Saturday, January 23, 2016

21 - KEMBARA SOLO 2004 - WILAYAH GANSU - CHINA - BAHAGIAN 4-22

ZOIGE, HEZUO, XIAHE, LANGMUSI, LANZHOU WILAYAH GANSU

Zoige (3700 meter)


Bas dari Songpan ke Zoige bertolak pukul 7 pagi, tidak susah kerana bas diparking betul-betul dihadapan Hotel tempat saya tinggal. Zoige sejauh 168km terletak utara Songpan. Perjalanan menempuh kawasan tinggi sehingga keparas 3700 meter. Tiba di Zoige yang terletak diketinggian 3450 meter pada pukul 11.40 pagi. 

Sekali pandang Zoige merupakan sebuah pekan yang baru, suasana landskap bandar nampak tersusun, bersih seolah-oleh sebuah pekan baru. Kebanyakan yang tinggal disini ialah orang berbangsa Tibet. Setelah melihat suasana yang saya rasa tidak ada apa-apa yang menarik dan teringat nasihat Andy rakan dari Norway yang berkata Zoige tidak menarik ia menyuruh saya supaya terus ke Langmusi maka ketika itu saya mengambil keputusan untuk membeli tiket bas ke Langmusi yang akan bertolak pada pukul 2.30 petang. Sementara menunggu masa bertolak saya merayau-rayau sekitar Zoige.

Perjalanan ke Langmusi lancar tapi selalu sangat berhenti kejap-kejap ambil penumpang dan berhenti entah buat apa pun saya tidak tahu. Disepanjang perjalanan sayadibeberapa kawasan pemandangan ribuan yaks dan kambing biri-biri di padang yang luas. Perjalanan didataran melebihi 3500 meter. Cuaca agak panas.

Langmusi (3300 meter)


Bas akhirnya tiba di Langmusi pada pukul 6 petang. Langmusi terletak diwilayah Sichuan berhampiran sempadan dengan wilayah Gansu. Suasana sudah pun gelap saya terus ke sebuah hotel baru yang agak besar setinggi 4 tingkat disini. Disini sekali lagi saya bertemu dengan Andy lelaki dari Norway. 

Hotel ini diberi nama “Gansudacanglangmu Hotel”. Seperti biasa saya hanya menyewa sebuah katil Y20 didalam sebuah bilik yang mempunyai hanya 2 katil, kebetulan ada seorang rakyat China yang menyewa dalam bilik yang sama. Saya kemudian keluar mencari makan, semua kedai islam dah tutup. Saya kembali ke bilik hanya makan maggie mee sementara menunggu nak mandi pukul 8 malam kerana air panas hanya dibuka pada pukul 8 malam.

“This attractive little village has two large Tibetan Buddist monasteries, each with around 600 monks. There’s mountainous secenery on all sides, which provide ample opportunity for some great day walks. It’s one of the most Tibetan places outside of Tibet, and a relaxing place to while away a few days” – Lonely Planet.

Keesokan harinya saya mula meronda-ronda sekitar Langmusi. Langmusi sekali pandang hanya pekan kecil disebatang jalan yang tidak berturap dengan sempurna. Dikelilingi jauh puncak gunung bersalji. Ada sebuah Tibetan Monastery yang agak besar disini saya mengambil kesempatan meninjau-ninjau sekitar monastery dan melihat aktiviti para monk di situ. Kebetulan ada upacara sembahyang so saya mencuri-curi masuk kedalam dewan dalam monastery dan duduk dipintu masuk melihat para monk sedang berzikir. Sempat saya curi-curi merakam photo tapi hasil photo buruk…..

Saya berjalan masuk kekawasan perkampungan yang agak jauh dari kawasan hotel terjumpa sebuah masjid disini agak menarik terdapat ramai juga orang islam yang tinggal disini. Jemu berjalan saya ke kedai internet sekali lagi sempat menghantar berita pada keluarga.

Hanya dua malam saya di Langmusi.

Perjalanan menuju ke Lanzhou diwilayah Gansu.

Pukul 7 pagi saya bertolak ke Hezuo selama 6 jam perjalanan.  Tiba di Hezuo pada pukul 1 petang. Sebenarnya plan asal saya hendak ke Linxia sebuah bandar yang penduduknya ramai dengan orang islam dan ke Xiahe yang dikatakan sebuah kawasan penempatan yang amat indah dan amat terkenal dengan sebuah monastery iaitu Labrang Monastery. Andy juga ada menyaran agar saya singgah di Xiahe kerana Xiahe lebih menarik daripada Langmusi. Tetapi badan dan otak saya penat dan rasa tidak ada mood, ketika bas dari Langmusi tiba di Hezuo yang mengambil keputusan untuk membeli tiket perjalanan terus ke Lanzhou iaitu ibunegeri wilayah Gansu.

Dari Hezuo bas berhenti seketika ketika tiba di bandar besar Linxia. Ketika bas masuk ke tengah bandar Linxia saya nampak kelibat hampir lebih 5 buah masjid disepanjang jalan. Bas berhenti di bas station Linxia pada pukul 4.15 petang. Setelah saya menukar bas yang lain disini kira-kira pukul 5 petang baru bas begerak menuju ke Lanzhou. Perjalanan dari Linxia ke Lanzhou selama 3 jam 15 minit.

Lanzhou sebuah bandar besar nampak sangat buzy ketika saya tiba. Saya mula mencari budget hotel seperti yang tertulis dalam buku panduan tetapi tidak ada semuanya dah jadi mahal. Setelah makan disebuah kedai dan mencari idea kemana arah yang perlu saya ambil akhirnya saya mengambil keputusan akan membeli tiket train ke Turpan yang terletak diwilayah Xinjiang dan lepak di railway station sahaja pada malam itu. Sambil mengalas back pack yang berat penat saya menuju ke arah railway station.

Ketika berjalan saya ditegur seorang wanita yang bercakap dalam bahasa mereka, sambil menunjukan kertas tulisan china pada saya. Cepat saya dapat tangkap maksudnya. Ia menawarkan tempat tinggal dengan harga yang murah. Dalam keadaan yang letih saya terus bersetuju untuk tinggal dirumahnya yang terletak disebuah lorong yang sunyi berhampiran dengan sebuah masjid. Rumah sudah diubahsuai menjadi tempat untuk disewa dan saya hanya membayar hanya kira-kira RM12 sahaja. Saya ditempatkan dianjung luar rumah flat yang kecil itu dalam suasana yang agak sejuk. Anjung luar yang terdedah dengan pemandangan malam hanya di tutup dengan jaring.


Keesokan hari diawal pagi saya telah bangun dan keluar semasa tuan rumah masih nyanyak tidur. Dalam keadaan suasana yang masih gelap saya berjalan menuju ke railway station yang terletak hampir 200 meter. Dari bandar Lanzhou saya menyambung kembara saya menuju ke bandar Turpan yang terletak diwilayah Xinjiang.


No comments:

Post a Comment