monastery pula terletak tidak jauh dari Patola Palace dan keunikannya Jokhang ialah bumbungnya yang dikatakan diperbuat daripada emas dan berusia 1,300 tahun.  Jokhang terletak di Barkhor satu kawasan tempat orang Tibet melakukan tawaf mengelilingi monastery ini. Dikawasan ini jugalan terdapat ribuan kedai menjual aneka barangan menarik seperti prayer flags, kasut unit, prayer wheel dan tangkas yang boleh kita beli dan buat kenang-kenangan. 

Tempat menarik lain ialah Nurbu Lingka yang terletak tiga km ke barat Patola Palace. Lain-lain tempat yang dilawati ialah Sera Monastery dan Drepung Monastery yang terletak di luar bandar Lhasa. Sepatutnya saya menemui Ajumah di Lhasa ini (rakan kembara dari Korea yang saya kenal di Kashgar Xinjing sebelum ini) tetapi beliau tidak muncul seperti ditempat yang dijanjikan malah tiada sebarang nota atau surat darinya pada saya.

Tidak ada aktiviti menarik yang saya buat disini hanya berulang alik sekitar pusat bandar dan menjenguk masjid di sini yang masih sama rupanya seperti yang saya tengok kali pertama dulu. Maksudnya persekitaran luar kehidupan disitu.

Saya meninggalkan Lhasa menuju bandar Golmud di wilayah Qinghai menaiki `sleeper bus’ melalui Qinghai-Tibet Highway. Seat tidur saya nun paling belakang dan masih berhimpit dengan orang tua Tibet. Sepatutnya ruang tu hanya 5 orang sahaja yang selesa baring tetapi disumbatnya sampai  7 orang termasuk seorang budak kecil. Bergaduk dan bertolak-tolak siku juga saya dengan orang tua sebelah saya tu. Perjalanan melalui lebuh raya di dataran tinggi Tibet termasuk menempuh Tanggula Pass yang merupakan kawasan paling tinggi, 5,180 meter dari paras laut. Saya juga dapat melihat kerja-kerja pembinaan landasan kereta api yang akan menghubungkan bandar Golmud dan Lhasa.


No comments:

Post a Comment