Tuesday, July 24, 2018

65 - TRAVEL INSURANCE


4 Risiko Besar Sewaktu Mengembara di Luar Negara – Kepentingan Travel Insurance
AMMAR SUFIAN
24 OCT 2017

Sejak kebelakangan ini, kita sering melihat pelancong Malaysia terpaksa menjalani rawatan di luar negara kerana jatuh sakit secara mengejut ketika melancong. Ketiadaan travel insurance menyebabkan mereka terpaksa beralih kepada GoFundMe untuk membiayai kos tersebut.

Dalam tempoh setahun ini, sudah ada tiga kes di mana pelancong Malaysia terpaksa menggunakan website GoFundMe bagi memohon dana awam dari orang ramai bagi membiayai kos rawatan hospital di United Kingdom yang semakin meningkat.

Kita semua mengharapkan perjalanan pelancongan yang lancar samada di tempat orang mahupun di tempat sendiri namun empat risiko ini tetap berkemungkinan berlaku dan tidak dapat dihalang kerana ianya di luar bidang kuasa kita sebagai manusia biasa.

Namun, apa yang penting adalah samada kita bersedia untuk menghadapi sebarang risiko yang dinyatakan dengan mempersiapkan diri melalui pembelian insurans perjalanan (travel insurance) bagi sepanjang perjalanan kita.

Ikuti nukilan penulis Ida Latif di The Vocket setahun lepas dan masih relevan sehingga ke hari ini:

Travel insurance. Ada yang pandang sebelah mata saja tentang ini termasuk di kalangan mereka yang mengaku sebagai backpackers.

Malahan tak keterlaluan jika dikatakan persiapan dan itinerari sebolehnya dicari sehabis lengkap sebelum tarikh travel bermula.

Segala do’s and dont’s berada dalam kepala. Jika boleh kat mana lokasi tandas dan berapa bayaran masuk sebab nak kencing pun dah tahu sebelum tiba ke lokasi yang di tuju.

Tapi tidak bagi travel insurance. Berbagai alasan akan diberikan agar travel insuranceyang kelihatan tidak penting ini tak perlu dibeli. Mahal, bajet tak cukup, insya Allah kita sama-sama selamat pergi dan balik, tak sempat beli, tak tahu mana nak beli dan… entahlah, banyak sangat alasan korang.

Kali ni saya nak kongsikan beberapa risiko besar yang bukan saja boleh buat duit dalam bank korang rabak, tapi keluarga kat kampung turut terpaksa berhempas pulas dapatkan duit demi menyelamatkan korang jika perkara ni terjadi kat diri korang semasa travel.

1. Jatuh sakit di negara orang

travel-insurance-1

Bukan sakit demam biasa tau. Tapi serius punya sakit sampai kena masuk hospital.Anything can happen bro.

Contoh paling mudah yang pernah jadi kat kawan saya; tiba-tiba sakit perut memulas-mulas masa travel sampai kena pergi hospital. Bila diperiksa, rupa-rupanya appendix dia dah kritikal dan kena lakukan pembedahan segera.

Jika tak ada insurance korang tahu lah apa jadi kan? Apatah lagi jika korang travel ke negara yang mana matawangnya lebih tinggi daripada Malaysia. Paling mudah bagi contoh hospital di Australia. Kat sana no insurance no talk bro.

2. Emergency and medical evacuation services (kos servis kecemasan, kos menyelamat dan perubatan)

travel-insurance-3

Kos yang terlibat adalah bagi kes-kes kecemasan. Contoh paling mudah katakanlah korang travel ke kawasan pedalaman di Tanah Besar China. Naik bas dan lalu di cerun-cerun dan lereng gunung.

View tak payah ceritalah. Marvellous. Tapi tanpa diduga bas terbabas masuk gaung. Ada yang cedera dan ada yang innallillah.

Inilah waktunya insurans jadi penting. Andai kata korang terselamat tapi cedera. Nak selamatkan korang memang ambil masa sebab pasukan penyelamat perlu turun ke bawah.

Dah berjaya diselamatkan, korang perlu di hantar ke hospital dengan segera. Jika ada insurance cover, inilah masanya segala kos yang terlibat akan dibayar oleh pihak insurans.

Begitu juga kos dan caj rawatan di hospital. Biasanya kos rawatan di luar negara memang berganda sebab korang bukan rakyat negara tu. Jika di Malaysia boleh lah masuk hospital kerajaan. Tu pun ada yang bising kena bayar seringgit caj register. Eh?

Bukan itu saja. Adakala special arrangement perlu dibuat kerana faktor kesihatan dan medical equipment yang perlu disediakan sewaktu membawa korang balik ke Malaysia. Orang sakit ni adakala macam-macam peralatan perlu disediakan untuk dia sorang je.

3. Repatriation of mortal remains (kos membawa pulang jenazah)

travel-insurance-2

Jika nak pilih cover untuk repatriation of body remain, selalunya saya pilih yang bagi unlimited cover. Unlimited cover bermakna apa saja kos yang terlibat untuk bawa pulang jenazah ke Malaysia ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans.

Kos nak bawa balik jenazah memang mahal. Apatah lagi jika kemalangan berlaku di tempat yang jauh di pedalaman dan perlu libatkan beberapa jenis pengangkutan yang berbeza.

Nak bawa balik ke Malaysia pula mana boleh naik flight kelas ekonomi lagi. Kena masuk kontena dengan penyejuk beku. Lain cajnya tu. Huhu.

Itu belum lagi dikira kos dan caj membersih dan menguruskan jenazah sebelum dihantar balik ke Malaysia.

Baru saja beberapa hari lepas berlaku kes 2 traveller Malaysia lemas di Indonesia. Kos bagi membawa jenazah mereka dari Indonesia ke Malaysia saja sudah melebihi RM10K untuk setiap seorang. Itu baru dari negara seberang bro. Bayangkan jika dari UK, Rusia, Australia. Mesti lagi mahal kos yang perlu dikeluarkan.

3. Extreme sports and hazardous activities (sukan ekstrim dan aktiviti berbahaya)

travel-insurance-6

Yang ini dalam standard cover tak ada disediakan. Korang kena beli tambahan dan bayar extra. Ia dipanggil additional cover atau extension of cover dalam bahasa insurans.

Contoh hazardous sports and activities adalah bungee jump, skydiving, cliff jumping,winter sports (contohnya main ski), mountaineering. Geng panjat gunung dan hiking sila take note weh!

Bila berlaku kemalangan sewaktu lakukan aktiviti berbahaya begini, meskipun korang ada beli travel insurance tapi tak ambil additonal cover for hazardous activities, ia bagai tak ada gunanya.

Jadi jika korang dah rancang dari awal nak buat bungee jump, skydive, scuba diving dan apa-apa aktiviti yang tergolong sebagai hazardous, silalah tambah additional cover for extreme sports and hazardous activities dalam travel insurance korang.

4. Bencana alam

travel-insurance-7

Bencana alam bukanlah sesuatu yang boleh dijangka. Banjir, gempa bumi, tsunami, ribut taufan dan letusan gunung berapi boleh buat kita terperangkap berminggu-minggu di rantau orang.

Silap gaya flight balik korang pun boleh terlepas gara-gara kejadian tak diduga begini. Di situasi beginilah insurans sangat penting kerana kos yang terlibat boleh menjadi berkali ganda dan kita boleh claim semula dengan syarikat insurans.

Ingat kes tersadai di Lombok tahun lepas gara-gara Rinjani meletus? Jika korang ada travel insurance, at least boleh claim balik kos-kos yang perlu dibayar semasa korang terperangkap di sana.

Antaranya kos penginapan, makan minum, extra transportation cost dan juga tiket balik ke Malaysia jika korang perlu beli tiket flight lain dengan cara pergi ke Bali. Yang ini kenalah korang rujuk dengan syarikat insurans untuk info yang lebih terperinci.

travel-insurance-4

Kes-kes lain seperti passport hilang, beg dan duit kena curi, flight delay, itu semua juga turut dilindungi oleh travel insurance.

Tapi bagi saya kes-kes begini taklah begitu kritikal meskipun kerap terjadi sebab ia tak melibatkan kos yang sangat tinggi dan kerugian yang besar berbanding 4 risiko di atas.

Kat mana nak beli insurans? Beli online pun boleh bro. Esok nak fly malam ni sempat lagi korang beli. Antara syarikat insurans yang ada menawarkan pakej insurans perjalanan:

AIG Travel Insurance
AXA Travel Insurance
Etiqa Travel Insurance (Takaful)

Saya bagi 3 cukuplah. Bagi banyak-banyak nanti korang pening nak pilih. Jika tanya kat saya mana yang the best, secara peribadi setiap kali nak travel saya beli AIG Travel Insurance atas faktor mereka ada rangkaian yang baik dengan team international emergency and medical evacuation services.

Tapi 3 insurans di atas hanya berikan perlindungan untuk tempoh terhad atau maksimum sehingga setahun saja. Jika korang merancang nak berada lama di atas jalan (travel in a long term), boleh juga pertimbangkan Nomad Travel Insurance.

Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk menakutkan korang. Tapi lebih kepada memberi kesedaran dan awareness. Sebaiknya masukkan sekali travel insurance ke dalam bajet travel korang.

Juga, sila beri perhatian kepada jumlah atau nilai perlindungan yang disediakan untuk setiap risiko. Jangan kerana nak bayar premium paling murah, korang sanggup ambil cover ciput.

Malahan tak keterlaluan jika saya katakan, perbandingan antara premium yang perlu dibayar dan perlindungan yang disediakan, sangat jauh berbeza jumlahnya. Usah kerana nak berjimat beberapa ratus ringgit korang sanggup tanggung risiko yang bernilai puluhan ribu ringgit.

Nak mati kat mana-mana boleh mati bila ajal dah tiba. Tapi janganlah hingga kematian kita membebankan orang-orang tersayang yang masih hidup. Apatah lagi jika mereka perlu bergolok bergadai demi membawa balik sekujur tubuh kita yang telah kaku.

Travel safe. Travel smart.

Sumber: The Vocket

Komen MA: Suka perenggan akhir penulis, jangan bebankan ahli keluarga kita.

Wednesday, July 18, 2018

64 - 10 - SOLO RIDE MOTOR KAPCAI THAILAND. SATUN - WAN KELIAN, PERLIS - IPOH, PERAK

HARI KE LIMA BELAS
11 JULAI 2018
SATUN - WAN KELIAN - IPOH, PERAK (357KM)


Hari ke 15, hari terakhir kembara solo ride thailand saya. Saya ambil keputusan untuk balik sahaja ke rumah. Sebenarnya boleh sahaja jika saya mahu meneruskan kembara ini tetapi tiba-tiba mood dah tak ada hahaha. Rasanya balik lebih baik. Untuk kembara solo akan datang akan difikirkan kemudian.

Saya bertolak keluar Satun pada pukul 7 pagi. (waktu Malaysia). Tiba di sempadan Thai Malaysia di Wan Kelian pada pukul 8.30 pagi. (sesat jalan haha) Sangat mudah sebab tiada kenderaan lain yang keluar masuk ketika itu.


menuju ke Wan Kelian

Sempadan sebalh Thailand


Malaysia

Di Kangar saya sempat mengisi minyak Ron 95 dan sedikit terkejut sebab terasa sangat murah, kerana ketika di Thailand sekali isi saya akan bayar sekitar hampir THB100 (RM10 lebih) tapi bila di Malaysia tidak sampai RM7.

Disebabkan salah jalan lagi sebab asyik ikut google map, dia bawa saya kembali hingga ke Changlun. Saya tiba di Changlun pada pukul 10.30 pagi dan teruskan perjalanan ke Ipoh


Sebaik meninggalkan kastam di Wan Kelian, keadaan jalan yang agak curam

Tiba di Juru RnR Pada pukul 12.45. Rehat sekejap dan mengisi minyak, kali ini saya isi minyak Ron100, harga lebih kurang dengan isi minyak 95 ketika di Thailand. Dan sehingga hari ini saya masih mengunakan minyak Ron 100.


Kedah

RnR Juru

Saya tiba di Bukit Merah pada pukul 1.30 petang. Dan tiba di RnR Sungai Perak pada pukul 2.30 petang. Akhirnya setelah menunggang selama 15 hari ke Thailand sejauh 3883km dan sebanyak lebih  kurang 36 kali top up minyak petrol saya selamat tiba di rumah di Ipoh. Alhamdulillah sempat tunaikan solat Zohor.

Kos perbelanjaan keseluruhan sekitar RM2400. (termasuklah shopping baju dan kasut)


Alhamdulillah




63 - 9 - SOLO RIDE MOTOR KAPCAI THAILAND. SONGKHLA - SATUN

HARI KE EMPAT BELAS
10 JULAI 2018
SONGKHLA - SATUN (124KM)


Perjalanan saya dari Songkhla ke Satun hanya sekitar 124km sahaja. Paling dekat jika dibandingkan denganjarak perjalanan saya yang lalu. Saya meninggalkan Songkhla pada pukul 7 pagi dan tiba di Satun pada pukul 9.30 pagi.

Tetapi diseparuh perjalanan saya menempuh hujan yang sangat lebat, hujan tidak berhenti sehingga tiba di bandar Satun. Melihat beberapa kemalangan antaranya lori terbalik dipinggir jalan dan kemalangan motor (mungkin motor dibawa laju dan tergenlincir) Semua itu menjadikan saya semakin berhati-hati.






Bandar Satun terletak tidak jauh dah dengan sempadan Malaysia, saya akan kembali ke Malaysia esok mengunakan keluar pintu masuk Wan Kelian di Perlis.

Di Satun saya bermalam di Udom Sok Hotel sebuah bangunan lama yang terletak berdekatan dengan masjid utama Satun dan tidak jauh dengan balai polis. Semalam saya hanya membayar THB 200 (lebih kurang RM25). Sebuah bilik kecil tapi agak selesa. Sebaik masuk ke bilik saya tertidur sehingga hampir pukul 1 tengah hari.


Selesai mandi saya keluar sekitar Satun. Saya juga mengambil kesempatan ke Jeti Tammalang yang terletak lebih kurang 10 km dari bandar Satun. Dari Jeti Tammalng kita boleh masuk ke Langkawi terdapat pejabat kastam yang menguruskan keluar masuk antara Malaysia dan Thailand.

Ke Tammalang Pier





Tammalang Pier

Selebihnya saya jelajah sekitar Satun. Suasana cuaca di Satun mendung dan kelihatan akan turun hujan pada bila-bila masa sahaja.



62 - 8 - SOLO RIDE MOTOR KAPCAI THAILAND. SURATTHANI - SONGKHLA

HARI KE TIGA BELAS
9 JULAI 2018
SURATTHANI - SONGKHLA (321KM)


Saya bertolak meninggalkan bandar Suratthani pada pukul 6 pagi menuju ke Songkhla. Perjalanan ke Songkhla kita akan menempuh bandar Nakhon Sithammarat yang terletak pertengahan perjalanan. Saya tiba di bandar tersebut selepas 3 jam menunggang iaitu pada pukul 9 pagi.



Nakhon Sithammarat 

Meneruskan perjalanan, saya melalui perkampungan dipinggir pantai yang panjang. Sekali sekala saya menyelinap masuk ke pinggir pantai mengambil gambar. Saya juga melalui kawasan kincir angin yang kelihatan banyak selepas bandar Nakhon Sithammarat.











321km dari Suratthani ke Songkhla buka jarak yang dekat buat saya, pasti ada rasa penat. Seperti perjalanan yang lalu, kebiasaannya saya tidak akan makan atau minum berat-berat., hanya minum sedikit dan makan biskut atau coklet bagi mengisi perut.






Akhirnya saya tiba di bandar Songkhla yang terkenal dengan ikan duyungnya itu pada pukul 12 tengah hari. Sebaik check in guest house yang terletak sangat dekat dengan pinggir pantai dan terletak disekitar kawasan tempat tinggal orang-orang islam. Sewa semalam THB400, saya kemudian keluar sekitar songkhla.