Sunday, August 3, 1997

6 - KEMBARA SOLO 1997 - XINING, BEIJING, CHENGDU - CHINA - BAHAGIAN KE 4-8


DARI LHASA SAYA KE XINING wilayah Qinghai menaiki sleeper bus melalui Tibet-Qinghai Highway selama 46jam perjalanan. Memang amat penat sesekali terasa juga bosannya tapi pemandangan yang berbeza membuatkan diri leka sepanjang perjalanan itu. 


Keadaan didalam sleeper bus dari Lhasa ke Xining. Dua tingkat tiga baris katil yang boleh duduk dan baring.










XINING (2200m) 

Sebuah bandar besar ramai umat islam disini, puas saya makan satay daging yang dijual disini. Beberapa hari di Xining saya kemudian menaiki train menuju ke Beijing. Perjalanan dengan keretapi mengambil masa selama 32 jam.


Sekitar Xining


Sekitar Xining


Sekitar Xining

BEIJING

Beijing terkenal dengan Tianneman Square nya, saya tinggal di sebuah budget hotel disini. Puas berjalan sekitar Beijing banyak tempat yang saya pergi antaranya Temple Of Heaven dan Natural History Museam yang mempamerkan mayat sebenar manusia untuk tontonan. 

Sempat juga ke Badaling Great Wall yang terletak kira-kira 80km dari Beijing. Cuma saya tidak berkesempatan untuk mengunjungi Summer Palace ketika ini. Perancangan awal nak ke wilayah Xinjiang tapi ada masaalah dengan passport so terpaksa lah tukar plan.


Dari Xining ke Beijing




Hard Sleeper dalam gerabak keretapi 1997


Pagi bersenam dalam train


Station keretapi Beijing bersama kawan dari Jepun


Penginapan para pengembara di Beijing


Zoo




Badaling Great Wall






Tianamen Square


Tianemen Squre


Natural History Museum, Beijing


Natural History Museum, Beijing


Temple Of Heaven


Temple Of Heaven

XIAN

Dari Beijing saya menaiki  keretapi ke bandar Xian di wilayah Shaanxi sejauh 1200km dari Beijing.  Xian terkenal dengan Terra Cotta Warriors, terdapat ribuan patung-patung askar dan kuda yang dijumpai tertimbus didalam tanah dikatakan berusia 2000 tahun, memang menarik untuk dilawati. 

Untuk memudahkan pergerakan saya di sini saya ikut one day tour aje senang tak payah pening kepala memikirkan cara nak ke tempat-tempat menarik ini. Sempat juga ke Qin Of Tomb dan memanjat tembok setinggi 12m yang mengelilingi bandar ini sepanjang 13.74km. Ditengah bandar yang sibuk ini terdapat mercu tanda lain iaitu The Bell Tower. 


Bersama kenalan dari Korea


Dengan Jung

Tidak jauh dari The Bell Tower terdapat sebuah perkampungan orang islam. Seronok saya meredah disini makanan halal tak jadi masaalah dah. Terdapat sebuah masjid yang dikenali sebagai The Great Mosque yang dibina pada abad ke 14, terdengar sayap-sayup orang sedang membaca al quran ketika saya masuk ke kawasan masjid ini. 




Great Mosque


Great Mosque di Xian

Gunung Huang shan setinggi 1997m merupakan gunung batu granit yang terletak kira-kira 120km dari bandar Xian sempat saya kunjungi. Huangshan mt merupakan antara 5 gunung yang dianggap suci oleh orang di negara ini.




Kaki gunung Huang Shan


YICHANG KE CHONGQING

Dari Xian saya menaiki keretapi ke bandar Yichang  yang terletak dipinggir sungai Yang Tze di wilayah Hubei mengambil masa selama 22jam. Saya hanya tinggal semalam sahaja di bandar ini, kemudian keesokkan harinya saya menaiki kapal persiaran usang setinggi 4 tingkat melayari sungai Yang Tze ini ke bandar Chongqing sejauh 648km melawan arus sungai selama 50 jam. Suatu pengalaman yang sangat menarik. 

Menempuh beberapa tempat dan pemandangan indah serta berpeluang melihat ragam kehidupan penduduk dipinggir sungai ini.  Melalui 3 gorge yang terkenal seperti Xiling, Wuxia dan Qutang.



Yichang











Saya tiba di bandar besar Chongqing yang terletak diwilayah Sichuan diawal pagi. Memang terkejut bila bandar ini penuh dengan bangunan pencakar langit terkejut kerana sangkaan awal saya Chongqing adalah bandar kecil saja. Saya meredah sekitar bandar dari pagi hingga malam.

Tidak bermalam disini saya ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan pada sebelah malam dengan menaiki keretapi terus ke bandar Chengdu ibu negeri bagi wilayah Sichuan. Perjalanan keretapi selama 9 jam 15 minit.


CHENGDU 

Dikenali juga dengan City of Brocade, mempunyai penduduk yang ramai dan sesak, sempat saya menyewa basikal bagi memudahkan saya untuk bergerak kemana-mana dalam bandar ini dan ketempat-tempat menarik disini. 
 
Awal pagi tiba di station keretapi Chengdu



EMEI SHAN (GUNUNG EMEI) 


Dari bandar Chengdu, wilayah Sichuan saya menaiki bas kecil saya bertolak ke Emeishan selama 4 jam perjalanan sejauh 150km. Emeishan atau Gunung Emei mempunyai ketinggian 3075 meter. Dari kaki gunung di Baoguo Monastery pelancung boleh menaiki bas hingga ke paras 2540 meter dan boleh menaiki cable car untuk terus ke Puuncak Emas (Golden Peak - 3075 meter). Tapi saya memilih untuk mendaki dari kaki gunung hingga ke puncak melalui beberapa tokong dan mengambil masa selama 2 hari. 



Gunung Emei adalah salah satu gunung tertinggi China yang terletak di Leshan, Wilayah Sichuan, China. Gunung ini mempunyai banyak ragam spesis tumbuhan dan banyak rata-rata berusia lebih daripada 1,000 tahun. 



Terdapat empat tempat utama destinasi pelancongan iaitu, Kuil Baoguo, Kuil Wannian, Pavilun Qingyin dan Puncak Emas. Puncak emas adalah puncak tertinggi Gunung Emei dengan ketinggian 3079 meter di atas permukaan laut. Gunung Emei ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia tahun 1996. Gunung ini dikenali sebagai salah satu daripada tempat suci agama Buddha kerana pembangunan kuil Buddha yang pertama di China pada abad 1 masehi. Manakala Grand Buddha yang terletak di Leshan adalah patung Buddha Maitreya yang juga adalah patung Buddha terbesar di dunia.


Pendakian ada kala melalui jalan didalam hutan pergunungan yang elok, malah terdapat anak tangga yang dibina cantik untuk dilalui bagi memudahkan pendakian pelancung. Saya tiba di Wannian Tample (1020 meter) pada pukul 4 petang dan bermalam didalam tokong yang mempunyai bilik-bilik kecil yang selesa untuk didiami. Wannian Tample terletak dikawasan hutan dilereng gunung. Suasana petang ketika itu amat dingin dan saya sempat berjalan disekitar kawasan tample ini yang sunyi tenang dan damai.

Wannian Tample sumber google

Disini saya berkenalan dengan pasangan suami isteri dari Amerika Ying dan suaminya Drew, kami juga sempat makan malam bersama di ruang dapur di dalam tample ini yang ada menyediakan yang berasaskan sayuran. 


Hari pertama pendakian saya terpaksa bermalam di pertengahan pendakian dan bermalam di sebuah tokong di sini, hari ke dua saya mendaki sampai ke puncak.

Keesokan hari awal pagi lagi saya mula begerak meninggalkan Wannian Tample, melalui anak-anak tangga yang dibina curam menuju ke Golden Peak. Terasa penat, jika anda mahu mendaki tanpa rasa penat anda boleh sahaja mengupah "pengusung" yang ramai disekitar dalam perjalanan. Kebiasaanya ada 2 pemuda yang akan mengambil upah mengendung atau mengusung pelancung dengan mengunakan pengusung yang diperbuat daripada rotan dan mereka terpaksa memikul mengunakan bahu dan mengerah seluruh tenaga sambil kaki tidak henti-henti melangkah mendaki anak-anak tangga.

Nun kelihatan dibelakang puncak gunung sana ialah puncak Emeishan

Saya terpaksa melalui hutan yang dipenuhi dengan monyet-monyet liar, terpaksa berhati-hati kerana ramai juga pendaki yang kena gigit oleh monyet-monyet tersebut. Ketika saya melalui kawasan monyet liar ini berseorangan terdapat juga monyet yang mengekori saya. Perjalanan pendakian saya juga melalui beberapa kawasan penempatan penduduk dan tample-tample kecil.


Bertemu dengan Drew dan Ying dalam perjalanan dan ketika kami sampai diparas 2540 meter, saya, Ying dan Drew mengambil keputusan untuk menaiki "cable car" menuju puncak Emeishan (Golden Peak) - 3075 meter.





Dipuncak Emeishan, saya terpaksa menyewa sebuah bilik didalam tokong besar, tokong yang dibina mengunakan kayu dan dipenuhi dengan beribu orang-orang tua terutama kaum wanita yang datang untuk sembahyang. Saya sempat menjenguk kedalam beberapa bilik besar yang lain didalam tokong ini, ada bilik seperti dewan besar bergelimpangan berhimpit-himpit mereka sesama sendiri. Saya terpaksa berjalan didalam tokong besar ini yang kelam suasana dalamannya, setiap langkah pasti berbunyi kerana lantai didalam tokong ini juga diperbuat daripada kayu yang akan mengeluarkan bunyi setiap kali kaki melangkah.

Terdapat ramai yang datang disini, seolah "Mecca" bagi penganut mereka. Sesak dengan manusia yang dating beribadat dipuncak ini.  Saya bermalam di sebuah tempat penginapan agak murah disini betul-betul dilereng gunung yang tinggi.

Bilik yang saya sewa mengadap pemandangan yang paling indah betul-betul dilereng gunung terdapat tilam elektrik dan cukup selesa buat saya seorang. Keindahan pemandangan puncak ini menakjubkan. Suasana matahari terbenam dan ketika matahari naik memang sangat-sangat dinantikan oleh semua orang.

photo sumber dari google

Di puncak ini saya lihat semua orang berebut-rebut untuk melihat bayangan sendiri diatas awan di bawah puncak gunung ini. Saya sendiri sempat melihat bayangan diri saya diatas awan dibawah gunung ketika matahari memancar cahaya dibelakang kita. Malah saya dapat melihat bayangan saya diatas awan dan disekelilingi bayang kepala saya terdapat pancaran warna warni seperti warna pelangi. Inilah fenomena yang dicari-cari oleh orang-orang cina ketika berada dipuncak ini (bayangan seolah-olah kepala buddha yang terpancar cahaya warna warni). Kata orang dulu-dulu jika seseorang nampak bayangan mereka itu diatas awan, maka mereka akan terjun kearah awan tersebut. 

Bagi saya, mencari bayangan kepala dikelilingi cahaya warna warni hanya untuk suka-suka. Pasangan Ying dan Drew sampai sudah tidak menemui bayangan mereka di atas awan.

Bayangan kita akan terbentuk diatas awan dibawah apabila matahari memancar dibelakang kita, kebiasaanya jelas disekeliling bayangan kepala kita diatas awan itu cahaya yang memancar berwarna warni - photo google




Contoh photo bayangan diri kita diatas awan dipuncak Emeishan - sumber google

Saya di Emeishan diketinggin 3075 m tapi ada yang ditulis 3079 m




Bilik tidur saya didalam monastery dibelakang bangunan sana betul-betul menghadap lereng gunung, luar tingkap pemandangan curam. Didalam monastery terdapat beberapa bilik besar yang dipenuhi ramai orang tua yang datang kesini untuk bersembahyang.






Menanti matahari terbit pagi hari ke tiga


Keesokan hari diawal pagi saya bersama ratusan yang berada dipuncak gunung Emei ini bangun semata-mata untuk melihat pemandangan matahari naik. Awal pagi riuh mendengar suara orang ramai yang mula keluar untuk melihat pemandangan matahari terbit. 



Selepas melihat pemandangan matahari naik dan selepas bersarapan pagi saya mula begerak turun menuju ke paras 2540 meter dan kemudian menaik bas menuju ke kaki gunung Emei dan dari situ saya meneruskan perjalanan menuju ke bandar Leshan (kira-kira sejam perjalanan) untuk melihat patung duduk Buddha terbesar didunia.


No comments:

Post a Comment