HOR, DONGPA, PARYANG, HORPA WILAYAH UTARA TIBET
Hor Tibet(4520 meter)
Hor terletak di sebatang jalan utama pada
ketinggian 4,520 meter. Terdapat beberapa rumah kedai di kiri dan kanan jalan.
Seronok melihat kehidupan harian mereka, termasuk kelibat sekumpulan perempuan
Tibet yang berpakaian tradisional berwarna-warni memasuki bandar itu.
Seperti
di Purang, di sini juga saya dapat melihat najis manusia dimerata-rata tempat
terutama disepanjang jalan utama. Saya terpaksa menunggu lori dipinggir jalan
setiap hari dibawah sinar matahari yang terik selama tiga hari. Perlu diingat
tiada perkhidmatan bas disini. Saya sentiasa memasang telinga untuk mendengar
bunyi enjin lori dan bila terdengar
bunyi kenderaan saya akan terus meluru keluar bilik walau pun ketika itu waktu
malam.
Mulanya memang saya berasa bosan tetapi saya
gembira kerana pada petang hari kedua ketika disini, saya bertemu seorang
pengembara dari Jepun bernama Kazuto yang berusia 23 tahun yang datang dari
arah Gunung Kailash. Seperti saya, beliau juga mahu menuju ke Shigetsi. Ia
sebenarnya telah mengembara hampir 10 bulan, baru selesai kembara ke
Afghanistan dan telah ke Pakistan, India, Nepal dan masuk ke Tibet semata-mata
hendak ke mengelilingi gunung Kailash. Beliau pernah menunggang basikal bersama
dua pengembara dari Eropah dari Lhasa Tibet hingga ke Nepal. Destinasi Kazuto seterusnya
ialah kembali semula ke India melalui Nepal sekali lagi.
Saya kemudian berpindah bilik untuk tinggal
bersama Kazuto disebuah rumah tumpangan yang lain. Masih ingat ketika waktu
malam yang sejuk berulang kali saya turun ketingkat bawah rumah tumpangan di
luar halaman untuk mengutip “taik yak” yang kering untuk dijadikan bahan bakar
dalam bilik untuk memanaskan suhu bilik. Yang kelakarnya bila bangun dari tidur
keesokan harinya habis seluruh bilik diseliputi habuk hitam kesan dari
pembakaran “taik yak” semalam. Muka kami sama-sama menjadi comot. Saya memang
tidak dapat tidur kerana sentiasa memasang teling mendengar bunyi suara lori.
Keesokan harinya pada petang hari ketiga saya
di Hor akhirnya lori yang ditunggu pun tiba perlu diingat bukan semua lori yang
beri kita menumpang dan kami berdua berjanji akan membayar RM138.00 seorang
untuk perjalanan ke Shigetsi pada pemandu lori setiba di Shegetsi nanti. Ketika
itu memang saya amat teruja saya dan Kazuto mengambil tempat dibelakang lori
yang luas dan kosong untuk beberapa hari sehingga ke Shegetsi. Kazuto mengajar
saya cara-cara tidur dibelakang lori dengan betul untuk mendapatkan sedikit keselesaan
memandangkan kami akan menempuh cuaca sejuk dan permukaan jalan yang teruk.
Perjalanan kami bermula pada pukul 2 petang. Terdapat
tiga buah lori berkonvoi bersama. So excited kerana ini lah pengalaman pertama
saya menumpang belakang lori sebesar ini. Jenuh kami terpaksa panjat tinggi
untuk masuk kebelakang lori tersebut. Belakang lori yang terdedah berlangitkan
bulan dan bintang. Selepas 3 jam perjalanan lori dihentikan dan tiba-tiba
pemandu lori yang juga berusia 23 tahun itu mempelawa kami masuk didalam kabin
memandu. Kami bernasib baik kerana pemandu lori mempelawa kami masuk ke dalam
kabin lori bersama seorang penumpang perempuan Cina, saya dapat tahu perempuan
cina ini lah yang telah meminta pemandu lori supaya benarkan kami masuk ke
kabin dan terdapat sebuah ruang yang boleh bebaring dibelakang tempat memandu
walaupun sempit. Jadi terlepaslah kami daripada cuaca malam yang sejuk. , sejuk
dan gelap kan
Perjalanan melalui dataran tinggi melebihi
4000 meter, sekali sekala melalui lereng-lereng gunung yang berpasir. Kami
berhenti di satu pondok pemeriksaan, Kazuto begitu bimbang macam anak kucing ia
cuba menyorok diri dibelakang kabin didalam lori, tetapi saya memaksanya keluar
dan saya kata padanya kita mesti ambil risiko. Akhirnya kami terlepas tanpa
banyak soalan. Pada pukul 10 malam lori mengalami masaalah sudah tentu di
kawasan luas. Tetapi pemandangan langit indah bercahaya di terangi taburan
bintang. Hampir sejam lori dibaiki, kami kemudian meneruskan perjalanan.
Horpa Tibet
Kami sebenarnya dalam perjalanan menuju ke
Paryang tetapi oleh kerana hari sudah pun lewat kami tiba di Horpa kira-kira
pukul 1 pagi dan terpaksa bermalam disebuah rumah penduduk disini yang terletak
di kawasan saujana mata memandang. Hanya terdapat dua buah rumah kecil sahaja
disini. Berhimpit kami tidur dalam ruang yang kecil ini. Seperti biasa sukar
untuk saya melelapkan mata. Awal pagi saya sudah bangun melihat kawasan sekitar
yang terbentang ini. Kelihatan banyak kambing biri-biri disini. Bila cuaca dah cerah
dan bila pemunggahan daging kambing kedalam lori selesai kami begerak menuju ke
Paryang.
Paryang Tibet
Perjalanan ke paryang tidak jauh mengambil
masa kira-kira 1 jam perjalanan. Paryang hanya sebuah penempatan yang amat
kecil kami singgah disini untuk bersarapan pagi. Pandai-pandailah nak makan
apa. Kebiasaan nya saya mencari biskut kering atau pun roti kosong untuk
mengalas perut.
Di Paryang Lori masih menunggah dan memindahkan daging-daging
kamping yang banyak itu. Sempat saya melihat mereka memunggah. Daging ini
dibiarkan terdedah tanpa peti sejuk pun kerana cuaca di Tibet walapun terik
tidak akan membuatkan daging itu busuk. Daging kambing itu kekal beku. Beberapa
jam disini saya juga berkeliaran disekitar mengambil pemandangan dan wajah
penduduk disini.
Dari Paryang kami bertolak pada pukul 2 petang untuk terus ke
pekan Saga. Jarak perjalanan memang jauh. Lori yang saya naiki berlumba-lumba
dengan dua lori yang lain. Kami berkonvoi bersama-sama. Menariknya dua buah
lori yang turut serta dengan kami itu selain membawa penuh muatan daging kambi,
lori tersebut juga menumpangkan hampir lebih 10 orang penumpang lelaki dan
wanita di belakang lori. Ada yang duduk di atas daging kambing. Saya dapat tahu
kalau lapar mereka akan hiris daging kambing untuk dimakan. Ohhh sekali lagi
cuba bayangkan keadaan mereka bila menempuh malam yang sejuk. Kebanyakan mereka
orang Tibet tentu dah biasakan.
Dongpa Tibet
Pada pukul 5 petang kami tiba di pekan
Dongpa. Pemandu lori memberi isyarat untuk berhenti makan dan akan menyambung
kembali perjalanan terus ke Saga tetapi masaalah timbul. Kazuto memberitahu
orang Tibet yang menumpang dibelakang lori enggan meneruskan perjalanan diwaktu
malam. Mereka masih bertengkar dan maybe juga berbincang. Saya, Kazuto dan
perempuan cina yang menumpang lori itu hanya tunggu sahaja didalam sebuah kedai
makan disini. Sebelum itu saya sudah sempat merayau-rayau sekitar Dongpa.
Akhirnya kira-kira pukul 8 malam kami diberitahu yang kami terpaksa bermalam di
Dongpa. Saya, Kazuto dan perempuan cina terpaksa menyewa disebuah dorm disini
untuk bermalam. Harga katil pada saya murah lah waktu malam bising orang
“berkaraoke”saya terdengar pengunjung sebuah kedai karaoke menyanyikan lagu
Hindi Dil To Pagal Hai. Esok kami terpaksa bersedia awal untuk bertolak ke
Saga. Tidak sempat nak lelap, pukul 4 pagi kami dikejutkan olah pemandu lori.
Bila semua selesai dan bersedia ketiga-tiga lori mula begerak pada pukul
4.45pagi.
Baru setengah jam lori begerak terpaksa
berhenti kerana salah satu lori yang berkonvoi mengalami kerosakan. Hampir dua
jam perjalanan terhenti. Memang sejuk gelap ketika itu sempat juga saya buang
hajat dibelakang sebuah banguanan sebelum bertolak. Tentang buang hajat ni
kalau kita travel di China toilet paper perlu sentiasa ada dalam beg.
Kadang-kadang kami boleh buang hajat bertaburan di padang yang luas tanpa ada
apa-apa pengadang. Tetapi siapa peduli bila kita menenggung dan berak yang
jaraknya hampir 50m siapa yang nak tengokkan. Cara begini dah jadi kebiasaan di
sini.
Pemandangan diteruskan dengan pandangan yang
berbeza ada sekali kami melalui bukit pasir seperti padang pasir cantik
kelihatan dari jauh. Tetapi saya tak berani nak suruh lori berhentikan hanya
untuk ambil photo, karang di ketuk kepala saya ni pulak. Tentang photo ni pulak
ramai pengembara dari Jepun yang mengembara lama tidak bawa kamera. Pelik kan
tapi ramai yang saya pernah jumpa termasuk lah si Kazuto ini.