Kami
menaiki bas ke Mohan tempat terakhir bagi memproses dokumen perjalanan di
China, kami kemudian menaiki pick-up trak masuk ke negara Laos dan ke Boten
bagi urusan visa.
MUANG XAI
Selesai segala urusan kami bergerak ke Muang Xai sejauh 81km mengambil masa 4 jam perjalanan. Muang Xai hanya pekan kecil tidak ada apa yang menari bagi saya. Saya dan Yusuke bermalam disini sebelum bertolak ke Luang Prabang sejauh 187km. Laos seperti Malaysia 50 tahun dulu.
Muang Xai atau Oudomxay |
LUANG PRABANG
Luang Prabang lebih besar terdapat banyak juga tempat menari disini seperti Phu Shi yang terletak di bukit tinggi. Kami bermalam beberapa hari disini dan mengambil keputusan berpecah kerana saya hendak ke ibunegeri Laos Vientien manakala Yusuke pula hendak menaiki boat dari sini terus ke utara Thailand menuju Chiang Mai. Apa pun kami berjanji akan bertemu di Kao San Road di Thailand kelak.
Bersama Yusuke di Luang Prabang |
VANG VIENG
Perjalan dari Luang Prabang ke Vang Vieng sejauh hanya 260km. Menaiki bas kayu sekali pandang macam lori saya mengambil keputusan duduk di atas bumbung bas bersama beberapa pengembara lain sepanjang 14jam perjalanan dilereng gunung itu. Dan sekali terkandas beberapa jam kerana jalan terhalang akibat tanah runtuh. Tiba di Vang Vieng kira-kira pukul 9.30 malam. Saya bermalam disini.
Menanti runtuhan batu dialihkan, dalam perjalanan dari Luang Prabang ke Vang Vieng |
Sumber GOOGLE, pandangan seperti ketika makan tengah hari saya di bandar ini |
Tidak banyak photo yang saya ambil di Vang Vien, kalau ada pun tidak menarik. Jadi saya share pemandangan Vang Vien dari GOOGLE, pandangan yang mirip dengan apa yang saya lihat dulu. |
Vang Vieng |
Ramai pelancung berkata Vang Vieng mirip seperti bandar Guilin di China yang terkenal dengan longgokan bukit batu yang bertaburan dimerata-rata dan mempunyai pemandangan indah. Dari Vang Vieng saya ke Vientien sejauh 160km menaiki pick-up track.
No comments:
Post a Comment