Selama 120 hari melalui jalan darat |
Thailand-China-Mongolia-Russia-kembali ke Mongolia-China-Vietnam-Cambodia-Thailand |
DESTINASI pertama saya ialah Hatyai, Thailand
dan saya hanya menghabiskan masa setengah jam sahaja di bandar itu sebelum saya
menaiki van menuju ke Bangkok.Tambang yang dikenakan ialah RM50.00.
Perjalanan memakan masa 12 jam dan di Bangkok, saya menginap dirumah tumpangan
di Jalan Khao San. Sewa rumah tumpangan itu murah manakala perkhidmatan
agensi pelancongan pula menawarkan pelbagai kemudahan seperti menjual tiket bas,
keretapi, dan tiket kapal terbang harga murah. Malam di Khao San meriah dengan
lampu neon.
Di Chiang Mai terbang ke Kunming China |
Oleh kerana saya telah beberapa kali datang ke Bangkok maka saya banyak menghabiskan masa mencari dan membandingkan harga tiket kapal terbang paling murah ke Kunming, China.
Mengikut pelan asal, dari Bangkok saya akan ke Kemboja, Vietnam dan masuk ke China melalui jalan darat dan jika boleh, saya tidak mahu menaiki kapalterbang. Namun pelan itu terpaksa diubah kerana saya mahu tiba di Jiuzhaigau, Sichuan, China sebelum musim sejuk. Saya mahu menyaksikan panorama indah musim sejuk diJiuzhaigau. Untuk itu, saya perlu menaiki kapal terbang dari bandar Chiang Mai di utara Thailand.
Jadi saya meninggalkan Bangkok pada 6 November dengan menaiki bas dengan perjalanan mengambil masa 10 jam.Ini adalah kali keempat saya tiba di Chiang Mai.Saya lihat tidak banyak yang berubah dan selepas tiga hari di bandar itu, saya terbang ke Kunming, China.
No comments:
Post a Comment