Friday, January 22, 2016

20 - KEMBARA SOLO 2004 - WILAYAH SICHUAN DAN GANSU - CHINA - BAHAGIAN KE 3-22

SONGPAN WILAYAH SICHUAN

Trekking menunggang kuda di Songpan.


Keesokan harinya saya bertolak ke Songpan yang terletak kira-kira 114 km keselatan Jiuzhaigau. Perjalanan mengambil masa tiga jam dan bandar yang dikelilingi kawasan gunung itu dihuni oleh ramai penduduk beragama Islam. 

Songpan terkenal dengan aktiviti menunggang kuda dan saya memilih untuk bermalam selama beberapa hari di`horse treks’. Setelah check-in “Lin Ye Hotel” sebuah hotel yang lengkap ada tv dua katil mempunyai bilik air tetapi tanpa air panas, kalau nak mandi air panas pi ke public bath house, ya saya terpaksa juga ke tempat mandi awam ini.

Hotel ini terletak disebatang sungai yang deras airnya saya kemudian keluar mencari maklumat tentang aktiviti trekking berkuda ke kawasan pergunungan dan berkenalan dengan Andy pemuda dari Norway yang beriya-iya mengajak saya menyertai ia trekking pada esok hari, tetapi saya ketika itu tidak pasti kerana esok saya hendak bandingkan lagi harga pekaj dilain agensi di sini. Andy akan trekking pada esok hari. Saya kemudian banyak menghabiskan waktu petang disekitar berhampiran hotel.


Hari kedua di bandar Songpan setelah sarapan pagi saya mula keluar lagi mencari agensi yang membuat trip horse trekking ke kawasan gunung. Tidak susah mencari (malas pun ada ketika itu) saya terus bersetuju mengikut pakej dari sebuah agensi pelancungan yang akan bertolak mendaki pada keesokan harinya.

Di situ, saya memilih pakej menunggang kuda empat hari tiga malam menjelajah kawasan pergunungan sehingga Ice Mountain Base Camp di agensi pelancungan “Shun Jiang Horse Treks”. Yurannya ialah RM147.00 (Y320) dan pakej itu meliputi seorang pemandu jalan yang boleh memasak, seekor kuda, makan pagi, tengah hari, dan malam, khemah, selimut, dan baju panas. Makanan yangdisediakan semuanya vegetarian dan kebetulan pula, pemandu jalan saya beragama Islam. Hari ke dua di sini saya menghabiskan seluruh masa masuk ke pelusuk kampong serta rumah disini Songpan dan mengambil photo tentang kehidupan masyarakat disini.

Hari Pertama Trekking Di Songpan

Awal pagi saya sudah mengalas backpack saya menuju pejabat agensi pelancungan yang terletak dipinggir jalan masuk utama disini. Back pack saya tinggalkan dipejabat ini. Trekking kali ini saya disertai dengan dua budak lelaki dari Korea iaitu Lee dan Jung, bermakna termasuk guide kami semua adalah seramai 6 orang. Tidak lama saya menunggu kami diberi seekor kuda setiap seorang. Ya Allah kuda besar, ini kali pertama saya akan menunggang kuda size besar, ketika di Srinagar Kashmir kuda yang saya tunggang kecil (pony). Mulanya saya risau almaklumlah experience menunggang boleh dikatakan zero jugak lah. Memang gelabah tak tahu sama ada boleh kendali atau tidak. Setelah diberi sikit penerangan saya mula memanjat ke belakang kuda tu, kami memulakan perjalanan kira-kira pukul 9 pagi.

Hampir dua jam pertama kami melalui tepi jalan raya. Ada sekali kuda saya buat hal kerana terkejut bila berselisih dengan sebuah kenderaan, apa lagi ia berlari masuk kawasan perumahan. Saya ketika itu masih tak pandai nak mengawal, so saya ikut aje kemana kuda tu nak lari meninggalkan kumpulan kami. Habis ia redah anak sungai. Alhamdulillah saya akhirnya dapat mengawal kuda tersebut. Orang kata kuda akan mengelabah dan kuda tahu kiranya hati kita  ketika itu dalam keadaan mengelabah. Maknanya kalau kita baik dengan kuda tu, ia pun akan baik dengan kita so ia tak akan buat perangai. Pengalaman dibawa lari dalam keadaan laju oleh kuda tu memang saya tidak dapat lupa.

Hampir 5 jam kami menunggang pelahan-lahan dan sesekali berhenti rehat, perjalanan dibawah matahari yang terik dan mendaki lereng-lereng bukit menuju kekawasan yang lebih tinggi. Pemandangan begitu cantik dan kami tiba dikawasan perkhemahan untuk malam pertama kira-kira pukul 2 petang yang terletak diketinggian 3500 meter. Saya mula berasa lemah dan sakit diseluruh badan dan kepala mula pening. Diketinggian ini oksigen semakin kurang dan akan menyebabkan serangan acute mountain sickness atau AMS. Saya cuba merehatkan diri setelah menelan panadol sementara menunggu khemah didirikan serta makanan disediakan.

Suasana semakin gelap dan suhu kawasan gunung semakin turun, sejuk mula mencengkam. Langit diwaktu malam begitu indah diterangi dengan ribuan bintang. Saya lebih buat hal sendiri kerana dua budak Korea yang bersama saya ketika itu amat tidak mesra alam. Iaorang berbual sesame sendiri ajer. Suhu mencecah -5 darjah celcius, mineral water sikit beku dan saya rasa cukup tidak selesa dan sekiranya esok sakit kepala saya masih berterusan saya tidak akan meneruskan perjalanan dan akan kembali semula ke Songpan. Saya masuk awal untuk tidur dan tidak tahu bila masanya Lee dan Jung dua budak Korea itu masuk ke khemah.

Hari Ke Dua Trekking Di Songpan

Alhamdulillah keadaan saya semakin baik bermakna saya boleh meneruskan pendakian kekawasan lebih tinggi. Setelah bersarapan pagi kami semua mula begerak, melalui kawasan belukar, air terjun dan dilereng gunung yang tinggi. Dari kawasan tinggi jelas dapat dilihat aliran sungai yang kecil dibawah. Sesekali merang ada rasa gerunnya juga. Terbayang juga kiranya kuda yang ditunggang tergelincir ke bawah. Ada beberapa kali kuda yang saya tunggangi terpaksa memanjat kawasan tinggi yang kecuramannya hampir 120 darjah. Bayangkan bagaimana kuda itu boleh memanjat, saya hanya berani dan confident mengawal kuda memanjat setelah melihat yang lain selamat melakukannya. Keadaan kuda memanjat macam kita tengok kambing yang memanjat lereng gunung, kejap kiri kejap alih kekanan kembali kekiri sehinggalah sampai keatas.

Kami tiba dikawasan perkhemahan untuk malam ke dua dan ke tiga. Betul-betul didalam kawasan hutan dilereng gunung diketinggian 3700 meter (saya check melalui jam altimeter saya). Sementara menunggu hari gelap saya merayau-rayau sekitar kawasan dan melihat pemandangan sekitar. Dan pada keesokan hari saya bersama dua budak Korea itu akan dibawa hingga ke Ice Mountain Base Camp dan akan kembali semula ke kawasan perkhemahan untuk malam ke tiga.

Kira-kira pukul 3.30 petang sekumpulan pengembara yang telah tiba lebih awal di sini kembali semula dari Ice Mountain Base camp. Saya bertemu semula dengan Andy dari Norway yang saya kenal ketika di Songpan. Andy pernah tinggal lama di Singapore. Bersama Andy ialah rakan kembara yang lain iaitu Konica. Konica beritahu saya boyfriend ia semalam terpaksa patah semula ke Songpan kerana tidak tahan dengan serangan acute mountain sickness AMS. Tidak lama selepas itu turun dari Ice Mountain Base Camp ialah sepasang suami isteri dari German Victor dan Bridget. Malam dikhmah sempat saya bermain games dengan Andy dan Konica. Yang pasti lepas makan saya terus masuk tidur, sukar nak tidur kerana hidung saya tersumbat sukar bernafas terpaksa bernafas melalui mulut tapi akhirnya terlelap juga, yang lain terus berbual dihadapan unggun api yang menyala.

Hari Ke Tiga Trekking Di Songpan

Bangun pagi selepas bersarapan pagi bersama dan setelah kami bergambar bersama, Andy, Konica, Victor dan Bridget begerak kembali turun ke Songpan. Mana kala saya, Lee dan Jung akan dibawa menunggang kuda ke Ice Mountain Base Camp. Sekali lagi kami melalui jalan dan cerun yang curam. Dan ketika hampir tiba di Ice Mountain Base Camp kami ditinggalkan disatu tempat. Guide yang menemani kami akan turun semula ke kawasan perkhemahan manakala saya, Lee dan Jung akan terus berjalan hingga ke Ice Mountain Base Camp. Kami juga akan kembali ke kawasan perkhemahan sendirian, so pandai-pandai lah berapa lama nak kami habiskan masa disini. Yang pasti kami bertiga berpecah dan masing-masing buat hal sendiri dan masing-masing akan turun ke kawasan perkhemahan sendirian.

Saya tiba di Ice Mountain Base Camp yang terletak di ketinggian 4300 meter dan cukup puas melihat puncak Ice Mountain setinggi 5700 meter didepan mata. Hampir sejam saya disekitar kawasan base camp saya setelah penat berposing saya mula begerak turun kembali ke kawasan perkhemahan. Sebelum beredar saya nampak Lee dan Jung berjalan jauh kecil kearah kaki gunung. Saya tinggalkan mereka berdua.

Saya tiba dikawasan perkhemah sekitar pukul 3 petang, rest dan masih merayau sekitar kawasan khemah. Kira-kira pukul 5 petang Lee kembali ke khemah sendirian dalam keadaan termengah-mengah dan dahaga kerana ia tidak bawa air ketika ke Ice Mountain Base Camp. Ia juga tidak tahu kemana kawannya Jung pergi kerana mereka juga berpisah. Saya risau kerana hari semakin gelap, kawasan pergunungan dan dalam hutan suasana gelap menjadi lebih cepat. Kemudian kedua-dua guide serta seorang tukang masak keluar mencari Jung.

Alhamdulillah pukul 7 malam barulah Jung muncul di khemah. Sebenarnya saya amat risau tentang rakan Korea itu apabila mengenangkan kembali keadaan jalan turun dari bace camp yang bahaya, ada jalan yang curam berpasir jika tidak berhati-hati kita mudah tergelincir jatuh ke bawah. Malam macam biasa saya masuk tidur lebih dulu daripada dua Korean tu, badan terasa amat letih.

*Banyak photo saya kat kamera dua budak Korea ni, photo saya dengan Andy, Konica, Victor dan Bridget pun ada suruh ia emaik kat saya samapi sudah iaorang tak emailkan huhuhu.

Hari Ke Empat Trekking Di Songpan

Seawal 6 pagi saya sudah bangun, tidak sabar nak balik semula ke Songpan. Pada pukul 9 pagi selepas sarapan kami mula begerak turun. Bila kami menempuh laluan yang curam untuk turun, kami akan turun dari kuda kerana bimbang takut kuda tergelincir jatuh tapi kalau laluan yang curam untuk naik kekawasan yang lebih tinggi kami masih boleh duduk diatas kuda. Perjalanan balik ke Songpan kami mengikut laluan yang berbeza. Pemandangan sesekali nampak begitu menarik. Kami singgah disebuah perkampungan dan monastery Tibet untuk makan tengah hari. Hanya makan Maggie mee segera. Kira-kira pukul 3.30 petang akhirnya kami sampai di Songpan.

Saya kembali tinggal di Lin Ye Hotel semalam hanya Y15, dan keluar ke public bath untuk mandi bayaran hanya Y3. Kemudian saya membeli tiket bas untuk esok perjalanan kedestinasi seterusnya Zoige. Sempat juga saya menghantar e-mail kepada family di kampong pada petang itu.

Yang pasti kedua-dua belah peha saya menjadi lebam akibat menunggang kuda terlalu lama.

No comments:

Post a Comment