|
New Delhi - Getready begerak menaiki bas ke Kathmandu Nepal. |
CUKUP NEGARA India
sekarang dah tak sabar nak ke Nepal pulak. Sepatutnya rancangan awal, saya nak
ke Varnasi serta ke Culcutta dan ingin ke Darjeeling utara India berdekatan
negara Bhutan.
Tapi rasa malas pulak, so saya ambil bas dari New Delhi terus ke
Kathmandu India. Perjalanan selama 30 jam sejauh 866km itu, akhirnya tiba di pekan kecil Sunauli terletak di sempadan
India-Nepal.
Setelah selesai urusan
kastam, saya menyeberangi sempadan ke pekan Bhairawa di negara belah Nepal.
Saya bermalam di stesen bas yang berbecak di sini sebelum menerus kan perjalanan
keesokan paginya. Disini saya berkenalan dengan seorang pemuda dari Jepun
bernama Jun. Perjalanan dari Bhairawa ke Kathmandu sejauh 288km tapi mengambil
masa 9jam.
KATHMANDU
Alhamdulillah Jun budak
Jepun tu dah biasa dengan bandar ini ia datang ke Nepal semata-mata nak
perbaharui visa supaya ia boleh masuk semula ke India. Melalui ia banyak yang
saya tahu tentang Kathmandu melalui ia juga tidak susah bagi saya nak mencari
budget hotel disini. Bersama Jun kami menyewa budget guest house sekitar Durbur
Square. Single room hanya lebih kurang RM2.50 saja pada ketika itu.
|
Durnur Square, Kathmandu |
Menghabiskan masa sekitar
Durbar Square amat menyeronokkan saya menyewa basikal menjelajah sekitar bandar
ini. Saya sempat ke Swayambhunath Stupa yang terkenal itu dan berjalan meredah
ke Pashupatinath Temple dan menaiki bas awam ke Badhanilkantha sejauh 9km.
Cuaca agak panas berdebu di Kathmandu.
|
Swayambhunath Stupa |
|
Swayambhunath Stupa |
|
Badhanilkantha |
|
Badhanilkantha |
|
Pashupatinath Temple |
|
Pashupatinath Temple |
|
Pashupatinath Temple |
Melalui Jun saya di suruh cuba mendaki
ke Annapurna Base Camp di Pokhara yang sememangnya tidak ada dalam perancangan
saya. Sebenar saya teringin nak ke Everest Base Camp tapi melihat proses kesana
agak rumit dan mahal membuat kan saya batal hasrat itu. Saya ikut nasihat
Jun ke Pokhara dan ke Annapurna Base Camp.
|
Jun |
|
Sedia untuk bertolak ke Pokhara |
|
Kathmandu ke Pokhara |
POKHARA
Meninggalkan bandar
Kathmandu saya ke Pokhara sejauh 206km selama 9 jam perjalanan menaiki bas
lewat petang. Tiba di Pokhara awal pagi yang amat dingin.
Disini saya juga
menyewa basikal menjelajah sekitar bandar ke dua di Nepal ini. Dalam masa yang
sama saya membuat persiapan seperti memohon permit, menyewa dan mencari baju
sejuk dan segala peralatan penting untuk mendaki hingga ke Annapurna Base Camp.
Semuanya saya lakukan sendiri.
TREKKING KE ANNAPURNA BASE CAMP
HARI PERTAMA
Dari Pokhara saya menaiki
bas ke Naya Pul (1340m) sejauh 20km melalui jalan yang berbelit-belit. Naya Pul
permulaan pendakian saya ke Annapurna Base Camp. Saya mula meredah kawasan
menuruni bukit ke kawasan kampung kecil disini dan tiba di Birethanti (1050m)
disini permit saya akan di periksa dan diluluskan. Melapur ketibaan kita disini
amat penting untuk mudah bagi mereka memantau keselamatan semua pendaki-pendaki.
|
Grandruk (Gangruk) |
6 setengah jam mendaki di
hari pertama terasa amat penat. Saya tiba di Granduk (1939m) pada pukul 3.30
petang, kepala rasa pening mungkin akibat simptom acute mountain sickness. Setelah mandi makan (maggie mee, sup bawang putih) didapur rumah tumpangan saya masuk bilik dan tidur seawal 7 malam.
HARI KEDUA
Dari Granduk saya memula
kan perjalanan pukul 7 pagi, cuaca cerah. Dalam perjalanan saya berkenalan
dengan rakyat Jepun bernama Yuko bersama anak lelakinya serta seorang
kawan perempuan yang menuju ke Chomrong.
|
Tubuh kembali cergas |
|
Berkenalan dengan Yuko bersama anak lelaki beliau dan kawan |
|
Berhadapan dengan rumah tumpangan di Chomrong yang terletak dilereng gunung |
Kami tiba di Chomrong (2170m)
pukul 1.07 petang tetapi suasana gelap mendung lagi dingin. Biasalah perut terasa lapar, selepas makan saya keluar sekitar guesthouse melihat pemandangan sekeliling. Terletak
dikelilingi pergunungan tinggi menyebabkan perkampungan ini terlindung dari
cahaya matahari. Saya bermalam di Chomrong Guest House, manakala Yuko, anak dan rakannya tinggal di rumah kawan Nepalnya dibawah kaki bukit dihadapan lebih kurung 1km menuruni bukit..
HARI KETIGA
Dari Chomrong terpaksa
melalui kawasan hutan yang agak lembab, penat jangan cakap lah. Melalui
penempatan yang dikenali dengan Dovan(2505m). Sebenarnya saya tak berseorangan
mendaki sesekali selisih dengan pendaki yang sedang menuruni gunung.
Kadang-kadang bertemu pengembala dan penduduk yang tinggal di sekitar
kawasan ini.
|
Tiba-tiba cuaca berubah, berkabus sehingga tidak nampak apa-apa menyebabkan saya terpaksa berteduh disebuah gua walaupun Deurali telah sangat-sangat hampir. |
|
Deurali |
|
Habis pakaian saya basah sehingga terpaksa meminjam t-shirt orang tua yang menjaga guesthouse di Deurali |
|
Deurali berlatarbelakang air terjun |
Akhirnya setelah menempuh hujan angin yang amat sejuk saya tiba
di Deurali (3230m) terletak dilereng gunung dan berhadapan dengan pemandangan
air terjun menarik. Saya bermalam disini.
HARI KEEMPAT
Dari Deurali saya mendaki
ke Machpuchhre Base Camp (3700m), agak lewat bangun pagi. Saya mendaki hampir 3
jam dalam keadaan amat payah hingga tersesat arah jalan.
|
Dari Deurali menuju ke Machpuchhre Base Camp jalan lebih banyak mendatar |
|
Tiba di Machpuchhre Base Camp, kepala pening. Saya isi perut, makan ubat dan tidur. |
|
Selepa rasa lega sedikit, saya keluar sekitar Machpuchhre Base Camp |
|
Dalam guesthouse di Machpuchhre Base Camp |
Di kawasan tinggi
udara semakin nipis, acute mountain sickness atau AMS boleh menyerang pendaki.
Pening kepala, rasa loya muntah tak bermaya dan AMS boleh membawa maut. Ubat
paling mujarab ialah turun kekawasan rendah. Saya dah mula terasa pening dan
loya setelah makan dan mengambil ubat saya terus masuk tidur.
HARI KELIMA
Dari Machapuchhre Base
Camp (MBC) saya mendaki bersama Ollie pemuda dari England, selama 3 jam mendaki
akhirnya kami tiba di Annapurna Base Camp. Cantik pemandangan disini
dikelilingi 360 darjah gunung-gunung tinggi bersalji.
ANNAPURNA BASE CAMP
Terletak pada ketinggian 4130m. Kepala saya dah semakin pening so saya ambil
ubat dan terus baring, Alhamdulillah beberapa jam kemudian hilang segala
gejala-gejala AMS itu.
|
Sebaik tiba di Annapurna Base Camp terus posing-posing |
Saya keluar sekita kawasan base camp ini
mengambil gambar berposing-posing seorang diri. Seronok sangat rasanya. Agak
ramai juga pendaki yang tiba pada hari itu.
|
Selepas tidur sekejap saya keluar lagi pada lewat petang |
Kira-kira pukul 6 petang
ketika semua pendaki berkumpul lepak di ruang makan di guesthouse disini,
saya nampak seorang pendaki yang baru sampai terkial-kial resah gelisah
kusut masai dan nampak sangat ia mengalami sakit kepala yang teruk. Ia
mendaki tanpa henti dan rest memang senang diserang AMS.
Pendaki lain
semua buat tak tahu. So bila keadaan ia dah semakin agak teruk saya menawar
diri untuk membawa ia turun semula ke Machpuchhare Base Camp pada malam itu
jugak, walaupun pada mulanya saya sendiri tidak pasti. Saya minta bantuan Ollie, alhamdulillah dia bersetuju untuk turun semula ke Machpuchhare Base Camp pada malam itu jugak. Saya memimpin ia manakala Ollie membantu
menyuluh serta menjejaki jalan kerana waktu itu hari dah semakin gelap.
Perlu diingat
terdapat beberapa aliran sungai yang di liputi salji, jika tersalah pijak nahas jadinya. Pemandangan langit diwaktu malam ketika itu teramat cantik, saya nampak taburan
ribuan bintang-bintang dilangit memenuhi setiap inci ruang langit pada malam
itu.
Alhamdulillah kami bertiga
selamat tiba di Machapuchare Base Camp dan pening kepala pendaki tu hilang
serta merta. Kami bertiga terpaksa menumpang bermalam di guest house di sini.
HARI KEENAM
Kami bertiga kembali naik
ke Annapurna Base Camp. Saya mengambil keputusan untuk turun kembali pada hari
itu juga.
|
Ollie berbual bersama pendaki yang mengalami AMS, dalam perjalanan mendaki semula ke Annapurna Base Camp |
|
Sempat lagi berposing di Annapurna Base Camp, sebelum sarapan |
Setelah bersarapan pagi di Annapurna Base Camp, kira-kira pukul 8 pagi saya mula bergerak turun
hendak menuju terus ke Chomrong. Ini bermakna saya tidak berkesempatan bermalam di Annapurna Base Camp, saya perlu turun kerana berjanji akan berjumpa Yuko, anaknya serta kawannya untuk bersama-sama turun kembali ke Pokhara.
|
Penat setiba di Chomrong |
Turun gunung lebih pantas dari mendaki, setelah
hampir 10 jam saya berjalan tanpa henti akhirnya kira-kira pukul 6 petang saya
tiba di Chomrong. Penat tuhan saja yang tahu. Bermalam disini.
HARI KETUJUH
Dari Chomrong saya
bergerak turun bersama Yuko serta anaknya dan kawannya Masami yang
kebetulan turun pada hari yang sama menuju ke Granduk, agak santai dan tidak
memenatkan.
|
Berbual dengan penduduk Granduk, kalau nak tahu wajah wanita tua tersebut menjadi hiasan dimuka depan sebuah buku travel mengenai Nepal. |
|
Meluangkan masa berjalan sekitar Granduk |
Kami bermalam di sini dan berjanji akan turun dan pulang ke
Pokhara bersama.
HARI KELAPAN
Dari Granduk kami
berempat ke Naya Pul dan menaiki bas, atas bumbung bas menuju ke Pokhara.
Hubungan kami berlanjutan
beberapa hari semasa di Pokhara, keluar makan bersama, berbual –bual dan Yuko
juga juga mempelawa saya makan tengah hari pula di rumah seorang kawannya
berbangsa Nepal. Kami juga sempat melawat beberapa tempat menarik di sini.
|
Pokhara |
KATHMANDU
Saya kembali semula ke
Kathmandu dan tak tahu apa plan seterusnya, sepatutnya nak terbang balik ke
Malaysia tapi rasa tak puas berjalan walaupun dah hampir 2 bulan saya
travel.
Sekitar Durbar Square banyak terdapat agency-agency perlancungan
yang menawarkan ke tempat-tempat menarik, tiba-tiba saya ternampak pakej yang
menarik ke Lhasa Tibet di China melalui darat. Saya ingat saya boleh
travel sendiri, saya ke kedutaan China di sini nak apply visa, tapi saya tak
dibenarkan masuk ke China sendiri, perlu melalui agency perlancungan, so saya
tidak ada pilihan.
Sebenarnya berbagai pekej tour yang ditawarkan tapi
bagi saya 7 hari tour menaiki van ke Lhasa memang nampak best, so selepas
buat perbandingan harga saya ambil keputusan untuk ke China melalui sebuah agency pelancungan yang terletak di kawasan Thamel.
Saya memilih tour
yang hanya sampai ke Lhasa sahaja selepas tu pandai-pandai lah saya mana nak
pergi dan uruskan diri ini sendiri. Ada ramai orang putih yang ikut tour dari
Kathmandu ke Lhasa melalui jalan darat dan tapi kebanyakkan mereka kembali
semula ke Kathmandu melalui udara so harga tour agak mahal. Bergantung juga
dengan pilihan hotel yang kita, yang bagus tentu lah lebih mahal kan.
Sementara menunggu segala dokument perjalanan siap diuruskan oleh agency perlancungan,
saya terus merayau-rayau sekitar Kathmandu dan sempat juga ke Bakhtapur tidak
jauh dari Kathmandu.
|
Sekitar Bakhtapur |
|
Malam akhir di Kathmandu sebelum bertolak ke Tibet China |
Hari yang ditunggu dah
tiba, pukul 4.30 pagi yang gelap saya mengusung beg ke tempat yang telah
ditetapkan menunggu. Bersama saya dalam rombongan ini ialah seorang lelaki tua
dari German bernama , seorang lelaki tua dari USA, seorang lelaki agak muda
dari France, 2 perempuan muda dari USA serta seorang pilot dari
Jepun.......
No comments:
Post a Comment