Dari Besham saya menaiki van yang kecil seramai 19 orang berhimpit menuju ke Mingora sebuah bandar yang agak sibuk saya dan tiba sekitar pukul 11 pagi. Saya menginap di Hotel Zeeshan dengan harga Rs 250 berdekatan dengan bas station dan dan terus mencari salji. Sebelum ini ada penduduk penumpang bas yang dalam perjalanan dari Gilgit ke Besham memberitahu sekarang di Malam Jabba terdapat salji. Dan saya memang exited mencari salji.
Kira-kira pukul 12 tengah hari saya ke Malam Jabba yang terletak nun di puncak gunung menaiki pick up truck selama 2 jam perjalanan sejauh 45km. Malam Jabba merupakan pusat peranginan musim sejuk. Ramai pelancung datang sini dan merupakan tempat bermain ski yang terkenal. Hari rasa seronok kerana dapat melihat dan bermain salji di kawasan ini dengan ditemani beberapa kanak-kanak yang meminta upah menunjuk jalan.
Hingga lewat petang saya enjoy disini hingga lupa bahawa selepas pukul 6 petang tiada lagi kenderaan awam yang turun menuju Mingora. Tapi saya tak mengalabah akhirnya saya menumpang lori penjual gandum yang kebetulan sedang menuju ke Mingora. Alhamdulillah bayaran Rs40 pada nya walaupun pada mulanya ia menolak. Malam di Mingora saya sempat ke sekitar bandar dan menikmati makan malam di tepi jalan yang nampak unik bagi saya. Dan malam mula terasa kulit muka pedih mengelupas akibat cahaya matahari di Malam Jabba saya tidak langsung mengunakan pelindung matahari ketika disana.
Hari Ke Lima
Awal pagi sempat juga saya berjalan sekitar Mingora sebelum bertolak ke Kalam pukul 9.30 pagi selama3 jam perjalanan. Kalam terletak diketinggian 2070m tempat yang amat menarik dan indah. Walaupun ketika saya tiba agak panas tapi kawasan sekitar diseliput saji memutih yang indah. Setelah check in hotel, saya bertanya pada penduduk setempat tempat menarik disini. Dan mereka menyarankan saya agar ke Matiltan dan Ushu sejauh 12km utara Kalam.
Saya menyewa teksi ke sini. Ya memang benar amat cantik dikelilingi gunung yang memutih pemandangan kampong yang indah. Ketika saya berjalan-jalan sekitar seorang penduduk kampong mempelawa saya datang kerumahnya yang begitu simple untuk minum tea, bukan ia seorang saya ada beberapa yang lain ramah bertegur bila bertemu. Ketika berada di rumah penduduk itu kami sempat berbual-bual dan ketika itu rumah mula didatangi ramai kanak-kanak. Ingin sayan bagitahu lagi disini langsung tidak nampak kelibat kaum wanita. Mereka akan menyorok bila nampak lelaki, terutama lelaki asing seperti saya. Sempat saya menghabiskan masa hingga lewat petang dan kembali semula ke Kalam ketika hari dah gelap. Malam saya ambil kesempatan melihat-lihat pekan kecil ini dan berbual-bual dengan penduduk tempatan.
Hari Ke Enam
Sejuk diawal pagi, saya mula berjalan sekitar Kalam dan berjumpa seorang pemuda yang bernama Rahman, ia menawarkan diri menemani dan menunjuk jalan di sini. Walau pun niatnya baik dalam hati saya tentu nak kan upah kan. Saya setuju bila ia berjanji untuk membawa saya trekking sekitar gunung disini. Becak air ditepi jalan keras membeku dingin memang terasa.
Kami mula mendaki kekawasan tinggi dan sempat juga berehat disebuah rumah penduduk disini. Kami naik ke kawasan tinggi mendatar, cuaca memang panas terik tapi saya enjoy bermain dan tengelam dalam salji separas pinggang. Sekali lagi saya dijemput masuk kerumah salah seorang penduduk disini dihidangkan tea dan sempat bergambar dengan senjata api nya. Hampir setiap rumah disini ada menyimpan senjata api seperti mesin gun.
Trekking hingga kepetang puas rasanya. Disebelah malam saya bertemu Rahman dan rakan-rakan nya berbual-bual hingga lewat malam.
Hari Ke Tujuh
Saya meninggalkan Kalam menuju ke Mingora selama 3 jam tuar van dan meneruskan perjalanan ke Peshawar selama 3 setengah jam). Di Peshawar saya tinggal di Tourist Inn Hotel di Saddar Rd di kawasan New Peshawar. Sebenarnya Peshawar terbahagi kepada dua, new town dan old town. Dormitery yang saya tingga hanya berharga Rs100 (RM3.80) semalam sahaja. Terletak tidak jauh dari stesen keretapi. Saya tak pasti nak kemana sekitar Peshawar ini ada tempat menarik seperti kesempadan Afghanistan, tsayat pulak nak pergi walaupun ia merupakan tarikan pelancung ketika datang kesini. Apa pun saya hanya berjalan sekitar Peshawar yang riuh sibuk dan berbual serta membeli cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia. Teringin nak beli carpet yang dikatakan murah disini tapi tak jumpa yang mahal banyak lah.
No comments:
Post a Comment