JAKARTA
Mengambil cuti teringin
nak meredah ke Pulau Jawa, flight menuju ke kota Jakarta selama 1 setengah jam
perjalanan dari Singapore. Saya tinggal dibudget homestay di Jakarta. Sempat
juga lah jalan-jalan ke beberapa tempat tapi yang paling utama ialah ke menara
Monas yang terkenal tu kan.
Beberapa hari disini saya kemudian menaiki keretapi ke Surabaya perjalanan selama hampir 13 jam. Satu perjalanan yang panjang dan hanya duduk dikerusi kayu yang keras. Apa pun saya tetap enjoy melihat kehidupan rakyaat Indonesia yang turun naik keretapi serta enjoy melihat gelagat mereka.

SURABAYA
Tiba di Surabaya seawal
pukul 4.30 pagi, sempat juga lah berpusing sekitar pekan Surabaya ni dan dari
sini saya menaiki bas ke Probolingo satu setengah jam perjalanan. Dan dari
Probolongo saya ke Cemoro Lawang sejam 15 minit. Cemoro Lawang ni terletak
berdekatan dengan gunung berapi Bromo.
GUNUNG BROMO
So saya stay Lava View di sini. Setelah
check-in saya keluar sekitar kawasan apa yang pasti didepan mata terpampang
luas kawasan rendah dan dihujung sekitar lebihkurang 2km tersergam gunung yang
masih aktif itu.
GUNUNG BROMO
Berlatar belakangkan Gunung Bromo |
Esok pada awal pagi saya akan
ke sana mendaki hingga kelereng gunung Bromo untuk melihat pemandangan matahari
terbit. Apa pun pada hari ini saya saya mengambil kesempatan menunggang kuda
padi melihat persekitaran disini. Naik ke beberapa puncak yang tinggi dan dari
sini pun kita dapat melihat pemandangan yang sama tapi dari arah berbeza wajah
gunung Bromo. Cuaca memang panas, saya tetap meredah kerana tersangat enjoynya.
Saya menunggang kuda padi hingga ke sebuah candi yang terletak di kaki gunung berdekatan kaki gunung Bromo, saya sempat juga dikaki singgah ke Gunung Bromo. Cuaca di Comoro Lawang memang dingin berkabus di waktu petang.

Esok pagi saya bangun awal
kira-kira pukul 4 pagi berjalan kaki menuju ke Gunung Bromo, sampai awal
pagi dan cuaca masih gelap.
Saya mendaki 246 anak tangga naik ke atas lereng gunung. Bau asap belerang agak kuat. Berdiri memerhati orang ramai yang semakin ramai. Bersama-sama menanti terbitnya matahari. Dari keadaan gelap gelita hingga lah mula matahari terbit suasana riuh dengan pelancung yang datang. Saya berada di sini ketika umat islam sibuk menyambut Aidil Adha.
Setelah puas bergambar saya beredar kembali ke hotel, check out. Dari Comoro Lawang saya kembali semula ke Probolingo. Dari Probolingo selama 8 jam menaiki van saya menuju ke Yogjakarta.

YOGJAKARTA
Bermalam di Yogjakarta.
Esoknya seawal 5 pagi saya dah bertolak ke Brobudur yang terletak 42km dari
sini mengambil masa hampir 1jam perjalanan.
Sebuah bangunan atau tokong purba dan dipenuhi dengan ukiran patung disekeliling dinding bangunan. Brubudur juga antara tempat pelancungan utama di Indonesia. Kemudian saya ke Mendut Temple, tak ada apa yang menarik bagi saya. Beberapa hari di Yogjakarta saya kemudian kembali semula ke kota Jakarta menaiki van selama 13 jam perjalanan.

PULAU JAWA – mengelilingi pulau Jawa Indonesia. Dari Jakarta ke Surabaya ke Gunung Bromo ke Yogjakarta kembali ke Jakarta. |
KEMBALI SEMULA KE JAKARTA
Tinggal beberapa hari
Jakarta sempat juga berjalan sekitar bandar, sebelum kembali semula ke Singapore
menaiki Qantas Airline.