JALAN
YANG PALING BAHAYA PERNAH SAYA TEMPUHI
Sebenarnya
banyak tempat dan jalan raya yang berbahaya di dunia bergantung kepada keadaan
jalanraya itu sendiri atau keadaan sekitaran yang melampau seperti suhu,
ketinggian dan sebagainya tetapi dibawah ini saya senaraikan empat jalan raya
yang paling bahaya pernah saya sendiri tempuhi, disini saya ceritakannya dengan
lebih detail daripada tulisan cerita yang sama dalam entry saya sebelum ini;
1 Jalan
bahaya pertama yang pernah saya lalui menaiki bas dari New Delhi ke Srinagar
Kashmir India.
Plan asal
selepas penat di New Delhi saya berkira-kira nak ke mana pulak. Mulanya saya
nak Simla bahagian utara yang sejuk dingin, tapi berubah arah bila saya dipaksa
oleh seorang pemuda Kashmir menyuruh saya ke Srinagar Kashmir menaiki kapal
terbang dan tinggal di house boat milik bapanya. Banyak cantik apa naik kapal
terbang!!! ia ingat saya banyak duit kut.
Javeed
nama budak muda ni, mengikuri saya sampai saya naik rimas, saya cuba elakkan
diri dari ia tapi ia masih mencari saya. Kemana saja saya begerak di sekitar
Connought Place ia akan ikut kadang-kadang saya lari masuk ke kedai mewah
disini dan memang ia tidak berani hendak ganggu saya didalam kedai tersebut
tapi tetap menunggu diluar. Akhirnya saya nampak sikit keikhlasan pada diri ia,
hingga saya setuju. Apa pun pertama yang saya tanya pada ia "sana ada
salji tak”. Ia kata memang boleh main lagi dengan salji di Srinagar. Apa lagi
orang tak pernah tengok salji kata kan terus saya setuju. Tapi saya memilih
menaiki bas dan akan ditemani oleh ia sendiri.
Bas
begerak meninggalkan kota New Delhi kira-kira pukul 12 tengah hari. Penuh
dengan penumpang dan kalau dilihat dibumbung bas sudah macam bukit kecil segala
macam barangan di letak di atas bumbung termasuk back pack saya.
Perjalanan
dari New Delhi ke Srinagar Kashmir memang mencabar dan menempuh lereng
gunung yang amat curam. Pada permulaan perjalanan suasana pandangan luar
tingkap nampak okey sekali sekala menempuh kawasan luas dikiri kanan pohon
bunga matahari yang menguning.
Kira-kira
pukul 7 pagi keesokan harinya setelah hampir 17 jam perjalanan, saya sampai di
Jammu. Disini bas mengalami kerosakan di bahagian tayar, tapi dapat diatasi.
Perjalanan kemudian melalui Patnitop dan Batote diketinggian 2,024meter yang
kelihatan banyak rumah tumpangan mewah di pinggir bukit yang akan penuh bila
datang musim salji.
Bas mula
mendaki gunung dan melalui beberapa tempat seperti Khanabal, Arantipur dan
Pampore seterusnya perjalanan melalui jalan yang amat bahaya. Sekali sekala
saya menahan nafas apabila menjenguk ke luar tingkap melihat tayar bas yang
hanya satu kaki jaraknya dari tebing yang amat curam tanpa penghadang. Hati
bertambah kecut bila terpandang sungai yang pada mulanya lebar besar menjadi
kecil lagi halus seolah-olah saya berada di dalam kapal terbang dan melihat
aliran sungai dari luar tingkap kapal terbang. Risau hati bertambah bila bas yang
berada di lereng gunung tinggi bertembung pula dengan kenderaan lain dihadapan
atau diganggu oleh puluhan binatang ternakan seperti kambing biri-biri.
Saya
dengar banyak kejadian kenderaan jatuh gaung disini. Seperti yang diceritakan
oleh Javeed pada saya pada tahun sebelumnya ada sebuah bas penumpang seperti
bas yang saya naiki telah jatuh gaung membunuh semua penumpang akibat ditimpa
runtuhan salji.
Di luar
tingkap saya melihat dilereng gunung yang lebih tinggi kelihatan kenderaan lain
yang sedang mendaki begitu kecil sekali. Selain saya ada 2 pengembara dari
Barat yang turut sama dalam perjalanan menaiki bas usang ini. Salah seorang
daripadanya sampai mengeletar tubuh badan bila bas melalui lereng gunung tinggi
hingga jarak tayar dengan tebing tanpa pengadang hanya kira-kira sekaki aje. Ia
kata tak nak balik ikut jalan ini lagi.
Kira-kira
93km sebelum tiba di Srinagar bas menempuh terowong gelap sepanjang 200m,
dikawal ketat oleh askar dikenali sebagai Jawarhal Tunnel. Hanya sebuah
kenderaan yang muat masuk dalam lubang yang sempit ini. Amat sempit,seolah-olah
sebuah trowong yang belum siap sepenuhnya. Diluar dengan bantuan cahaya lampu
bas kelihatan dinding yang tidak bersimen dengan baik, berbonjok-bonjol tidak
rata dan berair. Tangan boleh meyentuh dikiri dan kanan dinding didalam
terowong tersebut. Bayangkan kalu terkandas dan terkambus didalam heeeee
habis semua jadi arwah. Kawasan sekitar terowong ini kita dilarang mengambil
gambar dan sebaik keluar terowong disebelah sana kami semua diperiksa sekali
lagi sebagai langkah berjaga-jaga mana tahu kalau ada orang nak meletupkan
terowong ini, yang merupakan salah satu jalan penting penghubung kawasan
Srinagar dengan dunia luar.
Walau bagaimana pun sememangnya saya amat puas dan
enjoy menempuh perjalanan ini. Pengalaman yang amat menarik. Saya tiba di
Srinagar Kashmir yang terletak diketinggian 1768 meter kira-kira pukul 5 petang
setelah menempuh perjalanan selama 28 jam. Walau ngeri macammana sekali pun
saya terpaksa menempuh sekali lagi ketika kembali semula ke New Delhi nanti.
2 Jalan
bahaya ke dua yang pernah saya lalui menaiki bas dari Rawalpindi ke Gilgit ke
Karimabad (Karakarom Highway) Pakistan
Bas dari
Rawalpindi bertolak pukul 12.00 tengahari. Keadaan bas nampak agak selesa
perjalanan menempuh beberapa bandar seperti Abbotobad, dan berhenti di Meshera
kira-kira pukul 3.20 petang dan tiba berhenti makan lagi di Besham pukul 6.40
petang. Pemandangan agak menarik tapi suasana semakin gelap dan penumpang
didalam bas ketika itu tak sampai 10 orang dan tidak ramai yang naik walaupun
ada disepanjang perjalanan itu.
Apa pun
perjalanan semakin berbelok-belok dan naik ke lereng gunung semakin tinggi semakin
curam keadaannya. Suasana gelap saya tidak nampak apa-apa di luar kecuali
pandangan jalan di hadapan yang diterangi cahaya lampu bas. Sejuk hingga
ketulang mula terasa mengigil, baju panas saya berada dibumbung bas so
terpaksalah saya menahan kesejukan yang amat sangat. Kira-kira pukul 3.40
pagi saya tiba di Gilgit suasana amat gelap setiba di bas station yang sunyi.
Dalam keadaan penat mengantuk kesejukan setelah menempuh perjalanan hampir 17
jam saya terpaksa menaiki teksi ke hotel.
Sebenarnya
lereng curam dalam perjalanan pergi yang saya tempuhi ketika waktu malam memang
saya tidak sedari tetapi saya mula nampak jelas ketika dalam perjalanan pulang
di waktu siang.
Begitu
juga ketika perjalanan saya menaiki jeep dari Gilgit ke Karimabad sekitar
lembah Hunza. Beberapa jam perjalanan kita melalui beberapa kawasan lereng
curam yang tinggi serta berbeluk tajam dan ada beberapa tempat jalan terbina
tanpa penghadang jalan. Ada jalan yang dibina dengan menarah lereng gunung
berbatu sehingga menjadi jalan.
3 Jalan
bahaya ke tiga yang pernah saya lalui menaiki van dari Kodari (sempadan
Nepal-China) ke Nyalam Tibet
Pada pukul
6 pagi saya menaiki sebuah van bersama 7 pengembara lain. Saya, seorang pilot
dari Jepun, seorang lelaki dari France yang sudah 5 bulan berada diIndia, 2
orang lelaki tua dari US, seorang lelaki tua dari German dan 2 orang gadis dari
US. Selama 5 hari kami akan bersama menjelajah melalui jalan darat hingga ke
Lhasa Tibet. Dari Kathmandu perjalanan menuju ke sempadan mengambil masa
6 jam.
Kami tiba di Kodari pekan akhir di Nepal yang bersempadankan dengan
China. Kodari walaupun kecil tapi agak sibuk ketika itu dan setelah selesai
urusan kastam disebelah Nepal kami menyeberangi “Friendship Bridge”
dengan menaiki truck (seperti truck askar) yang besar beramai-ramai dan ada
yang berdiri dibelakang truck naik ke pejabat kastam Zangmu dibelah China yang
terletak diketinggian 2300m. Truck yang mendaki naik dilereng gunung begerak
agak pelahan dan perjalanan memang mengambil masa ketika itu.
Selesai
urusan kastam di China kami sempat rest sebentar di Zangmu yang terletak
dilereng gunung dan merupakan pekan pertama di Tibet China. Disini sempat kami
menukar duit ke matawang China.
From Wikipeida: Nyalam is a small Tibetan town near the
Nepal border. It is 35 km from Zhangmu town in the same county, which is the
point of entry of Nepal. Nyalam is situated at 3,750 metres (12,300ft)
above sea level. A town of stone buildings and tin roofs, it is nicknamed 'The
Gate of Hell' by the Nepalese traders because the trail between Nyalam and
the Nepalese border was so treacherous to negotiate.
Perjalanan
diteruskan saya nampak dengan jelas pemandangan pekan Zangmu yang semakin kecil
bila van sudah berada di paras yang tinggi. Kami mula melalui pinggir lereng
gunung yang teramat amat curam, berbeluk- beluk terasa juga gayatnya.
Perjalanan dari Zangmu ke Nyalam (pekan ke dua selepas Zangmu) ini juga
dikenali sebagai “The Gates of Hell” kerana keadaan jalan yang berbahaya dan
kemalangan serta kenderaan yang jatuh gaung kerap juga berlaku. Sesekali sekala
saya perhatikan pemandangan pergunungan disini tidak ubah seperti dalam lukisan
cina. Nampak juga air terjun yang cantik tinggi di gunung seberang sana. Ada
sekali perjalanan kami terhenti kerana pegerakan kenderaan perlahan akibat
tanah runtuh. Saya sempat keluar dari van dan melihat sendiri pemandangan curam
yang amat dalam, ya kami berada di lereng yang amat tinggi ketika itu.
Dalam
masa yang sama kepala saya dah mula berdenyut-denyut, saya bimbang acute
mountain sickness AMS, kalau teruk macam mana saya nak turun ke kawasan yang
lebih rendah kerana AMS ubat yang paling mujarab ialah kita kena turun ke
kawasan yang lebih rendah semula. Kami tiba di pekan Nyalmu (3750m) untuk
bermalam sudah lewat petang. Suasana sudah gelap dan sejuk yang teramat sangat.
Pada ketinggian begini keadaan saya memang dah terasa amat teruk. Bergerak dah
tak mampu, angkat beg dah tak larat, bernafas susah tercungap-cungap. Muntah
beberapa kali dan terpaksa mendapatkan bantuan oksigen ketika itu. Dah tak da
rasa malu lantak lah muntah depan mat-mat saleh tu semua.
Alhamdulillah
tubuh badan saya dapat menerima dengan cepat keadaan suasana tekanan udara yang
semakin tipis diperingkat itu dan saya sembuh elok disebelah pagi keesokan
harinya. Dan kami meneruskan perjalanan serta menempuh beberapa kawasan tinggi
melebihi 5000 meter seperti La Lung Pass yang terletak diketinggian 5050m
dan bermalam dibeberapa tempat seperti Xegar, Shigetse dan Gyantze sebelum tiba
di Lhasa dan menghabiskan 2 hari dari keseluruhan 7 hari pakej perjalanan yang
saya ambil di Lhasa. Menariknya sepanjang perjalanan tubuh badan saya kuat
tidak ada rasa pening lagi tapi rakan pengembara lain dalam van yang sama mula
berasa kesan acute mountain sickness ini. Acute mountain sickness ini boleh
membawa maut, sebab itu lah kiranya kita mendaki gunung jangan terus nak cepat
tiba di puncak, kita perlu lakukannya secara berperingkat-peringkat atau
slow-slow. Tubuh badan kita tidak boleh menerima keadaan udara yang tipis
secara mendadak.
Saya
punya pengalaman menarik, ketika
saya menolong seorang pengembara eropah yang tengah mati bila sampai di
Annapurna Base Camp di Pokhara Nepal. Ia mendaki dengan cepat, tubuh badannya
tak boleh terima keadaan udara dibase camp tersebut maka ia mula berasa pening
kepala yang amat kuat. Saya menawar diri menolongnya serta memapah ia turun ke
kawasan yang lebih rendah pada malam hari yang gelap dengan bantuan seorang
rakan kembara dari England. Hampir 2 jam berjalan diatas salji yang semakin
cair dan agak bahaya kerana terdapat aliran sungai di bawah takut kami
terperusuk jatuh. Kami bagaimana pun selamat tiba di Machapuchere Base Camp diketinggian 3700meter dari Annapurna Bace Camp yang berketinggian 4130meter.
Walahhh pening kepala mamat tu terus hilang. Kita sebenarnya perlu faham
tentang apa itu Acute Mountain Sickness sebelum mendaki kekawasan yang tinggi.
4 Jalan
bahaya ke empat yang pernah saya lalui dari Karghilik atau Yecheng diwilayah
Xinjiang ke Ali Tibet (Xinjiang-Tibet Highway).
“There
are many dangers because of the bad road and the cold, plus the road from
Karghilik in Xinjiang to Ali in Tibet is illegal for foreigners”.
Saya ada
mendengar ada pengembara yang terpaksa menunggu lori untuk di tumpangi selama
berhari-hari di bandar ini da nada yang terpaksa membatal kan niat mereka.
Berdekatan dengan bas ini terdapat sebuah papan tanda bertulis;
“Foreigner
shall not allowed to travel from here to Ali without permission”
Yang
hanya saya tahu pelancung hanya boleh masuk ke wilayah Tibet hanya melalui
Nepal dan Golmud wilayah Qinghai. Sebenarnya perkhidmatan bas ini hanya untuk
penduduk tempatan sahaja, pelancung tidak dibenarkan menaiki bas ini tetapi
saya mahu mencuba dan saya dengar ada yang berjaya. Saya ambil risiko dan tahu
sekiranya ditahan diperjalanan nanti dan disuruh kembali semula ke Karghilik
saya akan turuti. Didalam Lonely Planet tertulis mengenai perjalanan ini;
“To
Tibet; The 1100km long road to Ali western Tibet, branches off from the main
Kashgar-Hotan road 6km east of Karghilik. There are no buses along this road so
you’ll have to hitch a ride with a truck. This is a very tough road with
several passes over 5400m and severeal foreigners have died, either from
exposure or in traffic accidents. You should come equipped with warm clothes
and enough food for a week ( though the trip to Ali can take as little as three
days). In addition, the route is officially off limits to foreigners and there
are numerous check point en route (though surprising numbers of travelers have
been making it through in recent years)