Saturday, March 3, 2018

53 - SINGAPORE 25-27 FEBRUARY 2018 DENGAN AL AIMAN

Ke Singapore lagi kali ini dengan Al Aiman. Kesian hampir sebulan cuti semester tidak kemana, so saya bawa jalan-jalan ke Singapore. Seperti kebiasaan saya hanya menaiki bas sahaja dari Aman Jaya. Tambang bas RM53 sehala untuk bas SnS Express. Kali ini saya tempah hotel di dalam Singapore melalui Booking.com. Paling murah sebuah bilik keci hanya SD44 untuk semalam. Kami hanya tinggal semalam sahaja 2 hari jelajah sekitar tempat-tempat menarik di sini. Kos bagi seorang untuk dua hari satu malam ialah RM350 (tidak masuk mana-mana tempat tarikan pelancong disini)














52 - SINGAPORE 19-21 SEPTEMBER 2017 DENGAN AL AMIN

Hampir 10 tahun tidak jejak kaki di bumi Singapore, alhamdulillah baru berkesempatan pergi baru-baru ini. Tujuan utama bagi menyelesaikan terlebih dahulu berkaitan hal peribadi di bank di sana. Saya bersama anak saudara hanya menaiki bas dari Ipoh dan tinggal bermalam di Hotel JB Senteral yang terletak berhampiran dengan bangunan kastam Johor, Dua malam di Johor dan tiga hari meredah Singapore. Tidak dinafikan terlalu banyak perubahan di Spore mahupun di bandar Johor. Walaubagaimanapun tidak sukar bagi saya begerak menghala kesesuatu tempat kerana saya pernah tinggal di Johor dan bekerja di Spore selama hampit 9 tahun.