PAKISTAN – 12 hari kembara
solo di utara Pakistan.
Sepatutnya kapal terbang
berangkat pukul 1.25 pagi tapi delay hingga ke pukul 2.30 pagi dan 3.40 pagi
baru lah flight terbang meninggalkan lapangan terbang Changi Singapore.
Hari Pertama
21 Januari kira-kira pukul
7.30pagi saya tiba di Islamabad cuaca sejuk 1 darjah celcius, dari airport saya
ke Rawalpindi dan membeli tiket ke Gilgit. Keadaan dingin sempat juga saya
berjalan melihat sekitar Rawalpindi sebelum bertolak ke Gilgit diutara Pakistan
di Lembah Hunza. Bas dari Rawalpindi bertolak pukul 12.00 tengahari. Keadaan
bas nampak agak selesa perjalanan menempuh beberapa bandar seperti Abbotobad,
dan berhenti di Meshera kira-kira pukul 3.20 petang dan tiba berhenti makan
lagi di Besham pukul 6.40 petang.
Pemandangan agak menarik tapi suasana semakin
gelap dan penumpang didalam bas ketika itu tak sampai 10 orang dan tidak ramai
yang naik walaupun ada disepanjang perjalanan itu. Apa pun perjalanan semakin
berbelok-belok dan naik ke lereng gunung semakin tinggi semakin curam
keadaannya. Suasana gelap saya tidak nampak apa-apa di luar kecuali pandangan
jalan di hadapan yang diterangi cahaya lampu bas. Sejuk hingga ke tulang mula
terasa mengigil kesejukan amat sangat.
Kira-kira pukul 3.40 pagi
saya tiba di Gilgit suasana amat gelap setiba di bas station yang sunyi. Dalam
keadaan penat mengantuk kesejukan setelah menempuh perjalanan hampir 17 jam
saya terpaksa menaiki teksi ke hotel. Agak sukar mencari hotel murah kerana
keadaan amat gelap, lampu jalan pun ada lah sebatang dua tapi tak terang.
Pemandu teksi membawa saya ke sebuah hotel yang agak mahal dan kelihatan mewah.
Saya terpaksa membayar hampir Rs1000 ( Rs55 = RM 3.80). Saya tiada pilihan
terpaksa menginap di sini sementara menunggu hari terang.
Hari Ke Dua
Saya keluar mencari info
tentang Gilgit cuba mencari mungkin ada ‘one day’ tour disekitar Gilgit. Saya
bertemu dengan Amir seorang lelaki yang memberi idea agar saya ke Karimabad
yang terletak diutara Lembah Hunza danke kampungnya, serta makan tengah hari di
rumahnya yang terletak kira-kira 100km selama 3 jam menaiki jeep beliau. Saya
setuju sebelum bertolak saya check out dari hotel mewah tu dan berpindah ke
budget hotel yang berharga Rs150 (RM16) sahaja yang terletak di jalan utama di
sini.
Perjalanan menempuh
pandangan yang agak menarik agak dingin. Beberapa minit selepas meninggalkan
Gilgit jeep melalui sebuah jambatan gantung yang amat tinggi sebatang sungai
yang luas lagi dalam sebelum melalui sebuah terowong kecil. Perjalan sekali
sekala melalui kawan kampong dan jalan Karakrom Highway ini sekali sekala naik
tinggi di atas gunung melalui lereng-lereng yang curam.
Tiba di Karimabad saya
di bawa ke rumah Amir untuk makan tengah hari. Sebelum itu sempat juga saya
melawat beberapa kawasan menari disini antaranya ke kawasan tinggi dimana kita
boleh melihat beberapa puncak gunung yang melebihi 7000m dan antara yang
tertinggi didunia disini. Saya juga di bawa ke Batu Bersurat yang terkenal
disini peninggalan pengembara zaman lampau yang melalui jalan ini untuk ulang
alik ke China. Kembali semula ke Gilgit disebelah malam tiada apa-apa
yang boleh di lihat. Tiada pasar malam, tiada tempat hiburan senang kata sunyi
seawal pukul 7 malam lagi.
Hari Ke Tiga
Masih di Gilgit saya
bangun awal pagi, untuk misi saya hari ini ialah mencari patung kecil
Buddha yang terletak tersorok di atas gunung di utara bandar ini. Saya berjalan
mengikut arah map yang dibawa dan berkenalan dengan seorang pemuda yang sanggup
menemani saya ke tempat itu. Agak penat dan tergesa-gesa kerana saya perlu ke
bas station untuk bertolak ke Besham pukul 12 tengah hari. Saya menyerahkan
video kamera saya kepadanya dan ia amat suka dan asyik bermain serta mengambil
video saya ketika itu. Akhirnya saya bertemu tempat yang dicari kemudia kami
berpatah balik ke tengah bandar. Saya sempat juga makan sedikit di kedai makan
sekitar bandar ini setelah penat berjalan hampir 4 jam mencari patung tersebut
sebelum menaiki bas bergerak menuju ke Besham.
Cuaca panas matahari terik
memancar, seperti biasa bas melalui pinggir lereng gunung yang amat tinggi dan
sesekali berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di sepanjang perjalanan.
Apa yang pasti sepanjang berada di Pakistan ini amat sukar nampak wajah wanita.
Kalau ada pun barjalan diiringi saudaramara lelaki dalam keadaan bertutup litup
dan hanya menampakkan mata sahaja. Perjalanan terhenti bila bas mengalami
kerosakan di kegelapan malam di atas tepi lereng yang tinggi. Tiba di Besham
pukul 9.30 malam. Hanya sebatang jalan laluan utama perjalanan dan saya
bermalam di Paris hotel berharga Rs300 (kurang RM 40). Selesai makan malam saya
masuk tidor.
No comments:
Post a Comment