Thursday, February 4, 2016

33 - KEMBARA SOLO 2005 - TRANS SIBERIA TRAIN - ULAAN BATOR KE MOSCOW - BAHAGIAN 16-22

Perbelanjaan saya ke Moscow pi balik,

1) Visa invitation - USD160 + USD20 (last minit yang diminta)

2) Train tiket Ulaan Baatar-Moscow (naik train Russia) – USD125 (harga biasa USD195 saya dapat murah)

3) Train tiket Moscow-Ulaan Baatar ( naik train China-Trans Mongolia ) – USD205

4) Tiga malam di Ismailovo Hotel di Moscow – USD159

5) Insurance untuk 11 hari (jangka masa ketika saya berada di tanah Russia) – USD11.66

Total = USD 680.66 ok lah sikit dari yang kat Beijing yang mencecah USD1000.

Ini antara dokument perjalanan 
Trans Siberia saya
Saya meninggalkan Mongolia selepas 13 hari berada di sana. Saya hanya bawa sebuah beg kecil dengan barang keperluan yang penting saja, semua barangan lain serta backpack, saya tinggalkan di Nassan Guesthouse, saya akan ambil sekembali pulang dari Moscow nanti. Saya menaiki keretapi menuju ke Moscow yang memakan masa perjalanan lima hari empat malam. 

Keretapi Russia yang dinaiki agak uzur berbanding keretapi Trans Mongolia yang saya naiki dari Beijing ke Ulaan Baatar. Saya berkongsi bilik dengan seorang lelaki Russia yang mempunyai isteri bangsa Mongolia. Kami kurang berkomunikasi kerana dia tidak faham bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris saya pun bukannya terror so elok lah kami tak banyak cakap.

Keadaan bilik dalan gerabak Trans Siberia train

Setiap gerabak mempunyai sembilan bilik, dan setiap bilik memiliki empat katil. Di setiap gerabak pula terdapat dua orang `provodnitsa’ iaitu pekerja perempuan yang bertugas untuk menjaga kebersihan, menyediakan air panas, membakar arang untuk memanaskan suhu gerabak dan menjaga kebajikan penumpang.

Kepala garabak ditukar beberapa kali di beberapa tempat

Selepas tujuh setengah jam perjalanan, keretapi tiba di Sukhbaatar iaitu bandar di sempadan Mongolia dan Rusia. Di situ, urusan pemeriksaan pasport dilakukan dan selepas satu jam, keretapi mula bergerak memasuki Rusia di bandar Nauski. Sekali lagi, urusan pemeriksaan pasport dilakukan. Keesokan pagi, sebaik bangun tidur di luar tingkap, saya melihat pemandangan Tasik Baikal iaitu tasik yang terdalam didunia, 1,637 meter. Tasik seluas 636 kilometer (km) dan lebar 60 km itu kelihatan seperti buah pisang. Walaupun pemandangan yang dilihat hanya salji yang memutih dan tasik membeku panorama tetap menarik terutama ketika keretapi meninggalkan kawasan selatan tasik itu. 

Train dari Ulaan Baatar ke Moscow ialah milik Russia

Dari sini, saya dapat melihat sebuah perkampungan indah yang dipenuhi pokok yang disalut salji. Sepanjang `tinggal’ di dalam keretapi ini, saya gembira dapat melihat telatah manusia termasuk diluar. Keretapi yang dinaiki singgah di 32 buah bandar kecil dan besar, paling lama berhenti selama 30 minit dan paling cepat lima minit. 

Diluar stesen di Irkutsk saya keluar ketika train berhenti

Ketika berhenti inilah penumpang mengambil kesempatan keluar untuk membeli makanan dan minuman yang dijual oleh penduduk tempatan. Saya memilih untuk makan ikan salai, kek, coklat buah limau dan roti. Saya juga makan mi segera yang dicampur dengan sos cili. Serbuk perasa yang terdapat di dalam bungkusan mi segera dibuang kerana mengandungi perencah bercampur daging khinzir. Ada kalanya, apabila keretapi berhenti, saya berlari keluar untuk meninjau persekitaran stesen keretapi. 

Hampit 33 kali train berhenti disepanjang perjalanan dari Ulaan Baatar ke Moscow

Biasanya saya lakukan dengan cepat kerana keretapi kadang kala bergerak tanpa mengikut jadual. Saya biasa mendengar ramai pengembara ditinggalkan keretapi. Saya juga mendapati beberapa kali kepala keretapi ditukar. Apa yang saya lihat tidak ada seorang pun pengembara asing. Penumpang hanya terdiri daripada orang Rusia dan Mongolia. 

Buku catatan sepanjang kembara saya

Kebanyakan orang Mongolia yang pergi ke Moscow ialah peniaga barangan yang memborong barang untuk dijual di Mongolia. Barangan yang dibeli itu mengikut musim iaitu selimut, pakaian, topi dan lain-lain. Mereka juga akan membawa barangan dari Mongolia dan menjualnya ketika keretapi berhenti di stesen-stesen di sepanjang perjalanan. Menariknya di setiap stesen sudah ada pembeli menunggu walaupun pada lewat malam yang sejuk. Jika barangan tidak dapat dijual, mereka akan menukarnya dengan barangan yang dikehendaki ketika di Moscow nanti. 

Suasana ketika train berhenti
Dalam cabin

Selepas melepasi Yaketeringburg orang tua sebilik saya dah turun kat situ bermakna saya sendirian aje dalam bilik tu. Hmmm ada salah seorang 'provodnitsa' agak muda bergaya macam gatal sikit. Semasa saya komplen tingkap dalam bilik masuk angin ia sambil ketawa bercakap dalam bahasa Russia dan saya dengar perkataan sex dan ketawa. Risau saya bermula malam tu saya pastikan betul-betul pintu bilik dikunci bimbang takut ia masuk bilik dan merogol pulak saya nanti.
 



Sekitar dalam trans siberia menuju ke Moscow

Saya tiba di stesen keretapi Yaroslavsky di Moscow pada petang yang sejuk, dan cuaca pula mendung dengan salji yang memutih.Tidak sukar untuk saya mencari Hotel Ismailovo iaitu hotel yang akan saya diami selama tiga malam di sini. Pada malam itu juga selepas mandi saya terus ke St Basil untuk melihat mercu tanda yang sangat terkenal di bandar Moscow itu.


No comments:

Post a Comment