Masih lagi di Peshawar dan
saya mengambil keputusan untuk membeli tiket ke Lahore menaiki keretapi sebalah
malam nanti. Sekali lagi saya sempat kesekitar Peshawar. Berkenalan dengan
seorang pemuda bernama Maazjan dan rakan-rakan nya di restoran makan
sempat saya bertanya kenapa susah nampak kaum wanita. Ia kata 70% penduduk di
Pakistan berbangsa Pattan, kalau kita ternampak seorang dua wanita yang tidak
bertudung tu bukan dari bangsa Pattan. Enjoy sangat berbual dengan mereka dari
soal kehidupan pekerjaan sehingga kepada cerita malam pertama pengantin.
Kebetulan salah seorang kawannya baru saja mendirikan rumah tangga. Saya juga
ke internet café menghantar berita pada kawan di Spore dan adik di Malaysia.
Kira-kira pukul 10.20 malam saya bertolak menuju ke Lahore
menaiki keretapi 1st Class
Sleeper agak murah tambangnya, selama 10 jam perjalanan.
Hari Ke Sembilan
Tiba di Lahore pukul 9
pagi, saya terus ke YMCA tapi takda bilik pulak so saya kembali ke sekitar
kawasan stesen keretapi untuk mencari hotel dan jumpa juga iaitu Metro Hotel
hanya Rs255 (lebihkurang Rm40) semalam. Saya keluar ke Anarkali Bazzar, sebuah
bazzar yang besar dan sibuk saya meredah setiap pelusuk jalan dan lorong
disini. Saya juga mengambil kesempatan disini untuk re-confirmkan tiket
penerbangan pulang ke Singapore nanti. Sempat juga makan di Mc Donal disini
tapi agak mahal harganya sekitar Rm18, kalu di Malaysia sekitar RM10 sahaja. Di
Lahore pergaulan agak bebas merata-rata anak dara keluar berjalan bersiar tanpa
bertutup litup pun.
Saya juga mengikut half
day tour sekitar Lahore berharga Rs300 dan sempat kebeberapa tempat menarik
disini. Shalimar Garden 5 km dari Old city dibina oleh Shah Jahan 1642 AD
seluar 42 hektar. Shah Jahan juga yang membina Taj Mahal di Agra India. Saya
juga dibawa ke Delhi Gate dan ke Wazir Khan’s Mosque yang yang indah dibina
pada 1683 AD dibina oleh Hakim Ilmuddin iaitu menteri Shah Jahan. Di bawa juga
ke Golden Mosque yang dibina pada 1753 AD oleh Nawab Syed Bhikari Khan.
Kemudian tour guide nak bawa saya ke kilang karpet tapi saya tak nak.
Selesai half day tour saya ke Anarkali Bazar sekali lagi berjumpa Imran
Suleman yang saya kenal awal pagi tadi kerana menolong tunjuk arah pada saya
dan sempat ia berikan name card ia pada saya mengajak saya datang ke kedainya.
Berbual lama dikedai ia sehingga kedai ditutup.
Hari Ke Sepuluh
Masih di Lahore, awal pagi
lagi saya ke Badshahi Mosque yang terletak berhadapan dengan Alamgiri Gate atau
Lahore Fort. Kedua-dua tempat ini amat menarik dan terkenal dikalangan
pelancung. Badshahi Mosque dibina selama 2 tahun sekitar 1674 Ad terdapat
sebuah muzium di sini menariknya terdapat sehelai rambut Nabi Muhammad saw yang
dipamerkan disini. Tidak dibenar mengambil gambarnya tapi saya sempat merakam
melalui video kamera saya. Dipamerkan juga slipper, seluar dalam dan kesan
tapak kaki Rasulullah serta pelbagai barangan lain seperti selendang Fatimah
dan karpet tempat sembahyang Fatimah, turban bulat Hazrat Ali dan kain penutup
kaabah.
Kemudian saya ke Lahore
Fort yang luas yang juga dibina oleh Shah Jahan melihat sekitar kawasan
bergambar sekitar kawasan ini. Kira-kira pukul 5 petang saya menaiki bas
bertolak ke Islamabad selama 5 jam perjalanan.Sampai di Islamabad pukul 10
malam saya menyewa hotel Al Hujurat semalam Rs300, tapi ia charge saya Rs500
kerana esok saya akan check-out lewat petang.
Hari ke Sebelas
Terjaga pukul 7.22 pagi
saya keluar melawat sebuah masjid yang sudah menjadi mercu tanda bagi Islamabad
iaitu Masjid Shah Faizal dikatakan sebuah masjid yang terbesar di Asia dan
dibiayai oleh Raja Arab. Saya menghabiskan masa di sekitar Islamabad dan sempat
lagi ke Rawalpindi dan kembali semula ke Islamabad merayau-rayau dihadapan kediaman
Presiden Pakistan.
Kira-kira pukul 5.30
petang saya kembali ke hotel ambil barang dan bergerak ke airport. Seperti yang
dijanjikan pukul 7.50 mlm teksi yang saya tempeh semalam datang bawa saya ke
airport. Lepak sekitar airport dan kira-kira pukul 11 malam kapalterbang
terbang menuju ke Lahore selama 45minit. Berhenti hampir 1 jam di Lahore,
sebelum terbang selama 1 setengah jam ke Karachi dan tiba pukul 3 pagi. Di
Karachi saya terpaksa lepak di airport sementara menunggu penerbangan esok ke
Thailand dan ke Singapore. Sempat juga keluar dari kawasan airport
melihat-lihat sekitar. Saya tsayat tertidur tsayat terlepas penerbangan nanti.
Pukul 9 pagi kapal terbang
meninggalkan International Airport Karchi menuju ke Thailand selama 5 jam. Stop
di Thailand hampir sejam sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Singapore yang
hanya memakan masa hanya 2 jam dan tiba di Changi Airport pukul 8 malam.
No comments:
Post a Comment