BEBERAPA HARI di
Chengdu saya menaiki keretapi ke Phanzihua, biasanya apabila menaiki keretapi
saya akan membeli tiket hard sleeper yang lebih selesa lagi murah yang mana
tiap gerabak didalam nya akan di bahagi kan beberapa ruang seperti bilik tanpa
pintu disetiap grabak hard sleeper terdapat 6 tempat tidur, 3 tingkat katil
yang mengadap antara satu sama lain, tingkat atas harganya lebih murah.
Kerana
kehabisan tiket hard sleeper dan kerana ada keinginan mencuba menaiki gebabak
biasa, so saya mencuba tiket gerabak biasa. Seperti yang dijangka walaupun ada
no tempat duduk tapi kalu lambat orang lain akan duduk jika kita datang lambat.
Alhamdulillah saya dapat duduk ditepi tingkap sebaris dengan 3 orang yang lain
dan mengadap 4 penumpang yang lain, meja menjadi penghalang dan tempat kami
labuhkan kepala untuk tidur. Harga tiket memang murah.
Tahu kah anda, hanya
sekali sahaja saya ke tandas dan terus duduk tanpa bergerak selama 19 jam
sepanjang perjalanan tsayat bangun kerana bimbang tempat akan diambil orang
lain. Penumpang awam bertukar silih berganti, yang berdiri juga ramai. Perjalanan
menempuh puluhan terowong yang panjang. Saya tiba di Phanzihua pukul 2 petang.
Terus saya mencari bas yang boleh membawa saya ke Dali. Tidak lama di Phanzihua
saya kemudian bergerak menaiki sleeper bas menuju Dali yang terletak di wilayah
Yunan. Perjalanan menempuh gunung dan lereng yang agak tinggi dan pernah ada
ketika semua penumpang bas diarah turun ketika hendak melalui jambatan kayu
yang usang, bimbang bebanan yang berat boleh merobohkan jambatan itu.
DALI
Saya tiba di bandar
Xiaguan (New Dali) pukul 2.30 pagi, nasib bersama saya seorang pelancung dari
barat yang fasih berbahasa mandarin yang juga mempunyai tujuan sama dengan saya
menuju old Dali. Kami berdua menyewa sebuah teksi menuju ke old Dali sejauh hampir
10 km. Masih ingat di waktu pagi hampir ke pukul 4 pagi saya dan pelancung
barat itu seorang wanita meredah mengetuk pintu guesthouse mencari tempat
penginapan. Kami berkongsi dormitory bersama.
Bandar Dali (old
Dali) terletak pada ketinggian 1974m, terkenal dengan mar-mar putihnya. Seperti
kebanyakan bandar purba yang terdapat di China , Old Dali mula dibina dan
terletak dikelilingi sebuah tembok yang tinggi. Tiada bangunan tinggi disini.
Bandar ini terletak ditengah antara sebuah tasik yang luas dan pergunungan
tinggi indah berseliputi salji.
Saya meredah seluruh bandar kecil ini ke gunung
Changshan yang tinggi menaiki cable car kecil dan melayari tasik Erhai
yang luas menyeberang ke perkampungan dan ke Wase market di sebelah sana.
Sempat juga ke Shaping Market sejauh 30km yang hanya di buka setiap hari isnin.
Market yang kebanyakan penjual adalah dari suku kaum Bai. Menarik apabila
melihat cara hidup gaya berpakaian kaum ini.
Saya juga ke 3 Pagodas antara
bangunan unik dan tertua dibarat daya China ini. Kebetulan saya berada di
Dali ketika satu perayaan yang selalu diadakan setahun sekali berlangsung. So
saya ambil kesempatan menyertai perayaan “Torch Festival” yang dimulakan dengan
membakar batang kaya yang dibuat dibina semata-mata untuk dibakar, berakhir
dengan pembakaran mercun yang berterusan tanpa henti hingga ke tengah malam.
Perayaan ini di buat disebuah tokong yang terletak sejauh 25 km dari bandar Old
Dali.
Dari Dali saya
menaiki sleeper bus ke bandar Kunming ibu negeri bagi wilayah Yunan. Perjalanan
hampir 15 jam itu sungguh tidak selesa kerana saya mengalami masalah perit
didalam perut, memulas-mulas. Tuhan saja yang tahu seksa menahan.
KUNMIN WILAYAH YUNAN
Tiba di
bandar besar Kunming pukul 10.30 pagi. Tidak sukar mencari hotel murah disini.
Kebanyakan hotel murah atau budget di China biasanya terletak berhampiran
dengan stesen keretapi atau bas stesen. Selesai membersihkan diri saya ke
Konsul Laos untuk mendapatkan visa ke negara itu. Ada sikit masaalah kerana
ruang passport saya telah penuh, Alhamdulillah segala kesulitan dapat diatasi,
jika tidak saya terpaksa terbang dari Kunming ke Thailand.
Saya terpaksa menunggu
7 hari untuk visa saya yang berharga USD14 itu siap di proses dan selama 7 hari
saya ambil kesempatan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kunming dan
sempat ke Stone Forest atau Shilin yang terletak 130km dari pusat bandar.
Saya juga cuba mengumpul maklumat perjalanan ke Laos sejak dari Beijing lagi tapi
agak sukar, saya teruskan mencari ketika di Kumning akhirnya saya diperkenalkan
seseorang dengan pelancung Jepun Yusuke yang fasih berbahasa Indonesia yang
kebetulan mempunyai arah tujuan yang sama. Alhamdulillah ia ada maklumat
perjalanan.
Dari Kunming saya
bertolak ke selatan Yunan ke bandar kecil Jinghong, melalui pergunungan yang
tinggi sejuk perjalan berbeluk-beluk hingga membuatkan saya pening dan mual.
Dan di satu kawasan tinggi ketika hujan turun di dalam hutan saya
terpandang sekilas sebujur tubuh manusia kurus kering terbaring tidak
berbaju di parit tepi jalan yang sunyi itu. Mulutnya ternganga perutnya pula
kempis. Saya tak pasti sama ada ia hidup atau tidak.
JINGHONG
Selama 24 jam
perjalanan akhirnya saya tiba di bandar Jinghong, terpaksa berjalan beberapa km
mencari hotel murah. Seperti yang dijanji saya bertemu dengan Yusuke dan kami
berjanji akan meneruskan perjalanan ke Thailand melalui Laos bersama. Tidak banyak
tempat menarik yang terdapat disini, melihat cara kehidupan dan rupa wajah
penduduk disini mirip seperti penduduk Thailand dan Laos.
Jika selama ini
saya terpaksa membawa bersama toilet roll kerana kebanyakan tempat di China
tidak mengunakan air, tapi ketika berada disini air digunakan mengantikan
toilet roll.
Untuk rekod ya –
kebanyakan toilet di China dibina bigitu ringkas. Tandas awam mahu pun hotel
pengadang dinding hanya paras dada saja, dan kebanyakan dibina tanpa pintu. So
kalu kita buang air orang boleh nampak jelas apa yang kita buat, yang lagi
teruk kalau toilet dibina mengadap antara satau sama lain. Biasanya dibina
parit dibawah sesekali air dibuka untuk mengalirkan dan membuang najis ke
longkang. Saya pernah terpaksa membuang air di satu toilet awam yang dibina
beberapa lubang-lubang pada jarak yang kalau kita betenggung duduk boleh
bersentuhan dengan orang sebelah, maknanya kita buang air sebelah menyebelah
bersama-sama. Itu dulu may be sekarang semakin bagus kut.
XISHUANGBANA
Dari Jinghong kami kemudian ke Xishuangbanna dan bermalam disini.
MENGLA
Dari Xishuangbana saya bersama Yusuke manaiki bas kecil ke pekan Mengla sejauh 7 jam perjalanan.
Mengla (China) sebuah pekan hampir dengan sempadan China Laos. Hujan renyai turun ketika kami
di sini. Kami menyewa disebuah hotel yang lengang seperti hotel hantu dan kami hanya
tinggal semalam sahaja disini kerana esok awal pagi kami akan bergerak menyeberang masuk
ke Laos. Kebetulan kami berkenalan dengan seorang juga dari pengembara Jepun, jadi kami berkongsi bilik bertiga di Megla.
MOHAN
Dari Megla kami menaiki bas ke Mohan. Mohan merupakan tempat terakhir bagi memproses dokumen perjalanan di China, kami kemudian menaiki pick-up trak masuk ke negara Laos dan ke Boten, Vietnam bagi urusan visa.
MOHAN
Dari Megla kami menaiki bas ke Mohan. Mohan merupakan tempat terakhir bagi memproses dokumen perjalanan di China, kami kemudian menaiki pick-up trak masuk ke negara Laos dan ke Boten, Vietnam bagi urusan visa.
Sempadan China-Loas bersama Yusuke (tengah) dan seorang rakan Jepun di Mohan |
Selesai urusan passport di belah China, kami masuk ke Laos |
No comments:
Post a Comment