Wednesday, February 17, 2016

46 - JALAN YANG PALING BAHAYA PERNAH SAYA TEMPUHI

JALAN YANG PALING BAHAYA PERNAH SAYA TEMPUHI

Sebenarnya banyak tempat dan jalan raya yang berbahaya di dunia bergantung kepada keadaan jalanraya itu sendiri atau keadaan sekitaran yang melampau seperti suhu, ketinggian dan sebagainya tetapi dibawah ini saya senaraikan empat jalan raya yang paling bahaya pernah saya sendiri tempuhi, disini saya ceritakannya dengan lebih detail daripada tulisan cerita yang sama dalam entry saya sebelum ini;

1 Jalan bahaya pertama yang pernah saya lalui menaiki bas dari New Delhi ke Srinagar Kashmir India.


Plan asal selepas penat di New Delhi saya berkira-kira nak ke mana pulak. Mulanya saya nak Simla bahagian utara yang sejuk dingin, tapi berubah arah bila saya dipaksa oleh seorang pemuda Kashmir menyuruh saya ke Srinagar Kashmir menaiki kapal terbang dan tinggal di house boat milik bapanya. Banyak cantik apa naik kapal terbang!!! ia ingat saya banyak duit kut.

Javeed nama budak muda ni, mengikuri saya sampai saya naik rimas, saya cuba elakkan diri dari ia tapi ia masih mencari saya. Kemana saja saya begerak di sekitar Connought Place ia akan ikut kadang-kadang saya lari masuk ke kedai mewah disini dan memang ia tidak berani hendak ganggu saya didalam kedai tersebut tapi tetap menunggu diluar. Akhirnya saya nampak sikit keikhlasan pada diri ia, hingga saya setuju. Apa pun pertama yang saya tanya pada ia "sana ada salji tak”. Ia kata memang boleh main lagi dengan salji di Srinagar. Apa lagi orang tak pernah tengok salji kata kan terus saya setuju. Tapi saya memilih menaiki  bas dan akan ditemani oleh ia sendiri.

Bas begerak meninggalkan kota New Delhi kira-kira pukul 12 tengah hari. Penuh dengan penumpang dan kalau dilihat dibumbung bas sudah macam bukit kecil segala macam barangan di letak di atas bumbung termasuk back pack saya.

Perjalanan dari New Delhi ke Srinagar Kashmir  memang mencabar dan menempuh lereng gunung yang amat curam. Pada permulaan perjalanan suasana pandangan luar tingkap nampak okey sekali sekala menempuh kawasan luas dikiri kanan pohon bunga matahari yang menguning.

Kira-kira pukul 7 pagi keesokan harinya setelah hampir 17 jam perjalanan, saya sampai di Jammu. Disini bas mengalami kerosakan di bahagian tayar, tapi dapat diatasi. Perjalanan kemudian melalui Patnitop dan Batote diketinggian 2,024meter yang kelihatan banyak rumah tumpangan mewah di pinggir bukit yang akan penuh bila datang musim salji.

Bas mula mendaki gunung dan melalui beberapa tempat seperti Khanabal, Arantipur dan Pampore seterusnya perjalanan melalui jalan yang amat bahaya. Sekali sekala saya menahan nafas apabila menjenguk ke luar tingkap melihat tayar bas yang hanya satu kaki jaraknya dari tebing yang amat curam tanpa penghadang. Hati bertambah kecut bila terpandang sungai yang pada mulanya lebar besar menjadi kecil lagi halus seolah-olah saya berada di dalam kapal terbang dan melihat aliran sungai dari luar tingkap kapal terbang. Risau hati bertambah bila bas yang berada di lereng gunung tinggi bertembung pula dengan kenderaan lain dihadapan atau diganggu oleh puluhan binatang ternakan seperti kambing biri-biri.

Saya dengar banyak kejadian kenderaan jatuh gaung disini. Seperti yang diceritakan oleh Javeed pada saya pada tahun sebelumnya ada sebuah bas penumpang seperti bas yang saya naiki telah jatuh gaung membunuh semua penumpang akibat ditimpa runtuhan salji.

Di luar tingkap saya melihat dilereng gunung yang lebih tinggi kelihatan kenderaan lain yang sedang mendaki begitu kecil sekali. Selain saya ada 2 pengembara dari Barat yang turut sama dalam perjalanan menaiki bas usang ini. Salah seorang daripadanya sampai mengeletar tubuh badan bila bas melalui lereng gunung tinggi hingga jarak tayar dengan tebing tanpa pengadang hanya kira-kira sekaki aje. Ia kata tak nak balik ikut jalan ini lagi.

Kira-kira 93km sebelum tiba di Srinagar bas menempuh terowong gelap sepanjang 200m, dikawal ketat oleh askar dikenali sebagai Jawarhal Tunnel. Hanya sebuah kenderaan yang muat masuk dalam lubang yang sempit ini. Amat sempit,seolah-olah sebuah trowong yang belum siap sepenuhnya. Diluar dengan bantuan cahaya lampu bas kelihatan dinding yang tidak bersimen dengan baik, berbonjok-bonjol tidak rata dan berair. Tangan boleh meyentuh dikiri dan kanan dinding didalam terowong tersebut. Bayangkan kalu terkandas dan  terkambus didalam heeeee habis semua jadi arwah. Kawasan sekitar terowong ini kita dilarang mengambil gambar dan sebaik keluar terowong disebelah sana kami semua diperiksa sekali lagi sebagai langkah berjaga-jaga mana tahu kalau ada orang nak meletupkan terowong ini, yang merupakan salah satu jalan penting penghubung kawasan Srinagar dengan dunia luar. 

Walau bagaimana pun sememangnya saya amat puas dan enjoy menempuh perjalanan ini. Pengalaman yang amat menarik. Saya tiba di Srinagar Kashmir yang terletak diketinggian 1768 meter kira-kira pukul 5 petang setelah menempuh perjalanan selama 28 jam. Walau ngeri macammana sekali pun saya terpaksa menempuh sekali lagi ketika kembali semula ke New Delhi nanti.


2 Jalan bahaya ke dua yang pernah saya lalui menaiki bas dari Rawalpindi ke Gilgit ke Karimabad (Karakarom Highway) Pakistan


Bas dari Rawalpindi bertolak pukul 12.00 tengahari. Keadaan bas nampak agak selesa perjalanan menempuh beberapa bandar seperti Abbotobad, dan berhenti di Meshera kira-kira pukul 3.20 petang dan tiba berhenti makan lagi di Besham pukul 6.40 petang. Pemandangan agak menarik tapi suasana semakin gelap dan penumpang didalam bas ketika itu tak sampai 10 orang dan tidak ramai yang naik walaupun ada disepanjang perjalanan itu.

Apa pun perjalanan semakin berbelok-belok dan naik ke lereng gunung semakin tinggi semakin curam keadaannya. Suasana gelap saya tidak nampak apa-apa di luar kecuali pandangan jalan di hadapan yang diterangi cahaya lampu bas. Sejuk hingga ketulang mula terasa mengigil, baju panas saya berada dibumbung bas so terpaksalah saya menahan kesejukan yang amat sangat. Kira-kira pukul 3.40 pagi saya tiba di Gilgit suasana amat gelap setiba di bas station yang sunyi. Dalam keadaan penat mengantuk kesejukan setelah menempuh perjalanan hampir 17 jam saya terpaksa menaiki teksi ke hotel.

Sebenarnya lereng curam dalam perjalanan pergi yang saya tempuhi ketika waktu malam memang saya tidak sedari tetapi saya mula nampak jelas ketika dalam perjalanan pulang di waktu siang.

Begitu juga ketika perjalanan saya menaiki jeep dari Gilgit ke Karimabad sekitar lembah Hunza. Beberapa jam perjalanan kita melalui beberapa kawasan lereng curam yang tinggi serta berbeluk tajam dan ada beberapa tempat jalan terbina tanpa penghadang jalan. Ada jalan yang dibina dengan menarah lereng gunung berbatu sehingga menjadi jalan.


3 Jalan bahaya ke tiga yang pernah saya lalui menaiki van dari Kodari (sempadan Nepal-China) ke Nyalam Tibet



Pada pukul 6 pagi saya menaiki sebuah van bersama 7 pengembara lain. Saya, seorang pilot dari Jepun, seorang lelaki dari France yang sudah 5 bulan berada diIndia, 2 orang lelaki tua dari US, seorang lelaki tua dari German dan 2 orang gadis dari US. Selama 5 hari kami akan bersama menjelajah melalui jalan darat hingga ke Lhasa Tibet. Dari Kathmandu perjalanan menuju ke sempadan  mengambil masa 6 jam. 

Kami tiba di Kodari pekan akhir di Nepal yang bersempadankan dengan China. Kodari walaupun kecil tapi agak sibuk ketika itu dan setelah selesai urusan kastam disebelah Nepal kami menyeberangi  “Friendship Bridge” dengan menaiki truck (seperti truck askar) yang besar beramai-ramai dan ada yang berdiri dibelakang truck naik ke pejabat kastam Zangmu dibelah China yang terletak diketinggian 2300m. Truck yang mendaki naik dilereng gunung begerak agak pelahan dan perjalanan memang mengambil masa ketika itu.

Selesai urusan kastam di China kami sempat rest sebentar di Zangmu yang terletak dilereng gunung dan merupakan pekan pertama di Tibet China. Disini sempat kami menukar duit ke matawang China.

From Wikipeida: Nyalam is a small Tibetan town near the Nepal border. It is 35 km from Zhangmu town in the same county, which is the point of entry of Nepal. Nyalam is situated at 3,750 metres (12,300ft) above sea level. A town of stone buildings and tin roofs, it is nicknamed 'The Gate of Hell' by the Nepalese traders because the trail between Nyalam and the Nepalese border was so treacherous to negotiate.

Perjalanan diteruskan saya nampak dengan jelas pemandangan pekan Zangmu yang semakin kecil bila van sudah berada di paras yang tinggi. Kami mula melalui pinggir lereng gunung yang teramat amat curam, berbeluk- beluk terasa juga gayatnya. Perjalanan dari Zangmu ke Nyalam (pekan ke dua selepas Zangmu) ini juga dikenali sebagai “The Gates of Hell” kerana keadaan jalan yang berbahaya dan kemalangan serta kenderaan yang jatuh gaung kerap juga berlaku. Sesekali sekala saya perhatikan pemandangan pergunungan disini tidak ubah seperti dalam lukisan cina. Nampak juga air terjun yang cantik tinggi di gunung seberang sana. Ada sekali perjalanan kami terhenti kerana pegerakan kenderaan perlahan akibat tanah runtuh. Saya sempat keluar dari van dan melihat sendiri pemandangan curam yang amat dalam, ya kami berada di lereng yang amat tinggi ketika itu.

Dalam masa yang sama kepala saya dah mula berdenyut-denyut, saya bimbang acute mountain sickness AMS, kalau teruk macam mana saya nak turun ke kawasan yang lebih rendah kerana AMS ubat yang paling mujarab ialah kita kena turun ke kawasan yang lebih rendah semula. Kami tiba di pekan Nyalmu (3750m) untuk bermalam sudah lewat petang. Suasana sudah gelap dan sejuk yang teramat sangat. Pada ketinggian begini keadaan saya memang dah terasa amat teruk. Bergerak dah tak mampu, angkat beg dah tak larat, bernafas susah tercungap-cungap. Muntah beberapa kali dan terpaksa mendapatkan bantuan oksigen ketika itu. Dah tak da rasa malu lantak lah muntah depan mat-mat saleh tu semua.

Alhamdulillah tubuh badan saya dapat menerima dengan cepat keadaan suasana tekanan udara yang semakin tipis diperingkat itu dan saya sembuh elok disebelah pagi keesokan harinya. Dan kami meneruskan perjalanan serta menempuh beberapa kawasan tinggi melebihi 5000 meter seperti  La Lung Pass yang terletak diketinggian 5050m dan bermalam dibeberapa tempat seperti Xegar, Shigetse dan Gyantze sebelum tiba di Lhasa dan menghabiskan 2 hari dari keseluruhan 7 hari pakej perjalanan yang saya ambil di Lhasa. Menariknya sepanjang perjalanan tubuh badan saya kuat tidak ada rasa pening lagi tapi rakan pengembara lain dalam van yang sama mula berasa kesan acute mountain sickness ini. Acute mountain sickness ini boleh membawa maut, sebab itu lah kiranya kita mendaki gunung jangan terus nak cepat tiba di puncak, kita perlu lakukannya secara berperingkat-peringkat atau slow-slow. Tubuh badan kita tidak boleh menerima keadaan udara yang tipis secara mendadak.

Saya punya pengalaman menarik, ketika saya menolong seorang pengembara eropah yang tengah mati bila sampai di Annapurna Base Camp di Pokhara Nepal. Ia mendaki dengan cepat, tubuh badannya tak boleh terima keadaan udara dibase camp tersebut maka ia mula berasa pening kepala yang amat kuat. Saya menawar diri menolongnya serta memapah ia turun ke kawasan yang lebih rendah pada malam hari yang gelap dengan bantuan seorang rakan kembara dari England. Hampir 2 jam berjalan diatas salji yang semakin cair dan agak bahaya kerana terdapat aliran sungai di bawah takut kami terperusuk jatuh. Kami bagaimana pun selamat tiba di Machapuchere Base Camp diketinggian 3700meter dari Annapurna Bace Camp yang berketinggian 4130meter. Walahhh pening kepala mamat tu terus hilang. Kita sebenarnya perlu faham tentang apa itu Acute Mountain Sickness sebelum mendaki kekawasan yang tinggi.


4 Jalan bahaya ke empat yang pernah saya lalui dari Karghilik atau Yecheng diwilayah Xinjiang ke Ali Tibet (Xinjiang-Tibet Highway).


“There are many dangers because of the bad road and the cold, plus the road from Karghilik in Xinjiang to Ali in Tibet is illegal for foreigners”.

Saya ada mendengar ada pengembara yang terpaksa menunggu lori untuk di tumpangi selama berhari-hari di bandar ini da nada yang terpaksa membatal kan niat mereka. Berdekatan dengan bas ini terdapat sebuah papan tanda bertulis;

“Foreigner shall not allowed to travel from here to Ali without permission”

Yang hanya saya tahu pelancung hanya boleh masuk ke wilayah Tibet hanya melalui Nepal dan Golmud wilayah Qinghai. Sebenarnya perkhidmatan bas ini hanya untuk penduduk tempatan sahaja, pelancung tidak dibenarkan menaiki bas ini tetapi saya mahu mencuba dan saya dengar ada yang berjaya. Saya ambil risiko dan tahu sekiranya ditahan diperjalanan nanti dan disuruh kembali semula ke Karghilik saya akan turuti. Didalam Lonely Planet tertulis mengenai perjalanan ini;

“To Tibet; The 1100km long road to Ali western Tibet, branches off from the main Kashgar-Hotan road 6km east of Karghilik. There are no buses along this road so you’ll have to hitch a ride with a truck. This is a very tough road with several passes over 5400m and severeal foreigners have died, either from exposure or in traffic accidents. You should come equipped with warm clothes and enough food for a week ( though the trip to Ali can take as little as three days). In addition, the route is officially off limits to foreigners and there are numerous check point en route (though surprising numbers of travelers have been making it through in recent years)


No comments:

Post a Comment