Thursday, August 7, 1997

10 - KEMBARA SOLO 1997 - NONG KAI. BANGKOK, HAT YAI - THAILAND, BURMA - BAHAGIAN KE 8-8

Seberang sana ialah Laos.

NONG KAI

Saya tinggal satu malam sahaja di Nong Kai. Nong Kai sebuah pekan bersempadan dengan negara Laos. Seharian saya berjalan sekitar bandar ini dan mengambil peluang ke stesen keretapi untuk membeli tiket perjalanan ke Bangkok esok hari.


BANGKOK

Di Bangkok saya ke Kao San Road dan berjumpa dengan Yusuke seronok rasanya macam bertahun tak pernah jumpa. Kami berdua bersama menaiki keretapi ke Ayunthaya sebuah bandar purba di utara Bangkok sejauh 86km. Kami melawat peninggalan sejarah disini dan tinggal disini selama 2 malam dan kembali semula ke Bangkok.

"Ayutthaya is a city in Thailand, about 80 kilometers north of Bangkok. It was capital of the Kingdom of Siam, and a prosperous international trading port, from 1350 until razed by the Burmese in 1767. The ruins of the old city now form the Ayutthaya Historical Park, an archaeological site that contains palaces, Buddhist temples, monasteries and statues."


Bersama Yusuke di Ayunthaya, Thailand

Kota Bangkok saya dah beberapa kali sampai, so dah agak faham tentang jalan-jalan dan tempat di kota ini dan banyak juga tempat menarik yang pernah saya pergi dan melawat sekali lagi sekadar membuang masa. Yusuke akan terbang ke Ranggon Myanmar manakala saya merancang ke utara Thailand ke Chiang Mai, Ke Chiang Rai dan melawat ke Golden Tringle ( satu kawasan dibahagian Thailand dimana kita berdiri dan melihat tanah besar Laos dan tanah besar Myanmar ang terpisah hanya dengan sebatang sungai.

Chiang Mai - Chiang Rai - Mae Sai - Golden Tringle - Chiang Mai - Mae Hong Song - Chiang Mai - Bangkok


Di Golden Tringle

TACHILEK, BURMA

Dari Chiang Mai, saya ke Chiang Rai dan ke Mae Sai. Saya ke Mai Sai semata-mata kerana hendak mengambil peluang memasuki negara Myanmar ke pekan Tachilek dengan hanya membayar USD5 sahaja. Tachelik seperti bandar Mae Sai di utara Thailand, seperti market menjual pelbagai barangan dan saya sempat membeli kulit harimau bintang berharga RM30 sahaja. 




 
Saya ada beli kulit binatang seperti didalam photo dengan harga RM30


MAE HONG SONG

Saya juga ke Mae Hong Song sejauh 359km dari Chiang Mai selama 8 jam perjalanan. Saya ke Mae Hong Song semata-mata handak melihat sendiri suku Paduang kaum yang mempunyai tengkuk panjang. Kaum wanita yang mempunyai tengkuk panjang dianggap menarik pada pandangan mereka saya meredah menaiki motor sekitar Mae Hong Song. Saya tinggal semalam di sini.




Kembali semula ke Bangkok, beberapa hari disini saya kemudian bergerak keselatan Thailand ke Hat Yai dan kembali ke Malaysia setelah hampir 5 bulan mengembara sendirian. Saya tiba di rumah tepat pada tarikh hari lahir saya 28 ogos. 

Alhamdulillah.



Wednesday, August 6, 1997

9 - KEMBARA SOLO 1997 - MUANG XAI, LUANG PRABANG, VANG VIENG, VIENTIEN - LAOS - BAHAGIAN KE 7-8


Kami menaiki bas ke Mohan tempat terakhir bagi memproses dokumen perjalanan di China, kami kemudian menaiki pick-up trak masuk ke negara Laos dan ke Boten bagi urusan visa.



MUANG XAI 

Selesai segala urusan kami bergerak ke Muang Xai sejauh 81km mengambil masa 4 jam perjalanan. Muang Xai hanya pekan kecil tidak ada apa yang menari bagi saya. Saya dan Yusuke bermalam disini sebelum bertolak ke Luang Prabang sejauh 187km. Laos seperti Malaysia 50 tahun dulu.  

Perjalanan menuju ke Muang Xai

Muang Xai atau Oudomxay


LUANG PRABANG 

Luang Prabang lebih besar  terdapat banyak juga tempat menari disini seperti Phu Shi yang terletak di bukit tinggi. Kami bermalam beberapa hari disini dan mengambil keputusan berpecah kerana saya hendak ke ibunegeri Laos Vientien manakala Yusuke pula hendak menaiki boat dari sini terus ke utara Thailand menuju Chiang Mai. Apa pun kami berjanji akan bertemu di Kao San Road di Thailand kelak.

Bersama Yusuke di Luang Prabang



VANG VIENG

Perjalan dari Luang Prabang ke Vang Vieng sejauh hanya 260km. Menaiki bas kayu sekali pandang macam lori saya mengambil keputusan duduk di atas bumbung bas bersama beberapa pengembara lain sepanjang 14jam perjalanan dilereng gunung itu. Dan sekali terkandas beberapa jam kerana jalan terhalang akibat tanah runtuh. Tiba di Vang Vieng kira-kira pukul 9.30 malam. Saya bermalam disini. 



Menanti runtuhan batu dialihkan, dalam perjalanan dari Luang Prabang ke Vang Vieng

Sumber GOOGLE, pandangan seperti ketika makan tengah hari saya di bandar ini

Tidak banyak photo yang saya ambil di Vang Vien, kalau ada pun tidak menarik. Jadi saya share pemandangan Vang Vien dari GOOGLE, pandangan yang mirip dengan apa yang saya lihat dulu.

Vang Vieng

Ramai pelancung berkata Vang Vieng mirip seperti bandar Guilin di China yang terkenal dengan longgokan bukit batu yang bertaburan dimerata-rata dan mempunyai pemandangan indah. Dari Vang Vieng saya ke Vientien  sejauh 160km menaiki pick-up track. 


VIENTIEN 

Vientien ibunegara Laos terletak bersempadan dengan Thailand hanya dipisahkan dengan sungai Mekong. Hanya semalam sahaja saya di sini kemudian saya bergerak masuk ke Thailand ke pekan Nong Kai. Bermalam di Nong Kai kemudian saya menaiki keretapi menuju ke kota Bangkok.




Tuesday, August 5, 1997

8 - KEMBARA SOLO 1997 - DALI, KUNMING, JINGHONG, XISHUANGBANA, MENGLA, MOHAN - CHINA - BAHAGIAN KE 6-8


BEBERAPA HARI di Chengdu saya menaiki keretapi ke Phanzihua, biasanya apabila menaiki keretapi saya akan membeli tiket hard sleeper yang lebih selesa lagi murah yang mana tiap gerabak didalam nya akan di bahagi kan beberapa ruang seperti bilik tanpa pintu disetiap grabak hard sleeper terdapat 6 tempat tidur, 3 tingkat katil yang mengadap antara satu sama lain, tingkat atas harganya lebih murah. 

Kerana kehabisan tiket hard sleeper dan kerana ada keinginan mencuba menaiki gebabak biasa, so saya mencuba tiket gerabak biasa. Seperti yang dijangka walaupun ada no tempat duduk tapi kalu lambat orang lain akan duduk jika kita datang lambat. Alhamdulillah saya dapat duduk ditepi tingkap sebaris dengan 3 orang yang lain dan mengadap 4 penumpang yang lain, meja menjadi penghalang dan tempat kami labuhkan kepala untuk tidur. Harga tiket memang murah. 

Tahu kah anda, hanya sekali sahaja saya  ke tandas dan terus duduk tanpa bergerak selama 19 jam sepanjang perjalanan tsayat bangun kerana bimbang tempat akan diambil orang lain. Penumpang awam bertukar silih berganti, yang berdiri juga ramai. Perjalanan menempuh puluhan terowong yang panjang. Saya tiba di Phanzihua pukul 2 petang. 

Terus saya mencari bas yang boleh membawa saya ke Dali. Tidak lama di Phanzihua saya kemudian bergerak menaiki sleeper bas menuju Dali yang terletak di wilayah Yunan. Perjalanan menempuh gunung dan lereng yang agak tinggi dan pernah ada ketika semua penumpang bas diarah turun ketika hendak melalui jambatan kayu yang usang, bimbang bebanan yang berat boleh merobohkan jambatan itu.


DALI

Saya tiba di bandar Xiaguan (New Dali) pukul 2.30 pagi, nasib bersama saya seorang pelancung dari barat yang fasih berbahasa mandarin yang juga mempunyai tujuan sama dengan saya menuju old Dali. Kami berdua menyewa sebuah teksi menuju ke old Dali sejauh hampir 10 km. Masih ingat di waktu pagi hampir ke pukul 4 pagi saya dan pelancung barat itu seorang wanita meredah mengetuk pintu guesthouse mencari tempat penginapan. Kami berkongsi dormitory bersama.


Bandar Dali (old Dali) terletak pada ketinggian 1974m, terkenal dengan mar-mar putihnya. Seperti kebanyakan bandar  purba yang terdapat di China , Old Dali mula dibina dan terletak dikelilingi sebuah tembok  yang tinggi. Tiada bangunan tinggi disini. Bandar ini terletak ditengah antara sebuah tasik yang luas dan pergunungan tinggi indah berseliputi salji. 
 
Menyeberangi Tasik Erhai untuk ke sebuah perkampungan




Saya meredah seluruh bandar kecil ini ke gunung Changshan yang tinggi menaiki cable car kecil dan melayari tasik Erhai yang luas menyeberang ke perkampungan dan ke Wase market di sebelah sana. Sempat juga ke Shaping Market sejauh 30km yang hanya di buka setiap hari isnin. Market yang kebanyakan penjual adalah dari suku kaum Bai. Menarik apabila melihat cara hidup gaya berpakaian kaum ini. 
 
Wase Market

Saya juga ke 3 Pagodas antara bangunan unik dan tertua dibarat daya China ini.  Kebetulan saya berada di Dali ketika satu perayaan yang selalu diadakan setahun sekali berlangsung. So saya ambil kesempatan menyertai perayaan “Torch Festival” yang dimulakan dengan membakar batang kaya yang dibuat dibina semata-mata untuk dibakar, berakhir dengan pembakaran mercun yang berterusan tanpa henti hingga ke tengah malam. Perayaan ini di buat disebuah tokong yang terletak sejauh 25 km dari bandar Old Dali.


Dari Dali saya menaiki sleeper bus ke bandar Kunming ibu negeri bagi wilayah Yunan. Perjalanan hampir 15 jam itu sungguh tidak selesa kerana saya mengalami masalah perit didalam perut, memulas-mulas. Tuhan saja yang tahu seksa menahan. 


KUNMIN WILAYAH YUNAN

Tiba di bandar besar Kunming pukul 10.30 pagi. Tidak sukar mencari hotel murah disini. Kebanyakan hotel murah atau budget di China biasanya terletak berhampiran dengan stesen keretapi atau bas stesen. Selesai membersihkan diri saya ke Konsul Laos untuk mendapatkan visa ke negara itu. Ada sikit masaalah kerana ruang passport saya telah penuh, Alhamdulillah segala kesulitan dapat diatasi, jika tidak saya terpaksa terbang dari Kunming ke Thailand. 

Saya terpaksa menunggu 7 hari untuk visa saya yang berharga USD14 itu siap di proses dan selama 7 hari saya ambil kesempatan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kunming dan sempat ke Stone Forest  atau Shilin yang terletak 130km dari pusat bandar. 

Saya juga cuba mengumpul maklumat perjalanan ke Laos sejak dari Beijing lagi tapi agak sukar, saya teruskan mencari ketika di Kumning akhirnya saya diperkenalkan seseorang dengan pelancung Jepun Yusuke yang fasih berbahasa Indonesia yang kebetulan mempunyai arah tujuan yang sama. Alhamdulillah ia ada maklumat perjalanan.
 
Dari Dali - Kunming - Jinghong - Xishuangbanna - Megla (pekan sempadan China-Loas)

Dari Kunming saya bertolak ke selatan Yunan ke bandar kecil Jinghong, melalui pergunungan yang tinggi sejuk perjalan berbeluk-beluk hingga membuatkan saya pening dan mual. Dan di satu kawasan tinggi ketika hujan turun  di dalam hutan saya terpandang sekilas sebujur tubuh manusia kurus kering  terbaring tidak berbaju di parit tepi jalan yang sunyi itu. Mulutnya ternganga perutnya pula kempis. Saya tak pasti sama ada ia hidup atau tidak. 


JINGHONG
Selama 24 jam perjalanan akhirnya saya tiba di bandar Jinghong, terpaksa berjalan beberapa km mencari hotel murah. Seperti yang dijanji saya bertemu dengan Yusuke dan kami berjanji akan meneruskan perjalanan ke Thailand melalui Laos bersama. Tidak banyak tempat menarik yang terdapat disini, melihat cara kehidupan dan rupa wajah penduduk disini mirip seperti penduduk Thailand dan Laos.

Jika selama ini saya terpaksa membawa bersama toilet roll kerana kebanyakan tempat di China tidak mengunakan air, tapi ketika berada disini air digunakan mengantikan toilet roll.

Untuk rekod ya – kebanyakan toilet di China dibina bigitu ringkas. Tandas awam mahu pun hotel pengadang dinding hanya paras dada saja, dan kebanyakan dibina tanpa pintu. So kalu kita buang air orang boleh nampak jelas apa yang kita buat, yang lagi teruk kalau toilet dibina mengadap antara satau sama lain. Biasanya dibina parit dibawah sesekali air dibuka untuk mengalirkan dan membuang najis ke longkang. Saya pernah terpaksa membuang air di satu toilet awam yang dibina beberapa lubang-lubang pada jarak yang kalau kita betenggung  duduk boleh bersentuhan dengan orang sebelah, maknanya kita buang air sebelah menyebelah bersama-sama. Itu dulu may be sekarang semakin bagus kut.


XISHUANGBANA

Dari Jinghong kami kemudian ke Xishuangbanna dan bermalam disini.  


MENGLA

Dari Xishuangbana saya bersama Yusuke manaiki bas kecil ke pekan Mengla sejauh 7 jam perjalanan. Mengla (China) sebuah pekan hampir dengan sempadan China Laos. Hujan renyai turun ketika kami di sini. Kami menyewa disebuah hotel yang lengang seperti hotel hantu dan kami hanya tinggal semalam sahaja disini kerana esok awal pagi kami akan bergerak menyeberang masuk ke Laos. Kebetulan kami berkenalan dengan seorang juga dari pengembara Jepun, jadi kami berkongsi bilik bertiga di Megla.


MOHAN
 
Dari Megla kami menaiki bas ke Mohan. Mohan merupakan tempat terakhir bagi memproses dokumen perjalanan di China, kami kemudian menaiki pick-up trak masuk ke negara Laos dan ke Boten, Vietnam bagi urusan visa.

Sempadan China-Loas bersama Yusuke (tengah) dan seorang rakan Jepun di Mohan

Selesai urusan passport di belah China, kami masuk ke Laos



Monday, August 4, 1997

7 - KEMBARA SOLO 1997 - GRAND BUDDHA LESHAN - CHINA - BAHAGIAN 5-8


LEHSAN terkenal dengan Grand Buddha nya. Patung Buddha duduk ini setinggi 71meter yang dibina hampir 90. Bayangkan telinganya sahaja sepanjang 7 meter. Patung ini di tarah dan diukir di sebuah bukit berhadapan sungai.  Hanya semalam di Lehsan saya kemudian kembali semula ke bandar Chengdu. 



Buddha Gergasi Leshan (Lèshān Dàfó) telah dibina pada zaman Dinasti Tang (618-907). Ia telah diukir daripada permukaan gunung yang terletak di kuala pertemuan sungai Minjiang, Dadu dan Qingyi di bahagian selatan wilayah Sichuan, di China, berdekatan dengan kota Leshan. Arca patung batu ini menghadap Gunung Emei dengan sungai mengalir di bawah kakinya. Ia adalah batu berukir Buddha terbesar di dunia dan pada saat pembinaan adalah patung tertinggi di dunia. Gunung Emei disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia sejak 1996. Patung ini tidak rosak oleh gempa bumi Sichuan 2008. 



Pembinaan bermula tahun 713, dipimpin oleh seorang biarawan China bernama Haithong. Dia berharap bahawa Buddha akan menenangkan air sungai. Dia dikatakan telah mencungkil matanya sendiri untuk menunjukkan kesalehan dan ketulusan. Selepas kematiannya, pembinaan terbengkalai kerana kekurangan dana. 



70 tahun kemudian, jiedushi memutuskan untuk menaja projek dan pembangunan diselesaikan oleh murid-murid Haitong pada 803. Pada ketinggian 71 meter , patung ini digambarkan seorang sedang duduk Maitreya Buddha dengan tangannya bertumpu pada lututnya. Bahunya lebar sekitar 28 meter dan kuku cukup besar untuk dengan mudah mengakomodasi orang yang duduk. 



Penduduk tempatan berkata "Gunung adalah seorang Buddha dan Buddha adalah sebuah gunung". Ini kerana gunung tersebut berbentuk seperti Buddha yang tertidur jika dilihat daripada sungai.












Dari kaki gunung Emei Shan saya menaiki van ke bandar Leshan kira-kira sejam perjalanan, tujuan saya untuk bermalan dibandar ini kerana mahu melihat patung duduk terbesar didunia yang dikenali sebagai "Grand Buddha". Ianya dibina selama hampir 90 tahun dengan ketinggian 71 meter, ukuran telinganya sahaja berukuran 7 meter. Patung ini dikatakan dapat menjaga keselamatan para nelayan dihadapan sungai tersebut. 



Hampir sehari suntuk saya berkeliaran disekitar binaan patung ini bermula dengan melihat pemandangan patung ini dari atas boat kemudian ke kaki patung ini, kemudian mendaki melalui anak tangga dibahagian tepi ke puncak kepala patung tersebut. 



Dikawasan sekitar atas gunung tersebut terdapat kedai-kedai yang menjual berbagai barangan cenderamata.



Sunday, August 3, 1997

6 - KEMBARA SOLO 1997 - XINING, BEIJING, CHENGDU - CHINA - BAHAGIAN KE 4-8


DARI LHASA SAYA KE XINING wilayah Qinghai menaiki sleeper bus melalui Tibet-Qinghai Highway selama 46jam perjalanan. Memang amat penat sesekali terasa juga bosannya tapi pemandangan yang berbeza membuatkan diri leka sepanjang perjalanan itu. 


Keadaan didalam sleeper bus dari Lhasa ke Xining. Dua tingkat tiga baris katil yang boleh duduk dan baring.










XINING (2200m) 

Sebuah bandar besar ramai umat islam disini, puas saya makan satay daging yang dijual disini. Beberapa hari di Xining saya kemudian menaiki train menuju ke Beijing. Perjalanan dengan keretapi mengambil masa selama 32 jam.


Sekitar Xining


Sekitar Xining


Sekitar Xining

BEIJING

Beijing terkenal dengan Tianneman Square nya, saya tinggal di sebuah budget hotel disini. Puas berjalan sekitar Beijing banyak tempat yang saya pergi antaranya Temple Of Heaven dan Natural History Museam yang mempamerkan mayat sebenar manusia untuk tontonan. 

Sempat juga ke Badaling Great Wall yang terletak kira-kira 80km dari Beijing. Cuma saya tidak berkesempatan untuk mengunjungi Summer Palace ketika ini. Perancangan awal nak ke wilayah Xinjiang tapi ada masaalah dengan passport so terpaksa lah tukar plan.


Dari Xining ke Beijing




Hard Sleeper dalam gerabak keretapi 1997


Pagi bersenam dalam train


Station keretapi Beijing bersama kawan dari Jepun


Penginapan para pengembara di Beijing


Zoo




Badaling Great Wall






Tianamen Square


Tianemen Squre


Natural History Museum, Beijing


Natural History Museum, Beijing


Temple Of Heaven


Temple Of Heaven

XIAN

Dari Beijing saya menaiki  keretapi ke bandar Xian di wilayah Shaanxi sejauh 1200km dari Beijing.  Xian terkenal dengan Terra Cotta Warriors, terdapat ribuan patung-patung askar dan kuda yang dijumpai tertimbus didalam tanah dikatakan berusia 2000 tahun, memang menarik untuk dilawati. 

Untuk memudahkan pergerakan saya di sini saya ikut one day tour aje senang tak payah pening kepala memikirkan cara nak ke tempat-tempat menarik ini. Sempat juga ke Qin Of Tomb dan memanjat tembok setinggi 12m yang mengelilingi bandar ini sepanjang 13.74km. Ditengah bandar yang sibuk ini terdapat mercu tanda lain iaitu The Bell Tower. 


Bersama kenalan dari Korea


Dengan Jung

Tidak jauh dari The Bell Tower terdapat sebuah perkampungan orang islam. Seronok saya meredah disini makanan halal tak jadi masaalah dah. Terdapat sebuah masjid yang dikenali sebagai The Great Mosque yang dibina pada abad ke 14, terdengar sayap-sayup orang sedang membaca al quran ketika saya masuk ke kawasan masjid ini. 




Great Mosque


Great Mosque di Xian

Gunung Huang shan setinggi 1997m merupakan gunung batu granit yang terletak kira-kira 120km dari bandar Xian sempat saya kunjungi. Huangshan mt merupakan antara 5 gunung yang dianggap suci oleh orang di negara ini.




Kaki gunung Huang Shan


YICHANG KE CHONGQING

Dari Xian saya menaiki keretapi ke bandar Yichang  yang terletak dipinggir sungai Yang Tze di wilayah Hubei mengambil masa selama 22jam. Saya hanya tinggal semalam sahaja di bandar ini, kemudian keesokkan harinya saya menaiki kapal persiaran usang setinggi 4 tingkat melayari sungai Yang Tze ini ke bandar Chongqing sejauh 648km melawan arus sungai selama 50 jam. Suatu pengalaman yang sangat menarik. 

Menempuh beberapa tempat dan pemandangan indah serta berpeluang melihat ragam kehidupan penduduk dipinggir sungai ini.  Melalui 3 gorge yang terkenal seperti Xiling, Wuxia dan Qutang.



Yichang











Saya tiba di bandar besar Chongqing yang terletak diwilayah Sichuan diawal pagi. Memang terkejut bila bandar ini penuh dengan bangunan pencakar langit terkejut kerana sangkaan awal saya Chongqing adalah bandar kecil saja. Saya meredah sekitar bandar dari pagi hingga malam.

Tidak bermalam disini saya ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan pada sebelah malam dengan menaiki keretapi terus ke bandar Chengdu ibu negeri bagi wilayah Sichuan. Perjalanan keretapi selama 9 jam 15 minit.


CHENGDU 

Dikenali juga dengan City of Brocade, mempunyai penduduk yang ramai dan sesak, sempat saya menyewa basikal bagi memudahkan saya untuk bergerak kemana-mana dalam bandar ini dan ketempat-tempat menarik disini. 
 
Awal pagi tiba di station keretapi Chengdu



EMEI SHAN (GUNUNG EMEI) 


Dari bandar Chengdu, wilayah Sichuan saya menaiki bas kecil saya bertolak ke Emeishan selama 4 jam perjalanan sejauh 150km. Emeishan atau Gunung Emei mempunyai ketinggian 3075 meter. Dari kaki gunung di Baoguo Monastery pelancung boleh menaiki bas hingga ke paras 2540 meter dan boleh menaiki cable car untuk terus ke Puuncak Emas (Golden Peak - 3075 meter). Tapi saya memilih untuk mendaki dari kaki gunung hingga ke puncak melalui beberapa tokong dan mengambil masa selama 2 hari. 



Gunung Emei adalah salah satu gunung tertinggi China yang terletak di Leshan, Wilayah Sichuan, China. Gunung ini mempunyai banyak ragam spesis tumbuhan dan banyak rata-rata berusia lebih daripada 1,000 tahun. 



Terdapat empat tempat utama destinasi pelancongan iaitu, Kuil Baoguo, Kuil Wannian, Pavilun Qingyin dan Puncak Emas. Puncak emas adalah puncak tertinggi Gunung Emei dengan ketinggian 3079 meter di atas permukaan laut. Gunung Emei ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia tahun 1996. Gunung ini dikenali sebagai salah satu daripada tempat suci agama Buddha kerana pembangunan kuil Buddha yang pertama di China pada abad 1 masehi. Manakala Grand Buddha yang terletak di Leshan adalah patung Buddha Maitreya yang juga adalah patung Buddha terbesar di dunia.


Pendakian ada kala melalui jalan didalam hutan pergunungan yang elok, malah terdapat anak tangga yang dibina cantik untuk dilalui bagi memudahkan pendakian pelancung. Saya tiba di Wannian Tample (1020 meter) pada pukul 4 petang dan bermalam didalam tokong yang mempunyai bilik-bilik kecil yang selesa untuk didiami. Wannian Tample terletak dikawasan hutan dilereng gunung. Suasana petang ketika itu amat dingin dan saya sempat berjalan disekitar kawasan tample ini yang sunyi tenang dan damai.

Wannian Tample sumber google

Disini saya berkenalan dengan pasangan suami isteri dari Amerika Ying dan suaminya Drew, kami juga sempat makan malam bersama di ruang dapur di dalam tample ini yang ada menyediakan yang berasaskan sayuran. 


Hari pertama pendakian saya terpaksa bermalam di pertengahan pendakian dan bermalam di sebuah tokong di sini, hari ke dua saya mendaki sampai ke puncak.

Keesokan hari awal pagi lagi saya mula begerak meninggalkan Wannian Tample, melalui anak-anak tangga yang dibina curam menuju ke Golden Peak. Terasa penat, jika anda mahu mendaki tanpa rasa penat anda boleh sahaja mengupah "pengusung" yang ramai disekitar dalam perjalanan. Kebiasaanya ada 2 pemuda yang akan mengambil upah mengendung atau mengusung pelancung dengan mengunakan pengusung yang diperbuat daripada rotan dan mereka terpaksa memikul mengunakan bahu dan mengerah seluruh tenaga sambil kaki tidak henti-henti melangkah mendaki anak-anak tangga.

Nun kelihatan dibelakang puncak gunung sana ialah puncak Emeishan

Saya terpaksa melalui hutan yang dipenuhi dengan monyet-monyet liar, terpaksa berhati-hati kerana ramai juga pendaki yang kena gigit oleh monyet-monyet tersebut. Ketika saya melalui kawasan monyet liar ini berseorangan terdapat juga monyet yang mengekori saya. Perjalanan pendakian saya juga melalui beberapa kawasan penempatan penduduk dan tample-tample kecil.


Bertemu dengan Drew dan Ying dalam perjalanan dan ketika kami sampai diparas 2540 meter, saya, Ying dan Drew mengambil keputusan untuk menaiki "cable car" menuju puncak Emeishan (Golden Peak) - 3075 meter.





Dipuncak Emeishan, saya terpaksa menyewa sebuah bilik didalam tokong besar, tokong yang dibina mengunakan kayu dan dipenuhi dengan beribu orang-orang tua terutama kaum wanita yang datang untuk sembahyang. Saya sempat menjenguk kedalam beberapa bilik besar yang lain didalam tokong ini, ada bilik seperti dewan besar bergelimpangan berhimpit-himpit mereka sesama sendiri. Saya terpaksa berjalan didalam tokong besar ini yang kelam suasana dalamannya, setiap langkah pasti berbunyi kerana lantai didalam tokong ini juga diperbuat daripada kayu yang akan mengeluarkan bunyi setiap kali kaki melangkah.

Terdapat ramai yang datang disini, seolah "Mecca" bagi penganut mereka. Sesak dengan manusia yang dating beribadat dipuncak ini.  Saya bermalam di sebuah tempat penginapan agak murah disini betul-betul dilereng gunung yang tinggi.

Bilik yang saya sewa mengadap pemandangan yang paling indah betul-betul dilereng gunung terdapat tilam elektrik dan cukup selesa buat saya seorang. Keindahan pemandangan puncak ini menakjubkan. Suasana matahari terbenam dan ketika matahari naik memang sangat-sangat dinantikan oleh semua orang.

photo sumber dari google

Di puncak ini saya lihat semua orang berebut-rebut untuk melihat bayangan sendiri diatas awan di bawah puncak gunung ini. Saya sendiri sempat melihat bayangan diri saya diatas awan dibawah gunung ketika matahari memancar cahaya dibelakang kita. Malah saya dapat melihat bayangan saya diatas awan dan disekelilingi bayang kepala saya terdapat pancaran warna warni seperti warna pelangi. Inilah fenomena yang dicari-cari oleh orang-orang cina ketika berada dipuncak ini (bayangan seolah-olah kepala buddha yang terpancar cahaya warna warni). Kata orang dulu-dulu jika seseorang nampak bayangan mereka itu diatas awan, maka mereka akan terjun kearah awan tersebut. 

Bagi saya, mencari bayangan kepala dikelilingi cahaya warna warni hanya untuk suka-suka. Pasangan Ying dan Drew sampai sudah tidak menemui bayangan mereka di atas awan.

Bayangan kita akan terbentuk diatas awan dibawah apabila matahari memancar dibelakang kita, kebiasaanya jelas disekeliling bayangan kepala kita diatas awan itu cahaya yang memancar berwarna warni - photo google




Contoh photo bayangan diri kita diatas awan dipuncak Emeishan - sumber google

Saya di Emeishan diketinggin 3075 m tapi ada yang ditulis 3079 m




Bilik tidur saya didalam monastery dibelakang bangunan sana betul-betul menghadap lereng gunung, luar tingkap pemandangan curam. Didalam monastery terdapat beberapa bilik besar yang dipenuhi ramai orang tua yang datang kesini untuk bersembahyang.






Menanti matahari terbit pagi hari ke tiga


Keesokan hari diawal pagi saya bersama ratusan yang berada dipuncak gunung Emei ini bangun semata-mata untuk melihat pemandangan matahari naik. Awal pagi riuh mendengar suara orang ramai yang mula keluar untuk melihat pemandangan matahari terbit. 



Selepas melihat pemandangan matahari naik dan selepas bersarapan pagi saya mula begerak turun menuju ke paras 2540 meter dan kemudian menaik bas menuju ke kaki gunung Emei dan dari situ saya meneruskan perjalanan menuju ke bandar Leshan (kira-kira sejam perjalanan) untuk melihat patung duduk Buddha terbesar didunia.