Friday, August 1, 1997

3 - KEMBARA SOLO 1997 - NEW DELHI, AGRA. KASHMIR, INDIA - BAHAGIAN 1-8

Dalam pesawat dari Singapore ke New Delhi

SEMASA CABUTAN betuah dalam majlis yang di anjurkan company tempat saya kerja di Spore dulu, salah seorang kawan telah memenangi hadiah cabutan bertuah, ia mendapat voucher Singapore Dollar 500 dari sebuah travel agency yang sponser majlis tu. Ia tidak tahu nak kemana so ia jual voucher tu pada saya Singapore Dollar 300, dalam hati kata wow… untungnya saya. Tetapi bila dah beli kemana pulak saya nak pergi, kalau sebelum ni dah ke Bali tak kan nak pergi tempat yang dekat-dekat kan tentu tak best. Fikir punya fikir negara India terlintas dikepala. Okey India.

Saya pun berhenti kerja kerana plan saya nak travel di India kemudian ke Nepal dan terbang balik Malaysia. Itu lah tujuan asal saya., apa-apa perubahan semasa kembara ini saya tidak pasti lagi.

Hari berangkat dah tiba saya bertolak dari Changi airport transit ke KL kemudian terbang terus ke New Delhi tanpa perancangan tempat arah kemana nak dituju, maksudnya tak da plan nak ke tempat apa, ke  mana, ke wilayah mana, yang saya tahu ke  India dan ke Nepal ikut jalan darat tu aje. Sepanjang perjalanan ke New Delhi saya rasa gusar kerana telah diberi amaran pegawai semasa di Changi airpot kemungkinan saya tidak dibenarkan masuk ke India amat cerah kerana saya hanya mempunyai tiket tambang sehala aje. 


NEW DELHI, INDIA 

Okey dipendekkan cerita saya selamat tiba di New Delhi dan masuk ke negara itu dengan selamat. Menaiki bas awam kejauh 17km ke kawasan Bandar Connought Place di tengah New Delhi. Cari punya cari guesthouse budget berpandukan melalui buku panduan Lonely Planet Travel saya jumpa Ringgo guesthouse. 



Ringgo Guesthouse

Saya tinggal dalam dormitory tidak sampai RM10 semalam. Punya lah exited siap terus buat call ke rumah keluarga di Malaysia bagi tahu yang saya telah berada di India, apa lagi terkejut jugak lah iaorang kerana perancangan ini saya tidak bagitahu pada mereka.

Puas saya jelajah sekitar New Delhi dan Old Delhi mengikut one day tour melalui agency ITDC dengan bayaran kurang RM12, sempat ke beberapa tempat menarik di sini antaranya ke Qutub Minar sebuah peninggalan bangunan lama yang dibina kira-kira 1500 tahun dahulu.








Qutub Minar

Object yang menarik disini ialah tiang setinggi 72.55m yang di penuhi dengan ukiran-ukiran ayat suci alquran. Ke Lotus Temple atau Bahai Temple yang dibina mirip bangunan seperti Sydney Opera di Australia, dibina khas untuk penganut agama, sesiapa saja boleh duduk berdoa didalam banguanan itu tanpa mengira agama.


Lotus Tample








Red Ford

Ke Red Fort yang terkenal dengan banguanan yang diselaputi dengan cat merah indah lagi cantik. Ke Jantar Mantar, Tokong Lakshminarayan dan Humayun’s Tomb. Tidak lupa ke India Gate.


Jantar Mantar


Tokong Lakshminarayan


Humayun’s Tomb




India Gate



Apa yang saya lihat kehidupan penduduk sekitar amat daif pada ketika itu, bermula ketika sampai di airport Indera Gandhi lagi, dah Nampak berkeliaran binatang ternakan yang berkeliaran sekitar kawasan airport. Manakala di kawasan Bandar bila malam menjelang Nampak ramai mengangkut selimut mencari tempat untuk tidur samaada di taman-taman mahu pun dikaki lima bangunan.

Tentang makanan halal payah nak jumpa saya ingatkan India senang mencari makanan halal, susah rupanya. Saya hanya makan di sebuah restoran makanan segera Dimpy ala-ala KFC tapi saya pilih sayur-sayuran aje. Yang boleh dimakan jer lah. Kalau ada kedai makan islam pun keadaan nya amat kotor, takut nak mencekik.





AGRA 

Agra satu destinasi yang memang nak sangat saya lawati. Saya mengikut one day tour dari ITDC agency sekali lagi. Murah dan mudah. Perjalanan sejauh 203km ke selatan New Delhi itu mengambil masa 6 jam untuk tiba. Perjalanan menempuh cuaca panas berdebu.


Sekitar Taj Mahal




Taj Mahal



Akhbar Tomb

Taj Mahal bangunan utama yang saya lawati dibina selama hamper 22 tahun oleh 22000 orang pekerja . Shah Jehan  mengarah banguanan ini dibina khas untuk isteri tersayangnya Muntaz yang meninggal ketika melahirkan anak yang ke 14 pada 7 Jun 1631. Dikatakan hiasan batu ukiran yang menjadi hiasan di bangunan ini dibawa dari tempat-tempat yang jauh seperti dari negara China dan juga Sri Langka. Sempat jugak ke beberapa lagi banguanan yang menjadi tumpuan pelancung disekitar Agra antaranya Akhbar Tomb, serta melawat ke kilang karangkraf mereka disini.

KEMBALI SEMULA KE NEW DELHI

Kembali semula ke New Delhi saya menghabiskan masa sendirian menjelajah sekitar bandar melihat kehidupan manusia yang serba daif. Sempat menonton wayang sesuati yang mengeli kan hati saya bila adegan menanyi dan menari dalam movie yang saya tonton tu, penonton dibarisan depan bangun ikut menari beramai-ramai. 

Plan asal selepas penat di New Delhi saya berkira-kira nak ke mana pulak. Mulanya saya nak Simla bahagian utara yang sejuk dingin, tapi berubah arah bila saya di paksa oleh seorang pemuda Kashmir menyuruh saya ke Srinagar Kashmir menaiki kapal terbang dan tinggal di house boat milik bapanya. Banyak cantik apa naik kapal terbang!!! ia ingat saya banyak duit kut.

Javeed nama budak muda ni mengikuri saya sampai naik rimas, saya cuba elak kan dari ia tapi ia masih mencari saya. Akhirnya saya nampak sikit keikhlasan pada diri ia, hingga saya setuju. Apa pun pertama yang saya tanya pada ia "sana ada salji tak”. Ia kata boleh main lagi dengan salji. Apa lagi orang tak pernah tengok salji katakana terus saya setuju. Tapi saya memilih menaiki  dan akan ditemani oleh ia.

Perjalanan dari New Delhi ke Srinagar Kashmir  mengambil masa selama 28 jam perjalanan dan menempuh lereng gunung yang amat curam. Selain saya ada 2 pengembara dari German yang turut sama dalam perjalanan menaiki bas usang ini. Salah seorang daripadanya sampai mengeletar tubuh badan bila bas melalui lereng gunung tinggi hingga jarak tayar dengan tebing tanpa pengadang hanya kira-kira sekaki aje. Ia kata tak nak balik ikut jalan ini lagi. 
 
Perjalanan ke Srinagar

Dalam perjalanan dari New Delhi ke Srinagar, Kashmir. (kelihatan Javeed sedang berbual dengan pelancong asing.

Kira-kira 93km sebelum tiba di Srinagar bas menempun terowong gelap sepanjang 200m, dikawal ketat oleh askar dikenali sebagai Jawarhal Tunnel. Hanya sebuah kenderaan yang muat masuk dalam lubang yang sempit ini. Kita boleh menyentuh dinding yang basah dikiri kanan bas. Amat sempit. Bayangkan kalu terkandas didalam, terkambus ke heeeee. Walau bagaimana pun sememangnya saya amat puas dan enjoy menempuh perjalanan ini. Pengalaman yang amat menarik.

SRINAGAR, KASHMIR INDIA



Srinagar terletak pada ketinggian 1768m, merupakan ibunegeri bagi wilayah Kashmir du utara India. Saya dibawa Javeed ke house boat milik bapanya En Mohd Bakhtoo. Amboi house boat dihias cantik mempunyai 3 tidur bilik yang luas, 2 bilik air ruang makan bergantung lampu cantik bergemerlapan, anjung yang menjanjikan pandangan indah. Sejuk dingin terasa semasa saya mula menjejaki kaki di sini. Pandangan pertama sekitar bandar ini ialah terdapat ramai askar yang mengawal sekitar sana sini.





Didalam houseboat








Shakira






Bersama Javeed jalan sekitar bandar Srinagar




Munghal Garden


Jalan di belakang rumah Javeed, saya sempat potong rambut dikedai berdekatan. (suasana semakin senja)

Ketika berada disini saya sempat dibawa menaiki shakira sebuah sampan yang dikendali seorang pemuda dan dibawa menyusuri sekitar Tasik Dal yang luas dan ke beberapa pusat karang kraf penduduk kampong serta ke sekitar beberapa tempat yang menjadi tarikan pelancung disini seperti Mughal Garden, Masjid Haratbal yang dibina hampir sepenuhnya dengan batu mar-mar putih, dikata kan didalam masjid ini tersimpan helaian rambut Nabi Muhamaad saw. Tapi saya tak berkesmpatan melihatnya.


Javeed teman saya makan malam


Dinner







Tokong Shankaracharya


Bandar Srinagar





Sempat  juga mejelajah setiap pelusuk bandar ini hingga ke lorong-lorong kecil saya redah. Juga mendaki puncak bukit tinggi disini hingga ke Tokong Shankaracharya, dari sini dapat melihat keindahan bandar Srinagar dan tasik yang terbentang luas dan kelihatan deretan cantik house boat di pergigian tasik

Sonormarg atau dikenali sebagai Meadow of Gold terletak pada ketinggian 2740m dan sejauh 84km dari Srinagar. Ditemani En Bakhtoo dan seorang tukang masak kami bertiga menaik kereta ke Sonomarg. 


Bersama En Baktoo, bapa Javeed ke Sonomarg




Perjalanan menuju ke Sonomarg

Dalam perjalanan ke Sonomarg







Petang hari pertama di Sonomarg, sebaik tiba, khemah didirikan








Bersama Mohd Ahad


Menunggang Pony




Bersama askar India di Sonomarg


Malam di Sonomarg


Pagi Di Sonomarg


Hari ke dua di Sonomarg, getready horse trekking bersama Mohd Ahad


Trekking bersama Mohd Ahad di kawasan pergunungan di Sonomarg






Mohd Ahad




Diatas puncak bukit kelihatan dibawah sana kawasan perkhemahan




Senja di Sonomarg selepas trekking dengan Moh Ahad


Pagi hari ke tiga diSonomarg, ger ready pulang ke Srinagar





Disini didirikan khemah dan saya akan bermalam selama 2 malam di tengah padang luas dan dikelilingi pergunungan indah bersalji. Dan di sini lah pertama kali saya menyentuh salji dan bermain dengan nya. Sempat menunggang kuda sekitar kawasan tinggi pergunung disini ditemani seorang pemuda kampong ini bernama Mohd. Ahad. So enjoy sangat semasa menghabiskan masa disini Tiga hari dua malam berada di sini, saya kembali semula ke bandar Srinagar.


Sekitar bandar Srinagar, berjalan bersam Javeed

Gulmarg atau dikenali sebagai Medow of Flower terletak pada ketinggian 2653m dan sejauh 53km dari Srinagar. Ditemani oleh Javeed saya ke kawasan yang terkenal dengan pusat bermain ski ketika tiba musim salji. Dikatakan pada ketika musim bunga pula hamparan padang ditumbuhi bunga-bunga yang cantik sehingga nampak seolah-olah seperti permaidani.
































Gulmarg bersama Javeed

Sepatutnya perancangan saya berada di Srinagar hanya 8 hari, tetapi berlanjutan sehingga menjadi 10 hari. 




Bersama ibubapa dan kakak Javeed

DARI SRINAGAR KEMBALI SEMULA KE NEW DELHI

Perjalanan menaiki bas kembali semula ke New Delhi agak mencabar. Tingkap cermin bas saya pecah, mereka hanya menutup dengan kain, apa lagi setelah selama 28jam perjalanan setiba di New Delhi habis satu badan terutama muka comot berdebu.

Cukup negara India sekarang dah tak sabar nak ke Nepal pulak. Sepatutnya rancangan awal, saya nak ke Varnasi serta ke Culcutta dan ingin ke Darjeeling utara India berdekatan negara Bhutan. Tapi rasa malas pulak so saya ambil bas dari New Delhi terus ke Kathmandu India.


Singapore - New Delhi - Agra - Srinagar, Kashmir - ke Nepal


No comments:

Post a Comment