Wednesday, February 3, 2016

32 - KEMBARA SOLO 2005 - ERDENET - MONGOLIA - BAHAGIAN 15-22

Erdenet, Mongolia

Perjalanan ke bandar Erdenet sebuah lagi bandar kecil di utara Ulaan Bataar dengan menaiki keretapi mengambil masa selama hampir 11 jam perjalanan. Ketika tiba di Erdenet suasana pagi masih gelap tetapi pemandangan cahaya lampu penduduk di padang bersalji yang luas itu amat indah pada pandangan mata saya ketika itu seolah-olah saya melihat pemandangan dari sebuah film animasi. Cantik sungguh pada saya ketika itu. Dari stesen keretapi saya menaiki kereta sewa ke pusat bandar Erdenet lebih kurang 45 minit perjalanan, dan saya terus mencari hotel.

Erdenet

The city of Erdenet, offering a large variety of shops, has a comparatively large hospital, a Sports' Palace, several hotels and restaurants. The city is linked to Ulan Bator, the capital of Mongolia, and to the towns of Darkhan and Bulgan by a good paved road and is easily accessible by bus several times a day. The distance to the capital where the nearest airport is situated amounts to 230 miles (371 km) and travelling by car takes about 8 hours.
The railway station which is 9 km from the center to the east is comparatively small. Train connections between Erdenet and Ulan Bator are less good as there is only one train per day covering the distance in 11 hours.

Dua hari di Erdenet
Saya menghabiskan masa dua hari satu malam di Erdenet, hanya merayau sekitar kawasan bandar melihat aktiviti harian penduduk disini dan banyak juga masa saya habiskan dengan mengadap internet di cyber café di seberang hotel penginapan disini.

Petang hari ke dua di Erdenet pada pukul 4 petang, saya mula berjalan kaki menuju ke stesen keretapi Erdenet yang pada mulanya saya sangka nampak macam dekat, kerana nak save duit saya sanggup berjalan, sambil jalan tu boleh jugak tengok kiri kanan dan ambil gambar sekitar kawasan. Memang pada masa tu dah tahu jarak antara pusat bandar Erdenet dengan stesen keretapi sejauh hampir 9 km, sebab tu lah saya begerak awal ke stesen kerana saya yakin boleh berjalan. 

Di sekitar stesen keretapi di Erdenet sebelum bertolak kembali ke Ulaan Baatar

Lepas sejam berjalan saya mula “konfeus” bila bertemu dua cabang jalan dan pada masa tu dah rasa malas nak jalan dah, dengan muka tak malu terpaksa lah saya mengangkat tangan cuba menumpang mana-mana kenderaan yang lalu disitu. Seingat saya tidak ada public transport macam bas yang lalu ikut jalan tu, kalau kita dari pusat bandar kita kena call kereta sewa untuk ke stesen keretapi tu. So, kaki saya melangkah semakin laju takut ketinggalan keretapi yang akan bertolak pada pukul 6.50 petang kerana banyak kereta yang tak mahu stop bagi tumpang. Sambil jalan tangan saya angkat tanda nak tumpang pada setiap kenderaan yang lalu ketika itu, kenderaan yang lalu pulak  tak banyak maybe dalam 10 minit rasanya baru ada sebuah yang lalu, memang jalan lengang. Tapi nasib saya baik kerana ada sebuah kereta yang bagi saya tumpang sehingga ke stesen keretapi.

Saya kembali semula ke Ulaan Baatar dan kembali ke Nassan Guesthouse. Rupa-rupanya tak ada orang di guesthouse ketika itu jadi seluruh apartment dah jadi milik saya seorang. Kim wanita Korea tu sudah pun ke “country side”.

Kembali semula ke Ulaan Baatar dari Erdenet sebelum ke Moscow

Semasa saya mengambil document perjalan serta tiket train di office Juulchin pekerja perempuan Juulchin tu kata ini adalah pengalaman pertama agensi mereka menguruskan perjalanan warga asing masuk ke Russia. Ia pun hapi jugak dan ia kata dimasa akan datang iaorang akan cuba uruskan lagi perjalanan untuk warga asing. Memang bagus, ada jugak saingan dengan agensi Legend Tour yang sombong tu. 

Saya juga terpaksa menambah lagi sebanyak USD20 untuk bayaran visa ke Russia yang sebelum ini hanya USD160 bermakna sekarang meningkat sebanyak USD180 untuk 10 hari di Russia. Keseluruhan  harga perjalanan saya pergi balik Ulaan Bataar - Moscow - Ulaan Bataar serta hotel disana juga visa dan sebagainya berjumlah USD680.66. Itu pun saya masih ditanya jika saya nak diambil orang (taxi) ketika tiba distesen keretapi di Moscow nanti untuk di bawa ke hotel dengan bayaran dikenakan USD30. Ohhhh tolak campur tolak campur boleh mencecah USD1000 nanti ni. So bagi saya USD680.66 tu sudah cukup. Nanti ketika di Moscow tahu lah saya cari hotel tu nanti.

Sebenarnya setelah kembara beberapa bulan wang simpanan saya semakin susut, saya sebenarnya risau tentang masaalah kewangan saya ketika itu. Walaupun ada credit card tapi sebolehnya saya cuba tak akan gunakannya. Cuba baca dibawah ini kerisauan yang saya kongsi dan tulis didalam buku catatan saya dulu;

“Pagi bangun ahh… tidak ada sesiapa – mandi (semalam 3.30pg baru tido).  Keluar makan dan tengok video cerita Lord Of the Ring (dikedai video – sebuah bilik yang disewa macam kita ke karaoke tu, kita pilih movie dan tonton seorang diri dalam bilik). Lepas tu ke Juulchin jumpa miss Solanga (manager) ambil train tiket, passport, invitation letter.  Beri USD20 lagi. Kemudian tukar traveler checque USD 300 dapat USD 295 (cash). So – travel checque dah habis. Sekarang ada – USD cash 415 +Tagrog 17000 (lebihkurang 16US$), duit Tagrog ni nak guna beli tiket keretapi dari Ulaan Baatar ke sempadana China balik dari Moscow nanti – Dari US$ 415, USD150 akan ditukar pada matawang Russia Rauble – so balance tinggal US265 (kalau tak cukup kena pinjam dari credit card - habis aku). Pada 20.30 malam tengok video lagi selepas ber”internet”. Tapi tak sempat habis cerita tak syok – Balik bilik berkemas utk esok”

Ini antara catatan kerisauan saya tentang masaalah kewangan akibat boros ketika mengembara ni hehehe. Bayangkan dengan hanya ada USD415 ditangan yang terpaksa saya guna untuk perbelanjaan di Moscow nanti ketika kembali ke Ulan Baatar, kembali ke Beijing China, untuk perbelanjaan lanjutkan visa ke China serta tambang perjalanan dan tempat tinggal dari Beijing ke Shanghai ke selatan hingga ke Nanning masuk ke Hanoi Vietnam turun ke Saigon ke Phenom Penh dan Siem Reap Cambodia dan ke Bangkok dan balik ke Ipoh, ya hanya mengunakan wang sebanyak itu.

Insyaallah di entry akan datang saya akan cerita tentang pengalaman perjalanan saya selepas kembali semula ke Beijing dari Moscow, sehingga kembali semula ke tanah air melalui Vietnam, Cambodia dan Bangkok. 

Perbelanjaan saya ke Moscow pi balik,

1) Visa invitation - USD160 + USD20 (last minit yang diminta)

2) Train tiket Ulaan Baatar-Moscow (naik train Russia) – USD125 (harga biasa USD195 saya dapat murah)

3) Train tiket Moscow-Ulaan Baatar ( naik train China-Trans Mongolia ) – USD205

4) Tiga malam di Ismailovo Hotel di Moscow – USD159

5) Insurance untuk 11 hari (jangka masa ketika saya berada di tanah Russia) – USD11.66

Total = USD 680.66 ok lah sikit dari yang kat Beijing yang mencecah USD1000.

Ini antara dokument perjalanan 
Trans Siberia saya

No comments:

Post a Comment