Sunday, January 24, 2016

22 - KEMBARA SOLO 2004 - WILAYAH XINJIANG - CHINA - BAHAGIAN 5-22

DAHEYAN, TURPAN, URUMQI DI WILAYAH XINJIANG

Train bertolak pada pukul 9.30 pagi dari bandar Lanzhou di wilayah Gansu menuju ke Turpan yang terletak di wilayah Xinjiang. Dalam train tiket tertulis Lanzhou-Turpan tetapi sebenarnya train akan stop di Daheyan, stesen yang paling hampir dengan bandar Turpan.

Perjalanan ke Daheyan memakan masa perjalanan selama 22 jam. Saya tiba di bandar itu pada pukul 5.00 pagi dan dalam keadaan terpinga-pinga dengan keadaan train stesen yang kecil dan dalam keadaan suhu yang dingin saya terpaksa terus menaiki teksi menuju ke bandar Turpan selama 1 jam yang terletak kira-kira 58 km dari Daheyan.

Turpan atau Tulufan


Bandar itu juga dikenali Tulufan dan terletak 154 meter di bawah paras laut serta hampir tidak menerima hujan. Turpan juga bandar terpanas di China dan suhu tertinggi yang pernah dicatatkan ialah 49.6 darjah selsius. Majoriti penduduknya berbangsa Uyghur beragama Islam dan baki yang lain, Han Chinese.

Saya menuju ke Grain Trade Hotel seperti yang tertulis dalam buku tetapi hotel ini sudah tidak menerima pelancung asing, so terpaksa saya mencari hotel lain, akhirnya saya nampak ada sebuah hotel di stesen bas disini. Jiao Tong Hotel kalau sewa sebuah bilik yang ada 4 katil ialah Y100 tetapi saya sewa sebuah katil aje dengan harga Y25 semalam. Dan saya share sebilik dengan seorang perempuan Jepun bernama Chihiro yang sudah 3 bulan mengembara. Paling best ia baru aje sampai di China dari Istanbul Turki setelah meredah perjalanan solo melalui jalan darat menempuh beberapa buah negara. Kagum saya mendengar cerita ia, dalam keadaan ia yang tidak mahir berbahasa Inggeris ia tetap yakin, mampu dan berani melaksanakan misi nya itu. Saya bertanya berapa budget yang digunakan olehnya sepanjang perjalanan beliau dari Turki hingga ke China. Ia jawab USD1000 aje. Ohhhh ok lah kan.

*untuk rekod sejak meninggalkan Malaysia melalui Thailand terbang ke Kunming di wilayah Yunan China, ke Chengdu di wilayah Sichuan, ke Lanzhou di wilayah Gansu hingga ke Turpan di wilayah Xinjiang ini, selama hampir sebulan sudah saya kembara, travel cek saya ketika ini hanya tinggal berbaki USD2800 sahaja. Jumlah yang saya akan guna disepanjang tiga bulan mendatang dari keseluruhan kembara saya yang mengambil masa selama 120 hari (4 bulan) itu.

Hari pertama di Turpan, saya sebenarnya sudah berjanji mengikut one day tour sekitar bandar Turpan tetapi last minit orang yang nak bawa saya tu tidak boleh pergi kerana sakit. So saya terpaksa menghabiskan masa sendirian berjalan sekitar bandar dengan menjelajah sehingga ke Qingzhen Si atau City Mosque dan ke bazar Shi Maoyi Shichang. Suasana di bazar yang menjual pelbagai barangan seperti permaidani, pakaian, makanan, barangan perhiasan, barangan antik, dan binatang ternakan untuk dijual seperti kambing dan kuda amat sibuk kerana ketika itu umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang dua hari lagi.

Hari kedua, saya mengunakan khidmat seorang pemandu taksi (guide) yang akan membawa saya melawat kawasan luar bandar dengan hanya dikenakan bayaran sebanyak Y150 dan antara yang dilawati ialah Astana Graves iaitu sebuah kawasan lapang dan terdapat beberapa lubang sedalam enam meter. Hanya tiga lubang dibuka untuk pelancong yang mana lubang pertama mengandungi lukisan dinding binatang, lubang kedua lukisan dinding manusia, dan lubang ketiga dua rangka manusia.

Dari situ, saya ke Gaochang Ruins yang terletak 46 km dari Turpan iaitu satu kawasan runtuhan perkampungan dahulu kala. Disini saya menaiki beca kuda roda empat menjelajah sekitar kawasan yang nampak tandus.

Lain-lain tempat yang dilawati ialah Bezeklik Thousand Buddha Caves iaitu gua yang mengandungi lukisan lama yang telah dibaik pulih. Saya juga berpeluang menikmati keindahan Flamming Mountain yang bertukar warna mengikut musim iaitu pada musim panas, gunung itu dilimpahi cahaya kemerahan.Tempat terakhir yang dilawati ialah Jiohe Ruins yang merupakan sebuah bandar lama yang telah runtuh. 

Apa yang menarik tentang Turpan dan kawasan sekitar bandar ini ianya terletak sehingga dibawah 150 meter dari paras laut. Ketika berada didalam teksi ketika keluar bandar untuk lawatan kebeberapa tempat menarik saya boleh perhatikan melalui jam altimeter saya yang semakin turun sehingga “minus” dari paras laut. Saya cuba bayangkan saya seperti berada didalam kawasan yang bentuk muka buminya seolah-olah berbentuk kawah atau bentuk kuali.

It gets hot in summer, dry and sunny. The desert regions can be scorching in the daytime. Part of Turphan Basin is 154m below sea level – it’s the lowest spot in China and the second lowest depression in the world (after the Dead Sea), is referred to as the 'hottest place in China' with maximums of around 47C.

Urumqi atau Wulumuqi


Saya menyambut hari raya Aidilfitri ketika dalam perjalanan menaiki bas sejauh 184 km dari Turpan menuju Urumqi iaitu ibu negeri wilayah Xinjiang. Berbeza dengan Turpan yang kering, Urumqi diselaputi salji dan merupakan sebuah bandar moden yang mempunyai banyak bangunan tinggi serta pusat beli belah yang besar. Disini saya tinggal di Hotel Xinjiang yang tinggi berdekatan dengan train station dengan bayaran Y21 semalam.

Saya sempat lelapkan mata sebentar sebelum terjaga lewat petang. Walaupun suhu sejuk dan salji yang sudah mula turun tidak menghalang saya untuk terus keluar melihat sekitar kawasan berdekatan dengan hotel yang saya tinggal ini. Seronok sangat meredah dipinggir jalan dalam keadaan cuaca sejuk dan salji halus yang turun.


Hari kedua disini cuaca memang cerah dan saya sempat jelajah sekitar bandar dari pagi hingga ke malam.  Saya menghabiskan masa beberapa hari disini sebelum bertolak ke Kashgar menaiki train.


No comments:

Post a Comment