Saturday, August 2, 1997

5 - KEMBARA SOLO 1997 - KATHMANDU KE LHASA, TIBET - CHINA - BAHAGIAN KE 3-8


HARI YANG DITUNGGU dah tiba, pukul 4.30 pagi yang gelap saya mengusung beg ke tempat yang telah ditetapkan menunggu. Bersama saya dalam rombongan ini ialah seorang lelaki tua dari German bernama, seorang lelaki tua dari USA, seorang lelaki agak muda dari France, 2 perempuan muda dari USA  serta seorang pilot dari Jepun. 

Semua seramai 9 orang termasuk seorang perempuan pemandu pelancung ‘tour guide’ berbangsa Tibet yang akan menguruskan perjalanan kami semua selama 5 hari ke Lhasa serta pemandu van. Ya 5 hari perjalanan menuju ke Lhasa serta 2 hari tour sekitar bandar Lhasa selepas hari ke 7 kami semua akan membawa haluan masing-masing.


Hari pertama tour ke Lhasa

Dari Kathmandu perjalanan menuju ke sempadan  mengambil masa 6 jam. Kami tiba di Kodari pekan akhir bersempadan dengan China, menyeberangi Friendship Bridge kami singgah di Zangmu (2300m) pekan dilereng gunung pertama di Tibet China. 


Friendship Bridge di Kodari Nepal - kelihatan pekan Zangmu disebelah Tibet.


Di Zangmu sempat menukar matawang


Van mendaki gunung meninggalkan bandar Zangmu

Selesai urusan kastam perjalanan diteruskan melalui pinggir lereng gunung yang teramat curam, berbeluk- beluk terasa juga gayatnya. Jalan ini juga dikenali sebagai The Gates of Hell. Dalam masa yang sama kepala saya dah mula berdenyut-denyut, saya bimbang acute mountain sickness AMS, kalu teruk cammana nak turun ke kawasan rendah balik

Setiba di pekan Nyalam (3800m) lewat petang yang gelap dan sejuk yang teramat sangat pada ketinggian begini keadaan saya memang dah terasa amat teruk. Bergerak dah tak mampu, angkat beg dah tak larat, bernafas susah tercungap-cungap. 

Saya merayu minta pada ‘tour guide’kalu keadaan saya semakin teruk saya nak pulang semula ke Nepal. Malam pertama di Tibet saya muntah teruk terpaksa mengunakan bantuan pernafasan, selepas makan ubat kepala dah ting tong… mamai blur dan tertidur. Alhamdulillah keesokan hari saya menjadi sihat betul-betul sihat, bermakna tubuh badan saya dan dapat menerima udara nipis di ketinggian ini.


Hari ke dua tour ke Lhasa

Dari Nyalmu 3800m kami meneruskan perjalanan kali ini kami telah berada di dataran tinggi Tibet,  kalau perjalanan semalam dari kaki gunung terus naik, naik dan naik terus ke kawasan tinggi tapi kali ini perjalanan mendatar melalui jalan berdebu langsung tidak rata. Cuaca memang panas. 


Pagi di Nyalam







La Lung Pass (5050m)











Perjalanan kali ini menempuh juga bebarapa kawasan tinggi antaranya La Lung Pass (5050m). Bila tiba disini kami akan berhenti  sebentar. Bagi orang Tibet kawasan tinggi tu dianggap suci dan mereka akan mengantungkan ‘pray flag’ berwarna warni disini.
Kira-kira pukul 4 petang kami tiba di Xegar (4350m) dan tinggal di Qomolongma Hotel terletak ditengah satu kawasan yang luas. Qomolongma dalam bahasa Tibet bermaksud Everest.






Petang sebaik tiba di Tingri, saya keluar sekitar"luar" pagar kawasan hotel. Tiada apa, hanya padang luas

Qomolongma Hotel


Hari ke tiga tour ke Lhasa

Awal pagi pintu bilik hotel diketuk tour guide mengejutkan kami. Selepas sarapan kami bertolak menuju ke Shigatesi sejauh 244km. Pemandangan hampir sama seperti sebelum ni. Kadang-kadang Nampak yaks-yaks yang sedang berkeliaran mencari makan. 




Bersama tourguide








Lhaze (4050)





Perjalanan kali ini kami menempuh kawasan tertinggi iaitu Lhak pa la (5220m), antara  jalan yang tertinggi di dunia. Kami juga melalui pekan kecil Lhaze (4050) dan sempat singgah sebentar di sini. Jam 4.30 petang akhirnya kami tiba di Shigetsi (3900m) bandar ke 2 besar di Tibet. Agak moden  dan ramai sangat penduduk disini. Selepas check in hotel kami bebas dengan aktiviti masing-masing.


Hari ke empat tour ke Lhasa




Posing maut dalam hotel di Shigetsi heee

Sebelum berangkat ke Gyantze sejauh 90km iaitu destinasi seterusnya, kami dibawa melawat sebuah monastery  yang besar di Shigetsi iaitu Tashilumpho  Monastery  yang dibina pada 1447. 




Tashilumpho  Monastery




Tashilumpho  Monastery




Tashilumpho  Monastery, di Shigetsi


Hotel di Gyantze


The Dzong di Gyantze


The Dzong di Gyantze


Palkhor Monastery di Gyantze


Didalam Palkhor Monastery di Gyantze


Palkhor Monastery di Gyantze


Pekan Gyantze


Gyantze


Perjalanan ke Gyantze berjalan lancar dan tiba kira-kira pukul 2.30 petang. Terletak diketinggian 3950m dan terkenal dengan Palkhor Monastery dan The Dzong. Setiba di sini kami dibawa melawat tempat ini. Bermalam disini.


Hari ke lima tour ke Lhasa

Dari Gyantze kami akan menuju ke Lhasa. Perjalanan melalui sebuah tasik yang dikenali dengan tasik Yamdruk. 7 jam perjalanan akhirnya kami tiba di Lhasa. Bayangkan pengembaraan saya pada 1997 ini dari Kathmandu hingga ke Lhasa hampir tidak ada langsung jalan berturap tar. Getaran ketika duduk didalam van sudah menjadi sebati, bergetar sehingga ada kalangan kami mengajuk bunyi getaran akibat jalan yang berpasir dan berbatu.

Pada hari ini (selepas 2010), saya mendapat tahu (melalui YouTube) perjalanan dari sempadan Tibet-Nepal hingga ke Lhasa keadaan jalan rayanya sangat baik dan sangat selesa. Begitu juga dikebanyakan jalan utama di Tibet telah diturap dengan baik.


Bersama pilot Jepun, dalam perjalanan ke Lhasa


Tiba di Lhasa dihadapan Patola Palace

DUA HARI TOUR sekitar Lhasa kami dibawa ke beberapa tempat hampir semuanya monastery, muziam dan pada hari ke dua dan paling utama ialah lawatan kedalam bangunan Patola Palace, sebuah bangunan yang menjadi mercu tanda bagi negara Tibet. Kami dibawa melawat masuk kedalam bangunan itu.

Belakang bangunan Patola Palace


Tour pada hari pertama di Lhasa


Tour pada hari pertama di Lhasa


Tour pada hari pertama di Lhasa


Tour pada hari pertama di Lhasa


Dihadapan Sera Monastery di Lhasa


Tour pada hari pertama di Lhasa


Tour pada hari pertama di Lhasa


Tour pada hari ke dua di Lhasa, didalam bangunan Patola Palace


Tour pada hari ke dua di Lhasa, didalam bangunan Patola Palace


Tour pada hari ke dua di Lhasa, di bangunan Patola Palace


Tour pada hari ke dua di Lhasa, didalam bangunan Patola Palace


Tour pada hari ke dua di Lhasa, didalam bangunan Patola Palace


Tour pada hari ke dua di Lhasa, didalam bangunan Patola Palace

Masuk hari ke 7 kami semua akan membawa haluan masing-masing, ini adat pengembara berkenalan menjadi rapat dalam masa yang singkat dan terpaksa bersedih bila tiba masa untuk berpisah.

Saya tinggal di Lhasa bagi menguruskan perjalanan saya seterusnya, beberapa rakan yang bersama mengharung perjalanan dari Kathmandu sehingga ke Lhasa telah terbang kembali ke Kathmandu. Saya sendirian, saya mengambil kesempatan jelajah lagi sekitar bandar Lhasa. Sempat ke sebuah masjid dan ke beberapa tempat tarikan pelancung selain memerhati kehidupan masyarakat di sini.


Lhasa pada tahun 1997




Sekitar Jokhang Monastery


Jokhang Monastery


Jokhang Monastery


Masjid di Lhasa


Pemandangan Lhasa dari tingkap hotel tahun 1997.
 
Dari Lhasa saya ke Xining wilayah Qinghai menaiki sleeper bus melalui Tibet-Qinghai Highway selama 46jam perjalanan. Memang amat penat sesekali terasa juga bosannya tapi pemandangan yang berbeza membuatkan diri leka sepanjang perjalanan itu. 

Xining (2200m) sebuah bandar besar ramai umat islam disini, puas saya makan satay daging yang dijual disini. Beberapa hari di Xining saya kemudian menaiki train menuju ke Beijing. Perjalanan dengan keretapi mengambil masa selama 32 jam.

Dari Lhasa saya menaiki bas ke Xining melalui Golmud



No comments:

Post a Comment