Thursday, January 21, 2016

19 - KEMBARA SOLO 2004 - WILAYAH YUNAN DAN SICHUAN - CHINA - BAHAGIAN 2-22

KUNMING WILAYAH YUNAN, CHENGDU DAN JIUZHAIGAO WILAYAH SICHUAN

KEINDAHAN JIUZHAUGAU


National Jiuzhaigau Park

Dari bandar Chengdu saya menaiki bas mini ke Jiuzhaigau, pemandangan waktu pagi agak sejuk dan diawal perjalanan suasana berkabus tebal sehingga sukar untuk melihat pemandangan diluar tingkap bas dan jarak perjalanan ke Jiuzhaigau ialah 440 km yang mengambil masa 12 jam.

Pemandangan di kiri dan kanan jalan semakin jelas dan sesekali saya dapat melihat kelainan rupa bentuk mukabumi yang agak menarik dan perjalanan juga menempuh kawasan pergunungan dan lereng gunung yang curam. Saya tiba di Jiuzhaigau pada pukul 8.00 malam. Saya terus check-in Jie Tong Hotel yang terletak di kawasan sama dengan station bas. Seperti biasa saya hanya menyewa sebuah katil dalam sebuah bilik yang mempunyai 4 katil, tanpa tandas dan bilik air. Hanya saya seorang bermakna seluruh bilik menjadi hak saya. Selepas mandi dibilik air yang terletak agak jauh di luar bilik, saya keluar meninjau kawasan sekitar dan bertanya tentang bagaimana cara saya hendak masuk ke Jiuzhaigau National Park.

“Autumn is the most magnificent season of all in the valley. The breeze is intoxicating, while the leaves turn crimson on the tree. The colourful red autumn leaves and woods are reflected in the sparkling translucent lakes – the fallen petals float in the water. The remote sky is clear and bright. Your eyes are filled with the most beautiful view of the natural world”

Located in the north of Sichuan Province, Jiuzhaigou County (previously known as Nanping County until being renamed in 1998) is part of the Aba Tibetan and Qiang Autonomous Prefecture. Since the opening of the Jiuzhaigou Valley Scenic and Historic Interest Area in 1984, visitors have flocked to the region year by year, and the prosperous tourist industry now accounts for a large proportion of local revenue.

Lying on the highest tableland in the world between the Sichuan Basin and the Qinghai-Tibetan Plateau, Jiuzhaigou Valley covers altitudes ranging from 2,000 meters (656,168 feet) to about 4,300 meters (14,107,612 feet). With its large number of lake groups, waterfalls and rich variety of endangered plants and fauna, Jiuzhaigou was awarded the status of UNESCO Man and Biosphere Reserve in 1997 and was also recognized as a UNESCO World Heritage Site in 1992. The reserve has received a string of other titles including that of a National Geological Park, a AAAA Class Scenic Spot in China and a Green Globe 21. - seperti yang tertulis dalam laman web.

Dari hotel, saya hanya berjalan kaki menuju pintu masuk utama ke Jiuzhaigau National Park. Harga tiket masuk ialah Y170 untuk sehari tetapi dengar kata kalau sewaktu peak season harga tiket ialah Y200. Kita juga boleh membeli tiket masuk selama 2 hari dengan harga yang lebih murah.

Terdapat shuttle bus yang berulang alik ke destinasi utama di sekitar alam National Jiuzhaigau Park ini. So kita boleh naik dan berhenti di mana yang kita mahu dan menyambung perjalanan menaiki bas yang lain ke tempat yang lain pula. Shuttle bus ini begerak hampir setiap 15 minit sekali mengangkut pelawat disekitar dalam kawasan park ini. Dari pintu masuk park saya menaiki bas terus sehingga ke Swan Lake. Suasana ketika itu agak sejuk saya lihat embun didedaun pokok keras seperti ribuan berlian. Kelihatan suasana tasik yang sangat tenang.

Remember the crystal clear water in Hero, nominated for best foreign film at the Oscars? Much of the filming took place at Jiuzhaigou Valley, a place recognized in the Chinese mind as Heaven on earth.

Ya, filem China berjudul “Hero” yang pernah saya tonton dulu juga membuat pengambaran di sekitar park ini, mungkinkan Swan Lake antara salah satu tempat lokasi filem tersebut, kerana ketika saya belik-belik kembali filem tersebut didalam DVD kelihatan salah satu adegan berlawan pedang seperti di Swan Lake. Dengar cerita pengambaran filem terpaksa dilakukan awal pagi kerana mereka hendak mendapatkan gambaran suasana permukaan tasik yang tenang, kerana angin mula bertiup sekitar selepas pukul 10 pagi dan permukaan air mula berkocak dan beralun maka permukaan tasik yang dikatakan seolah-olah cermin tidak dapat kita dilihat. Kerana itulah Swan Lake menjadi destinasi pertama diawal pagi yang saya tuju.

Dari Swan Lake saya berjalan kaki menuruni bukit sehingga ke Nourling Water Fall yang kelihatan mengkagumkan. Dari sini saya menaiki semula bas untuk ke Long Lake dan terus menyusuri turun berjalan kaki melalui jalan kayu yang dibina dipinggir tasik dan sungai yang mengalir.


Pemandangan air terjun dan tasik begitu indah dan antara tasik yang terdapat di situ ialah Tasik Arrow, Tasik Bamboo dan Tasik Xiong Mao manakala air terjun pula ialah Zhen zhutan dan Nuori. Sempat juga ke sebuah temple yang kelihatan agak menarik juga di dalam park ini. Saya menghabiskan masa sehari suntuk didalam National Jiuzhaigau Park dan hanya keluar ketika hari sudah lewat senja.


No comments:

Post a Comment