BERHENTI KERJA UNTUK KEMBARA
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
Di Malaysia jarang ada anak muda yang mempunyai minat mengembara seorang diri. Jika ada pun ia mungkin didorong oleh rasa kecewa atau desakkan hidup yang tinggi.
Berbeza denga anak-anak muda yang lain, Annuar, 30 memiliki sikap yang luar biasa. Dia bukan sahaja gemar mengembara, malah sanggup menghabiskan wang simpanannya semata-mata untuk menimba pengalaman diluar negara.
Sehingga kini dia telah mengembara ke hampir 10 buah negara termasuk Indonesia, Kemboja, Vietnam, China, Russia dan India.
“Saya rasa puas bila mengembara. Saya tidak dapat mengambarkannya menerusi kata-kata,” ujurnya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.
Lahir di Ipoh Perak, anak ke empat daripada 10 adik beradik ini sanggup meninggalkan keluarga demi merealisasikan hasrat yang dia sendiri sukar memahaminya.
“Ada perasaan yang susah untuk digambarkan bila kita dapat meneroka rahsia alam yang tidak pernah kita jangka sebelum ini,” kata anak muda peramah ini lagi.
Disebalik minatnya itu, Annuar menyimpan satu lagi rahsia peribadi – dia akan berhenti kerja setiap kali naluri mengembaranya tidak dapat dibendung lagi.
Biar pun tindakkannya itu mungkin memberi kesan kepada kehidupannya, namun bagi pemuda bertubuh kurus dan berkulit putih ini, soal mendapatkan pekerjaan baru tidak sukar asalkan seseorang itu mempunyai kemahuan dan keazaman yang tinggi.
“Sebelum bekerja di Singapura, saya adalah artis grafik disebuah hotel di Genting Highland,” ujurnya yang kini bekerja sebagai juruteknik disalah sebuah kilang di negara jiran tersebut.
Ditanya tentang semangatnya itu Annuar berkata, semua bermula daripada kekagumannya terhadap pengalaman seorang kawan yang melancong ke Thailand.
“Bila tengok dia boleh pergi seorang diri, saya kata pada diri sendiri, kenapa saya tak boleh. Malh saya boleh pergi lebih jauh lagi, “ katanya mengenang kisah yang berkalu sekitar tahun 1995 itu.
Sejak itu semangat kembaranya seperti menjalar diseluruh tubuh. Thailand menjadi negara pertama eksperimennya berperingkat-peringkat.
Setelah menjelajah hampir diseluruh Thailand, pada tahun 1997 dia mengambil keputusan nekad berhenti kerja untuk mengembara dalam waktu agak panjang di India.
“Saya terbang ke New Delhi dan bermula dari situ, saya mengembara menggunakan jalan darat ke Nepal ke China ke Laos hingga ke Thailand sebelum pulang ke Malaysia, “ katanya mengimbas pengalaman tersebut.
Dari New Delhi, Annuar ke Srinagar Kashmir dan Agra selama sebulan sebelum meneruskan perjalanan ke Nepal dan menghabiskan masa sebulan di negara yang cukup terkenal dengan kemuncak Gunung Everest itu.
“Saya sempat mendaki sehingga ke Annapurna Base Camp. Dan dari Nepal saya ke Tibet China dan kebeberapa tempat seperti Xian, Beijing, Dali, Xining, Jinghong dan beberapa tempat lain selama hampir tiga bulan sebelum masuk ke Laos,” katanya.
Annuar memperuntukkan masa kira-kira dua minggu dinegara yang baru membuka dasar negaranya kepada dunia dan majority rakyaatnya masih dalam keadaan miskin itu sebelum sekali lagi merentas Thailand dan pulang ke tanah air.
Balik ke Malaysia dia memulakan kehidupan biasanya dengan bekerja. Dia bersyukur kerana soal mendapatkan kerja tidak menimbulkan masaalah besar padanya.
Dalam masa bekerja tersebut, Annuar masih sempat mengembara. Kali ini dia memilih utara Pakistan hingga ke Gilgit, ke Siem Reap di Kamboja, Bali, Hong Kong serta mengeliling Pulau Jawa dari Jakarta hingga ke Surabaya dan ke gunung Bromo.
“Bagaimanapun pengembaraan saya selama empat bulan dari November 2003 hingga Februari 2004 lalu merupakan yang paling mencabar,” katanya bersungguh-sungguh.
Musim Sejuk (Kembara pada tahun 2004)
Perjalanan yang dirancang dari awal itu meliputi penerokaan di enam buah negara bermula dari Malaysia-Thailan- China-Mongolia-Rusia kembali semula ke China-Vietnam-Kamboja dan kembali semula ke tanah air.
“Rancangan asal saya selepas Bangkok ialah ke Kamboja, Vietnam dan masuk ke China melalui jalan darat tetapi ia kemudian terpaksa diubah kerana saya mahu tiba di Jiuzhaigau, Sichuan China secepat mungkin sebelum tiba musin sejuk.
“Pemandangan di Jiuzhaigau dikatakan amat menarik sebelum tiba musim sejuk. Saya mengambil keputusan membeli tiket kapal terbang paling murah yang bertolak dari Chiang Mai di utara Thailand, ke Kunming diselatan China,”katanya.
Banyak pengalaman yang dapat dikutip disepanjang pengembaraannya itu. Antara kenangan yang sukar dilupakan ialah melihat keindahan alam di Taman Negara Jiuzhaigau yang dianggap oleh kebanyakkan pengembara sebagai salah sebuah “syurga dunia”.
Untuk sampai kesitu Annuar terpaksa menaiki keretapi selama 19 jam dari Kunming menuju ke bandar Chengdu yang terletak di Wilayah Sichuan.
Saya tiba di Chengdu pada awal pagi. Suasana berkabus. Itu merupakan kedatangan saya kali kedua. Tidak sukar bagi saya menaiki bas awam menuju ke Hotel Traffic yang menawarkan harga bilik lebih kurang RM15 semalam.
“Saya kemudian ditempatkan sebilik dengan seorang pengembara dari Perancis yang berusia 19 tahun. Kami sempat bertukar-tukar maklumat perjalanan,” katanya.
Dari Chengdu dia kemudian menaiki bas mini ke Jiuzhaigau yang terletak diutara Sichuan. Perjalanan sejauh 440 kilometer itu mengambil masa selama 12 jam dan melalui kawasan pergunungan serta lereng gunung yang tinggi lagi curam.
Setiap pengunjung yang memasuki taman negara yang ditemui pada tahun 1970an itu akan dikena kan bayaran. Harga bayaran tersebut bergantung kepada musim-musim tertentu.
“Pemandangan tasik dan air terjun begitu indah sekali. Saya menghabiskan masa dari awal pagi hingga lewat petang dan tidak jemu-jemu mengambil gambar. Tak kisah walaupun terpaksa bayar tiket berharga kira-kira RM70,” katanya.
Annuar juga pernah menunggang kuda berhari-hari semasa di Songpan, China sebuah bandar kecil yang didiami oleh ramai penduduk yang beragama Islam.
Songpan memang terkenal dengan aktiviti menunggang kuda dan bermalam beberapa hari di kawasan pergunungan. Aktiviti ini lebih dikenali sebagai “horse treks”.
Pengalaman yang sukar dilupakan ialah bertemu dengan dua pengembara wanita – seorang dari Jepun bernama Masako yang telah beberapa bulan mengembara di Mongolia dan seorang lagi dari Korea – Anh Sung Young atau Ajumah (mak cik).
“Kami begitu rapat dan menghabiskan masa mencuba bermacam-macam makanan yang dijual di bazar yang sesak dan melawat sekitar bandar Kashgar di Wilayah Xinjiang China bersama.
“Kami juga ke Gucheng atau old town dan meredah masuk kesetiap ceruk jalan sunyi, mengintai dari tingkap kedalam beberapa rumah penduduk sambil berjalan dan ketawa terbahak-bahak,”katanya tersenyum.
Selain itu kata Annuar, dia pernah mengambil risiko ke Tibet dengan menaiki sebuah bas yang hanya membenarkan tempatan sahaja menaikinya.
Sepanjang perjalanan melalui gunung ganang dengan ketinggian melebihi 5,000 meter dari paras laut itu, paling membimbangkannya ialah diserang acute mountain sickness.
“Masa itu saya rasa hampir nak mati kerana tekanan udara yang rendah tetapi selepas berehat, keesokannya semua seperti biasa, “ujurnya lagi.
Annuar meneruskan perjalanan menaiki keretapi Trans Siberia dari Beijing ke Mongolia dan ke Moscow selama 5 hari perjalanan. Menghabiskan masa beberapa hari di Moscow dan kembali semula menaiki keretapi ke Beijing.
Kemudian dia meneruskan perjalanan ke Shanghai dan masuk ke Vietnam dank e Kamboja sebelum masuk ke Thailand dan kembali semula ke tanah air.
Bagi perjalanan akan datang, Annuar bercadang mengembara ke beberapa negara di Asia Tengah pula seperti Armenia, Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Azerbaijan.
“Saya akan terus menyimpan duit untuk tujuan pengembaraan saya ini,” katanya.
Sumber : Mingguan Malaysia
Ahad 21 November, 2004
No comments:
Post a Comment