DUA HARI DUA MALAM SELAMA TEPAT 48 JAM PERJALANAN DARI KARCHILIK ATAU YECHENG DI WILAYAH XINJIANG KE PEKAN KECIL SHIQUANHE DI ALI (NGARI) YANG TERLETAK DIWILAYAH TIBET, MELALUI TIBET-XINJIANG HIGHWAY.
Saya akhirnya tiba di Shiquanhe, Ali juga tepat pukul 7.30 petang setelah berhempas pulas bergelut dengan “acute mountain sickness” selama 48 jam perjalanan.
Xinjiang ke Tibet (Xinjiang-Tibet Highway).
Mengikut pelan asal, Tibet bukan destinasi saya seterusnya selepas Xinjiang kerana saya pernah masuk Tibet melalui Nepal dulu dan saya tidak bercadang sebenarnya untuk ke Hotan tetapi keinginan untuk masuk ke barat Tibet ke Ali melalui wilayah Xinjiang yang begitu kuat telah mendorong saya ke bandar Hotan, semua ini kerana galakan dari Ajumah wanita korea yang yang kenali ketika di Kashgar. Di bandar ini, saya berpisah dengan Masako (perempuan Jepun) dan Ajumah (wanita Korea) yang membawa haluan masing-masing ke tempat lain setelah hampir seminggu bersama jelajah sekitar Kashgar dan Hotan.
“There are many dangers because of the bad road and the cold, plus the road from Karghilik in Xinjiang to Ali in Tibet is illegal for foreigners”.
Saya bertolak ke bandar Karghilik atau Yecheng menaiki mini bas selama 6jam dari Hotan dan mengikut perancangan awal saya akan menumpang lori selama lima atau enam hari untuk sampai ke bandar Shiquanhe di Ali yang terletak di Tibet.
Sebaik tiba di Karghilik saya cheak in hotel dan tinggal kan beg di bilik dan terus keluar mencari tempat untuk memohon permit ke Shiquanhe. Walau pun sukar untuk komunikasi tapi saya akhirnya jumpa kaunter tersebut. Ketika berada dikaunter tersebut saya ditegur oleh seorang lelaki melalui “sign language” dan saya hanya mengagak ia seorang pemandu lori dan ia beritahu saya tidak perlu permit da pada petang hari yang sama terdapat sebuah lori yang akan ke Shiquanhe.
Saya amat gembira dan kembali semula ke hotel tanpa sempat bermalam disitu untuk mengambil semula backpack saya dan terus ke tempat yang disebutkan lelaki itu. Agak jauh juga tempat ini dari pusat bandar ketika tiba saya ternampak sebuah bas, akhirnya baru lah saya faham yang dimaksudkan lori (sangkaan saya) oleh lelaki tadi ialah perkhidmatan sleeper bas yang “cabuk” ke Shiquanhe. Bas ini hanya melakukan perkhidmatan sekali dalam masa sepuluh hari maknanya jika saya terlewat sehari bermakna saya kena tunggu lagi sepuluh hari untuk menaiki bas ini. Atau teruskan saja niat menumpang lori. Saya memang tidak tahu tentang adanya perkhidmatan bas ke Shiquanhe, Ali Tibet ini.
Saya ada mendengar ada pengembara yang terpaksa menunggu lori untuk di tumpangi selama berhari-hari di bandar ini da nada yang terpaksa membatal kan niat mereka. Berdekatan dengan bas ini terdapat sebuah papan tanda bertulis;
“Foreigner shall not allowed to travel from here to Ali without permission”
Yang hanya saya tahu pelancung hanya boleh masuk ke wilayah Tibet hanya melalui Nepal dan Golmud wilayah Qinghai. Sebenarnya perkhidmatan bas ini hanya untuk penduduk tempatan sahaja, pelancung tidak dibenarkan menaiki bas ini tetapi saya mahu mencuba dan saya dengar ada yang berjaya. Saya ambil risiko dan tahu sekiranya ditahan diperjalanan nanti dan disuruh kembali semula ke Karghilik saya akan turuti. Didalam Lonely Planet tertulis mengenai perjalanan ini;
“To Tibet; The 1100km long road to Aliin western Tibet, branches off from the main Kashgar-Hotan road 6km east of Karghilik. There are no buses along this road so you’ll have to hitch a ride with a truck. This is a very tough road with several passes over 5400m and severeal foreigners have died, either from exposure or in traffic accidents. You should come equipped with warm clothes and enough food for a week ( though the trip to Ali can take as little as three days). In addition, the route is officially off limits to foreigners and there are numerous check point en route (though surprising numbers of travelers have been making it through in recent years)
Tepat pukul 7.30 petang bas mula begerak. Setelah tiga jam perjalanan bas mula mendaki dan melalui lereng gunung yang amat curam tanpa pengadang. Dengan bantuan cahaya bulan saya boleh nampak beberapa kenderaan lain yang sedang begerak pelahan mendaki jauh dikaki gunung. Melalui bacaan jam altimeter saya dapat melihat perubahan mendadak kedudukan bas bermula dari 2000m naik hingga ke paras 4300m.
Pada pukul 1.30 pagi bas berhenti disatu pondok pemeriksaan hati saya mula rasa bimbang dan gelisah tetapi setelah diperiksa passport saya dibenarkan meneruskan perjalanan Didalam bas ketika itu hanya ada 3 pemandu bas, 4 penumpang rakyaat China serta saya satu-satunya orang asing. Setelah pemeriksaan 2 dari penumpang rakyaat China tidak dibenarkan meneruskan perjalanan dan saya tidak tahu sebabnya.
Perjalanaan diteruskan melalui dataran tinggi melebihi 4300m dan tidak pernah turun dari paras tersebut disepanjang perjalanan, naik lagi adalah hingga ke paras lebih 5000m. Saya mula rasa pening, tidak selesa dan sukar untuk tidur. Bas tidak punya pemanas dan suasana begitu sejuk, ini diburukkan lagi dengan asap bas yang sentiasa memenuhi ruang dalam. Keadaan saya semakin teruk, tidak ada langsung selera makan saya cuba untuk makan sikit tapi akhirnya muntah. Begitulah keadaan saya sepanjang perjalanan. Walaupun bas melalui jalan yang teruk tapi saya boleh melihat pemandangan yang menarik diluar tingkap.
Bas selalu rosak pada malam ke dua bas rosak hampir 3 jam pada ketinggian 5075m, dalam keadaan lemah saya dan di kegelapan malam saya dapat perhatikan pemandu bas cuba mencairkan salji kerana bas kekeringan air. Suhu diluar sangat sejuk saya dapat melihat permukaan tingkap kaca bas diseliputi ais dan air mineral saya juga separuh beku. Ketika bas dibaiki saya mengambil keputusan untuk keluar dari bas untuk buang air dan saya rasa seperti mimpi dan berjalan terhoyong hayang.
Sepanjang perjalanan saya banyak dibantu oleh seorang penumpang cina yang beragama Islam. Kadang-kadang ditanya saya sudah makan ke belum dan jika bas berhenti di satu-satu tempat sekiranya saya tidak keluar ia akan mencari saya bertanya apa yang saya perlukan.
Pernah sekali diwaktu malam yang gelap ketika bas berhenti di satu tempat makan saya “berak” ditepi rumah kecil empat segi tu. Ketika sedang meneran dan melihat sekeliling pemandangan yang saujana mata memandang diterangan cahaya bulan tiba-tiba lelaki itu menegus saya suruh pergi makan.
No comments:
Post a Comment