Saturday, January 30, 2016

28 - KEMBARA SOLO 2004 - WILAYAH QINGHAI DAN GANSU - CHINA - BAHAGIAN 11/22

GOLMUD WILAYAH QINGHAI
DUNHUANG DAN LANZHOU WILAYAH GANSU

Golmud Wilayah Qinghai



Kali pertama dulu saya pernah ke sini dengan menempuh perjalanan selama 35 jam tetapi keadaan jalanraya yang semakin baik maka, perjalanan kali ini hanya memakan masa 20 jam. Saya tinggal dua malam di Golmud, jika kali pertama dulu saya tiba disini saya hanya singgah lalu dan hanya duduk diam dalam bas sahaja tetapi kali ini saya terpaksa bermalam disini. 

Tiba di Golmud dalam pukul 4 atau 5 pagi terus saya ambil teksi dan biar ia bawa kemana sana yang nak ia bawa kerana ketika sampai di Gulmud kepala saya masih blur-blur mengantuk. Keesokan harinya saya keluar memohon permit disebuah bangunan pejabat sebelum dibenarkan membeli tiket bas di stesen bas untuk ke Dunhuang. Sehari suntuk saya berkeliaran sekitar Golmud. 

Keesokan harinya disebelah pagi saya bertolak ke Dunhuang. Seperti perjalanan lain kali ini saya sungguh teruja melihat pemandangan yang indah melalui kawasan pergunungan dan tasik. 

Rasa saya pemandangan jauh berbeza dengan pemandangan yang pernah saya lalui sebelum ini, sukar untuk saya memetik kamera mengambil photo bila bas begerak laju dan bergoyang diluar angina bertiup sangat sejuk malah tingkap cermin sangat kotor sukar untuk dibuka

Dunhuang Wilayah Gansu



Dunhuang terletak di utara wilayah Gansu, berdekatan wilayah Xinjiang. Kira-kira 25 km di luar bandar terletak Gua Magao yang dindingnya terdapat lukisan lama Budhha. Saya juga menghabiskan masa di Minghsa Shan atau Singing Sand Mountian. Di situ, terletak sebuah tasik dikenali Crescent Moon yang indah yang terletak di tengah pergunungan padang pasir. 



Saya juga tidak melepaskan peluang menunggang unta dan mendaki puncak gunung pasir yang tinggi. Bagi mereka yang berani boleh mengelunsur mengunakan papan kayu buluh dari puncak hingga ke bawah. Ini adalah aktiviti yang menarik disini. 

Saya sebenarnya disuruh guide untuk mengelunsur tetapi entah kenapa saya rasa amat gayat melihat kecuraman bukit tersebut. Tak jadi lah saya mengelunsur.

Lanzhou Wilayah Gansu



Dari Dunhuang, saya menaiki bas selama 21 jam menuju kali kedua ke Lanzhou iaitu ibu negeri wilayah Gansu. Lanzhou mempunyai hampir 2.8 juta penduduk terletak di pinggir Sungai Kuning. 

Ketika ini, cuaca agak sejuk dan setiap pagi, salji halus sentiasa turun. Di sini saya sempat melanjutkan tempoh visa di China tetapi agak kesal kerana saya dikenakan bayaran 160 yuan berbanding rakan Korea yang saya temui membayar 80 yuan di Hotan dan rakan Jepun saya membayar 100 yuan untuk tempoh dua bulan. 

Kesimpulannya, peraturan tentang visa tidak seragam dan puas saya bertengkar dengan pegawai di PSB, sebelum akhirnya saya terpaksa juga membayar jumlah yang diminta.


No comments:

Post a Comment