AKHBAR
KOSMO MINGGU PERTAMA
by Firdaus Bakhtiar (bukan nama sebenar)
BAHAGIAN
PERTAMA
Tajuk:
Aidilfitri di Turpan
MUKADIMAH
JARANG sekali anak Melayu menjelajah seorang diritanpa bajet besar untuk melihat dunia. Biasanya, iadilakukan oleh pengembara Barat tetapi kini keadaansudah berbeza. Anak Melayu juga mempunyai keberaniandan semangat yang kental untuk meneroka dunia denganmengembara secara solo. Firdaus Bakhtiar (bukan nama sebenar), yang merupakan anak jati kelahiran Gunung Rapat, Ipoh, Perak berjaya melakukannya walaupun tidak semua negara dapat dijelajahnya kerana kekangan waktu.Beliau memulakan pengembaraan dari Ipoh, Perak menjelajah Thailand, China,Mongolia, Rusia, Vietnam dan Kemboja selama empatbulan (120 hari).Ikuti catatan perjalanan Firdaus yang ditulisnya sendiri dalam artikel yang disiarkan dalam tiga bahagian, mulai minggu ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DESTINASI
pertama saya ialah Hatyai, Thailand dan saya hanya menghabiskan masa setengah
jam sahaja di bandaritu sebelum saya menaiki van menuju ke Bangkok.Tambang yang
dikenakan ialah RM50.00. Perjalananmemakan masa 12 jam dan di Bangkok, saya
menginap dirumah tumpangan di Jalan Khao San. Sewa rumah tumpangan itu murah
manakala perkhidmatan agensipelancongan pula menawarkan pelbagai kemudahan
sepertimenjual tiket bas, keretapi, dan tiket kapal terbangharga murah.
Malam di Khao San meriah dengan lampu neon. Olehkerana saya telah beberapa kali datang ke Bangkok makasaya banyak menghabiskan masa mencari danmembandingkan harga tiket kapal terbang paling murahke Kunming, China. Mengikut pelan asal, dari Bangkok saya akan keKemboja, Vietnam dan masuk ke China melalui jalandarat dan jika boleh, saya tidak mahu menaiki kapalterbang. Namun pelan itu terpaksa diubah kerana saya mahu tiba di Jiuzhaigau, Sichuan, China sebelum musim sejuk. Saya mahu menyaksikan panorama indah musim sejuk diJiuzhaigau. Untuk itu, saya perlu menaiki kapal terbang daribandar Chiang Mai di utara Thailand.
Jadi saya meninggalkan Bangkok pada 6 November dengan menaiki bas dengan perjalanan mengambil masa 10 jam.Ini adalah kali keempat saya tiba di Chiang Mai. Saya lihat tidak banyak yang berubah dan selepas tiga hari di bandar itu, saya terbang ke Kunming, China.Terletak di wilayah Yunan, sebaik tiba saya terusmenuju ke Hotel Kunhu yang terletak berdekatan stesenbas dan stesen keretapi.
Di sini, saya menyewa sebuah katil dalam bilik dormitory yang boleh memuatkan beberapa katil. Saya tidak kisah berkongsi bilik dengan pengembara lainyang tidak dikenali. Apa yang penting ialah selesa dan enam tahun yanglalu, saya pernah bermalam di hotel ini selama lebih10 hari kerana menunggu visa ke Laos siap.
Dari Kunming, saya menaiki keretapi ke Chengdu yangterletak di wilayah Sichuan. Saya memilih keretapiyang mempunyai gerabak `hard sleeper’ keranatambangnya agak murah dan gerabak itu pula mempunyairuang bilik tanpa pintu dengan setiap bilik mempunyaienam katil.Tambang yang dikenakan ialah RM107.00 dengan masaperjalanan 19 jam.Saya tiba di Chengdu awal pagi dan suasana ketika ituberkabus. Ini kali kedua saya tiba di bandar ini. Jadi soal bas awam tidak menimbulkan masalah dan saya dengan mudah menaikinya menuju ke Hotel Traffic. Kadar sewa semalam ialah RM15.00.
Di hotel itu, saya berkongsi bilik dengan seorang pengembara dari Perancis yang berusia 19 tahun. Kamiberkongsi maklumat mengenai perjalanan yang telahdilalui.Saya sempat menghabiskan masa menunggang basikal sewa dari pagi hingga petang untuk menjelajah bandar itu.
Kemudian saya menaiki bas mini ke Jiuzhaigau dan jarakperjalanan ialah 440 km yang mengambil masa 12 jam. Pemandangan di kiri dan kanan jalan amat indah denganmenempuh kawasan pergunungan dan lereng gunung yangcuram. Saya tiba pada pukul 8.00 malam.
Dari hotel, saya berjalan kaki menuju ke Jiuzhaigau National Park. Harga tiket masuk ialah RM70.00 danharganya berbeza mengikut musim. Pemandangan airterjun dan tasik begitu indah dan tasik yang terdapatdi situ ialah Tasik Arrow, Tasik Bamboo, dan TasikXiong Mao manakala air terjun pula ialah Zhenzhutandan Nuori.Saya berada di bandar itu untuk beberapa hari sebelumbertolak ke Songpan yang terletak kira-kira 114 km keselatan Jiuzhaigau.
Perjalanan mengambil masa tiga jamdan bandar yang dikelilingi kawasan gunung itu dihunioleh ramai penduduk beragama Islam.Songpan terkenal dengan aktiviti menunggang kuda dansaya memilih untuk bermalam selama beberapa hari di`horse treks’.Di situ, saya memilih pakej menunggang kuda empat haritiga malam menjelajah kawasan pergunungan sehingga Ice Mountain Base Camp. Yurannya ialah RM147.00 dan pakej itu meliputi seorang pemandu jalan yang boleh memasak,seekor kuda, makan pagi, tengah hari, dan malam,khemah, selimut, dan baju panas. Makanan yangdisediakan semuanya vegetarian dan kebetulan pula,pemandu jalan saya beragama Islam.
Pada hari pertama, saya berkenalan dengan dua pengembara dari Korea yang juga mengikuti pakej yangsama. Kami menunggang kuda dari pukul 9.00 pagisehingga 5.00 petang, setiap hari. Pemandangan yang dinikmati amatlah indah dan kawasanperkhemahan pertama terletak di ketinggian 3,500 meterdari paras laut.Oleh kerana paras yang tinggi, saya mula berasa peningkepala kerana oksigen di kawasan itu semakinberkurangan. Untuk mengelakkan mendapat mountainsickness, saya berehat sementara menunggu khemahdidirikan dan makanan disediakan.Suhu malam jatuh ke paras -5 darjah selsius dan ketikaitu saya berfikir jika sakit kepala berterusan, sayamahu berpatah balik ke Songpan.
Namun keesokan harinya, saya berasa okey dan memutuskan untuk meneruskan perjalanan. Untuk malam kedua dan ketiga, kami bermalam di dalam hutan dilereng gunung yang terletak pada ketinggian 3,700meter.
Pada hari ketiga, kami menunggang kuda ke arah kawasanyang lebih tinggi dan curam. Di puncak gunung, kamiberjalan kaki menuju ke Ice Mountain Base Camp yangterletak di ketinggian 4,300 meter. Di kem itu, saya berasa puas dapat melihat puncak IceMountain setinggi 5,700 meter. Saya kemudian turun sendirian ke kawasan perkhemahan selama beberapa jam.
Hari keempat menyaksikan kami berkemas untuk balik keSongpan tetapi laluan yang diikuti adalah berbeza dariarah mendaki. Kami singgah di beberapa perkampunganTibet. Terdapat sebuah biara yang menarik. Kami tiba di Songpan lewat petang.
Keesokan harinya, saya bertolak ke Zoige menaiki basmini. Jaraknya ialah 168 km dengan lima jamperjalanan.Oleh kerana pekan kecil ini tidak ada apa-apa yang menarik, saya meneruskan perjalanan ke perkampungan Langmusi yang terletak di wilayah Gansu. Di sini terdapat dua biara yang setiap satunya mempunyai hampir 600 sami. Terdapat ramai juga penganut agama Islam dan sebuahmasjid.
Saya kemudian meneruskan perjalanan ke Lanzhou yangmerupakan ibu negeri Gansu. Perjalanan memakan masa 15jam dan menempuh beberapa bandar menarik seperti Hezuodan Linxia. Saya tiba pada pukul 8.00 malam. Oleh kerana sukar mencari hotel murah, saya bercadang untuk tidur di stesen keretapi sahaja. Ketika berjalan ke arah stesen, saya ditegur oleh seorang wanita separuh umur yang bertutur dalam bahasaMandarin yang saya tidak faham. Namun bahasa isyarat yang digunakannya membuatkan saya faham iaitu beliau menawarkan tempat tinggal yang murah. Dalam keletihan, saya mengikutnya dan bersetuju tinggal di rumahnya yang terletak berhampiran sebuah masjid. Rumahnya telah diubah suai menjadi tempat untuk disewa dan saya hanya membayar RM12.00 sahaja.
Keesokan pagi, saya menaiki keretapi menuju ke Daheyan yang memakan masa perjalanan 38 jam.Saya tiba di bandar itu pada pukul 5.00 pagi dan terus menaiki teksi menuju ke Turpan yang terletak kira-kira 58 km dari Daheyan. Bandar itu juga dikenali Tulufan dan terletak 154 meter di bawah paras laut serta hampir tidak menerima hujan. Turpan juga bandar terpanas di China dan suhu tertinggi yang pernah dicatatkan ialah 49.6 darjah selsius. Majoriti penduduknya berbangsa Uyghur beragama Islam dan baki yang lain, Han Chinese.
Hari pertama di Turpan, saya habiskan dengan menjelajah sehingga ke Qingzhen Si atau City Mosquedan ke bazar Shi Maoyi Shichang.Suasana di bazar yang menjual pelbagai baranganseperti permaidani, pakaian, makanan, baranganperhiasan, barangan antik, dan binatang ternakan untukdijual seperti kambing, dan kuda amat sibuk keranaketika itu umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang dua hari lagi.
Hari kedua, saya melawat kawasan luar bandar dengan menyewa sebuah teksi dan antara yang dilawati ialah Astana Graves iaitu sebuah kawasan lapang dan terdapat beberapa lubang sedalam enam meter. Hanya tiga lubang dibuka untuk pelancong yang mana lubang pertama mengandungi lukisan dinding binatang, lubang kedualukisan dinding manusia, dan lubang ketiga dua rangkamanusia.
Dari situ, saya ke Gaochang Ruins yang terletak 46 kmdari Turpan iaitu satu kawasan runtuhan perkampungandahulu kala.Lain-lain tempat yang dilawati ialah Bezeklik ThousandBuddha Caves iaitu gua yang mengandungi lukisan lamayang telah dibaik pulih.Saya juga berpeluang menikmati keindahan Flamming Mountain yang bertukar warna mengikut musim iaitu pada musim panas, gunung itu dilimpahi cahaya kemerahan.Tempat terakhir yang dilawati ialah Jiohe Ruins yangmerupakan sebuah bandar lama yang telah runtuh.
Saya menyambut Aidilfitri ketika dalam perjalananmenaiki bas sejauh 184 km dari Turpan menuju Urumqi iaitu ibu negeri wilayah Xinjiang. Berbeza dengan Turpan yang kering, Urumqi diselaputi salji dan merupakan sebuah bandar moden yang mempunyai banyak bangunan tinggi serta pusat beli belah yang besar.
Dari Urumqi, saya meneruskan perjalanan menaiki keretapi ke Kashgar atau dikenali juga Kashi. Perjalanan memakan masa 25 jam dan Kashgar merupakan salah satu bandar utama di laluan sutera dan didiamipenduduk berbangsa Uyghur, Tajiks Kyrgyz, Urbeks dansedikit Han Chinese. Di sana, saya bertemu denganpengembara wanita dari Jepun, Masako, dan dari Korea,Ajumah yang kemudian menjadi rakan saya. Di situ, saya melawat Abakh Hoja Tomb dan sebuah masjid, Id Kah yang dibina pada tahun 1442. Saya dan Ajumah kemudian melawat kampung Tashkurgan yang merupakan perhentian terakhir saya sebelum meneruskan perjalanan ke Pakistan. Kami menaiki teksi selama empat setengah jam dan perjalanan amat menarik dengan panorama indah Tasik Karakul yang luas dan puncak Muztagh Ata setinggi7,546 meter. Bangsa Tajiks merupakan majoriti penduduk di bandar itu. Saya dan Ajumah kemudian berpatah balik ke Kashgar dan tinggal beberapa hari di situ sebelum saya ke bandar Hotan.
Saya menaiki bas dan melalui kawasan lapang yang luas. Perjalanan terhenti kerana bas rosak dan saya terpaksa menunggu tiga jam untuk meneruskan perjalanan. Bazar Ahad di Hotan cukup hebat dan sekali pandang, ia seperti bazar di India dan Pakistan. Seperti di Kashgar, kami bertiga meredah Hotan bersama-sama. Hotan terkenal dengan batu jednya yang cantik.
Mengikut pelan asal, saya tidak bercadang untuk keHotan tetapi keinginan untuk masuk ke barat Tibetmelalui selatan wilayah Xinjiang yang begitu kuatmendorong saya ke bandar itu.Di bandar ini, saya berpisah dengan Masako dan Ajumah yang membawa haluan masing-masing ke tempat lain.

No comments:
Post a Comment